Thursday, December 31, 2009

Ada Cinta - Part 29 Ending

“aku terima nikahnya Nurul Farisha Stracie bt Abdullah dengan mas kahwinnya RM 150.00 tunai.”
Dengan sekali lafaz Stacy sah bergelar isterinya. Dia bersujud syukur dan terus mendapatkan stacy yang berada di biliknya. Cincin disarungkan ke jemari manis Stacy. Seterusnya kucupan hangat singgah di dahi stacy. Kamera dari pelbagai arah tidak berhenti-henti merakamkan aksi manis kedua-dua mempelai yang sama cantik dan sama padan. Kedua-duanya mengenakan persalinan serba putih. Stacy ayu dengan baju kurung moden manakala Nubhan pula segak dengan persalinan baju melayunya.
Seusai majlis nikah, majlis persandingan pula diadakan 2 jam selepas itu. Tidak menang tangan Mummy stacy dan Ted melayan tetamu yang hadir. Rakan sekolah Stacy juga turut hadir. Akim datang bersama isterinya Aishah. Mereka akan menimang cahaya mata yang pertama tidak lama lagi. Adam juga begitu. Pasangan pengapit pula tidak henti-henti di usik. Tersipu-sipu malu juga Nadia dan Eddie dibuatnya. Nubhan dan Stacy pula hanya tersenyum manis apabila melihat Nadia dan Eddie diusik sebegitu. Kadang kala Nubhan sempat mencuri pandang kearah isterinya itu. Dia bersyukur akhirnya Stacy menjadi miliknya. Stacy kini isterinya yang sah.
********************************************************************************************************
Kenduri di pihak lelaki diadakan di kampung Nubhan. Ramai juga yang datang termasuk Toi yang akhirnya dapat beristeri empat. Pelik juga Nubhan apabila melihat keempat-empat isteri Toi boleh berbaik-baik tanpa ada rasa cemburu di hati masing-masing.sempat pula Toi menurunkan ilmunya untuk Nubhan namun pantas di tarik oleh Stacy yang menjeling manja apabila Nubhan tertawa dengan aksinya itu.
“Abang tak mungkin menduakan sayang. Itu janji abang”bisik Nubhan sambil tangannya menggenggam tangan Stacy. Stacy memandang kewajah suaminya sambil tersenyum bahagia. Dia senang mendengar kata-kata Nubhan itu.
************************************************************************************************************
Malam itu selepas sesi membuka hadiah Stacy dan Nubhan terus mendapatkan neneknya yang mula membuka cerita tentang kenakalan Nubhan sewaktu kanak-kanak. Merah juga wajah Nubhan apabila diusik sekali sekala oleh sepupu-sepupunya yang ramai pada malam itu. Semuanya berkumpul untuk mendengar cerita nenek mereka itu. Bagi Stacy dan Nadia pula itu bukan kali pertama dia mendengar cerita kenakalan Nubhan itu. Nenek mereka pernah menceritakan kisah itu apabila pertama kali Stacy menjejakkan kakinya ke kampung dulu.
Nubhan mula resah. Entah bila cerita neneknya hendak habis dia pun tidak tahu. Sepupunya seperti sengaja memanjangkan cerita neneknya itu apabila melihat dia semakin hampir kearah isteri kesayangannya itu.
"budak-budak ni memang nak kena ni. Sengaja pula suruh nenek cerita panjang lebar. Stacy pun satu macam la tak pernah dengar cerita nenek tu”jerit hati Nubhan. Semalam di rumah Stacy dia tidak sempat untuk masuk kebilik pengantin. Masakan tidak habis semua sepupu perempuan dan mak cik stacy menyerbu bilik isterinya itu. Akhirnya Ted megajaknya tidur beramai-ramai dengan keluarga lelaki mereka di tingkat bawah. Stacy pula hanya tergelak apabila melihat wajahnya semalam. Hari ini dia tidak akan melepaskan isterinya itu.
“Jom la masuk. Abang dah mengantuk ni”bisik Nubhan di telinga isterinya romantic. Tangannya mula memegang pinggang Stacy untuk menarik Stacy naik ke atas. Dengan sepantas kilat Stacy mencubit tangan suaminya itu geram. Depan orang ramai pun sempat lagi merayap suaminya itu. Dia menjeling suaminya tajam. Hampir sahaja dia tertawa melihat mata Nubhan yang sengaja dikuyukan.
Nubhan tidak puas hati. Sudahlah stacy tidak mahu masuk tidur. Kena cubit lagi. Ibu dan abahnya yang sedari tadi hanya memerhati hanya tertawa dengan telatah nakal Nubhan itu.
Nubhan mula menyangkut dagu di bahu Stacy pula. Rambut isterinya yang harum semakin benar-benar menggodanya. Tangannya di letak diatas paha Stacy pula. Dia semakin rapat dengan Stacy. Stacy pula semakin resah dengan gelagat suaminya yang macam orang mengantuk kerana makan ubat tidur sahaja. Dia pantas menepis tangan Nubhan yang sudah mula meliar itu. Kalau tiada orang sudah lama ditarik telinga suaminya itu. Dia bukan tidak mahu masuk tetapi segan pula dengan ahli keluarga Nubhan yang lain. Tambahan pula dia agak segan untuk berduaan di dalam bilik bersama Nubhan. Jika semalam dia boleh mengelak tetapi hari ini peluangnya untuk mengelak seperti tiada sahaja. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia tidur di bilik nadia seperti dahulu.
Nubhan semakin geram dengan reaksi Stacy. “amboi. Best sangat ke cerita nenek tu. Macam tak pernah dengar pula”jerit hatinya. Nubhan bingkas bangun. Dia sudah tidak sabar lagi. Stacy sengaja mengujinya
“Huargghhh.. mengantuknya. Jom sayang teman abang. Abang tengok mata sayang tu pun dah kecik je tu. Tak payah la nak tahan-tahan mata tu dengar cerita nenek. Kan nenek dah pernah cerita dulu. Kalau sayang dah lupa jap lagi abang sambung cerita tu. Jom la, abang tau sayang pun dah ngantuk kan?”Ujar Nubhan pantas. Tangannya sengaja digosok-goskkan ke mata. Sambil itu dia menarik Stacy supaya bangun mengikutnya. Stacy yang terkejut dengan tindakan drastic Nubhan bingkas bangun apabila ditarik lembut seperti itu. Nubhan ni memang nak kena. Malu la aku”jerit hatinya geram. Dia pantas menurut langkah Nubhan yang sudah menuju kebilik pengantin. Dia agak teragak-agak untuk masuk. Segan pula dengan keluarga Nubhan.
“Kalau sayang tak masuk abang dukung nak?”Ugut Nubhan sambil matanya sengaja ditajamkan. Dia sengaja mengugut stacy . gemar melihat wajah malu-malu stacy itu. Stacy pantas masuk ke dalam bilik. Nasib baik suaminya kalau tak dah lama kena lipat.
“Marah abang ke?”ujar Nubhan sebaik sahaja mendapatkan Stacy yang masih kaku berdiri di dalam biliknya itu. Tangannya pantas memeluk pinggan stacy dari belakang. Dia memeluk Stacy erat. Sebuah kucupan singgah di pipi Stacy. Stacy menoleh menatap mata Nubhan.
“tak marah tapi segan la” balas Stacy perlahan. Dia bahagia didalam pelukan Nubhan. Dia menghadiahkan kucupan mesra di pipi Nubhan juga. Walaupun agak gugup pada mulanya. Namun Nubhan pantas menenangkannya.
“abang janji tak akan mensia-siakan sayang. Maafkan kesalahan abang dulu ye”Ujar Nubhan perlahan.
“abang janji jangan tinggalkan Stacy?”
“abang janji sayang. Sebab ada cinta di hati abang hanya untuk sayang”balas Nubhan. Tubuh Stacy ditarik kedakapannya.
“Abang janji akan menjaga stacy dan tak akan tinggalkan sayang dan anak-anak kita”ujar Nubhan sambil mengenyitkan mata mengusik Stacy.
Stacy tersenyum bahagia. Dia sayang akan lelaki itu. Benar-benar sayang.

-TAMAT-

No comments: