Friday, December 25, 2009

Ada Cinta - Part 23

“Macam mana keadaan Stacy ,Nubhan?”Puan Agnes terus bertanya NUbhan sebaik sahaja tiba di hospital. Ted dan Adam yang berdiri tidak jauh dari situ hanya melihat Nubhan dengan pandangan kosong. Geram juga hati Ted melihat Nubhan. Namun kesalahan tidak boleh dijatuhkan keatas nubhan sepenuhnya. Salah pemandu itu juga yang tidahk berhati-hati dan salah adiknya yang berjalan tanpa memikirkan keselamatan dirinya.
“dia masih di dalam auntie. Doktor masih merawatnya”balas Nubhan tenang. Dia berasa sangat bersalah. Nadia pula dari tadi tidak bercakap dengannya.
“macam mana boleh jadi macam ni”Ujar Adam sebaik sahaja Puan Agnes beredar dan duduk bersama Nadia. Nubhan hanya memandang kearah Adam. Dia melihat seorang wanita berdiri di samping Adam sambil mememegang lengan Adam. Dia bingkas berdiri.
“Ni siapa?” Tanya Nubhan tidak menghiraukan soalan Adam tadi. Hatinya geram. Tunang dalam ICU boleh pula Adam bawa perempuan lain. Berpegangan tangaan lagi. Setahunya Adam tiada adik perempuan.
“oh ni tunang aku. Jo-An. Siapa suruh kau tak datang majlis aku hari tu” balas Adam jujur. Dia tidak mengetahui masalah yang melanda rakan baiknya dan Stacy.
Nubhan terduduk. Dia terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Adam itu.
“maafkan Nubhan, stacy. Nubhan tak tahu”dia berbisik sendiri. Dia memandang kearah Nadia mengharapkan pengertian namun Nadia terus berlalu dari situ. Bengang dengan sikap abangnya yang ego tidak kena tempat. Walau bagaiman marah sekalipun Nubhan sepatutnya mendengar penjelasan Stacy jerit hatinya.
Pintu ICU terbuka. Doctor yang merawat Stacy keluar mendapatkan Nubhan dan Puan Agnes. Dia tersenyum.
"bertenang puan. Anak puan Stabil. Tetapi masih tidak sedarkan diri lagi akibta kesan ubat. Mungkin esok dia kan sedar. Kami kan pindahkannya ke wad. Puan boleh masuk jika nak tetapi Cuma 2 orang sekali masuk. Yang lain sila tunggu di luar dahulu” ujar Doktor Zizan. Dia menepuk bahu Nubhan. Bukan dia tidak kenal dengan Nubhan yang merupakan teman sekuliahnya di Aberdeen. Cuma di Malaysia mereka mendapat tempat kerja yang berbeza.
“terima kasih zan”ujar Nubhan. Dia mengarahkan Puan Agnes dan Ted masuk dahulu. Biarlah mereka berjumpa dengan Stacy dahulu. Dia masih diselubungi rasa bersalah.
*********************************************************************************************************
“Maafkan Nubhan sayang”jari jemarinya mengenggam jari Stacy. Sebaik sahaja Adam dan Jo-An keluar dia terus masuk. Tidak mahu menunggu lebih lama. Dia ingin menemui Stacy. Nadia pula sudah pulang menghantar Puan Agnes pulang. Ted pula terpaksa pergi ke pejabat bagi menggantikan tempat Stacy di mesyuarat tentang usaha sama syarikatnya dan syarikat tekstil daripada Australia.
Stacy masih lagi tidak sedarkan diri ketika Nubhan pulang. Nubhan harus pergi ke hospital tempatnya bekerja pada pagi itu. Pesakitnya memerlukannya. Dia meninggalkan Stacy sebaik sahaja Puan Agnes sampai unutk menemani Stacy.
*******************************************************************************************************
“Maaf encik pesakit sudah pulang tengah hari tadi”Ujar jururawat yang bertugas mengemaskan bilim Stacy. Sejak Stacy sedar tiga hari lalu dia masih belum berkesempatan berjumpa dengan gadis itu. Bukan tiada masa tetapi Stacy sendiri menolak daripada berjumpanya. Nubhan menghormati keputusan Stacy. Mungkin hati Stacy masih sakit dengan sikapnya yang ego itu. Namun walaupun tidak dapat bertemu Stacy bunga ros putih sering kali dikirimkan kepada gadis kesayangannya itu. Terima kasih kepada Nadia yang menjadi posmen tidak bergaji abangnya itu. Walaupun Nubhan abangnya dia tidak pernah sekalipun menyokong tindakan abangnya yang membuat Stacy berasa bersalah dahulu. Namun walaupun marah bungan kiriman abangnya itu sampai juga ke tangan Stacy. Dia gembira apabila rakannya itu sudi menerima kiriman abangnya dan menghormati permintaan Stacy yang masih belum mampu memaafkan abangnya itu.
*********************************************************************************************************
“betul ke kau nak pergi ni stacy?”ujar nadia sebaik sahaja melihat rakannya itu mula berkemas-kemas manyimpan baju-bajunya kedalam beg swaktu dia masuk ke bilik Stacy.
"alah Nadia aku pergi sebab kerja la. Kitorang dah buka cawangan syarikat dekat Gold Coast tu. Sape pulak nak uruskan kalau bukan aku. Lagipun abang aky dah bagi ‘greenlight’ untuk aku uruskan syarikat tu”balas Stacy memujuk rakan baiknya itu. Dia berat hati untuk pergi namun hatinya akan merana jika berlama-lam di Malaysia. Nubhan akan sentiasa mencarinya. BUkan tidak mahu memaafkan lelaki itu. Tetapi hatinya masih tidak dapat menerma sikap Nubhan yang mengendahkannya dulu.
"kau marah abang aku ek?. Dia yang buat kau accident” Tanya nadia. Dia dapat membaca isi hati rakannya itu. Stacy pasti berkecil hati dengan sikap abangnya dulu.
“woi! Bukan dia yang buat aku accident. Tapi aku yang tak berhati-hati. Lagipun aku dah maafkan dia. Aku Cuma belum bersedia untuk jumpa dengan dia. Maafkan aku Nadia”
“ermm .. aku tau kau marahkan abang aku tu. Tapi tak pe la aku bukan nak pilih kasih atau apa. Stacy kau x payah la pergi”nadia cuba memujuk rakannya itu.
“heheheh. Jangan la macam tu Nad. Aku pergi kerja la. Bukan suka-suka.” Stacy tersenyum kearah rakannya itu.
“kau ni memang degilkan”balas Nadia sambil membalas senyuman Stacy. Ketawa kedua-duanya pecah. Namun riak sedih Stacy masih tidak dapat disembunyikan. Akhirnya kedua-dua mereka berpelukan.
“Nadia nanti kau kirim salam kat ibu kau ek. Cakap kat ibu aku mintak maaf. Tak sempat nak habis belajar kena pergi kerja pulak”ujar stacy sambil tersengih-sengih. Dia rasa bersalah pula pada ibu Nadia.
“ermm .. ok.. dah banyak kau belajar pasal islam. So?”Tanya Nadia ikhlas. Mahu juga tahu pendapat rakannya itu.
“Aku rasa Islam tu tak pernah pun menyusahkan pengikutnya macam yang mak kau cakap. Aku pun dah faham juga kenapa orang islam kena solat, puasa dan lain-lain tu. Banyak juga yang aku belajar dari ibu kau. Terima kasih kat ibu kau yang tak pernah putus asa ajar aku ni”balas Stacy ikhlas. Dia sudah berazam ingin memeluk agama islam dalam masa terdekat. Mummy dan abangnya juga sudah mengetahui tentang perkara itu dan merka tidak meghalang. Namun belum sempat dia meneruskan niatnya itu dia ditimpa kemalangan dan menghadapi masalah dengan Nubhan. Tetapi perkara itu tidak mematahkan hasratnya itu.
Nadia tersenyum mendengar penjelasan rakannya itu. Syukur. Ibunya banyak mengajar stacy tentang selok belok agama. Kadang kala dia juga turut serta mendengar penjelasan daripada ibunya itu.
“Nad.. aku nak mintak tolong sikit”pinta stacy tiba-tiba. Tangannya membuka rantai hati yang tertulis nama nubhan dari lehernya. Nadia terkejut dengan tindakan stacy .
“kau tolong bagi ni dekat nubhan ek?”stacy menyerahkan rantai tersebut kepada Nadia. Dia tidak mahu menyimpannya lagi. Andai ada jodoh antar mereka suatu hari nanti dia tidak menolak.
“kau bukan dah janji tak nak buka ke?”nadia masih lagi memegang rantai tersebut. Dia tahu akan janji abangnya dan Stacy.
Stacy hanya tersenyum mengharap pengertian Nadia.

No comments: