Thursday, December 17, 2009

Ada Cinta-Part 15

Nubhan duduk diatas kerusi kayu di halaman rumah neneknya. sambil ditemani gitar kapok miliknya dulu. tali gitar semua sudah ditukar petang tadi. hari ketujuh dikampung tidak banyak aktiviti yang dilakukan. memandangkan Toi sentiasa mengikuti mereka. Tiada kerja lain agaknya ayah kepada 6 orang anak itu. isteri sudah 3 tapi masih lagi mengejar perempuan lain. Nubhan tidak faham dengan sikap Toi itu. Bukan dia tidak tahu dengan perangai anak kesayangan Mak hajar tu. Emaknya tidak pula melarang anaknya itu berkahwin ramai. Mungkin kerana berkemampuan. Toi mewarisi semua kekayaan arwah ayahnya sementelah dia merupakan anak tunggal.Tangannya memetik gitar kapok kesayangannya itu. malas memikirkan perihal Toi. Stacy juga tidak perlu tahu mengenai lelaki tersebut.

Jarinya memetik gitar memainkan lagu Selamat malam nyanyian Faizal Tahir.
♫♪.. Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
♫♪

Stacy yang mendengar petikan gitar dan nyanyian nubhan bingkas bangun membuka tingkap biliknya. matanya meliar mencari suara Nubhan.

♫♪.. Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
♫♪

stacy meghadiahkan senyuman sebaik melihat Nubhan yang tiba-tiba memandang kearah biliknya dan nadia. Dia suka mendengarnya. Nadia turut duduk di birai tingkap melihat abangnya. Hai bahagianya mereka ni hatinya berbisik.

♫♪.. Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
♫♪

♫♪.. Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman
♫♪

♫♪.. Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
♫♪

♫♪.. Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
♫♪
♫♪.. Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
♫♪

nubhan sempit mengenyitkan matanya kearah nadia dan stacy yang leka memandangnya. Kedua-dua mereka ketawa melihat aksi nakal Nubhan itu.

♫♪.. Selamat malam
Tidurlah sayangku
♫♪

Nubhan bingkas bangun sebaik sahaja Stacy dan Nadia menutup tingkap bilik mereka. Dia terkejut juga apabila melihat Stacy memerhatinya sebentar tadi. namun hatinya berbunga bahagia sebaik Stacy melemparkan senyuman kearahnya. Selamat Malam ratu hatiku bisik hati nubhan sambil dia tersenyum bahagia. Ibu dan abahnya sekadar tersenyum melihat gelagat anak teruna mereka itu.
***********************************************************************************************************
"jom pegi memancing nak?" ujar nubhan tiba-tiba sebaik sahaja mereka selesai bersarapan. Memancing ikan dia tali air di sawah padi dihadapan rumah neneknya.
"macam best. tapi cacing abang carik la ek"balas nadia sambil tersengih-sengih. Dia malas mengorek tanah mancari cacing.
"huh ? pemalas. bagi roti gardenia jer la" balas Nubhan. matanya melirik kearah Stacy yang masih diam. Tidak tahu sama ada gadis itu bersetuju atau tidak dengan rancangannya itu.
"boleh ke guna roti gardenia?" balas stacy. Dia memamng menunggu masa untuk pergi memancing. selalu dia pergi bersama abangnya. tetapi cuma di kolam yang disediakan di KL. Dia mahu mencuba memancing di sungai pula. lebih mencabar.
"apsal x boleh pulak?"balas nubhan sambil mencucuk pipi Stacy. geram melihat wajah Stacy itu.
"eh? kang kalau ibu nubhan nampak padan muka. stacy x buat apa-apa ok" ujar stacy terkejut dengan tindakan nubhan itu.Stacy sempit menjegilkan matanya kearah nubhan kemudian tersenyum manis.
Nubhan tersenyum. nadia pula buat-buat tidak nampak. Langkah selamat. kalau ibunya nampak mesti abangnya sahaja yang kena.

Selesai segala perkakas memancing mereka berangkat ke tali air yang tidak jauh dari rumah Nek Timah. Masing-masing berjalan dengan berhati-hati takut tergelincir ke dalam sawah yang dipenuhi air itu. sebaik sampai di tali air Nubhan memasang umpan untuk mata kail adiknya dan stacy seterusnya mata kailnya.

No comments: