Sunday, December 27, 2009

Ada Cinta - Part 25

“Hurmmm.. kat mana la Stacy ni”keluh Nubhan. Sebulan dia di Gold Coast namun dia masih tidak betemu dengan kekasih hatinya itu.
“Ted Stacy kat mana sebenarnya ni? Kau tipu aku ek?”Tanya Nubhan sewaktu dia meenghubungi Ted minggu lepas.
“Nubhan usaha tangga kejayaan. Aku dah bagi tau kau dia dekat sana. Kau cari je la. Bukan semua benda kita boleh dapat dengan mudah. Nak pula dengan apa yang kau dah buat kepada Stacy dulu”
“Kau nak balas dendam kat aku ek? Aku tau aku salah tapi tak payah la dera aku macam ni. Dah 3 minggu aku kat sini tapi tak jumpa-jumpa jugak. Apa nama syarikat kau kat sini?” Tanya Nubhan lagi
“hahahaha. Cari sendiri. Bye”Ted terus mematikan talian. Nubhan dapat mendengar hilai tawa Ted dan adiknya sebelum talian dimatikan. Dia hanya mampu mengeluh. Sampai macam tu sekali Ted mengujinya. Sabar la Nubhan, kau yang slaah dulu pujuk hatinya.
************************************************************************************************************
Petang itu seperti biasa Stacy menghabiskan masanya di Surfer’s Paradise melihat kanak-kanak bermain air dan meluncur. Hatinya riang melihat suasana itu. Nubhan lelaki yang bertakhta di hatinya. Entah bila agaknya dia akan bertemu dengan lelaki itu. Selagi tidak pulang ke Malaysia selagi itulah dia tidak akan bertemu dengan Nubhan. Tetapi hatinya berat untuk pulang kerana masih teringat akan kisah lama itu. Dia teringat perbualannya dengan mummynya 2 minggu lepas.
“Mummy.. stacy dah memeluk agama islam 2 minggu lepas. Stacy nak mintak maaf sebab tak bagi tau mummy keputusan stacy ni”ujar Stacy. Dia rasa bersalah kerana tidak memberitahu keputusannya kepada keluarganya walaupun dia tahu abang dan mummynya itu tidak menghalang.
“tak apalah Stacy.. mummy tak marah pun. Asalkan stacy yakin dengan apa yang stacy buat tu. “balas Puan Agnes tenang.
“terima kasih Mummy sebab faham stacy”ujar stacy lagi. Hatinya sebak dengan penerimaan keluarganya. Walaupun mereka sudah berlainan haluan namun mummy dan abangnya tetap menerimanya seperti dahulu.
"sebab nubhan ke?”Puan Agnes tiba-tiba membabitkan nama Nubhan. Dia cuba menyelami isi hati anaknya itu.
“Mummy ni. Bukan sebab dia la.Stacy peluk islam sebab stacy rasa lebih tenang dan stacy yakin dengan agama islam. kalau pasal nubhan tu Stacy berserah pada jodoh saja mummy. Kalau ada jodoh insyaallah tak kemana tapi kalau ditakdirkan jodoh Stacy dengan orang lain stacy terima”ujarnya ikhlas.
***********************************************************************************************************
“Assalamualaikum. Boleh nubhan duduk sini?”ujar Nubhan. Dia bergegas mendapatkan Stacy sebaik sahaja melihat kelibat Stacy di Surfer’s Paradise petang itu. Ini bukan kali pertama dia mnecari Stacy disitu sejak sebulan yang lalu. Namun baru hari ini terjumpa.
Stacy terus menoleh kebelakang. Dia terkejut sebaik sahaja melihat Nubhan berdiri dibelakangnya sambil tersenyum. Dia bertambah terkejut apabila Nubhan dengan selamba duduk disebelahnya tanpa dipelawa. Stacy bingkas bangun. Dia masih belum bersedia untuk berdepan dengan lelaki itu.
Nubhan turut bangun dan terus menarik tangan Stacy apabila melihat stacy mahu lari daripadanya. Dia meraih tangan Stacy dan menarik badan Stacy supaya menatap wajahnya. Dia perlu meinta maaf dan meujuk hati stacy yang sudah terluka dengan sikapnya dulu. Hati gadis itu perlu dimenangi semula.
“Stacy dengar dulu penjelasan Nubhan”ujar Nubhan pantas. Tangannya masih lagi mengenggam tangan stacy.
Stacy pantas menarik tangannya. Geram dengan kata-kata nubhan yang mengharapkannya mendengar penjelasan
“Dulu Stacy pun pernah minta Nubhan peluang untuk beri penjelasan. Ada nubhan bagi stacy peluang. Ada?” balas stacy geram.
Nubhan terkedu. Stacy masih belum memaafkannya. Dia sedar kan kesalahannya itu. Dia memandang stacy yang langsung tidak memandang kearahnya.
"Stacy.. Nubhan tahu nubhan salah sebab tak dengar penjelasan Stacy dulu. Nubhan minta maaf.” Rayu nubhan.
“sudah la nubhan. Stacy tak nak dengar lagi. Oh waalaikumsalam.”stacy terus berlalu sebaik sahaja menjawab salam Nubhan.
Stacy terus berlalu meninggalkan Nubhan yang masih mengharapkan dirinya mendengar penjelasan dari Nubhan.
“nubhan tunggu stacy dekat sini juga esok. Nubhan harap stacy akan sudi untuk berjumpa dengan Nubhan lagi”teriak Nubhan mengharapkan Stacy datang berjumpa dengannya esok.
Stacy meneruskan langkahnya. Hatinya berbelah bagi sama ada ingin berjumpa dengan Nubhan atau tidak esok.
“bagilah Nubhan peluang stacy. Semua orang buat kesilapan dan perlukan kesempatan kedua”pujuk Puan Agnes apabila Stacy menghubunginya malam itu. Stacy cuba mendapatkan nasihat daripada mummynya. Dia mematikan talian sebaik sahaja selesai berbicara dengan mummynya itu.
Stacy akhirnya terlelap dengan hati dan fikiran yang berbelah bagi. Hatinya masih sayang dan cintakan Nubhan namun egonya menyruruhnya agar tidak berjumpa dengan Nubhan. Dia keliru.

No comments: