Sunday, December 20, 2009

Ada Cinta-Part 18

Eddie memandang wajah Nadia yang hampir 2 minggu tidak ditemuinya. Dia sedar lahir rasa rindu dihatinya terhadap gadis itu.Nadia pula dari tadi hanya memerhatikan remaja-remaja sepertinya meluncur di atas papan luncur masing-masing. Stacy pula sibuk mengajar abangnya. Kadang-kadang dia tertawa melihat aksi abangnya itu.
"macam mana? best x balik kampung?"Eddie bersuara apabila melihat nadia seperti tidak mempedulikannya.
"owh.. best giler. kitorang pegi memancing, mandi sungai pastu kena kejar dengan buaya tua... hakhak"balas nadia sambil ketawa. baru tersedar dari tadi dia tidak mempedulikan eddie yang setia duduk disebelahnya.
"aa?? buaya tua? ganasnya kampung sampai ada buaya?"ujar eddie pelik
Stacy dan nubhan pula menuju kearah nadia dan Eddie. Nubhan putus asa. susah juga bermain skateboard katanya dalam hati. Main basketball lagi senang. dia beriringan jalan kearah adiknya dan eddie. mahu sahaja dia mememgang tangan stacy berjalan seperti sepasang kekasih. Namun nanti apa pula fikir stacy. Mereka masih belum membuat kata putus. Dia juga belum meluahkan perasaannya terhadap Stacy.

"ala buaya tua yang suka pasang 4 cawangan. selagi tak cukup 4 kuota yang dah disediakan. selagi itu rasa x cukup"jelas nadia. Kalau diingatkan kembali bagaimana Toi ditarik telinga oleh isterinya Nadia pasti akan ketawa besar. Muka Toi kelakar.
"ohh... hahahaha... ingatkan buaya betul la tadi"balas Eddie sambil menolak badan Nadia, Mereka saling bertolakan dan ketawa kedua-duanya pecah.
*******************************************************************************

Nubhan sudah siap mengemas begnya. Esok dia akan pulang ke Aberdeen untuk menyambung pelajarannya yang berbaki 2 tahun setengah lagi kemudian dia akan pulang ke Malaysia dan berkhidmat untuk negaranya. Namun hatinya gusar. Dia masih belum meluahkan perasaannya terhadap Stacy. Biarpun dia sedar gadis itu pasti sedar akan perasaan hatinya.
Ibu dan abahnya sedang membersihkan halaman rumah. ibunya sibuk menguruskan bunga abahnya pula membersihkan kolam ikan milik keluarganya. nadia pula awal-awal lagi sudah keluar bersama Eddie. ingin menonton wayang katanya manakala dia dan Stacy pula akan bertemu malam ini di skatepark. Dia merancang untuk membuat makan malam yang indah untuk dirinya dan Stacy. Terima kasih kepada Nadia yang memberi cadangan kepadanya untuk membuat makan malam yang santai sahaja seperti berkelah. Ya! malam ini dia akan makan malam bersama Stacy.
*******************************************************************************
Stacy sedang sibuk bersiap-siap. dia hanya mengenakan baju kotak-kotak ber warna biru tua dan jeans dan mengenakan sedikit solekan nipis. "Hurmm.. ok la kot macam ni. Nubhan cakap makan malam yang simple jer. bukan candle light dinner" bisik hatinya.
Puan Agnes yang sedari tadi menjadi pemerhati sekadar tersenyum melihat stacy yang bergaya santai itu. dia tidak kisah anaknya pergi makan malam bersama Nubhan. lagipun tempat itu merupakan tempat anak remaja melakukan aktiviti baik siang, petang, mahupun malam, skatepark itu akan dipenuhi dengan remaja yang bermain bola keranjang dan papan luncur. mereka bermain tanpa mengira masa. tambahan pula musim cuti sekolah.
*******************************************************************************
Nubhan setia menunggu stacy di skatepark. dia sengaja memilih tempat yang yidak begitu ramai orang. di sekelilingnya juga ada yang berkelah sambil membaca buku ada juga yang makan malam sepertinya. tangannya meraba poket seluarnya. dia mengeluarkan seutas rantai yang mempunyai loket berbentuk hati. Loket hati boleh dipatahkan dua. satu untuk dirinya satu lagi untuk stacy. dia berharap apabila Dia pulang ke tanah air nanti, loket itu dapat dicantumkan semula.
Mata stacy meliar mencari kelibat nubhan sebaik sampai di skatepark itu. Dia tersenyum apabila melihat Nubhan yang tersenyum kearahnya. Nubhan turut mengenakan pakaian sepertinya. Baju kotak-kotak berwarna biru tua dan jeans. seperti berjanji pula katanya di dalam hati.
Malam itu cukup bermakna bagi Nubhan dan Stacy. Malam yang cukup indah. Bintang di langit yang bekerdipan menambahkan lagi keindahan pertemuan mereka itu. Nubhan menatap mata Stacy. Dia bersedia untuk meluahkan rasa hatinya. Stacy merasakan debar di hatinya semakin kuat.
" Stacy esok Nubhan akan balik ke Aberdeen semula." Ujar nubhan memulakan bicara. Matanya masih lagi menatap Stacy. Stacy tenang mendengarnya. dia sudah tahu akan berita itu. Nadia memberitahunya petang tadi. Hatinya sedih namun tidak mungkin dia menghalang Nubhan daripada pergi meneruskan pelajarannya.
"Nubhan nak Stacy tau yang Nubhan betul-betul sayang dan.." dia takut untuk meneruskan kata-katanya. Dia takut akan penolakan Stacy. Stacy masih lagi menunggu ucapan itu daripada Nubhan. Nubhan mengalihkan matanya. Jantungnya berdegup laju.
Stacy lalu memegang wajah Nubhan dan menarik wajah Nubhan lembut supaya memandang wajahnya. Dia memberi keyakinan kepada Nubhan. Tangan Nubhan kini menggenggam tangan Stacy. Dia mendapat keyakinan.
"NUBHAN CINTAKAN STACY!"ungkapnya. matanya masih tidak lepas daripada mentap mata Stacy. Hatinya kembali tenang. Tidak seperti sewaktu dia mula-mula ingin mengungkapnya tadi. Dia tersenyum menanti jawapan daripada stacy.
"Stacy terima Nubhan seadanya. Stacy pun cintakan Nubhan"Ujar Stacy sambil tersenyum bahagia. Ini pertama kali dia meluahkan perasaanya terhadap lelaki. Bukan dia tidak pernah bercinta. Dia pernah bercinta sewaktu di tingkatan lima. Cinta Monyet. Tapi kini hatinya yakin akan cinta yang diberikan oleh Nubhan. Perasaanya untuk Nubhan ikhlas.
Mereka bingkas berdiri sebaik selesai berkemas dan bersedia untuk pulang. Stacy meminta diri. Namun langkahnya terhenti sebaik sahaja tangannya di pegang oleh Nubhan. Nubhan dengan berhati-hati memasangkan rantai kini berloketkan hati yang sudah tinggal setengah sahaja. Di loket kepunyaan stacy tertulis namanya dan begitu juga di loket kepunyaannya yang tertulis nama Stacy. Stacy tersenyum bahagia.
"Nubhan harap Stacy tak akan tanggalkan rantai ni. Bila Nubhan balik nanti Nubhan harap Stacy masih lagi memakai rantai ni"Pinta Nubhan ikhlas.
" Stacy janji"balas Stacy jujur, Tidak mungkin dia kan menanggalkan rantai pemberian Nubhan jika itu pinta lelaki itu.

No comments: