Wednesday, December 23, 2009

Ada Cinta-Part 21

Nubhan masih lagi mencari-cari hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada Stacy. Dia bercadang untuk membuat kejutan kepada Stacy di rumah Stacy petang nanti. Dia berlegar-legar di dalam Mid Valley mencari hadiah yang sesuai.
*********************************************************************************************************
"Stacy boleh teman saya tak pergi cari barang untuk majlis pertunangan saya minggu depan? Pinta Adam tiba-tiba. Dia akan melangsungkan majlis pertunangannya bersama bakal tunangnya Jo-An minggu hadapan.
"ok Encik Adam. Kita nak pergi sekarang ke?"tanya stacy sambil memberi persetujua. mereka baru selesai mendapatkan kontrak untuk membuat usahasama dengan syarikat tekstil di Australia.
"aah sekarang la"balas Adam. Bukan tidak mahu pergi sendiri tetapi dia kurang arif untuk memilih barangan hantaran untuk bakal tunangnya itu. dengan membawa stacy secara tidak langsung dia boleh membuat pilihan
“jom ” Adam terus menutup fail dan bingkas bangun. Dia melangkah keluar dari Hotel Hilton bersama Stacy.
Adam dan Stacy terus menuju ke Mid Valley untuk membeli barangan hantaran yang Adam inginkan. Mereka beriringan berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain. Banyak barang yang sudah mereka beli dari kasut hinggalah ke baju kurung untuk dijadikan hantaran. Kini tinggal cincin tunang sahaja. Mereka berjalan mencari kedai emas pula.

Nubhan menuju ke kedai Habib Jewels. Dia memutuskan untuk membeli sebentuk cincin untuk Stacy. Dia gembira apabila mendengar cerita Nadia bahawa Stacy sekarang sudah mula mendekati agama islam. Walaupun belum sepenuhnya namun dia tetap bersyukur. Dia mendapat tahu Stacy sering datang kerumahnya untuk mengetahui serba sedikit tentang agama islam daripada ibunya. Tiba-tiba dia ternampak seseorang yang sangat dikenalinya yang berada di hadapan Kedai Habib Jewels. Rakan baiknya ketikanya di zaman persekolahan. Tidak sangka pula boleh bertemu di situ. Dia bergeas kea rah rakannya itu.

“Stacy.. kita beli cincin kat sini je la.. stacy?”Adam memanggil Stacy. Namun Stacy masih leka memandang kearah kedai-kedai lain. Dia tidak mendengar suara adam yang memanggilnya. Lantas Adam menarik tangan Stacy kearahnya.

“Adam!!. Lama tak jumpa kau”Nubhan menyapa sambil menepuk bahu adam daripada belakang.Dia gembira dapat bertemu rakannya itu.
Adam dan Stacy terus memusingkan badan mereka sebik sahaja mendengar suara menyapa daripada belakang.
“hey Nubhan”Adam membalas sapaan Nubhan. Tangannya masih menggenggam tangan Stacy.
Nubhan terkejut sebaik sahaja melihat gadis yang bersama Adam. Stacy!. Matanya tajam merenung Stacy. Api cemburunya marak sebaik sahaja melihat tangan Stacy digenggaman Nubhan. Matanya Terus melihat ke leher Stacy. Rantai yang diberikannya masih terkalung di leher gadis itu.
“kau buat apa kat sini?”pantas adam bertanya. Tidak menyedari perubahan wajah Stacy yang masih terkejut itu. Stacy pantas menarik tangannya daripada Adam. “Bila Nubhan balik? Nadia tak bagi tahu pun hatinya bertanya sendiri. Hatinya resah sebaik sahaja memandang renungan mata Nubhan yang tajam kearahnya. Nubhan pasti cemburu getus hatinya.
“Aku tak buat apa. Nak cari cincin untuk wanita yang aku PALING sayang. Tapi aku rasa sekarang dah tak perlu kot. Kau buat apa pula kat sini dengan dia?” Balas nubhan tenang. Perkataan paling sengaja ditekankan sambil matanya menjeling stacy. Hatinya geram.
“owh.. aku datang nak cari barang untuk hantaran tunang aku nanti. Minggu depan aku nak bertunang. By the way kenalkan Stacy.”balas Adam gembira. Riang hatinya dapat bertemu rakan baiknya itu.
Jantung Nubhan hampir sahaja berhenti berdegup sebaik sahaja Adam mengungkapkan perkataan tunang. Dia memandang Stacy yang kelihatan resah. Hatinya hancur. Stacy dah nak bertunang.
“Ok la. Aku nak pegi beli cincin ni. Kau jagan lupa dating minggu depan k”Adam meminta diri. Bibirnya masih lagi tersenyum manambah lagi kehangatan di hati Nubhan.
Adam terus menuju ke dalam Habib Jewels. Stacy masih lagi terpaku di hadapan Nubhan. Dia cuba hampir kearah Nubhan tapi Nubhan terus berlalu tanpa mengungkapkan apa-apa.
“Nubhan dengar dulu penjelasan Stacy”rintih hatinya. Pasti Nubhan fikir dia yang akan bertunang dengan Adam.
“ah stacy kenapa buat Nubhan macam ni. Janji nak tunggu kepulangan Nubhan tapi begini pula jadinya” dia berkata sendiri. Hatinya pedih melihat Adam dan Stacy petang tadi.
Nadia hampir kearah abangnya. Sejak tadi abangnya kelihatan sedih. Apabila bertanya abangnya hanya diam sahaja. Bergaduh ke abangnya dengan stacy fikirnya.
“ahh Stacy.”keluhnya. Loket berbentuk hati setengah digenggamnya. Nama Stacy di loket itu direnungnya. Sungguh dia mencintai gadis itu.

No comments: