Tuesday, December 15, 2009

Ada Cinta-Part 2

Malam di rumah Nadia.
"ibu.. ermm.. esok petang boleh tak ibu pegi rumah Stacy? Ibu tolong la pujuk mummy dia.. kasi stacy join pertandingan next week" Nadia mula memujuk ibunya yang sedang leka menonton cerekarama.malam-malam sabtu tiada benda yang lebih berfaedah bagi ibu Nadia melainkan menonton cerekarama. banyak teladan katanya.habis satu rumah terjebak dengan aktiviti hujung minggu Puan Badariah termasuk suaminya Encik Hasnan.
"Nadia.. STPM bila? asyik dengan skateboard jer abah tengok kamu ni. Belajar bila pulak. abah pun dah lama x nampak kamu buat study group dengan kawan-kawan sekolah kamu tu."akhirnya abah Nadia membuka mulut apabila melihat isterinya seperti tidak sedar akan pertanyaan anak manja mereka itu.Walaupun sibuk dengan perniagaan, Encik Hasnan tidak pernah mengabaikan pelajaran anak-anaknya. Buktinya anak sulung mereka kini sedang belajar dalam bidang kedoktoran di Aberdeen dan akan pulang bercuti pada minggu hadapan. Anak sulungnya bakal doktor. Ibu bapa mana yang tidak bangga.anaknya yang bongsu pula lebih banyak bermain ketika SPM dulu. Akhirnya dia memutuskan supaya Nadia mengambil STPM supaya anaknya itu lebih berusaha dan nampaknya anaknya tidak mensia-siakan peluang yang telah diberikan. Nadia bersungguh-sungguh menelaah pelajarannya saban hari walaupun kadang-kadang leka dengan permainan skateboardnya.
"Err..STPM bulan depan bah.. kawan-kawan Nadia semua nak study sendiri bah. lebih fokus katanya.Stacy dengan Nadia kadang-kadang belajar sesama dekat skatepark tu. bukan main 24/7.. heheheh" nadia cuba memadamkan rasa resah dengan pertanyaan abahnya." silap hari bulan aku pun tak dapat join game tu.. adoyyaii"nadia berbisik sendiri antara dengar dan tidak.
"Nadia.. ibu rasa tak payah la nadia join game tu buat masa sekarang ni, ibu bukan apa, ibu nak Nadia fokus dengan exam dulu. lepas tu kalau nadia nak main skateboard tu sampai terbalik balik pun ibu x kisah. suka hati Nadia la. yang penting exam tu dulu."setelah sekian lama berdiam akhirnya Puan Badariah bersuara cuba memujuk Nadia.Dia bukan tidak tahu dengan minat dan hobi anknya yang satu ini. setiap petang pasti Nadia dan rakan baiknya Stacy tu akan pergi ke skatepark untuk bermain. setiap petang kalau tiada skuter pemberian abahnya di halaman rumah faham-faham shajalah kemana hilangnya anak gadisnya itu.
"alamat buruk. abisla. aku dah agak dah mesti x bolah jugak join"Nadia bermonolog. benar telahannya. Jika sebelum ini dia mendapat keizinan daripada kedua orang tuanya, kini tidak lagi. Tarikh peperiksaan sudah diketahui oleh kedua orang tuanya. dia bukan tidak bersedia untuk peperiksaan tersebut. malahan sudah terlebih bersedia. dia sedar jika sebelum ini dia sudah kecundang ketika SPM, namun kini dia ingin bangkit dan menggembirakan hati ibu bapanya dengan keputusan STPM yang cemerlang.
"urmm.. ni macam x kasi join game tu jer"Nadia cuba untuk berdiplomasi dengan abah dan ibunya. mudah-mudahan mereka lembut hati untuk membenarkan dia menyertai pertandingan tersebut." Fuhh fuhhh kasi la aku join.. heheheh boleh lak aku mandrem parents aku"
"Nadia, abah rasa x perlu buat masa sekarang ni"Encik Hasnan bersuara dengan nada yang lebih tegas. Dia berharap anaknya faham. Semua ini untuk kejayaan anaknya juga.
"ookkeyyy... hurmm.. nak tido la.. ngantuk"nadia akur dengan keputusan ibu dan abahnya. Dia kecewa tetapi tahu abahnya ingin dia fokus untuk STPM dahulu. " tak apa la.. lepas exam boleh enjoy puas-puas"nadia memujuk dirinya. Dia mencium pipi ibu dan abahnya dan berlalu ke biliknya dengan seribu satu rasa.
" Nadia hari jumaat depan ajak Stacy dan mummy dia datang ke rumah yer. abah nak buat kenduri doa selamat sikit sempena abang kamu pulang dan kamu nak exam.Lagipun kamu pun dan Stacy tu dah macam adik beradik pulak rapatnya. mummy dia pula dah rapat dengan ibu kamu. jadi apa salahnya kita jemput mereka"
Laungan abahnya menghentikan langkah nadia ke bilik."eh abang balik hari jumaat. Abah buat kenduri pun hari jumaat juga" nadia berkata sendiri.dia tidak jadi ke biliknya sebaliknya berpatah balik ke ruang tamu.
" abah, abang balik hari jumaat. bila masa pulak nak buat kenduri kalau abang balik? kalau buat hari sabtu x boleh ek?" nadia bertanya kepada abahnya sambil menggaru garu keplanya yang tidak gatal. dia kembali duduk di sisi ibunya dan memandang abahnya meminta penjelasan.
"ala.. nadia la pegi amik abang dekat airport, abah dan ibu tunggu di rumah. masa tu la kita buat kenduri. lagipun abang kamu sampai pukul 8.30 malam katanya. sedang elok la tu, lepas isyak."Encik hasnan menjelaskan kepada nadia akan rancangan kenduri menyambut kepulangan anaknya itu.
"owh.. erk tapi x kan la Nadia nak pegi amik abang naik skuter tu? lagipun nadia dah ajak stacy"nadia bertanya lagi. Dia semakin keliru. ibunya tersenyum melihat Nadia yang semakin kebingungan. kalu mengantuk sangat tak kan la sampai macam tu sekali bingungnya.
"nadia.. nadia.. kan kamu ada lesen kereta, bawak kereta la. sia-sia la amik lesen kereta kalau x nak memandu. membazir duit abah jer" encik hasnan membalas persoalan nadia dengan senyuman. pelik dengan sikap anaknya yang lambat memahami pada malam itu.
"hahahah... adehh.. lambat pick up plak.. okeh set.. next week orang pegi amik abang kesayangku itu.. hihihi" Nadia akhirnya memahami permintaan abahnya itu sekadar tersengih.
"abah kalau buat lepas isyak.. mummy stacy tu nak letak mana? dia kann ermm.."nadia tidak berani meneruskan kata-katanya. dia menundukkan mukanya takut dimarahi abahnya.
Encik hasnan memahami maksud pertanyaan nadia itu. baginya mereka semua tiada beza. sma sahaja. yang berbeza cuma agama. namun mereka masih menghormati adat dan agama masing-masing. itu yang mengeratkan lagi talian persahabatan antara dua keluarga ini.
"xpe la nadia. apa salahnya mereka datang sebelum atau selepas isyak. Puan Agnes boleh tolong ibu di dapur. lagipun ibu pun ada ajak Puan Lee. owh jangan lupa suruh stacy pakai baju kurung tau. kamu dengan dia bukan boleh percaya sangat. karang tetiba datang pakai jeans pulak berdua. nanti dua-dua ibu sekeh"Puan badariah membalas persoalan anaknya sambil memberi ancaman yang berupa gurauan.
"hahahaha... takut anakanda dengan gurauan ganas bonda"nadia membalas gurauan ibunya sambil berlalu naik semula ke biliknya. Misi utamanya ialah menelefon teman baiknya , Stacy. perkhabaran baik dan buruk itu harus disampaikan segera. Nadia lantas mencapai handphone dan menelefon stacy
"weyh Stacy de citer x best ni"nadia main aci redah sahaja sebaik stacy menjawab panggilannya.
"woi! kau ni gila suda.. agak-agak la kot ye pun. bagi salam ker. ni tak terus terjah jer" Stacy membalas serangan rakannya dengan geram. kalau nadia di depannya dah lama diketuk-ketuknya rakannya yang rendah tu. huh!
"heheheh.. sori-sori.. asslamualaikum..erk? eh salah lagik.. hallo stacy ke di sana?" nadia cuba membuat lawak pabila sedar akan kesalahannya. dua kali dia buat salah. sabar je la.
" erk? bagi salam pulak kau ni.. hallo yer stacy di sini mau apa kamu? wakakakaka.. apa cerita tak bestnya?
"ceritanya bermula begini.. pada zaman dahulu..."
"weyh nadia kau jangan sengaja carik pasal ngan aku malam-malam ni.eesok kat sekolah jag la kau"stacy semakin tidak puas hati dengan lawak nadia yang tahap cipan itu.Panas hatinya. baru tidur dah ada pula yang mengganggu.
Nadia di hujung talian hanya ketawa dengan amaran rakan baiknya itu. setakat stacy dia tak takut. x kemana marah si stacy tu kepadanya.
"ok.. ok.. cam ni.. citer x best dulu. parents aku pun sama ngan mummy kau sekarang ni. diorang x kasi aku join game tu la. nak exam next month.eh jap? lagi 3 minggu la kan. sebab isnin da sekolah balik. x kisah la.. yang penting aku x leh join game tu. so sama la kita"
"kau pun x boleh join? hurmm adil la tu.. yes! kita serupa. wakakakak.. padan muka kau. sia-sia je aku suruh ibu kau tolong pujuk mummy aku. rupanya sama je.. x pe la.. habis exam nanti kita enjoy la. hikhik"
"hampeh kau stacy, xpe . we're in the same boat neway. hahahah.. ibu aku da bagi greenlight. habis exam boleh la main skateboard tu sampai terbalik-balik katanya. walaupun aku tau kalau aku injured mesti kena marahnya ngan parents aku.. hahahah "
"yup.. in the same boat and cabin. so apa cerita bestnya?" stacy kembali teruja untuk mendengar berita baik selepas kedua-dua mereka kecewa dengan keputusan ibu bapa masing-masing.at least berita baik ini dapat mengubat luka di hati mereka di samping mengurangkan rasa gementar kerana peperiksaan yang semakin hampir.
"ok hari jumaat depan kan abang aku balik. so.. abah aku suruh kau ngan mummy kau datang rumah aku. ada kenduri sikit. tapi mummy kau tinggal kat rumah aku la. kau ikut aku pegi airport amik abang aku. boleh?oh ye.. mak aku suruh kau pakai baju kurung sebab tu kenduri doa selamat. mak aku dah warning kita awal-awal suruh pakai sopan"
"ermm kitorang datang kenduri tu? x pe ke?"
"relax la.. kita kan 1 malaysia.. wakakakak. abah aku cakap ok jer. tarahal. mummy kau boleh tolong Puan Lee kat dapur masa orang baca doa. so pe masalahnya? eh ko ingat tau pesan aku pakai baju kurung!"nadia megulangi pesanan ibunya.
mana tidaknya, kenduri sebelum ini kedua-dua mereka memakai t-shirts dan jeans. alasan mereka sebab nak tolong basuh pinggan. kalau pakai baju kurung leceh. agak tidak logik alasan mereka itu.
"Ok noted!.. mesti ibu kau teringat masa kenduri hari tu kita pakai jeans. balik rumah aku terus kena tarik telinga dengan mummy aku.hehehe"
" tau xpe.. nasib baik tu kenduri kahwin pak cik aku jer.. kalau kenduri doa selamat.. hurmm selamat la kita kena sembelih"
"hahahahahah" ketawa keduanya pecah serentak. memecah keheningan malam.
"erk.. k la weyh.. ibu aku dah sound dah tu. gelak macam pontianak tercekik tulang. pe la kau ni"
"eh aku pulak kau yang gelak dulu. k la jumpa dekat sekolah esok. bye"stacy mematikan talian dan menyambung tidurnya yang terganggu seketika.

No comments: