Wednesday, December 16, 2009

Ada Cinta-Part 7

"Baiklah masa sudah tamat, calon diminta berhenti menulis. kertas dikutip sekarang" suara ketua pengawas peperiksaan bergema didalam dewan peperiksaan sebaik masa peperiksaan tamat. Kertas bahasa melayu 1 merupakan kertas terakhir bagu STPM kali ni.
"calon boleh meninggalkan dewan"ketua pengawas peperiksaan bersuara lagi sebaik kertas siap dikutip.Pelajar-pelajar tingkatan 6 St Andrew bergegas keluar sambil tersenyum lebar. Lega. Gembira.
"yeay! selamat bercuti, Merdeka! hepi thaipusam, katakan tak nak!"pelbagai kata-kata keluar dari mulut mereka sebaik melangkah keluar dari dewan. masing-masing ketawa dengan gelagat rakan mereka.
"babe cam ne paper tadi?"aishah memulakan bicara sebaik selesai menyimpan alat tulisnya kedalam beg.
"hurmm .. ok la.. not bad.. x susah dan x bape senang"balas Stacy tenang. dia tidak mahu confident walaupun dia boleh menjawab kertas tadi. Cukuplah sekadar memberitahu dia boleh menjawab.Nadia hanya berdiam memerhati aishah dan stacy sambil matanya mencari rakan-rakan kelasnya yang lain.
"mana buadak lain"ujarnya. dia masih lagi tercari-cari rakan sekelasnya. Keluar dari dewan terus hilang. hebat penangan kertas bahasa melayu. heheheh
"ha! korang bertiga ni.. jom la pegi kantin. kitorang semua dah tunggu korang kat sana"tiba-tiba aliff muncul.entah dari mana mereka pun tidak tahu.habis exam terus pegi kantin? kebulur ke apa budak-budak ni getus hati nadia.
"bukan makan ok. Cikgu Lina nak jumpa. nak cakap pasal prom night hari sabtu nanti"aliff terus berkata-kata apabila melihat tiada tindak balas daripada Stacy,Nadia dan Aishah.
Nadia pula tersenyum. macam tahu-tahu pula apa yang difikirkan olehnya aliff ni. mereka terus berlalu pergi ke kantin.
************************************************************************************************************
"ok. cikgu nak kamu semua nanti berpakaian cantik tetapi sopan. jangan la over sangat ingat kita ni masih di sekolah. karang tak pasal-pasal sekolah kita kena serang dengan Kementerian Pelajaran sebab melanggar kod pakaian"ujar Puan Lina mengingatkan pelajar-pelajarnya.
"baik cikgu"jawab pelajar-pelajar serentak diikuti dengan ketawa.dah macam budak darjah 1 gaya mereka menjawab.
"nanti akan diadakan juga pemilihan untuk homecoming king and queen"ujar Puan Lina lagi. dia masih lagi tersenyum melihat telatah pelajar-pelajarnya yang begitu teruja dengan majlis yang akan diadakan.
Semua pelajar bersorak sebaik mendengar ucapan daripada Puan Lina. masing-masing tidak sabar untuk hadir ke majlis tersebut.
"kali ni majlis yang kita adakan adalah besar-besaran. maknanya kita akang bergabung dengan King George High School"sambung Puan Lina sambil mengenyitkan mata. bukan dia tidak tahu akan hubungan cinta antara dua sekolah itu.
sorakan pelajar semakin kuat apabila mendengar berita tersebut.Sebaik selesai pengumuman dan pelantika AJK untuk majlis tersebut semua pelajar beransur pulang sambil masing-masing bercerita tentang rancangan mereka untuk majlis terbesar tersebut.
********************************************************************************************************
"stacy!"akim termengah-mengah mengejar stacy yang leka bermain skateboard di skatepark tempat kebiasaannya.
"ha? nak apa la mamat gedik ni"stacy berkata seorang diri sambil berjalan menghampiri akim. matanya meliar mencari Nadia Dan Eddie. Hubungan mereka semakin rapat. Eddie pun dah ajak nadia pergi ke majlis prom tersebut. Stacy?
"nak apa?"ujar stacy sambil membuat muka bosan.Bosan dengan gangguan daripada akim. Fikirnya sekolah tamat dia akan tamat. Tapi sebaliknya pula. Tempatnya bermain sama dengan tempat akim sering bermain basketball.
"ermm kau nak tak jadi teman aku untuk majlis prom tu nanti?"akim bertanya dengan tidak sabar. hatinya penuh pengharapan agar stacy menjadi temannya.
"nope. aku dah ada partner lain. sori"balas stacy malas. walaupun hakikatnya dia tidak tahu dengan siapa dia akan pergi nanti. dia juga kasihan dengan n aishah yang menanti pelawaan daripada Akim. Aishah dah menolak pelawaan Qhaud semata-mata demi Akim!
"ha? kau pergi dengan siapa?"akim tiba-tiba meninggikan suara. bengang jalannya di potong seseorang.
"erk? alamak apa aku nak jawab ni?"stacy berkata sendirian. mukanya terus gabra sebaik sahaja Akim bertanyakan soalan itu.
"aku... ermm aku pergi dengan.. er dengan"stacy tergagap-gagap membalas pertanyaan Akim. Otaknya berputar ligat mencari nama yang boleh digunakan.
Akim tersenyum melihat reaksi stacy yang kelam-kabut mencari jawapan itu. "Nak tipu aku la tu" getus hatinya.
"Dia pergi dengan aku"
tiba-tiba muncul satu suara yang amat dikenali Stacy. Akim dan Stacy pantas berpaling mencari empunya suara.
Nubhan tenang berdiri memerhatikan Akim yang masih lagi duduk disebelah Stacy. Tiada riak mahu berganjak. Nubhan kemudian pantas menarik tangan Stacy kearahnya. Degupan jantungnya berdegup laju.
Stacy yang masih terkejut dengan kehadiran Nubhan terus sahaja bangun dan berdiri disamping nubhan yang menariknya tadi.Tangannya masih di dalam genggaman nubhan.
"kau siapa. tiba-tiba je masuk campur"Akim meninggikan suara. bengang dengan tindakan Nubhan yang selamber menarik Stacy darinya.
Nubhan sekadar tersenyum mendengar pertanyaan Akim. Budak mentah ni sekali aku jentik melayang ke Aizerbaijan hati Nubhan berkata-kata.
Nadia dan Eddie menuju kearah Nubhan, Stacy dan Akim. Nadia terkejut dengan kehadiran abangnya ke skatepark itu. "tiba-tiba pulak abang datang sini apahal? nak jadi spy aku ke apa?"hati nadia berkata-kata. Mukanya cuak juga menadangkan Eddie berada disebelahnya. Berbanding Nadia, Eddie kelihatan lebih tenang.
Nubhan memandang Eddie dan Nadia sekilas. Matanya memandang Eddie yang masih setia disebelah Nadia.
"siapa ni?"tanya Nubhan kepada Nadia. Matanya masih lagi memandang Eddie manakala tangannya masih mengenggam tangan Stacy kejap.
"owh.. ni kawan Nadia.Eddie. Nadia pegi Majlis prom tu dengan dia"balas Nadia tenang walaupun gugup dengan pandangan abangnya sebentar tadi.
"hurmm.. jaga adik aku elok-elok"ujar Nubhan pantas. Dia tidak pernah menghalang Nadia daripada berkawan. Untuk bercinta pula Nubhan rasa tiada salah bagi adiknya kerana Nadia bukan lagi gadis kecil yang perlu dijaga setiap masa. Dia cuma berharap mereka tidak melampau dalam perhubungan. Batas-batas dalam perhubungan perlu dijaga juga. Nubhan tidak mahu adiknya menconteng arang ke muka keluarganya walaupun dia tahu Nadia tidak akan melakukan sedemikian namun peringatan harus diberikan.
Eddie tersenyum lega. Dia sekadar menganggukkan kepalanya.
"ada apa-apa lagi yang kau nak cakap?"tanya nubhan sambil berpaling kearah Akim yang masih lagi panas hati melihat tangan Stacy masih dalam genggaman Nubhan.
Nubhan. Lelaki itu lebih kacak dan bergaya daripadanya. Dia akur namun dia tidak akan mengalah. Best man win!
"tak apa la. Hari ni hari kau"ujar akim sambil berlalu dari situ dengan hati yang bengkak. Mengapa dia sukar menerima penolakan daripada Stacy? Mungkin kerana dirinya tidak pernah di'reject' oleh wanita sebelum ini seperti kata rakan baiknya Aril.
Aril akan ke majlis prom dengan kekasihnya Marsha. habis aku? akim mula memikirkan siapa yang harus diajak kemajlis tersebut. Walaupun berkawan baik dengan Aril namun perangai mereka berbeza. Aril lebih setia berbanding dengan Akim. Buktinya Aril sudah 3 tahun bercinta dengan kekasihnya marsha.
"hello aishah.."Akim bersuara sebaik mendengar suara halus Aishah menjawab panggilan.
Hati Aishah berbunga riang. Itu merupakan hari yang paling bahagia untuknya. Dia akan pergi ke majlis prom bersama Akim.

1 comment:

ifariza96 said...

sye ske part nie...hehehe...mlu gler akim 2....hahahaha....