Saturday, December 25, 2010

Maaf!

maaf kerana tidak membuat entry terbaru mahupun sambungan cerpen SABUN ini. saya akan cuba untuk sambung semula. saya agak sibuk sejak akhir-akhir ini. :)

Sunday, May 23, 2010

Seadanya Aku-Part 33

Stacy melangkah longlai ke balai berlepas. Ini merupakan kali pertama dia akan ke luar negara dan berjauhan dari ibu bapanya. Jika sebelum ini dia tinggal di asrama namun baginya kali ini merupakan saat paling sedih dalam dirinya. Dia kan berjauhan dari keluarganya dan jaraknya bukan seperti dulu. Mereka akan dipisahkan berubu batu jauhnya. Matanya mula berkaca. Hela nafasnya semakin berat. Akhirnya dia tewas. Air matanya jatuh jua. Nadia disebelahnya turut mengalami situasi yang sama. Masing-masing berat hati untuk meninggalkan tanah tumpah darah mereka.

Stacy berpaling dan melambaikan tangannya kearah kedua orang tuanya. Sesekali tangannya mengesar air mata yang tidah henti-henti mengalir. Begitu juga mamanya yang membalas lambaiaannya.

********************************************************************************************************

“Dah sampai sana nanti terus call mama yer sayang” Puan Sarimah berpesan. Dia memgang erat tangan anaknya itu.

“Jangan lupa solat, belajar. Jangan main-main, ini masa depan Stacy. Jaga diri. Papa dengan mama tak ada kat sana nak jaga Stacy” Sambung Puan Sraimah lagi. Gusar hatinya ingin melepaskan anak kesayannya itu jauh darinya.

“Tak apa. ada Nubhan kan kat sana?” Encik Mizal mula menggiat anaknya. Tidak betah melihat dia orang kesayangnnya itu mengalirkan air mata.

Stacy sekadar tersenyum. Tidak mampu untuk tertawa. Hatinya berat dengan perasaan rindu dan sayang kepada keluarganya

“Papa ni. Orang pergi sana nak belajar la.” Balas Stacy.

Mamanya tersenyum lantas memeluknya. Sebaik sahaja dia bersalaman dengan kedua orang tua nya serta ibu bapa Nadia dia kembali memeluk dan mencuim mamanya. Sayang benar untuk meninggalkan mama dan papanya itu.

Akhirnya, Nadia dan Stacy mengorak langkah menuju ke balai berlepas.

*********************************************************************************************************

“Erm saya duduk di sini boleh??”

“Cik??”

Stacy masih lagi mengelamun. Detik perpisahan dengan papa dan mamanya sebentar tadi masih bermain di mata. Sebaik sahaja duduk di dalam perut kapal terbang itu, dia mengambil langkah untuk mendiamkan diri dan melayan perasaanya. Akhirnya dia mengeluh.

“Hurm.. kenapa mengeluh ni? Ada masalah?” Orang disebelahnya masih lagi cuba berkomunikasi dengannya walaupun dia sejak awal lagi menunjukkan reaksi kurang berminat.

“Cik ada masalah?”

Stacy mula rimas. Orang ni tak faham bahasa ke apa? Hatinya mendengus marah.

“Hey awak…” Stacy melongo. Nubhan?

Tengku Nubhan tersenyum ceria. Hampir tertawa melihat riak terkejut Stacy yang melihatnya.

“Awak? Ermm. Bukan awak dah bertolak minggu lepas?” Akhirnya dia bersuara. Kepalanya masih ligat berfikir. Bagaimana pula Tengku Nubhan boleh menaiki penerbangan ke Stanford dari KLIA? Adakah dia sengaja? Bukankah pemuda itu sepatutnya bertolak minggu lepas?

“Owh. Pasal tu? Memang la sepatutnya minggu lepas. Tapi buat apa saya nak bertolak awal kalau kuliah saya start minggu depan. So saya ambil keputusan untuk bertolak minggu ni sekali dengan awak.” Balas Tengku Nubhan sambil tersenyum ceria.

Stacy bingung. Tiada siapa yang tahu dia akan bertolak pada hari ini kecuali Nadia dan keluarga serta papa dan mamanya. Papa? Tak kan la papa baik sangat nak bagi tahu Nubhan. Tak kan papa? Bisiknya sendiri.

“Papa awak yang bagi tahu saya.” Sambung Tengku Nubhan apabila melihat Stacy seakan berfikir.

Stacy berpaling merenung mata Tengku Nubhan mencari kebenaran kata-katanya. Namun dia pantas menunduk apabila sepasang mata milik Nubhan memanah ke matanya juga. Dia tewas.

“Tak kan la papa baik sangat nak bagi tahu awak?” Stacy menyatakan persoalan yang bermain dimindanya.

“Er.. haha. Papa awak memang baik.” Balas Nubhan gugup.

“Macam mana awak tahu sebenarnya ni?” Stacy mula curiga. Mukanya mula serius.

“Okay..okay. saya tanya Nadia. Saya bagi tahu dia yang saya nak ke Stanford dengan awak. Saya nak jaga keselamatan freshie yang saya sayang ni” Balas Tengku Nubhan selamba.

Stacy pantas berpaling memandang Nadia yang duduk bersama Tengku Riz. Haishh budak Nadia ni suka buat keputusan tanpa bagi tahu aku!

Nadia tersengih sambil membuat ‘peace’ kearah Stacy yang memandangnya geram.

“Awak tak suka ek?” Tiba-tiba dia mendengar suara Tengku Nubhan yang sudah berubah intonasinya menjadi lebih mendatar. Stacy tersentak. . Terasa hatikah dia?

Stacy berpaling memandang Tengku Nubhan. Dia tersenyum.

“Saya tak marah la. Cuma terkejut. Ye la. Tiada siapa yang tahu saya ke sana hari ni. Tiba-tiba saya dalam 1 flight dengan awak.” Balas Stacy lembut.

Tengku Nubhan tersenyum lega. Namun ada sesuatu yang bermain di benak kepalanya saat itu. Kehilangan ayahandanya. Sejak dia pulang bercuti cuma sekali sahaja Sultan Adlin menghubunginya. Apa masalah yang melanda ayahandanya, dia sendiri tidak tahu. Bonda tirinya pula seperti tidak ambil peduli tentang ayahnya itu. Tengku Akim juga begitu.

Dia amat berharap Panglima Toi dan Panglima Fazley dapat menyelidik perihal itu dengan secepat mungkin. Hatinya kuar mengatakan bahawa ayahandanya dalam keadaan bahaya. Cuma dia tidak tahu bagaiman untuk membuktikannya. Untuk menuduh sembarangan pula mustahil kerana dia sendiri tidak pasti cuma dia mengesyaki bonda tirinya serta Panglima Aris ada kaitan dalam kes kehilangan ayahandanya itu.

Tanpa sedar dia mengeluh. Stacy yang sedari tadi melayan perasaan berpaling. Namun tidak pula berniat mengganggu pemuda itu. Pasti ada sesuatu yang menggusarkan hati Nubhan.

*****************************************************************************************************************

Tengku Lufya menghempas pintu apartmennya. Geram. Sia-sia sahaja dia berjalan kaki pergi ke apartmen yang didiami oleh Tengku Nubhan dan tengku Riz. Ternyata mereka belum pulang lagi. Setahunya mereka pulang bersama minggu lepas. Sejak pulang ke Stanford minggu lepas sudah berpuluh emel di hantar kepada Tengku Nubhan untuk mengajak jejaka itu keluar. Namun semuanya dibalas dengan jawapan yang sama bahawa dia sedang sibuk dengan tugasa dan assignment.

Alasan dari Tengku Nubhan itu amat menjengkelkannya. Baru mula sem baru sudah sibuk dengan assignment? Nampak sangat dia berbohong. Tiada pelajar yang menerima assignment pada sem baru ini. Akhirnya dia mengambil keputusan ke apartmen pemuda itu. Namun hampa apabila pelajar dari Malaysia yang serumah dengan Tengku Nubhan memeberitahu bahawa pemuda itu belum pulang lagi.

Kemana agaknya Tengku Nubhan? Dia mendengus geram. Teman serumahnya pula mengambil langkah selamat dengan hanya berdiam diri. Tidak mahu masuk campur. Bukan tidak tahu dengan perangai Tengku Lufya itu. Terhegeh-hegeh dengan yang tidak sudi dan selalu tergedik-gedik apabila melihat ada jejaka kacak di sekitar university mereka. Cuma apabila dihadapanTengku Nubhan sahaja Tengku Lufya akan berlagak baik.

Tuesday, May 11, 2010

Seadanya Aku-Part 32

“Hurmm.. how do I look?” Stacy berpaling menghadap rakan baiknya, Nadia.

“Perfect babe! Kau cute giler. Hehehehe.” Nadia mengangkat ibu jarinya menunjukkan tanda bagus. Jujur rakannya itu memang sangat cantik pada malam itu. Entah apa yang dirancangkan oleh Tengku Nubhan untuk sahabatnya itu malam ini

“Thanks.” Ucap Stacy sepatah. Dia agak gugup memikirkan makan malamnya bersama Tengku Nubhan. Makan malam yang formal ke?

Stacy dan Nadia berpaling sebaik sahaja mendengar ketukan di pintu. Nadia bingkas bangun menuju ke arah pintu. Dia tergamam.

“Er.. Lufya.” Nadia berpaling memandang Stacy resah.

“Hurm. Nak ke mana?” Tengku Lufya menjeling ke arah Stacy. Hatinya di pagut rasa cemburu. Stacy sangat cantik apabila mengenakan gaun malam itu.

“Cik Stacy, Tengku Nubhan sedang menunggu cik di….” Panglima Fazley terkedu. Bagaimana Tengku Lufya boleh berada dalam bilik Stacy? Habislah. Tengku Lufya pasti akan membuat kacau apabila mengetahui rancangan Tengku Nubhan dan Stacy malam ini. Salahnya juga kerana tidak mengetuk pintu dahulu sebelum berkata-kata. Dia mengeluh sendiri.

“Ouhh. Ada apa-apa yang saya tidak tahu ke?” Tengku Lufya merenung Panglima Fazley yang terkulat-kulat memandangnya. Hatinya bengkak apabila mendengar kata-kata Panglima Fazley sebentar tadi.

“Err.” Panglima Fazley gugup. Apa yang harus di beritahu kepada Tengku Lufya? Dia menunduk. Gerun melihat wajah Tengku Lufya yang bengang dengan kata-katanya sebentar tadi.

“Saya kena bertemu dengan Tengku Nubhan malam ini.” Stacy bersuara tenang. Dia tersenyum sedikit. Bimbang juga diserang oleh Tengku Lufya.

“Untuk apa?” Tengku Lufya menghampiri Stacy. Ingin shaja dia menraik rambut gadis di hadapannya itu.

“Ha? Err. Untuk.. aaaa.. err” dia memandang Nadia meminta pertolongan. Cis! Tadi confident giler sekarang ni apsal aku gagap pulak? Stacy mengutuk dirinya sendiri.

“Untuk apa Cik Stacy?” Tengku Lufya bersuara lagi.

“Saya nak jumpa Nubhan.. err .. maksud saya Tengku Nubhan sebagai tanda terima kasih saya kepada dia sebab sudi menjemput saya datang Inderapura.” Balas Stacy. Hatinya resah. Apsal pulak Nubhan? Patutnya Tengku Nubhan.

‘NUBHAN’ darah Tengku Lufya mula mendidih. Berang hatinya. Tengku Nubhan tidak pernah mengajaknya makan malam. Apatah lagi makan malam istimewa berdua sahaja.

“Maaf Tengku Lufya, Cik Stacy harus pergi sekarang” Akhirnya Panglima Fazley bersuara. Dia hampir tertawa melihat wajah bengang Tengku Lufya itu. Tidak sangka Stacy akan berterus terang seperti itu.

“Maaf tengku saya perlu pergi sekarang, bimbang pula Tengku Nubhan murka.” Tambah Stacy pula. Dia pantas mendapatkan Panglima Fazley yang sudah sedia menanti di muka pintu biliknya. Dia teragak-agak untuk keluar. Membiarkan Nadia bersama Tengku Lufya bermakna Nadia menempah maut. Dia menjeling kearah Nadia supaya mengikutnya keluar.

Nadia cepat tersedar dengan jelingan rakan baiknya itu bingkas bangun.

“Maaf tengku, saya pun nak keluar ni.” Nadia meminta diri dengan harapan Tengku Lufya turut mengikut mereka keluar. Membiarkan gadis itu didalam bilik mereka alamatnya puting beliung melanda. Pasti barang-barang mereka akan di geledah oleh Tengku Lufya memandangkan anginnya tidak baik sebaik sahaja mendengar berita makan malam antara Stacy dan Nubhan.

“Hurm.” Tengku Lufya berjalan pantas menghampiri muka pintu. Dia memandang Nadia sekilas dan terus berjalan dan dengan sengaja melanggar bahu Stacy hingga menyebabkan Stacy tertolak ke dinding.

Nadia,Stacy dan Panglima Fazley berpandangan.

“Aku tak tau pulak laluan ke bilik kita ni sempit tahap gaban!” Stacy memandang rakannya itu.

“Tau tak pe. Aku rasa kau kena kasi cadangan kat Nubhan suruh besarkan sikit laluan kat istana ni. Nanti tak de la kau terlekat kat dinding macam frame gambar kalau kena tolak.” Balas Nadia selamba.

Masing-masing tertawa riang. Gila! Kalau Permaisuri Tiara dengar confirm kena halau keluar istana ni.

Panglima Fazley tersenyum dengan gelagat dua gadis di sampingnya itu.

“OK jom!” Panglima Fazley menunjukkan arah untuk Stacy berjumpa dengan Tengku Nubhan.

“Oppss kejap. Nad kau cam ne? tak kan nak ikut aku pulak?” Stacy memandang rakannya menunggu jawapan.

“Aik? Tadi kau ajak aku. Tak kan la aku nak duduk dalam bilik tu. Buatnya singa betina tu datang lagi, ha!! Gila namanya tu. Tunggu maut!” Balas Nadia selamba.

“Err. Tak kan nak ikut aku?” Stacy meminta kepastian.

“Hehehehe. Tak kan tak boleh?” Nadia mula mengusik.

“Ha? Oi, kau ni. Call Riz la” Akhirnya Stacy memberi cadangan.

Panglima Fazley mula gelisah. Pasti Tengku Nubhan sudah menanti di rooftop istana. Budak-budak ni boleh pulak main-main.

“Macam ni la. Cik Nadia boleh pergi ke halaman istana. Tengku Riz dah menunggu di sana.” Ujar Panglima Fazley. Sememangnya dia ternampak Tengku Riz sebentar tadi.

“Awak biar betul. Dia tunggu saya ke?” balas Nadia meminta kepastian.

“heheheh. Tak tau pulak. Tapi Cik Nadia pergi je ke sana. Masakan dia menolak kalau Cik Nadia yang datang teman. Cik Stacy perlu pergi sekarang. Kalau kamu berdua asyik main-main je, bimbang pula Tengku Nubhan akan marah nanti.” Panglima Fazley memberi penjelasan.

Nadia dan Stacy berpandangan. Nadia akhirnya mengangguk setuju diikuti dengan senyuman penuh makna dari Stacy yang bertujuan mengusik rakan baiknya itu. Dengan pantas, Nadia menghadiahkan cubitan berbisa buat rakan baiknya itu. Akhirnya kedua-dua tertawa.

Mereka berpisah sebaik sahaja keluar dari pintu dapur. Mereka perlu keluar mengikut pintu belakang, bimbang terserempak pula dengan bonda tiri Tengku Nubhan. Walaupun perihal makan malam itu akan di ketahui juga oleh Permaisuri Tiara melalui Tengku Lufya, namun seboleh-bolehnya mereka akan mengelak daripada menemui permaisuri itu.

Nadia terus menuju ke gazebo dimana Tengku Riz sedang duduk berseorangan. Dia teragak-agak unutk menghampiri lelaki itu. Tetapi untuk berpatah balik pulang ke bilik agak mustahil kerana dia akan berseorangan di dalam biliknya.

“Eh Nadia!. Sini la. Duduk dengan Riz. Esok nak balik dah kan?” Panggil Tengku Riz sebaik sahaja melihat Nadia yang terkulat-kulat di tengah laman istana. Sememangnya dia ingin menemui gadis itu, tetapi tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya.

*************************************************************************************

Stacy menurut langkah Panglima Fazley. Mereka menyusuri lorong-lorong dalam istana itu. Lorong ynag gelap dan sunyi itu sesekali menimbulkan rasa kurang selesa bagi Stacy. Kemana sebenarnyer panglima itu mahu membawanya?

“Cik Stacy?” Panglima Fazley memanggil gadis itu tatkala merasakan langkahnya semakin jauh dan tiada siapa yang mengekorinya.

“Ha?? Err maaf” Stacy pantas menghampiri Panglima Fazley.

“Cik Stacy jangan takut. Saya ni menurut perintah Tengku Nubhan. Bukan nak apa-apakan cik pun” Ujar Panglima Fazley seolah-olah memahami apa yang bermain di fikiran gadis itu. Siapa tidak takut berjalan dalam gelap dengan lelaki yang tidak dikenali.

Stacy mengangguk. Dia tersenyum sendiri. Panglima Fazley dapat menebak hatinya yang gusar itu.

“Okay. Sampai sini je la saya hantar cik.” Panglima Fazley bersuara memecah kesunyian.

Stacy terpinga-pinga. Dia memandang Panglima Fazley dengan seribu satu persoalan. Biar betul? Tak ada apa-apa pun. Hatinya berbisik sendiri.

Panglima Fazley tersenyum. Dia menunjukkan tangannya menuju ke atas.

Stacy melongo. Rooftop? Biar betik?? Namun dia menurut juga. Pantas dia menaiki tangga menuju ke bahagian bumbung istana.

*******************************************************************************

Tengku Nubhan terpaku. Stacy cukup anggun dalam dres serba putih paras lutut yang dihadiahkan olehnyer petang tadi. Dia tersenyum.

Stacy gelisah apabila melihat Tengku Nubhan tidak berhenti menadangnya sejak dia sampai di atas bumbung istana itu. Kalau diturutkan hatinya, ingin sahaja dia mencucuk mata Tengku Nubhan yang masih menadangnya sejak tadi. Biar jadi Kassim Selamat!

“Err.. Jemput duduk.” Tengku Nubhan gugup. Namun pantas dia cuba menyembunyikan kegugupannya itu. Dia menghulurkan tangannya memimpin Stacy ke meja makan yang telah tersedia hanya untuk dua orang.

Stacy menyambut huluran tangan Tengku Nubhan. Dia menghadiahkan senyuman yang manis buat Nubhan.

Mereka menikmati makan malam mereka dalam suasana malam yang cukup indah dan ditemani bintang dan bulan. Hanya mereka berdua. Sesekali mata Nubhan melirik ke arah Stacy yang cukup comel pada malam itu. Dia berharap hubungan mereka akan berkekalan.

*****************************************************************************************************************

Di kamar istana pula, Tengku Lufya mengbaling segala perhiasan dan peralatan yang tercapai di tangannya. habis barang-barang itu dibaling dan hancur berkecai. matnya mencerlung kemerahan akibat menangis. sakit hatinya melihat kecantikan Stacy sebentar tadi. tambah menyakitkan hatinya ialah Stacy berpakaian begitu untuk makan malam bersama Tengku Nubhan.

Monday, May 10, 2010

sori



sori korang.. bz sangat lately..
result UPU dh kuar kn.. nk prepare sambung blajar lagi..hehehehe
gud luck juga krpada yg berjaya ke U :)

sy akan cuba sambung citer ni secepat mungkin.
harap bersabar k
luv u guys :)

Monday, April 19, 2010

Seadanya Aku- Part 31

“Tok..tok tok…” Panglima Toi mengetuk pintu bilik tetamu yang didiami oleh Stacy dan Nadia. Dari luar bilik dia terdengar sayup-sayup orang ketawa. Entah apa yang ditawakan oleh mereka berdua, dia pun tidak pasti. Apa yang pasti dia senang kedua orang anak gadis itu.
“Maaf Cik Stacy, Tengku Nubhan kirimkan baju ini untuk cik.” Ujar Panglima Toi perlahan. Risau pula jika Tengku Lufya tiba-tiba muncul. Sebentar tadi Tengku Nubhan sudah berpesan agar rancangannya untuk makan malam bersama Stacy dirahsiakan. Ini semua gara-gara Tengku Lufya yang engggan berenggang dengan Tengku Nubhan. Sejak kemunculan Stacy ternyata Tengku Lufya tidak senang duduk.
“Ha? Kenapa pula? Dia tak ada kata apa-apa pun kat saya tadi?” Balas Stacy. Dia mula berfikir. Apa agaknya yang cuba dirancang oleh Nubhan kali ini? Dia tersenyum sendiri.
“Ha! Senyum pula. Ambil ni. Nak pergi ke tak? Kalau tak nak saya suruh Tengku Lufya sahaja yang ganti tempat Cik Stacy. Hehehehe.” Panglima Toi tersengih. Gemar melihat wajah kalut gadis itu. Benar kata Tengku Nubhan, Stacy memang comel apabila kalut seperti itu.
“Err. Tak pe. Biar saya saja yang pergi. Hehehehe.” Stacy menggaru kepalanya yang tidak gatal. Menutup malu kerana kantoi tersenyum sendirian.
“Bagus kalau macam tu. Sekarang tugas saya dah selesai. Pukul 8.30 malam nanti Cik tunggu saya di sini okay. Nanti saya ambil.” Ujar Panglima Toi sambil mula melangkah keluar.
“Ambil? Nak kemana sebenarnya ni?” Stacy menghampiri Panglima Toi yang sudah berdiri di muka pintu. Nadia pula sekadar menjadi pemerhati.
“Malam karang Cik Stacy tau la. Saya pergi dulu.” Panglima Toi pantas keluar dan menutup pintu tanpa menunggu Stacy yang ternyata tidak puas hati dengan jawapannya.
***********************************************************************************
“Hurm. Makan malam? Menarik!” Tengku Akim terus beredar dari tempat persembunyiannya. Akalnya ligat memikirkan jalan untuk memusnahkan rancangan abang tirinya itu. Dia tersenyum sendiri.
“Woi! Kau gila atau otak kau dah hilang skru?” Aishah tiba-tiba menyergah Tengku Akim. Rimas pula melihat anak muda itu berjalan seperti orang tidak betul. Sudahla bercakap sendirian. Senyum sorang-sorang pulak tu. Sah gila!
“Sedap mulut kau kata aku gila kan?” Tengku Akim menghampiri Aishah yang sedang memegang senduk. Entah apa yang dilakukan gadis itu didapur dia pun tidak tahu.
“Ha! Kalau kau rapat, alamatnya senduk ni kat dalam perut kau nanti!” ugut Aishah. Gerun pula apabila melihat Tengku Akim menghampirinya dengan wajah yang serius. Menyesal pula menegur pemuda itu tadi.
“Hahahaha. Macam mana pula senduk boleh masuk kat perut aku?” Tanya Tengku Akim sambil tersengih lebar.
Aishah mencebik. Ingat hensem la tu tunjuk gigi macam tu. Dia masih lagi mengacukan senduk terhadap Akim sambil otaknya berfikir alasan yang boleh digunakan untuk mematahkan kata-kata lelaki itu.
“Ha!! Itu pun kau tak boleh fikir. Sah-sah la aku masukkan senduk ni ikut mulut kau.” Ujar Aishah bangga.
Tengku Akim mencerlungkan matnya terhadap gadis genit dihadapannya. Memang nak kena budak ni. Hatinya geram. Bertambah geram apabila gadis itu boleh tersenyum puas setelah mengenakannya.
“AISHAH!!” Tengku Akim mula mengejar. Dia tesenyum
apabila melihat riak terkejut Aishah sebaik sahaja mendengar jeritannya.
‘Mati aku! Anak singa dah mengaum! Dia pantas membuka langkah seribu. Senduk ditangannya dicampakkan akibat terkejut.
“Aduh! Kau memang nak kena!” Tengku akim mula geram apabila senduk yang dipegang Aishah tepat terkena di kepalanya. Menyesal dia menjerit sebentar tadi. Tidak sangka gadis itu akan terkejut sehingga mencampakkan senduk itu. Dia pantas mengejar.
Aisyah berlari menuju ke dapur lantas menutup pintu itu dengan kuat sambil berharap agar Akim akan menghampiri pintu itu pada masa yang baik. Biar patah hidung! Dia gelak sendiri. Kejam la pulak!
“Bismillahhirrahmanirrahiiiimmm…. Selamat kan lah aku dari anak singa tu! Hanya padaMu aku memohon!” Dia sempat berdoa dan menunggu di hadapan pintu untuk mendengar apa yang akan terjadi.
“Ouuuuch!! Ecah!!!!!!!! Siap kau!” Tengku Akim pantas menyepak pintu yang menghentam hidungnya tadi.
Aishah tersenyum sebaik sahaja mendengar jeritan Tengku Akim yang dalam kesakitan. Wuhuuuuu! Padan muka! Namun dia cepat sedar apabila mendengar pintu ditendang dengan kuat.
“Kau memang nak kena!” Tengku Akim merenung mata Aishah tajam.
Aishah pantas mencebikkan bibirnya dan membuka langkah unutk melarikan diri namun malang menimpanya. Dia terlanggar seseorang. Dia jatuh terduduk.
“Woi! Tak Nampak ke?” Tempik Aishah. Tangan kirinya memegang siku kanannya yang terhentak akibat terjatuh sebentar tadi. Namun sebaik sahaja dia mengangkat mukanya, dia tergamam. Permaisuri Tiara!
Aishah bangun. Berdiri tegak di hadapan bonda kesayangan Tengku Akim. Dari ekor matanya dia dapat melihat Tengku Akim tersenyum mengejek kepadanya. Hatinya geram.
“Siapa yang buta?!” Permaisuri Tiara mencengkam tangan kecil Aishah dengan kuat sambil menjerit. Aishah menyeringai kesakitan. Menyesal pula dia berlari tanpa memandang keadaan sekeliling. Sekarang ni terimalah akibatnya. Emak singa in action!
“Maaf auntie. Aishah tak perasan tadi.” Aishah memohon maaf. Suaranya bagaikan tidak keluar apabila mengucapkan kata maaf itu. Gerun melihat wajah Permaisuri Tiara yang merenungnya tajam.
Permaisuri Tiara menjeling gadis di hadapannya itu sekilas. Matanya di arahkan ke arah anaknya. Tengku Akim menggosok-gosok hidungnya yang masih sakit akibat di hentam dengan pintu.
“Kenapa dengan hidung Akim tu?” Permaisuri Tiara menghampiri anaknya itu. Hidung Tengku Akim kelihatan merah.
Tengku Akim gugup. Kalau diikutkan hatinya memang dia ingin melaporkan kepada bondanya tentang kelakuan Aishah sebentar tadi namun entah mengapa dia tidak sampai hati pula apabila melihat wajah Aishah yang ketakutan itu.
“Kenapa dengan U sayang?” Tengku Mila tiba-tiba menghampiri Tengku akim dari belakang. Dia memandang Aishah dengan seribu satu persoalan. Dia akui kadang kala dia cemburu dengan sikap Aishah yang selamba itu. Dia pernah melihat Aishah dan Akim bergaduh namun pergaduhan itu lebih kepada usikan Akim terhadap Aishah. Dia juga pernah melihat bagaimana renungan Akim terhadap Aishah. Apakah Akim sudah jatuh hati dengan gadis kecil itu? Hatinya gusar.
Tengku Akim memandang Aishah sebaik sahaja Tengku Mila mendapatkannya. Diaingin melihat reaksi gadis itu. Tetapi hampa. Tiada riak cemburu pun yang kelihatan.
Err. Tak. Tak ada apa-apa. Akim terlanggar pintu tu tadi. Tak perasan.” Ujar Tengku Akim sambil menggenggam tangan Tengku Mila. Dia memandang bondanya mengharapkan bondanya percaya dengan kata-katanya.
Tengku Mila menunduk. Bukan dia tidak Nampak kejadian yang berlaku antara Akim dengan Aishah. Mengapa Akim membela gadis itu?
Aishah terkedu. Akim membelanya. Dia menarik nafas lega. Namun hatinya gusar. Akim tidak akan melepaskannya begitu sahaja. Dia pasti tentang perkara itu. Walaubagaimanapun dia bersyukur kerana dia tidak perlu mencipta alasan untuk Permaisuri Tiara.
“Hurm. Lain kali jalan tu elok-elok. Kamu juga Aishah! Jangan meluru je jalan tu.”
Permaisuri Tiara terus beredar. Malas ingin mengambil tahu lagi.
Tengku Mila pula masih lagi menggenggam tangan Tegku Akim.
“Sayang. Jom la masuk. Biar I tuam hidung U tu. Jom.” Tengku Mila menarik tangan Akim lembut. Namun dia terkejut apabila Tengku Akim merungkaikan pegangan tangannya.
“Tak apa la Mila. Biar orang yang buat tu tuamkan.” Balas Tengku Akim sambil tersenyum sinis kearah Aishah. Aishah terkejut. Mamat ni mengada-ngada betul! Getus hatinya.
“Wei!! Jangan harap aku nak buat tuam hidung kau tu. Elok sangat hidung kau tu dah senget.” Ujar Aishah selamba sambil tertawa kecil. Dia mula membuka langkah untuk beredar. Namun Tengku Akim lebih pantas menarik tangannya. Aishah menjerit perlahan akibat terkejut. Dia pantas memandang Mila.
“Er. Akim.. okay saya tuam. Yapi lepaskan tangan saya. Err. Mila awak jangan salah faham. Err.. aa.” Aishah gagap. Bengong punya Akim! Apsal kau suka hati je tarik tangan aku macam tu. Mesti Mila jeles tahap gaban.
“Ha? Tak apa saya faham. Saya Nampak tadi.” Tengku Mila tersenyum paksa. Hatinya perih memandang Tengku Akim yang selamba sahaja menarik tangan Aishah.
Tengku Akim tersenyum. Dia langsung tidak mempedulikan Tengku Mila. Matanya lebih tertarik kepada Aishah yang berada di hadapannya.
“Awak nampak?” Mata Aishah bulat memandang Tengku Mila. Dia resah. Apalah gadis itu akan fikir tentangnya. Salahnya juga kerana menegur Tengku Akim. Apa kaitan dengannya kalau Akim tersenyum sorang-sorang tadi? Dia mengutuk dirinya sendiri.
“Erm.. Tak apalah. Awak tolong tuam yer. Saya masuk dulu. Lagipun Akim pun memang suruh awak yang tuamkan tadi.” Tengku Mila terus masuk. Tidak betah lama di situ.
“Ha??? Eh tapi Mila. Saya..” Aishah merenung tajam Akim. Memang nak kena mamat ni! Awek dia dah kecil hati tak reti nak pujuk. Sebab aku pulak tu. Mangkuk!
“Hehehe. Apa lagi? Cepatla. Hidung aku sakit ni!” Sergah Tengku Akim apabila melihat Aishah seperti berkhayal. Dia tergelak apabila melihat Aishah terkejut.
Huh! Benci betul aku tengok gelak dia ni. Tayang gigi je lebih! Aishah terus masuk ke dapur mengambil apa yang perlu digunakan unutk menuam hidung Akim. Dia tersenyum sendiri. Siap kau!
“AAaarghh!! Sakit la woi!!” Tengku Akim bingkas bangun. Aishah membuat riak tidak bersalah.
“kau tuam ke, nak patahkan hidung aku?”Tengku Akim merenung Aishah. Geram hatinya apabila diperlakukan sebegitu.
“Tuan Akim.. kalau tuam memang macam tu okay.” Balas Aishah selamba. Kalau macam tu la cara tuam, memang patah hidung Akim aku kerjakan. Kalau aku jadi nurse, confirm kena pecat ni. Aishah tertawa sendiri.
“Ha!! Kau gelak. Kau kenakan aku kan?” tengku Akim pantas menarik telinga Aishah sambil tertawa. Aishah berusaha mengelak. Akhirnya mereka sama-sama ketawa riang.
Dari tirai istana, Tengku Mila memendam rasa. Tengku Akim sudah jatuh hati dengan Aishah. Dia pasti tentang itu.

Monday, March 29, 2010

Seadanya Aku-Part 30

Sultan Adlin duduk berteleku. Suasana sunyi menyelubungi ruang bawah tanah istana yang menjadi tempat kediamannya sejak seminggu yang lalu. Entah bila dia akan dapat melihat dunia luar dia tidak tahu. Kadang kala hatinya gusar memikirkan keadaan negara yang ditinggalkannya tanpa khabar berita. Tiada siapa yang tahu di mana dia berada. Mereka semua telah dikaburi dengan penipuan yang dilakukan oleh isterinya. Manakala pengawal-pengawal istana kebanyakannya telah menerima suapan dari isterinya bagi menjayakan rancangan jahat Permaisuri Tiara itu. Sungguh dia tidak menyangka orang-orang kepercayaanya itu sanggup menikamnya dari belakang. Air matanya menitis. Hatinya perih.

**********************************************************************************************************

“Toi, kau perasan tak?” Panglima Fazley tiba-tiba bersuara. Dia yang sejak tadi memerhati keadaan istana mengalihkan pandangannya kearah rakan baiknya.

“Perasan apa?” Panglima Toi memandang Panglima Fazley pelik. Sesekali matanya meliar mengawasi pergerakan Tengku Nubhan. Raja muda itu perlu diawasi dengan baik. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak diketahui oleh mereka sedang berlaku di dalam istana. Sejak ketiadaan Sultan Adlin pelbagai perkara telah berlaku. Menjadi tanggungjawabnya dan Panglima Fazley untuk menjaga keselamatan Tengku Nubhan dengan baik.

“Panglima Aris tu macam lain je sekarang ni. Dia macam rapat dengan Permaisuri Tiara kan?” Bisik Panglima Fazley perlahan. Matanya memandang kiri dan kanan. Takut juga ada telinga yang mendengar. Bukan dia tidak perasan kebanyakan pengawal istana yang sudah mula berubah sikap termasuk ada yang sudah berani meninggikan suara dengannya.

Panglima Toi yang mendengar kata-kata Panglima Fazley sekadar menganggukkan kepalanya. Memang dia perasan akan gelagat Panglima Aris itu yang kini seolah-olah dilamun cinta. Dalam diam dia menyiasat tentang perkara itu. Sudah banyak kali juga dia melihat kemesraan antara Permaisuri Tiara dan Panglima Aris.

“Habis tu?” Panglima Toi bertanya seolah-olah tidak mengerti.

“Huh? Kau ni Toi kalau aku sekeh kepala kau free jer benjol. Nak ?” Pnaglima Fazley sudah berdiri bersedia untuk meluku Toi.

“Eh! Kalau kau sekeh kepala aku, aku akan pastikan kakiku di bibirmu Fazley. Nak? Ikhlas dari hati ni” Panglima Toi turut berdiri.

“Ehem. Kalau kenah hantuk kepala dua-dua ni pun best jugak kan? Nak?” Tiba-tiba mereka di sapa oleh satu suara yang cukup di kenali. Entah bila pemuda itu naik mereka tidak pasti.

“Hehehehehe. Tengku. Bila naik? Tadi kalau tak silap saya tengku ber’dating’ kan?” Balas Panglima Toi selamba.

Panglima Fazley yang berdiri tegak di sebelah panglima Toi menutup mulut menahan ketawa. Rakannya itu memang selamba dengan putera mereka yang sorang itu. Jika dengan Tengku Akim alamatnya masing-masing sudah di herdik jawabnya.

“Wah!! Awak dah lama hidup yer Toi? Kalau dah, senang saya nak campak awak jatuh ke bawah. Tak de la tinggi mana pun. Paling kurang pun kepala awak je yang pecah.” Tengku Nubhan duduk di atas bibir tembok bumbung istana.

“Err.. tak apalah. Kedengaran ikhlas pulak kata-kata tengku tu. Susah-susah je.” Balas Panglima Toi. Dia tersengih-sengih. Tengku Nubhan memang boleh di ajak bergurau.

“Hurmm. Sebenarnya saya runsing memikirkan ayahanda saya. Awak ada apa-apa berita tentang ayahanda saya?” Ujar Tengku Nubhan. Dia tidak tahu dengan siapa dia harus mengadu. Ingin bertanya bonda tirinya itu memang mustahil. Wanita itu seperti tidak mempunyai perasaan. Malahan apabila di tanya mengenai ayahandanya, wanita itu cuma menjawab dengan sambil lewa sahaja.

Panglima Fazley dan panglima Toi berpandangan. Faham akan keresahan yang melanda hati anak muda itu.

“Ada tuanku call tengku? Sebab kami memang tak pernah terima apa-apa panggilan dari ayahanda tengku.” Panglima Fazley pula bersuara.

“Ayah ada call saya semalam. Katanya tak tahu bila akan pulang. Selalunya ayah tak kan macam tu. Dan ayah juga akan bagi tahu saya sebelum berangkat ke luar negara. saya rasa tak sedap hati la.” Akhirnya Tengku Nubhan meluahkan kebimbangannya. Dia menopang dagunya memikirkan perihal ayahandanya itu.

Panglima Toi turut duduk di sisi Tengku Nubhan. Benar juga kata putera raja itu. Selalunya Sultan Adlin akan memaklumkan kepada mereka sekiranya baginda bertugas di luar Inderapura.

“Hurm.. maksudnya tuanku ada call tengku.” Panglima Fazley berkata sendiri. Dia duduk di hadapan Tengku Nubhan.

“Memang la ada. Tapi, suara ayahanda lain sangat. Macam lemah dan suara dia bergema. Dah tu, ayahanda guna private number. Ayah tak pernah macam tu panglima.” Dia merenung tepat ke mata Panglima Fazley.

Kedua-dua panglima itu menunduk. Suara keras Tengku Nubhan menandakan putera itu sedang dalam keresahan dan marah. Keselamatan Sultan Adlin memang sentiasa menjadi keutamaan anak muda itu. Begitu juga dengan Sultan Adlin yang begitu menjaga keselamatan anaknya itu. Sebagai orang kepercayaan kerabat diraja itu, tidak mungkin mereka akan mensia-siakan kepercayaan itu. Keluarga itu sudah banyak berjasa dengan mereka. Sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk membalas dan memelihara keselamatan keluarga diraja itu.

“Tengku jangan risau, kami akan cuba menjejaki ayahanda tengku. Keselamatan baginda sudah menjadi tanggungjawab kami. Jika ada apa-apa yang terjadi kamai akan maklumkan kepada tengku. Tiada siapa akan mengetahui tentang rancangan kita ini. Beberapa orang kepercayaan kami akan mengawasi istana dan menjaga tengku sepanjang di Stanford. Tengku jangan risau. Serahkan saja kepada kami.” Ujar Panglima Toi yakin. Dia tidak akan mengecewakan Tengku Nubhan. Dia berpaling memandang Panglima Fazley yang ternyata bersetuju dengan kata-katanya.

Tengku Nubhan bangun. Dia bersalaman dengan Panglima Toi dan Panglima Fazley. Kedua-dua orang panglima itu memang boleh dipercayai.

“Terima kasih. Jika ada apa-apa yang mencurigakan maklumkan kepada saya. Saya pasti ada sesuatu yang terjadi di istana yang kita tidak tahu.” Ujar Tengku Nubhan yakin. Dia mula melangkah untuk turun dari tingkat atas istana yang menjadi kawasan pemerhati dua orang panglimanya itu.

“Eh. Tengku nak kemana?” Panglima Fazley mula menggiat. Bukan tidak tahu hala tuju tengku muda itu.

“Ha? Err. Saya ada urusan sikit.” Balas Tengku Nubhan. Wajahnya merona merah.

“Urusan apakah wahai tengku? Ingin sekali patik mengetahuinya.” Panglima Toi pula mengusik.

“Aaa.” Tengku Nubhan mula gelabah. Dia melangkah naik semula. Kedua-dua orang panglima itu berundur ke belakang. Risau pula apabila melihat tengku kesayangan mereka itu naik semula dan menuju keraah mereka.

Hurm tau pulak takut bisik hati Tengku Nubhan. Dia tersenyum nakal.

“Ha! Tau takut!” Jerit Tengku Nubhan tiba-tiba. Panglima Fazley dan Panglima Toi tersentak. Kalau ada sakit jantung, confirm aku tak sempat mengucap ni desis hati Panglima Toi.

“Ehem. Saya nak minta tolong sikit.” Bisik Tengku Nubhan perlahan. Dia menghampiri Panglima Fazley yang masih tercengang. Kuat sangat ke aku jerit tadi? Tengku Nubhan bermonolog.

“Tolong apa tengku? Nak saya jerit tolong ke?” Panglima Toi bertanya selamba.

Orang tua ni dah lama hidup agaknya. Selamba je loyar buruk dengan aku marah Tengku Nubhan sendiri.

“Tak payah la. Nanti kalau awak jerit makin tebal bibir tu.” Balas Tengku Nubhan sambil tertawa. Panglima Fazley turut tertawa. Padan muka kau Toi bisik hatinya.

“Ha? Kecik hati saya Tengku.” Ujar Panglima Toi sambil mencemikkan bibirnya.

“Aik? Mengada-nagada pulak. Saya nak minta tolong sikit ni.” Akhirnya Tengku Nubhan beralah. Malas mahu melayan panglimanya yang seorang itu.

“Okay. Tolong apa? Kalau escort tengku malam buta kat pantai lagi, saya tak nak! Penat la. Pastu kena tengok korang main kejar-kejar lagi. Adoi.” Panglima Fazley tiba-tiba bersuara.

Tengku Nubhan berpaling memandang Panglima Fazley. Banyak bunyi pulak panglimanya yang sorang ni.

“Kan Faz. Kalau boleh join main kejar-kejar ngan makan pizza baru kitorang escort. Muktamad!” Panglima Toi turut bersetuju. Mereka tersenyum memandang tengku Nubhan yang sudah mula gelisah. Marah campur geram. Silap hari bulan kena campak ke bawah mereka nanti.

“Oi! Over betul la. Demand pulak tu.” Akhirnya Tengku Nubhan bersuara tidak puas hati dengan panglimanya itu.

“Haha. Kitorang gurau jer. Nak mintak tolong apa? Kami sedia berkhidmat!” Ujar Panglima Fazley sambil tersenyum.

“Hehehe. Bagus-bagus. Saya nak kamu berdua sediakan makan malam kat rooftop istana. Boleh?” Tengku Nubhan bersuara teruja.

“Hurm. Kalau kitorang kata tak boleh. Boleh tak?” Panglima Toi bertanya selamba.

Panglima Fazley menepuk dahi. Kawannya yang sorang ni memang suka mengusik tengku mereka yang dilamun cinta itu.

“No problemo tengku. Kitorang akan sediakan. Malam ni kan?” Panglima Fazley memberi kata putus.

“Yup! Malam ni sebab esok Stacy nak balik. Tolong check tali gitar saya dan tolong sekeh Panglima Toi tu yer.” Ujar Tengku Nubhan selamba. Dia melangkah turun dari menara.

“Ai ai kapten!” Panglima Fazlley mengangkat tabik. Tengku Nubhan menggelengkan kepalanya.

Panglima Fazley memandang Panglima Toi yang masih tersengih-sengih. Gembira dapat mengenakan Tengku Nubhan.

“KLETUK!”

“Adoi! Woi apsal ni?” Panglima Toi menggosok kepalanya yang sakit disekeh oleh Panglima Fazley.

“Urm. Saya yang menurut perintah.” Ujar Panglima Fazley selamba sambil tertawa.

“Huh? Bila buat benda-benda macam ni kau langsung tak menyabar kan. Sakit kepala aku” Luah panglima Toi tidak puas hati.

“Aku kan cakap tadi aku menurut perintah. Dah jom la kita uruskan dinner tengku dengan Stacy tu.” Panglima Fazley menarik tangan Panglima Toi mengajak turun.

“Kau pegi cakap dekat dapur pasal menu malam ni. Aku nak suruh dayang pilih dan sediakan baju untuk Stacy dulu.” Panglima Toi membahagikan tugas.

Panglima Fazley mengangguk faham.

“Lepas tu kita jumpa kat rooftop.”

“Set! Kau tolong check gitar tengku sekali.” Balas Panglima Toi. Mereka beriringan turun unutk melaksanakan tugas mereka.

Tuesday, March 23, 2010

Seadanya Aku-Part 29

“Nah! Ambil ni. Aku nak kau telefon anak kau sekarang!” Permaisuri Tiara mencampakkan telefon bimbit yang sudah siap di’private’kan nombornya. Dia perlu berjaga-jaga dan memastikan rancangannya berjalan lancar dan sempurna.
Sultan Adlin merenung isterinya itu geram. Setelah apayang dilakukan selama ini, begini cara wanita itu membalasnya. Dia tidak pernah menyangka wanita yang sangat dipercayainya itu tegar membuatnya sedemikian. Dia dikurung dan dibiarkan kesejukan di penjara bawah tanah itu serta dilayan seperti penjenayah yang melakukan jenayah berat!
“Huh! Aku tak akan buat macam tu. Aku tak akan menipu anak aku!” Tengking Sultan Adlin. Tiada langsung rasa kasih yang wujud dalam hatinya kini buat isterinya itu. Wanita di hadapannya itu tidak layak dipanggil isteri. Dia merenung Permaisuri Tiara tajam. Geram hatinya dengan kelakuan wanita itu.
Permaisuri Tiara berpaling. Geram hatinya ditengking sebegitu oleh lelaki itu. Dia menghampiri Sultan Adlin. Tangannya digenggam geram. Dia memberi arahan kepada pengawal istana melalui lirikan matanya. Para pengawal mengangguk faham dan menghampiri Sultan Adlin. Permaisuri Tiara turt menghampiri suaminya itu. Dia tersenyum sinis. Dalam keadaan sebegitu pun lelaki itu masih mahu berdegil.
“PANG!!” Tamparan kuat itu tepat di muka Sultan Adlin yang dipaksa berdiri. Lelaki itu terlalu lemah kerana dipaksa duduk di atas simen yang keras dan sejuk malahan pakaian yang disediakan cuma sepasang pakaian yang sangat lusuh dan nipis. Ia tidak mampu melindungi tubuh Sultan Adlin pabila malam menjelma. Kesejukan kawasan bawah tanah itu dirasai hingga ke tulang sumsum.
Panglima Aris tersenyum sinis. Puas hatinya dapat menampar muka lelaki itu. Dalam keadaan yang lemah itu, Sultan Adlin hanya mampu menahan perit. Dia tidak mampu berdiri dengan baik. Dia cuba menghampiri Panglima Aris yang merupakan orang yang dipercayainya. Namun dia tidak mampu melangkah. Dia tersungkur sebaik sahaja pengawal yang membangunkannya tadi melepaskan pegangan mereka. Panglima Aris terus tertawa melihat telatah Sultan kebanggaan rakyat Inderapura itu. Sultan Adlin hanya mampu memandang geram. Hatinya bertambah sakit apabila Panglima Aris dan Permaisuri Tiara beriringan keluar sambil tertawa gembira malahan Panglimanya itu selamba memeluk pinggang isterinya. Sultan Adlin mengeluh berat. Dia bersandar di dinding penjaranya.
Permaisuri Tiara menghulurkan kembali telefon bimbit yang dikhaskan unutk kegunaan Sultan Adlin. Telefon itu penting bagi mengaburi rancangannya dan bagi memastikan anak tirinya Tengku Nubhan mempercayai kata-katanya.
“Ke mana kau hantar kekasih baru kau tu?” Sultan Adlin memerli isterinya itu.
Permaisuri Tiara tertawa. Dia memasuki penjara yang didiamai sumainya itu dan duduk di sisi Sultan Adlin.
"Sayang…. U cemburu ke?” Permaisuri Tiara cuba bermanja. Tangannya cuba memegang tangan suaminya itu.
“Kau jangan sentuh aku!!” Tengking Sultan Adlin tegas. Dia cuba berdiri untuk menjauhkan dirinya daripada isterinya itu, namun tidak berjaya.
Permaisuri Tiara tersenyum sinis. Dia bangun dari duduknya. Dia berpaling menghadap suaminya itu.
“Dengar sini, kalau kau tak mahu telefon anak kau sekarang. Kau akan ku bunuh. Nampaknya lebih senang begitu. Aku boleh bagi tahu Nubhan bahawa kau kemalangan ketika pulang ke Inderaura. Kemudian aku akan bunuh Tengku Nubhan pula. Lebih senang nampaknya aku mendapatkan takhta. Hanya dengan MEMBUNUH!” Permaisuri Tiara merubah riak mukanya. Dia tersenyum sendiri. Nampaknya, rancangannya yang baru diperolehi itu lebih senang walaupun dia terpaksa membunuh.
Sultan Adlin tersentak. Dia tidak kisah jika terpaksa mengorbankna nyawanya demi negara dan anaknya. Namun jika anaknya turut terkorban, dia tidak sanggup. Tengku Nubhan adalah segalanya bagi dirinya. Dia merenung Permaisuri Tiara geram. Perempuan itu memang sudah melampau. Akhirnya dia merampas telefon bimbit yang telah dihulur oleh Permaisuri Tiara sebentar tadi. Hatinya resah. Dia tdak sanggup menipu puteranya, namun demi keselamatan puteranya itu, dia terpaksa. Tangannya mula menekan nombor-nombor di telefon itu.
************************************************************************************************
“Nubhan! Jahat la” Stacy merengus geram. Sejak dari tadi lagi dia diusik oleh kekasihnya itu. Nubhan tidak habis-habis mencucuk pinggangnya hingga dia melatah. Itu yang membuat Tengku Nubhan semakin giat mengusiknya.
Tengku Nubhan tertawa senang. Dia menghampiri Stacy yang sudah menarik muka 14. Semakin comel wajah kekasihnya itu. Lusa Stacy dan Nadia akan pulang ke KL, dia pula akan pulang ke Stanford minggu hadapan. Namun dia tidak gusar kerana Stacy akan mengikut jejaknya ke Stanford.
“Jahat ek? Mana ada. Nubhan baik la.” Bantah Nubhan. Dia tersenyum sambil menunjukkan riak muka baik kepada Stacy. Stacy mencebik. Baik konon desis hatinya.
Baru sahaja Tengku Nubhan melangkah menghampiri Stacy, telefon bimbitnye berbunyi. Dia merenung skrin telefon bimbitnya. Dia berkerut. Private number. Siapa agaknya? Hatinya bertanya sendiri sambil matanya memandang Stacy yang turut hairan melihta riak wajahnya yang pelik tiba-tiba. Tengku Nubhan menekan butang hijau untuk menjawab panggilan tersebut.
“Ayah!” Wajah Tengku Nubhan ceria. Dia rindu akan suara itu. Walaupun suara itu kedengaran agak lemah di telinganya.
“Ayah di mana? Suara ayah lain?” pelbagai persoalan mula bermain di kepala Tengku Nubhan. Kehilangan ayahandanya benar-benar membingungkannya.
“Nubh, jangan risau. Ayah baik-baik sahaja ni. Ayah sekarang no outstation. Banyak kerja sebab tu suara ayah lain.” Balas Sultan Adlin tenang. Pilu hatinya apabila mendengar suara anaknya itu. Dia benar-benar merindui anaknya itu.
“Bila ayah pulang? Nubhan akan balik ke Stanford minggu hadapan. Kalau boleh Nubhan nak umpa ayah dulu. Boleh kan?” Tengku Nubhan mula bersuara penuh berharap. Sangkanya ayahandanya berada di Inderapura ketika dia pulang tempoh hari, namun sangkaannya meleset.
“Pulang? Ayah berharap sangat ayah boleh pulang.” Suaranya perlahan sekali. Kerlingan Permaisuri Tiara yang tajam menyedarkannya bahawa dia sudah terlanjur berbicara. Kalau d ikutkan hatinya dia mahu memberitahu segalanya kepada Tengku Nubhan. Namun dengan kudratnya yang sudah semakin lemah dan sikap pengawal istananya yang berpaling tadah hanya kerana wang, dia tidak mampu berbuat apa-apa.
“Apa ayah kata tadi?” Suara ayahandanya yang perlahan menyebabkan Tengku Nubhan bertanya sekali lagi. Dalam diam dia mula gusar dengan kata-kata ayahandanya sebentar tadi. Dia dengar dengan jelas setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Sultan Adlin. Kata-kata ayahandanya sebentar tadi sangat pelik. Masakan ayahandanya tidak boleh pulang sedangkan ayahandanya cuma menjalankan lawatan ke luar negara sahaja. Mustahil tidak boleh kembali ke Inderapura.
“Tidak ada apa-apa. Mungkin ayahanda tidak sempat pulang bertemu Nubhan minggu hadapan. Terlalu banyak urusan di sini. Nubhan baliklah ke Standford. Belajar rajin-rajin.” Pesan Sultan Adlin dengan penuh kasih sayang. Adakah dia akan betemu dengan anaknya lagi selepas ini? Dia tidak pasti. Berhadapan dengan wanita kejam di hadapannya, dia tidak pasti sama ada dia masih akan bernyawa apabila keluar dari penjaea bawah tanah itu.
“Ohh. Tak pe la kalau macam tu. Nubhan akan ingat pesan ayah. Nubhan akan belajar. Ayah jangan risau. Nubhan harap ayah akan datang melawat Nubhan di sana nanti atau ayah aka nada apabila Nubhan pulang sekali lagi nanti.” Ujar Tengku Nubhan tenang. Mungkin banyak urusan negara yang terpaksa di uruskan oleh ayahandanya. Sebabaik sahaja membalasa salam Sultan Adlin, Tengku Nubhan menghampiri Stacy yang masih setia menunggunya sejak tadi.
Tengku Nubhan melabuhkan punggungnya ke atas buaian yang di duduki oleh Stacy. Dia tersenyum nakal. Mula mencari idea untuk mengusik gadis itu lagi. Panggilan telefon dari ayahnya benar-benar menceriakan harinya. Sekurang-kurangnya dia tahu ayahnya selamat.
“Hurm. Senyum sorang-sorang ni mesti ingat girlfriend” Ujar Stacy selamba. Dia menolak tubuh Nubhan supaya jauh sedikit darinya. Tengku Nubhan benar-benar selamba. Suka hati je baring di sebelahnya.
Tengku Nubhan bergerak sedikit apabila ditolak. Sambil tangannya menarik tali yang tergantung di pokok di taman istana itu supaya buai itu berbuai. Dia memandang Stacy sekilas.
“A’ah. Ramai sangat girlfriend A’an nak ingat.” Dia menjeling wajah Stacy yang tiba-tiba berubah. Jeles!
Stacy berpaling memandang langit. Ramai? Dasar playboy!
“Mak, mak cik, nenek, dayang-dayang istana yang jaga An. Fuhh! Ramai kan?” Sambung Nubhan lagi apabila melihat Stacy tidak melayannya.
“Ha? “ Stacy memandang Nubhan. Tengku Nubhan bingkas bangun. Dia ingin ke gelanggang bola keranjang. Pasti Tengku Riz dan Tengku Dafi di sana.
“Apa ha? Dah jom.” Tengku Nubhan mengajak untuk menyertainya.
"Tarik I” Balas Stacy manja. Tengku Nubhan tersenyum dan menghulur tangannya untuk menarik gadis itu. Sebaik sahaja Stacy turun dari buai, Tengku Nubhan terus menarik hidung gadis itu dan berlari menyelamatkan dirinya.
“Ouch! Jahatnya kamu!! Nubhan!” Stacy terus mengejar Tengku Nubhan yang sudah berlari jauh meninggalkannya. Geram hatinya.
Panglima Toi dan Panglima Fazley yang mengawasi Tengku Nubhan dari jauh hanya menggelengkan kepala melihat kenakalan Tengku Nubhan.
****************************************************************************************************
“Auntie!!” Tengku Lufya meluru ke bilik bacaan di mana Permaisuri Tiara sedang beristirehat. Bilik itu memang menjadi bilik yang sentiasa di diami oleh Permaisuri Tiara.
Permaisuri Tiara memandang Tengku Lufya tajam. Tindakan gadis itu merempuh bilik bacaan beserta jeritannya yang nyaring itu benar-benar membingitkan telinganya. Dayang-dayang istana yang melayan Permaisuri Tiara sebentar tadi beransur keluar apabila menerima arahan daripada permaisuri mereka itu.
“Kenapa ni? Menjerit-jerit macam Pontianak. Dah kena sawan?” Permaisuri Tiara bangun dari duduknya dan menuju ke sofa berhampiran dengan Tengku Lufya. Dia duduk sambil matanya masih menatap wajah Lufya yang masih kusut itu. Entah apa yang merunsingkan gadis itu dia pun tidak pasti.
“Nubhan tu.” Rengek Tengku Lufya lagi. Geram hatinya melihat kemesraan Nubhan bersama gadis bernama Stacy itu. Kalau diturutkan hatinya mahu sahaja dia menarik rambut gadis itu. Namun itu tidak mungkin berjaya dilakukan jika Tengku Nubhan asyik bersama dengan gadis kesayangannya itu. Hatinya bengkak. Sudah la rancangan pertunangannya tidak menjadi.Di malukan di hadapan beribu tetamu yang hadir kini dia terpaksa menahan hati apabila lelaki yang dipujai bersama gadis lain.
“Dia berkepit dengan budak tu?” Permaisuri Tiara dapat meneka apa yang bermain di fikiran Tengku Lufya. Nubhan sudah melamapu. Gadis bersama Tengku Nubhan itu tidak boleh dibiarkan. Stacy harus dijauhkan daripada anak tirinya itu. Rancangannya untuk menakluk Inderapura harus berjalan lancar.