Monday, March 29, 2010

Seadanya Aku-Part 30

Sultan Adlin duduk berteleku. Suasana sunyi menyelubungi ruang bawah tanah istana yang menjadi tempat kediamannya sejak seminggu yang lalu. Entah bila dia akan dapat melihat dunia luar dia tidak tahu. Kadang kala hatinya gusar memikirkan keadaan negara yang ditinggalkannya tanpa khabar berita. Tiada siapa yang tahu di mana dia berada. Mereka semua telah dikaburi dengan penipuan yang dilakukan oleh isterinya. Manakala pengawal-pengawal istana kebanyakannya telah menerima suapan dari isterinya bagi menjayakan rancangan jahat Permaisuri Tiara itu. Sungguh dia tidak menyangka orang-orang kepercayaanya itu sanggup menikamnya dari belakang. Air matanya menitis. Hatinya perih.

**********************************************************************************************************

“Toi, kau perasan tak?” Panglima Fazley tiba-tiba bersuara. Dia yang sejak tadi memerhati keadaan istana mengalihkan pandangannya kearah rakan baiknya.

“Perasan apa?” Panglima Toi memandang Panglima Fazley pelik. Sesekali matanya meliar mengawasi pergerakan Tengku Nubhan. Raja muda itu perlu diawasi dengan baik. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak diketahui oleh mereka sedang berlaku di dalam istana. Sejak ketiadaan Sultan Adlin pelbagai perkara telah berlaku. Menjadi tanggungjawabnya dan Panglima Fazley untuk menjaga keselamatan Tengku Nubhan dengan baik.

“Panglima Aris tu macam lain je sekarang ni. Dia macam rapat dengan Permaisuri Tiara kan?” Bisik Panglima Fazley perlahan. Matanya memandang kiri dan kanan. Takut juga ada telinga yang mendengar. Bukan dia tidak perasan kebanyakan pengawal istana yang sudah mula berubah sikap termasuk ada yang sudah berani meninggikan suara dengannya.

Panglima Toi yang mendengar kata-kata Panglima Fazley sekadar menganggukkan kepalanya. Memang dia perasan akan gelagat Panglima Aris itu yang kini seolah-olah dilamun cinta. Dalam diam dia menyiasat tentang perkara itu. Sudah banyak kali juga dia melihat kemesraan antara Permaisuri Tiara dan Panglima Aris.

“Habis tu?” Panglima Toi bertanya seolah-olah tidak mengerti.

“Huh? Kau ni Toi kalau aku sekeh kepala kau free jer benjol. Nak ?” Pnaglima Fazley sudah berdiri bersedia untuk meluku Toi.

“Eh! Kalau kau sekeh kepala aku, aku akan pastikan kakiku di bibirmu Fazley. Nak? Ikhlas dari hati ni” Panglima Toi turut berdiri.

“Ehem. Kalau kenah hantuk kepala dua-dua ni pun best jugak kan? Nak?” Tiba-tiba mereka di sapa oleh satu suara yang cukup di kenali. Entah bila pemuda itu naik mereka tidak pasti.

“Hehehehehe. Tengku. Bila naik? Tadi kalau tak silap saya tengku ber’dating’ kan?” Balas Panglima Toi selamba.

Panglima Fazley yang berdiri tegak di sebelah panglima Toi menutup mulut menahan ketawa. Rakannya itu memang selamba dengan putera mereka yang sorang itu. Jika dengan Tengku Akim alamatnya masing-masing sudah di herdik jawabnya.

“Wah!! Awak dah lama hidup yer Toi? Kalau dah, senang saya nak campak awak jatuh ke bawah. Tak de la tinggi mana pun. Paling kurang pun kepala awak je yang pecah.” Tengku Nubhan duduk di atas bibir tembok bumbung istana.

“Err.. tak apalah. Kedengaran ikhlas pulak kata-kata tengku tu. Susah-susah je.” Balas Panglima Toi. Dia tersengih-sengih. Tengku Nubhan memang boleh di ajak bergurau.

“Hurmm. Sebenarnya saya runsing memikirkan ayahanda saya. Awak ada apa-apa berita tentang ayahanda saya?” Ujar Tengku Nubhan. Dia tidak tahu dengan siapa dia harus mengadu. Ingin bertanya bonda tirinya itu memang mustahil. Wanita itu seperti tidak mempunyai perasaan. Malahan apabila di tanya mengenai ayahandanya, wanita itu cuma menjawab dengan sambil lewa sahaja.

Panglima Fazley dan panglima Toi berpandangan. Faham akan keresahan yang melanda hati anak muda itu.

“Ada tuanku call tengku? Sebab kami memang tak pernah terima apa-apa panggilan dari ayahanda tengku.” Panglima Fazley pula bersuara.

“Ayah ada call saya semalam. Katanya tak tahu bila akan pulang. Selalunya ayah tak kan macam tu. Dan ayah juga akan bagi tahu saya sebelum berangkat ke luar negara. saya rasa tak sedap hati la.” Akhirnya Tengku Nubhan meluahkan kebimbangannya. Dia menopang dagunya memikirkan perihal ayahandanya itu.

Panglima Toi turut duduk di sisi Tengku Nubhan. Benar juga kata putera raja itu. Selalunya Sultan Adlin akan memaklumkan kepada mereka sekiranya baginda bertugas di luar Inderapura.

“Hurm.. maksudnya tuanku ada call tengku.” Panglima Fazley berkata sendiri. Dia duduk di hadapan Tengku Nubhan.

“Memang la ada. Tapi, suara ayahanda lain sangat. Macam lemah dan suara dia bergema. Dah tu, ayahanda guna private number. Ayah tak pernah macam tu panglima.” Dia merenung tepat ke mata Panglima Fazley.

Kedua-dua panglima itu menunduk. Suara keras Tengku Nubhan menandakan putera itu sedang dalam keresahan dan marah. Keselamatan Sultan Adlin memang sentiasa menjadi keutamaan anak muda itu. Begitu juga dengan Sultan Adlin yang begitu menjaga keselamatan anaknya itu. Sebagai orang kepercayaan kerabat diraja itu, tidak mungkin mereka akan mensia-siakan kepercayaan itu. Keluarga itu sudah banyak berjasa dengan mereka. Sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk membalas dan memelihara keselamatan keluarga diraja itu.

“Tengku jangan risau, kami akan cuba menjejaki ayahanda tengku. Keselamatan baginda sudah menjadi tanggungjawab kami. Jika ada apa-apa yang terjadi kamai akan maklumkan kepada tengku. Tiada siapa akan mengetahui tentang rancangan kita ini. Beberapa orang kepercayaan kami akan mengawasi istana dan menjaga tengku sepanjang di Stanford. Tengku jangan risau. Serahkan saja kepada kami.” Ujar Panglima Toi yakin. Dia tidak akan mengecewakan Tengku Nubhan. Dia berpaling memandang Panglima Fazley yang ternyata bersetuju dengan kata-katanya.

Tengku Nubhan bangun. Dia bersalaman dengan Panglima Toi dan Panglima Fazley. Kedua-dua orang panglima itu memang boleh dipercayai.

“Terima kasih. Jika ada apa-apa yang mencurigakan maklumkan kepada saya. Saya pasti ada sesuatu yang terjadi di istana yang kita tidak tahu.” Ujar Tengku Nubhan yakin. Dia mula melangkah untuk turun dari tingkat atas istana yang menjadi kawasan pemerhati dua orang panglimanya itu.

“Eh. Tengku nak kemana?” Panglima Fazley mula menggiat. Bukan tidak tahu hala tuju tengku muda itu.

“Ha? Err. Saya ada urusan sikit.” Balas Tengku Nubhan. Wajahnya merona merah.

“Urusan apakah wahai tengku? Ingin sekali patik mengetahuinya.” Panglima Toi pula mengusik.

“Aaa.” Tengku Nubhan mula gelabah. Dia melangkah naik semula. Kedua-dua orang panglima itu berundur ke belakang. Risau pula apabila melihat tengku kesayangan mereka itu naik semula dan menuju keraah mereka.

Hurm tau pulak takut bisik hati Tengku Nubhan. Dia tersenyum nakal.

“Ha! Tau takut!” Jerit Tengku Nubhan tiba-tiba. Panglima Fazley dan Panglima Toi tersentak. Kalau ada sakit jantung, confirm aku tak sempat mengucap ni desis hati Panglima Toi.

“Ehem. Saya nak minta tolong sikit.” Bisik Tengku Nubhan perlahan. Dia menghampiri Panglima Fazley yang masih tercengang. Kuat sangat ke aku jerit tadi? Tengku Nubhan bermonolog.

“Tolong apa tengku? Nak saya jerit tolong ke?” Panglima Toi bertanya selamba.

Orang tua ni dah lama hidup agaknya. Selamba je loyar buruk dengan aku marah Tengku Nubhan sendiri.

“Tak payah la. Nanti kalau awak jerit makin tebal bibir tu.” Balas Tengku Nubhan sambil tertawa. Panglima Fazley turut tertawa. Padan muka kau Toi bisik hatinya.

“Ha? Kecik hati saya Tengku.” Ujar Panglima Toi sambil mencemikkan bibirnya.

“Aik? Mengada-nagada pulak. Saya nak minta tolong sikit ni.” Akhirnya Tengku Nubhan beralah. Malas mahu melayan panglimanya yang seorang itu.

“Okay. Tolong apa? Kalau escort tengku malam buta kat pantai lagi, saya tak nak! Penat la. Pastu kena tengok korang main kejar-kejar lagi. Adoi.” Panglima Fazley tiba-tiba bersuara.

Tengku Nubhan berpaling memandang Panglima Fazley. Banyak bunyi pulak panglimanya yang sorang ni.

“Kan Faz. Kalau boleh join main kejar-kejar ngan makan pizza baru kitorang escort. Muktamad!” Panglima Toi turut bersetuju. Mereka tersenyum memandang tengku Nubhan yang sudah mula gelisah. Marah campur geram. Silap hari bulan kena campak ke bawah mereka nanti.

“Oi! Over betul la. Demand pulak tu.” Akhirnya Tengku Nubhan bersuara tidak puas hati dengan panglimanya itu.

“Haha. Kitorang gurau jer. Nak mintak tolong apa? Kami sedia berkhidmat!” Ujar Panglima Fazley sambil tersenyum.

“Hehehe. Bagus-bagus. Saya nak kamu berdua sediakan makan malam kat rooftop istana. Boleh?” Tengku Nubhan bersuara teruja.

“Hurm. Kalau kitorang kata tak boleh. Boleh tak?” Panglima Toi bertanya selamba.

Panglima Fazley menepuk dahi. Kawannya yang sorang ni memang suka mengusik tengku mereka yang dilamun cinta itu.

“No problemo tengku. Kitorang akan sediakan. Malam ni kan?” Panglima Fazley memberi kata putus.

“Yup! Malam ni sebab esok Stacy nak balik. Tolong check tali gitar saya dan tolong sekeh Panglima Toi tu yer.” Ujar Tengku Nubhan selamba. Dia melangkah turun dari menara.

“Ai ai kapten!” Panglima Fazlley mengangkat tabik. Tengku Nubhan menggelengkan kepalanya.

Panglima Fazley memandang Panglima Toi yang masih tersengih-sengih. Gembira dapat mengenakan Tengku Nubhan.

“KLETUK!”

“Adoi! Woi apsal ni?” Panglima Toi menggosok kepalanya yang sakit disekeh oleh Panglima Fazley.

“Urm. Saya yang menurut perintah.” Ujar Panglima Fazley selamba sambil tertawa.

“Huh? Bila buat benda-benda macam ni kau langsung tak menyabar kan. Sakit kepala aku” Luah panglima Toi tidak puas hati.

“Aku kan cakap tadi aku menurut perintah. Dah jom la kita uruskan dinner tengku dengan Stacy tu.” Panglima Fazley menarik tangan Panglima Toi mengajak turun.

“Kau pegi cakap dekat dapur pasal menu malam ni. Aku nak suruh dayang pilih dan sediakan baju untuk Stacy dulu.” Panglima Toi membahagikan tugas.

Panglima Fazley mengangguk faham.

“Lepas tu kita jumpa kat rooftop.”

“Set! Kau tolong check gitar tengku sekali.” Balas Panglima Toi. Mereka beriringan turun unutk melaksanakan tugas mereka.

No comments: