Wednesday, March 3, 2010

Seadanya Aku - Part 28

"Silakan tuan puteri." Tengku Nubhan mempelawa Stacy untuk duduk di atas alas yang telah tersedia dibentang.
Stacy tersenyum dengan sikap gentleman Tengku Nubhan itu. Tadi macam budak nakal, sekarang ni romantik habis! bisik hatinya. Dia duduk di atas kain alas sambil menghadap unggun api. Angin yang menghembus di pantai benar-benar menusuk ke tulangnya. sejuk!
Tengku Nubhan duduk di sebelah Stacy. Mereka berpandangan. Namun Stacy cepat-cepat melarikan matanya apabila merasakan wajah Tengku Nubhan begitu hampir dengannya. Mukanya merona merah. Tengku Nubhan yang menyedari kesilapannya itu turut melarikan wajahnya.
"Urm.. Pizza ni nampak sedap. Nak?" Tengku Nubhan cuba menutup rasa malunya. mujur dia tidak melakukan apa-apa. Jika tidak pasti Stacy akan fikir dia cuba untuk mengambil kesempatan.
"Ha??" Stacy memandang Tengku Nubhan pelik. kejadian sebentar tadi benar-benar membuat dia 'blur'. Mujur tiada apa-apa.
"Aik? Fikir Apa ni? Ni mesti ingat boyfriend dekat KL ni." Tengku NUbhan mula mengusik. sengaja dia berpaling membelakangi Stacy.
"Wahh! awak ni pandai-pandai jer. Stacy mana ada boyfriend." Ujar Stacy selamba. Dia tersengih. Habis yang dekat sebelah ni siapa Cik Stacy oi! Jerit hati Tengku Nubhan.
Tengku Nubhan berpaling. Mukanya berkerut. dia merenung Stacy yang masih membuat muka selamba. Macam tak ada perasaan je desis hatinya.
Tengku Nubhan bingkas bangun meninggalkan Stacy. Lain yang di rancang lain pula jadinya. Tangannya pula menekan butang telefon menaip mesej untuk Panglima Toi. Rancangan lain pula. Dia tersenyum.
"Eh.. Nubhan!" Ala tak kan merajuk kot??. Stacy pantas mengejar Tengku Nubhan.
Tengku Nubhan berjalan perlahan. Membiarkan Stacy dapat mengejarnya. Gitarnya disandang dibelakang badannya.
"Awak marah ek?" Tanya Stacy sebaik sahaja berjalan seiringan dengan Tengku Nubhan.
"Siapa saya sebenarnyaaya pada awak?" Tengku Nubhan mematikan langkahnya. dia menghadap Stacy. Merenung anak mata gadis itu mencari kepastian dan kejujuran.
"Nubh.. Stacy gurau je tadi. Tak ada maksud apa-apa pun. Tak sangka awak
tak suka.Apa yang pasti, hati saya sangat sayangkan awak. Saya tahu kita
masih muda. Masih jauh perjalanan hidup kita. Tapi sekarang ni
percayalah hati Stacy hanya untuk Nubhan je." Ujar Stacy jujur. Matanyamemanah
tepat ke anak mata Tengku Nubhan.
Tengku Nubhan tersenyum. Kata-kata Stacy benar-benar membuatkan hatinya
berbungan ceria.Dia menarik tangan Stacy berjalan beriringan dengannya. Stacy menurut langkah Tengku Nubhan. Genggaman tangan mereka erat. Kepala Stacy pula sengaja dilentokkan di lengan Tengku Nubhan. Bermanja.Mereka beriringan menyusuri pantai di malam yang sepi itu.
************************************************************************************************************
"Aik?? bukan pizza ni kat sana ke?? macam mana boleh ada kat sini pulak??"
Stacy mula hairan. Bila masa pula pizza ni berjalan sendiri??
"Panglima Toi hantarkan tadi. Saya lapar la. Dari tadi tak makan." Ujar Tengku
Nubhan selamba
"Haaaa. Tau lapar. Merajuk tadi buat apa?" Stacy mula duduk di atas tikar. Dia
sememangnya lapar sejak tadi.
"Ha?? Saja" Tengku Nubhan terus mencapai Hawaiian Pizza. Masih panas?
yang baru ke ni?Matanya melilau mencari kelibat dua orang Panglimanya itu. Namun
tidak kelihatan. Dimana agaknya mereka?
Seusai makan Tengku Nubhan mendapat kan gitarnya. Dia menghampiri Stacy yang sudah mula berbuai di atas buaian yang disediakan oleh Panglima Toi. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Stacy. Mereka berbaring di dalam buai itu sambil memandang ke langit. Bagaikan mengira butir bintang yang terdapat di angkasa itu. Tengku Nubhan berpaling memandang wajah Stacy yang leka merenung ke langit.
“Awak tengok apa?” Ujar Stacy sebaik sahaja berpaling dan bibirnya hampir menyentuh muka Nubhan yang terlalu rapat dengannya.
Tengku Nubhan bingkas bangun. Terkejut. Dia menggaru kepalanya. Stacy turut bangun dan turun dari buaian tersebut. Makin dekat dia dengan Nubhan, makin kuat pula degupan jantungnya. Dia menuju ke tepi pantai dan duduk di atas tunggul kayu meninggalkan Tengku Nubhan yang masih termanggu-manggu.
Tengku Nubhan akhirnya menurut langkah Stacy sambil membawa gitarnya bersama. Dia duduk di sisi Stacy.
“Thanks nyanyi tadi. Sedap suara awak.” Tengku Nubhan memulakan bicaranya. Keadaan yang sunyi benar-benar membunuhnya. Tidak betah apabila apa bila kesunyian mula menyelubungi mereka.
“Hurm.. Ok ke saya nyanyi? Saya tengok muka ‘BAKAL’ tunang awak tu macam monyet tercekik tulang je.” Balas Stacy selamba.
Wajah Tengku Nubhan berkerut. Monyet makan tulang ke? Dia merenung wajah selambat Stacy. Biar betik minah ni?
“Kenapa?” Stacy berpaling memandang Tengku Nubhan.
“Macam mana monyet tercekik tulang?” Tengku Nubhan bertanya. Dia benar-benar ingin tahu. Ini pertama kali dia mendengarnya. Menarik .
“Huh? Err.. aaa. Macam.. macam. Ayam tertelan guli la.” Ujar Stacy sambil menggaru kepalanya. Betul ke aku cakap ni? Cam dah lagi teruk je.
“Ha?? Awak ni biar betul. First time saya dengar ni.” Tengku Nubhan bertambah pelik.
“Err.. perumpamaan je tu. Tak payah la fikir sangat.” Balas Stacy gugup. Aku pun first time sebut bisik hatinya.
Tengku Nubhan mengangguk. Malas mahu bertanya lagi. Jari jemarinya mula memetik gitar memecah keheningan malam. Sambil matanya melirik kearah Stacy yang mula berminat dengan petikan gitarnya. Unggun api yang tersedia di pasang sejak ketibaan mereka tadi mencetuskan susasan romantic antara mereka.
Tengku Nubhan mula memetik gitarnya. Sambil tersenyum memandang Stacy

Di dalam hatimu
T'lah aku temukan
Arti kebahagian

Bersama dirimu
Aku merasa berarti

Sanggupkah dirimu
Untuk bertahan
Hingga waktu tak berjalan

Mencintaiku
Walau bintangku tak terang

Tengku Nubhan memandang Stacy. Mata mereka bertentangan. Degupan jantung Stacy semakin deras berdegup.


Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini

Betapa hidupku takkan pernah sama
Bila kau tinggalkan ku
Tetaplah disini saling memiliki
Selama-lamanya

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini

Tiada arti semua bila kau pergi

Genggamlah tangganku dan peluklah diriku
Saatku jatuh nanti menangis sepi

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Cintailah aku sepenuh hati
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada arti semua bila kau pergi

Stacy tersenyum. Suara Tengku Nubhan gemersik desis hatinya. Dia merebahkan kepalanya di bahu Tengku Nubhan. Sungguh dia akan mencintai Nubhan sepenuh hatinya!
Tanpa mereka sedar gerak geri mereka diperhatikan 2 pasang mata yang ternyata kurang senang dengan aksi manja mereka itu.
Tengku Lufya menghentak kakinya geram. Budak hingusan itu perlu diajar. Dia menggenggam penumbuknya geram. Sedangkan dia tidak pernah berpeluang untuk rapat dengan Tengku Nubhan seperti itu.
Permaisuri Tiara sekadar memandang. Anak tirinya itu semakin rapat dengan gadis itu nampaknya. Dia perlu melaksanakan rancangannya dengan cepat. Nubhan dan Lufya perlu disatukan. Tetapi bagaimana? Tengku Nubhan tidak akan mendenagr kata-katanya melainkan ayahandanya yang bersuara. Bagaimana dia harus menghubungkan dia beranak itu? Dia bingung.

No comments: