Tuesday, March 23, 2010

Seadanya Aku-Part 29

“Nah! Ambil ni. Aku nak kau telefon anak kau sekarang!” Permaisuri Tiara mencampakkan telefon bimbit yang sudah siap di’private’kan nombornya. Dia perlu berjaga-jaga dan memastikan rancangannya berjalan lancar dan sempurna.
Sultan Adlin merenung isterinya itu geram. Setelah apayang dilakukan selama ini, begini cara wanita itu membalasnya. Dia tidak pernah menyangka wanita yang sangat dipercayainya itu tegar membuatnya sedemikian. Dia dikurung dan dibiarkan kesejukan di penjara bawah tanah itu serta dilayan seperti penjenayah yang melakukan jenayah berat!
“Huh! Aku tak akan buat macam tu. Aku tak akan menipu anak aku!” Tengking Sultan Adlin. Tiada langsung rasa kasih yang wujud dalam hatinya kini buat isterinya itu. Wanita di hadapannya itu tidak layak dipanggil isteri. Dia merenung Permaisuri Tiara tajam. Geram hatinya dengan kelakuan wanita itu.
Permaisuri Tiara berpaling. Geram hatinya ditengking sebegitu oleh lelaki itu. Dia menghampiri Sultan Adlin. Tangannya digenggam geram. Dia memberi arahan kepada pengawal istana melalui lirikan matanya. Para pengawal mengangguk faham dan menghampiri Sultan Adlin. Permaisuri Tiara turt menghampiri suaminya itu. Dia tersenyum sinis. Dalam keadaan sebegitu pun lelaki itu masih mahu berdegil.
“PANG!!” Tamparan kuat itu tepat di muka Sultan Adlin yang dipaksa berdiri. Lelaki itu terlalu lemah kerana dipaksa duduk di atas simen yang keras dan sejuk malahan pakaian yang disediakan cuma sepasang pakaian yang sangat lusuh dan nipis. Ia tidak mampu melindungi tubuh Sultan Adlin pabila malam menjelma. Kesejukan kawasan bawah tanah itu dirasai hingga ke tulang sumsum.
Panglima Aris tersenyum sinis. Puas hatinya dapat menampar muka lelaki itu. Dalam keadaan yang lemah itu, Sultan Adlin hanya mampu menahan perit. Dia tidak mampu berdiri dengan baik. Dia cuba menghampiri Panglima Aris yang merupakan orang yang dipercayainya. Namun dia tidak mampu melangkah. Dia tersungkur sebaik sahaja pengawal yang membangunkannya tadi melepaskan pegangan mereka. Panglima Aris terus tertawa melihat telatah Sultan kebanggaan rakyat Inderapura itu. Sultan Adlin hanya mampu memandang geram. Hatinya bertambah sakit apabila Panglima Aris dan Permaisuri Tiara beriringan keluar sambil tertawa gembira malahan Panglimanya itu selamba memeluk pinggang isterinya. Sultan Adlin mengeluh berat. Dia bersandar di dinding penjaranya.
Permaisuri Tiara menghulurkan kembali telefon bimbit yang dikhaskan unutk kegunaan Sultan Adlin. Telefon itu penting bagi mengaburi rancangannya dan bagi memastikan anak tirinya Tengku Nubhan mempercayai kata-katanya.
“Ke mana kau hantar kekasih baru kau tu?” Sultan Adlin memerli isterinya itu.
Permaisuri Tiara tertawa. Dia memasuki penjara yang didiamai sumainya itu dan duduk di sisi Sultan Adlin.
"Sayang…. U cemburu ke?” Permaisuri Tiara cuba bermanja. Tangannya cuba memegang tangan suaminya itu.
“Kau jangan sentuh aku!!” Tengking Sultan Adlin tegas. Dia cuba berdiri untuk menjauhkan dirinya daripada isterinya itu, namun tidak berjaya.
Permaisuri Tiara tersenyum sinis. Dia bangun dari duduknya. Dia berpaling menghadap suaminya itu.
“Dengar sini, kalau kau tak mahu telefon anak kau sekarang. Kau akan ku bunuh. Nampaknya lebih senang begitu. Aku boleh bagi tahu Nubhan bahawa kau kemalangan ketika pulang ke Inderaura. Kemudian aku akan bunuh Tengku Nubhan pula. Lebih senang nampaknya aku mendapatkan takhta. Hanya dengan MEMBUNUH!” Permaisuri Tiara merubah riak mukanya. Dia tersenyum sendiri. Nampaknya, rancangannya yang baru diperolehi itu lebih senang walaupun dia terpaksa membunuh.
Sultan Adlin tersentak. Dia tidak kisah jika terpaksa mengorbankna nyawanya demi negara dan anaknya. Namun jika anaknya turut terkorban, dia tidak sanggup. Tengku Nubhan adalah segalanya bagi dirinya. Dia merenung Permaisuri Tiara geram. Perempuan itu memang sudah melampau. Akhirnya dia merampas telefon bimbit yang telah dihulur oleh Permaisuri Tiara sebentar tadi. Hatinya resah. Dia tdak sanggup menipu puteranya, namun demi keselamatan puteranya itu, dia terpaksa. Tangannya mula menekan nombor-nombor di telefon itu.
************************************************************************************************
“Nubhan! Jahat la” Stacy merengus geram. Sejak dari tadi lagi dia diusik oleh kekasihnya itu. Nubhan tidak habis-habis mencucuk pinggangnya hingga dia melatah. Itu yang membuat Tengku Nubhan semakin giat mengusiknya.
Tengku Nubhan tertawa senang. Dia menghampiri Stacy yang sudah menarik muka 14. Semakin comel wajah kekasihnya itu. Lusa Stacy dan Nadia akan pulang ke KL, dia pula akan pulang ke Stanford minggu hadapan. Namun dia tidak gusar kerana Stacy akan mengikut jejaknya ke Stanford.
“Jahat ek? Mana ada. Nubhan baik la.” Bantah Nubhan. Dia tersenyum sambil menunjukkan riak muka baik kepada Stacy. Stacy mencebik. Baik konon desis hatinya.
Baru sahaja Tengku Nubhan melangkah menghampiri Stacy, telefon bimbitnye berbunyi. Dia merenung skrin telefon bimbitnya. Dia berkerut. Private number. Siapa agaknya? Hatinya bertanya sendiri sambil matanya memandang Stacy yang turut hairan melihta riak wajahnya yang pelik tiba-tiba. Tengku Nubhan menekan butang hijau untuk menjawab panggilan tersebut.
“Ayah!” Wajah Tengku Nubhan ceria. Dia rindu akan suara itu. Walaupun suara itu kedengaran agak lemah di telinganya.
“Ayah di mana? Suara ayah lain?” pelbagai persoalan mula bermain di kepala Tengku Nubhan. Kehilangan ayahandanya benar-benar membingungkannya.
“Nubh, jangan risau. Ayah baik-baik sahaja ni. Ayah sekarang no outstation. Banyak kerja sebab tu suara ayah lain.” Balas Sultan Adlin tenang. Pilu hatinya apabila mendengar suara anaknya itu. Dia benar-benar merindui anaknya itu.
“Bila ayah pulang? Nubhan akan balik ke Stanford minggu hadapan. Kalau boleh Nubhan nak umpa ayah dulu. Boleh kan?” Tengku Nubhan mula bersuara penuh berharap. Sangkanya ayahandanya berada di Inderapura ketika dia pulang tempoh hari, namun sangkaannya meleset.
“Pulang? Ayah berharap sangat ayah boleh pulang.” Suaranya perlahan sekali. Kerlingan Permaisuri Tiara yang tajam menyedarkannya bahawa dia sudah terlanjur berbicara. Kalau d ikutkan hatinya dia mahu memberitahu segalanya kepada Tengku Nubhan. Namun dengan kudratnya yang sudah semakin lemah dan sikap pengawal istananya yang berpaling tadah hanya kerana wang, dia tidak mampu berbuat apa-apa.
“Apa ayah kata tadi?” Suara ayahandanya yang perlahan menyebabkan Tengku Nubhan bertanya sekali lagi. Dalam diam dia mula gusar dengan kata-kata ayahandanya sebentar tadi. Dia dengar dengan jelas setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Sultan Adlin. Kata-kata ayahandanya sebentar tadi sangat pelik. Masakan ayahandanya tidak boleh pulang sedangkan ayahandanya cuma menjalankan lawatan ke luar negara sahaja. Mustahil tidak boleh kembali ke Inderapura.
“Tidak ada apa-apa. Mungkin ayahanda tidak sempat pulang bertemu Nubhan minggu hadapan. Terlalu banyak urusan di sini. Nubhan baliklah ke Standford. Belajar rajin-rajin.” Pesan Sultan Adlin dengan penuh kasih sayang. Adakah dia akan betemu dengan anaknya lagi selepas ini? Dia tidak pasti. Berhadapan dengan wanita kejam di hadapannya, dia tidak pasti sama ada dia masih akan bernyawa apabila keluar dari penjaea bawah tanah itu.
“Ohh. Tak pe la kalau macam tu. Nubhan akan ingat pesan ayah. Nubhan akan belajar. Ayah jangan risau. Nubhan harap ayah akan datang melawat Nubhan di sana nanti atau ayah aka nada apabila Nubhan pulang sekali lagi nanti.” Ujar Tengku Nubhan tenang. Mungkin banyak urusan negara yang terpaksa di uruskan oleh ayahandanya. Sebabaik sahaja membalasa salam Sultan Adlin, Tengku Nubhan menghampiri Stacy yang masih setia menunggunya sejak tadi.
Tengku Nubhan melabuhkan punggungnya ke atas buaian yang di duduki oleh Stacy. Dia tersenyum nakal. Mula mencari idea untuk mengusik gadis itu lagi. Panggilan telefon dari ayahnya benar-benar menceriakan harinya. Sekurang-kurangnya dia tahu ayahnya selamat.
“Hurm. Senyum sorang-sorang ni mesti ingat girlfriend” Ujar Stacy selamba. Dia menolak tubuh Nubhan supaya jauh sedikit darinya. Tengku Nubhan benar-benar selamba. Suka hati je baring di sebelahnya.
Tengku Nubhan bergerak sedikit apabila ditolak. Sambil tangannya menarik tali yang tergantung di pokok di taman istana itu supaya buai itu berbuai. Dia memandang Stacy sekilas.
“A’ah. Ramai sangat girlfriend A’an nak ingat.” Dia menjeling wajah Stacy yang tiba-tiba berubah. Jeles!
Stacy berpaling memandang langit. Ramai? Dasar playboy!
“Mak, mak cik, nenek, dayang-dayang istana yang jaga An. Fuhh! Ramai kan?” Sambung Nubhan lagi apabila melihat Stacy tidak melayannya.
“Ha? “ Stacy memandang Nubhan. Tengku Nubhan bingkas bangun. Dia ingin ke gelanggang bola keranjang. Pasti Tengku Riz dan Tengku Dafi di sana.
“Apa ha? Dah jom.” Tengku Nubhan mengajak untuk menyertainya.
"Tarik I” Balas Stacy manja. Tengku Nubhan tersenyum dan menghulur tangannya untuk menarik gadis itu. Sebaik sahaja Stacy turun dari buai, Tengku Nubhan terus menarik hidung gadis itu dan berlari menyelamatkan dirinya.
“Ouch! Jahatnya kamu!! Nubhan!” Stacy terus mengejar Tengku Nubhan yang sudah berlari jauh meninggalkannya. Geram hatinya.
Panglima Toi dan Panglima Fazley yang mengawasi Tengku Nubhan dari jauh hanya menggelengkan kepala melihat kenakalan Tengku Nubhan.
****************************************************************************************************
“Auntie!!” Tengku Lufya meluru ke bilik bacaan di mana Permaisuri Tiara sedang beristirehat. Bilik itu memang menjadi bilik yang sentiasa di diami oleh Permaisuri Tiara.
Permaisuri Tiara memandang Tengku Lufya tajam. Tindakan gadis itu merempuh bilik bacaan beserta jeritannya yang nyaring itu benar-benar membingitkan telinganya. Dayang-dayang istana yang melayan Permaisuri Tiara sebentar tadi beransur keluar apabila menerima arahan daripada permaisuri mereka itu.
“Kenapa ni? Menjerit-jerit macam Pontianak. Dah kena sawan?” Permaisuri Tiara bangun dari duduknya dan menuju ke sofa berhampiran dengan Tengku Lufya. Dia duduk sambil matanya masih menatap wajah Lufya yang masih kusut itu. Entah apa yang merunsingkan gadis itu dia pun tidak pasti.
“Nubhan tu.” Rengek Tengku Lufya lagi. Geram hatinya melihat kemesraan Nubhan bersama gadis bernama Stacy itu. Kalau diturutkan hatinya mahu sahaja dia menarik rambut gadis itu. Namun itu tidak mungkin berjaya dilakukan jika Tengku Nubhan asyik bersama dengan gadis kesayangannya itu. Hatinya bengkak. Sudah la rancangan pertunangannya tidak menjadi.Di malukan di hadapan beribu tetamu yang hadir kini dia terpaksa menahan hati apabila lelaki yang dipujai bersama gadis lain.
“Dia berkepit dengan budak tu?” Permaisuri Tiara dapat meneka apa yang bermain di fikiran Tengku Lufya. Nubhan sudah melamapu. Gadis bersama Tengku Nubhan itu tidak boleh dibiarkan. Stacy harus dijauhkan daripada anak tirinya itu. Rancangannya untuk menakluk Inderapura harus berjalan lancar.

No comments: