Wednesday, December 16, 2009

Ada Cinta-Part 6

Di rumah Nadia, ibu dan abah nadia sibuk melayan tetamu yang hadir ke majlis doa selamat mereka. Mummy Stacy juga tidak menang tangan membantu di dapur bersama Puan Lee.
"Assalamualaikum.. ibu"jerit Nubhan sebaik kereta yang dipandu Nadia sampai di perkarangan rumah. Nubhan bergegas keluar dari kereta dan mendapatkan ibunya. Sungguh dia merindui wanita tersebut. Puan Badariah membalas salam nubhan dan mereka berpelukan Kemudian dia pantas mendapatkan abahnya dan berpelukan pula dengan abahnya.
"dah la tu. anak mak betul"ujar Nadia. Dia masih tidak berpuas hati dengan abangnya sejak dari tadi. Hati siapa yang tidak bengkak bila orang yang datang dijemputnya di airport buat tidak tahu dengannya. Nadia terus menarik muka 14 sebagai tanda protes.
Nubhan tersengih-sengih melihat muka adiknya yang dah macam tosai.Adiknya tidak pernah berubah. Dah besar pun masih lagi nak merajuk seperti dahulu. Tetapi Nubhan tidak kisah. Itulah satu-satunya adik yang dia ada.Oleh itu segala telatah adiknya diturutkan sahaja.
"Alolololo....merajuk lagi ek? meh sini abang an cium sikit meh.. nak dukung? boleh timang tinggi-tinggi biar kepala tu tersangkut kat atap tu"ujar nubhan cuba memujuk adiknya sambil membuat lawak yang boleh meletupkan hati nadia yang sedang panas tu.
Nadia yang mendengar pujukan abangnya terus tergelak. Asal boleh jer buat lawak tahap gaban cam tu. Hatinya yang panas kembali sejuk.Dia mendapatkan abangnya dan mereka terus berpelukan.
Stacy yang melihat dari tadi sekadar tersenyum. Nubhan seperti abangnya, Ted. suka membuli dan suka memanjakannya.Pertemuannya dengan Ted minggu lepas amat bermakna. walaupun abangnya sibuk tetapi sempat meluangkan masa bersamanya dan mummynya. Dia sanggup pulang awal semata-mata ingin menghabiskan masa bersama mereka ketika mereka bertandang ke rumah ted minggu lepas.
"jom stacy.. MAKAN.food heaven kat depan tu.. kau suka tempoyakkan? ibu ada masak ayam tempoyak kat depan tu. sodap tau. hakhak" nadia bersuara tiba-tiba memecah lamunan stacy terhadap abangnya.
"ha? tempoyak? sodap tu. hakhak.dah lama tak makan. hari-hari bantai pizza je. sedih"ujar nubhan membalas pelawaan adiknya. Jantungnya masih berdegup kencang setiap kali matanya mencuri pandang melihat Stacy yang masih malu-malu dengannya. Ayu dan comel. itu pendapat nubhan apabila melihat sepasang baju kurung yang dikenakan oleh stacy. Warna ungu. sesuai dengan kulit stacy yang putih. Jika di airport dia tidak sempat nak meneliti. Di rumahnya Nubhan mengambil kesempatan memerhati gadis yang membuatkan dirinya tidak senang duduk sejak dia menjejakkan kaki di tanah air.
"sibukla abang an ni. orang ajak stacy" nadia mengusik abangnya. Dia sedar dengan gelagat abangnya yang sentiasa mencuri pandang kearah stacy. Dah kena panah arjuna ke abang aku ni? kat kawan aku plak tu getus hati nadia.Nadia hanya tersengih melihat gelagat NUbhan dan Stacy didepannya. Stacy yang selalunya petah bercakap kini bisu apabila anak matanya bertembung dengan sepasang mata milik Nubhan.
"asal boleh jer adik ajak member jer makan. abang x nak ajak pulak"nubhan protes dengan tindakan adiknya.
"ok la.. kita semua pergi makan. Stacy dah lapar sangat ni"ujar stacy mematikan pertelingkahan kecil Nubhan dan Nadia. Stacy menjadi tidak senang duduk apabila menyedari Nubhan mencuri pandang kearahnya.
"marah ke aku pandang dia?" hati nubhan berbisik. Tak apa la. yang penting dia senang melihat gadis didepannya itu.
Akhirnya mereka bangun menuju ke meja makan yang di gelar food heaven oleh Nadia. Vince yang menjadi pemerhati sejak tadi turut mengikuti langkah mereka ke meja makan.
*************************************************************************************
"stacy! apsal kau x datang rumah aku hari sabtu dengan ahad semalam ek?"sapa nadia sebaik masuk ke kelas 6 Victory. Dia pantas mendapatkan rakannya yang sibuk mengajar rakan-rakan sekelasnya mata pelajaran ekonomi.
"huh! kuss semangat. yang kau ni macam toyol kena rasuk masuk ni kenapa nadia? masuk-masuk terus terjah jer. bagi la salam dulu mak cik oi!"Stanly pantas bersuara. siapa tidak terkejut apabila kelas yang sunyi sepi tiba-tiba bergegar dengan suara nadia yang tinggi tu.
Nadia tersengih tersedar dari kesilapannya. dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Main aci redah lagi, kan dah kena marah. Stacy yang tersentak dengan jeritan rakannya itu sekadar tergelak dengan kata-kata yang keluar dari mulut stanly. Stanly kalau dah marah mulut macam bertih jagung berleter.
"eh stanly macam mana toyol kena rasuk ek?"ujar stacy tiba-tiba. soalan yang bermain di mindanya sejak stanly mengucapkannya tadi. Dia tidak pernah dengar toyol kena rasuk seperti mana nadia tidak pernah dengar langsuir kena sembelit.
Kemudian kelas 6 Victory gamat dengan ketawa pelajar. mana tidaknya soalan daripada stacy yang bertanyakan perihal toyol dirasuk dengan mimik muka 'blur' betul-betul mencuit hati rakan sekelasnya. Stacy menjulingkan matanya apabila diketawakan rakan sekelasnya. Soalan Nadia dan Stacy dibiarkan tanpa jawapan. Mereka kembali menyambung pelajaran mereka yang tergendala dek perangai masing-masing.
********************************************************************************
Petang di skatepark stacy dan nadia sekadar duduk melepak di bawah pokok berhampiran court basketball. masing-masing tiada mood untuk bermain. peperiksaan yang semakin dekat sedikit sebanyak memberi rasa gementar kepada mereka. Eddie yang kini menjadi kawan mereka turut bersama mereka menelaah pelajaran. Buku ekonomi masing-masing tidak lepas dari tangan. Masing-masing bertukar pendapat untuk meyelesaikan masalah. walaupun kadang kala mereka tidak sehaluan memberi jawapan .
"eh nadia. apsal muka abang kau macam cina ek?"stacy bersuara sebaik sahaja buku disimpan kedalam beg. Eddie pula berlalu meninggalkan mereka berdua untuk bermain dengan rakannya. dia tidak ambil pusing tentang soalan stacy. Tiada kaitan dengannya.
"owh.. aku dah agak dah mesti kau tanya kat aku soalan tu"balas nadia. Soalan yang tidak asing baginya. sejak kecil ramai yang bertanya soalan tersebut baik kepadanya mahupun abangnya, Muka mereka memang berbeza. Wajah Nadia lebih kemelayuan berbanding Nubhan yang berwajah kacukan cina.
"kalau kau nak tau family aku belah ibu ada darah cina sikit. Kalau kau tengok muka ibu aku betul-betul mesti kau perasan. Lagipun mata ibu aku tu kan macam sepet sikit. sama cam abang aku tu. dan masa ibu aku mengandungkan abang aku ibu aku suka tengok cerita cina. so macam terkenan la" ujar nadia panjang lebar. Nadia lebih banyak mengikut wajah ayahnya yang merupakan melayu jati berbanding ibunya yang merupakan melayu-cina. tidak hairanlah saudara mara nadia belah ibunya kebanyakannya putih walaupun tidak semua.
"terkenan? apa tu?"stacy bertanya. first time dia mendengar perkataan itu.
"terkenan tu macam.. err.. kau bukak kamus la"nadia membalas persoalan Stacy.
"ek eleh pandai cakap jer. nasib baik ibu kau tak suka tengok cerita tamil masa mengandungkan kau. kalau tak.."stacy tidak jadi menghabiskan kata-katanya.
ketawa kedua-duanya pecah serentak. Eddie yang berada di dalam court basketball sekadar tersenyum melihat telatah mereka. Dah kena rasuk la tu.

No comments: