Wednesday, December 16, 2009

Ada Cinta-Part 5

seminggu berlalu.puas juga Nadia diusik oleh rakan sekelasnya dek kerana bola yang terkena kepalanya. Chenta Bola-bola katanya. Junior juga tidak ketinggalan mengenakan Nadia.namun Nadia cuma tersenyum apabila diusik begitu. Rakan baiknya Stacy juga tidak ketinggalan mengenakannya. hampeh punya kawan. langsung x back up!
sejak seminggu itu juga persahabatannya dengan Eddie semakin rapat. Hampir setiap hari mereka bertemu di skatepark. kadang-kadang bermain skateboard atau basketball bersama ataupun menelaah pelajaran bersama. Stacy, Stanly dan Aishah pula setia menemani mereka. Study group la konon! Akim pula kadang-kadang sahaja menyertai kumpulan mereka.
"stacy kau jadikan ikut aku pegi ambil abang aku malam ni?"ujar nadia tiba-tiba. Dia perlukan kepastian. kalau stacy tidak ikut alamat dia pergi berdua je la dengan anak Puan Lee, Vince. Vince merupakan kawan baik abangnya sejak kecil lagi. keluarga mereka sudah lama berjiran.
"yup. confirm! aku datang rumah kau petang ni dengan mummy aku.aku datang awal sikit so nanti boleh tolong ibu kau apa yang patut before pergi kan."balas stacy.dia yang leka menyelesaikan rubic cube dari tadi membalas soalan nadia tanpa melihat nadia.
Baik di dalam kelas mahupun di luar kelas. Rubic cube tu sentiasa menemani stacy. mengisi masa terluang. boring belajar, dia release tension dengan bermain rubic cube.
*****************************************************************************************************
"selamat petang yah"sapa Puan Agnes mesra kepada Puan badariah yang sibuk melayan tetamu yang datang. masing-masing datang awal untuk menolong Puan Badariah memasak dan menyediakan makanan untuk kenduri. itulah guna hiduo berjiran.
"selamat petang agnes. ingatkan tak datang tadi"balas ibu nadia mesra.
"tu ha.. tunggu si stacy tu bersiap.punya la lama."
"hallo auntie. apa khabar?" sapa stacy sambil bersalam dengan ibu nadia. Dia mencium tangan ibu nadia seperti mana yang sering dilakukan oleh nadia kepada ibunya. sudah lama berkawan dengan orang melayu, stacy tahu serba sedikit tentang adab sopannya.
"auntie khabar baik stacy"balas Paun Badariah sambil tersenyum. senang melihat kesopanan anak gadis Puan Agnes. manis pula berbaju kurung purple. paun Badariah tersenyum senang.
"ha! sampai pun kau. ingatkan sesat tadi carik rumah aku"perli nadia. dia yang sejak tadi menunggu stacy gembira apabila melihat rakannya selamat tiba di rumahnya.
"banyak la kau.. sesat pulak kan.. hahahah"ketawa kedua-duanya pecah
Puan Badaria dan Puan Agnes hanya menggeleng-gelengkan kepala dengan telatah dua gadis yang kelihatan ayu itu.
"okey girls.. jom la."tiba-tiba vince muncul di dapur.
"Jom!'ujar kedua-duanya serentak. Nadia semakin tidak sabar berjumpa dengan abangnya, abang yang sering membulinya.
*******************************************************************************************************
di airport Stacy, Nadia dan Vince beriringan ke tempat menunggu penerbangan dari luar negara. sebaik terdengar pengumuman pendaratan kapal terbang dari Aberdeen, nadia bingkas bangun. Tidak sabar bertemu dengan abangnya yang sudah setahun tidak pulang kerana sibuk dengan pelajarannya. Abangnya bakal doktor. dia bangga.
"ha stacy.. tu abang aku"nadia menunjuk kearah seseorang sebaik terlihat kelibat abangnya keluar dari pintu keluar.
Vince pula hanya tersenyum dengan telatah nadia yang teruja itu sambil memandang kearah yang ditunjukkan oleh Nadia. Rakannya masih tidak berubah walaupun sudah bertahun tidak berjumpa.
"erk? takkan itu abang kau nadia?"ujar stacy kehairanan. "takkan la tu abang nadia. Gemuk, hitam. macam bukan orang Malaysia jer. dah Macam Rikishi pun ada jugak. Tak kan la tapi mamat tu kecik sikit dari Rikishi kot"Stacy berkata sendiri di dalam hati.
"woi! agak-agak la yang tu abang aku.. haishh mintak simpang. yang tu la"ujar nadia yang terkejut dengan orang yang ditunjukkan oleh Stacy. Takkan la setahun tinggalkan Malaysia terus jadi macam tu. Apada stacy ni. nadia yang comel tu boleh ada abang macam Rikishi pulak.
Stacy terus memandang kearah lelaki yang ditunjukkan oleh stacy.
Dari jauh Stacy lihat seorang lelaki yang cukup bergaya berjalan kearah mereka. Tinggi.Putih.berjaket Topman hitam dan memakai shades. menyerlahkan lagi gaya lelaki tersebut. "smart jugak"hati stacy berdetik
"abang an!" nadia menjerit meluru untuk memeluk abangnya. tetapi..
"Vince! lama giler x jumpa kau.. hahahah" Nubhan terus memeluk Vince yang berdiri di antara Stacy dan Nadia.Dia tidak menghiraukan nadia yang mula mencuka di seblah Vince. Niatnua sengaja mengusik adik kesayangannya itu. mana mungkin dia melupakan adiknya yang nakal itu.
"hampeh punya abang! bukan pilih nak peluk adik terus peluk member plak.Menyampah aku" nadia geram dengan sikap abangnya. baru pulang ke Malaysia dah menunjukkan perangai sengal. Sabar je la.
Nubhan hanya tersengih dengan telatah adiknya. Langsung tidak menyedari kehadiran Stacy di masih termanggu di sebelah vince.
".. ♫♪ maaf ku tak bisa memilih dirimu
kerna ku terhanyut mencintai.... ♫♪ siapa dia ni?"nyanyian Nubhan terhenti sebaik meyedari kehadiran Stacy di sebelah Vince. Comel detik hati nubhan.
Stacy yang terkejut dengan pertanyaan Nubhan hanya tersenyum. Lidahnya kelu. Dia hanya bisu. Sebaliknya dia menghadiahkan sebuah senyuman untuk Nubhan. Menyerlahkan lesung pipit yang dimilikinya. menambahkan lagi kecomelan stacy.
"owh itu kawan adik la, stacy namanya"ujar Nadia sebaik tersedar dia tidak mengenalkan Stacy kepada abangnya. Apa tidaknya. hatinya panas dengan abangnya yang memilih untuk memeluk Vince berbanding dirinya.huh!
"ermm.. hai I nubhan abang Nadia. U?" Nubhan cuba menghilangkan rasa gugup sebaik terpana dengan senyuman stacy.dia menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan.
" Stacy. kawan Nadia" stacy membalas. jantungnya tidak berhenti berdegup. begitu juga Nubhan.
"ok la jom kita balik ibu dengan abah dah tunggu kat rumah tu"ujar nadia tiba-tiba. di dapat merasakan Stacy tidak selesa dengan pandangan abangnya yang seperti ingin membaham stacy.
"abang ni pun agak-agak la kot yer pun. tau la member aku tu cute."getus hati Nadia.
"Ok jom la.. abang pun da lapar ni" panas Nubhan membalas sambil berlalu mendapatkan adiknya. makin lama memandang stacy makin laju degupan jantungnya. Dia pun tidak tahu apa perasaan yang tiba-tiba melanda hatinya yang seperti taufan Katrina buat masa ni. tenanglah hati bisik hatinya.

No comments: