Thursday, December 17, 2009

Ada Cinta-Part 14

"Nenek !!!!!!!!!!!!" nadia menjerit sebaik kereta mereka sampai ke halaman rumah nenek mereka di Kampung Lonek. Batu kikir. Rumah kampung yang cantik berhadapan dengan padi sawah yang menghijau. Cantiknya getus hati stacy. Dia dari tadi tidak senang duduk kerana asyik dicuri pandang oleh Nubhan yang memandu kereta dari KL ke Kuala Pilah. Nadia yang perasan dengan tindakan abangnya yang sentiasa mencuri pandang hanya ketawa kecil setiap kali rakannya Stacy itu menolaknya ketepi. Cuba lari dari panahan mata Nubhan.
Nenek Timah yang sedang menyapu halaman rumahnya tersenyum lebar sebaik mendengar jeritan cucunya itu. Senyuman semakin lebar sebaik melihat Nubhan melangkah keluar daripada kereta. Kakinya melangkah laju menuju kearah cucu-cucunya.Nadia yang teruja dapat pulang kekampung terus memeluk neneknya. Nubhan serta ibu dan abahnya sekadar tersenyum melihat kegembiraan Nadia itu. Stacy sekadar menjadi pemerhati.
"oi agak-agak la nak lompat-lompat pun.. macam nak mintak dukung jer.patah la pinggang nenek tu nanti"ujar Nubhan sekadar mengusik adiknya. Dia turut mendapatkan neneknya sebaik nadia melepaskan pelukannya. diikuti ibu dan abah mereka. Stacy yang menjadi pemerhati masih lagi teragak-ahgak ingin mengikuti mereka. ini pertama kali dia sampai ke kampung Nadia.
Sebaik meleraikan pelukan masing-masing Nek Timah terus melihat kearah Stacy yang masih teragak-agak untuk menyertai mereka.pantas Nek Timah merapatinya. Nubhan dan Nadia mengikut langkah nenek mereka itu.
"Ni sapo ni?"ujar nek Timah. Dia melihat Stacy dari atas ke bawah. Gayanya tak ubah seperti bakal ibu mertua meneliti bakal menantu. Pakaiannya lebih kurang seperti Nadia . biasalah anak muda zaman sekarang bisik hatinya. Dia tersenyum.
"bakal menantu ko?" nek timah terus bertanya apabila masing-masing masih tidak membuka mulut. Nubhan tersengih. Bakal menantu la tu nek. mahu sahaja dijeritkan ke neneknya seperti itu.
nadia seperti dapat mendengar kata hati abangnya pantas menjawab.
"aah neh.. bakal menantu tu.. hikhik"dia mengenyitkan mata kepada abangnya dan stacy. Nadia ni memang nak kena lipat agaknya marah stacy dalam hati. Mukanya merona merah.
"wei.. bakal menantu siapa?"tanya nubhan bengang dengan lawak bijak dari adiknya itu.
Ketawa ibu dan abahnya pecah sebaik melihat muka berang Nubhan. Ada-ada saja yang nak digaduhkan mereka ni.
"huh? buat-buat tanya lak abang an ni"nadia berbisik sendirian. "ala Nek bakal menantu Mak Hajar tu. Anak dia Toi tu kan nak tambah cawangan keempat"ujar nadia. ketawanya pecah sebaik sahaja abangnya mula menarik muka. Jelas abangnya bengan dengan lawak asbestosnya itu. habisla aku lepas ni getus hatinya.
"siapa tu?hensem ker?"ujar stacy tiba-tiba. dia melihat Nubhan tidak membalas pun kata-kata adiknya itu. Marah sangat nampaknya.
Nubhan yang masih panas hati semakin panas dengan kata-kata stacy. Boleh pulak tanya hensem ke tak. sah-sah la aku lagi hensem. hatinya menjerit. Muka nakal stacy yang ingin tahu wajah Toi direnungnya. Amboi sukanya. Si Toi tu dah ada 3 isteri tau tak! Hatinya seperti mahu pecah menahan marah. Siapla kau Nadia !
"nak sangat kahwin ngan Toi tu kejap lagi Nubhan bawak jumpa dia.. nak?"ujar nubhan tidak mahu mengalah. Pantang dirinya dijadikan bahan ketawa. Ibu dan abahnya langsung tidak menolongnya. Nenek pula dari tadi tidak melepaskan stacy dari genggamannya. Elok shaja Stacy, Nadia dan neneknya bergandingan bahu di hadapannya. Persis dia pula orang asing. Huh!
"Ok jugak tu.. petang karang nubh bawak stacy ek?" balas stacy. sengaja mengusik Nubhan lagi. Suka pula melihat wajah NUbhan yang sedang Marah tu. marah-marah pun kiut lagi. Dia tersenyum sendiri.
Nubhan bertambah sakit hati dengan kata-kata Stacy. senyuman Stacy menyemarakkan lagi api cemburunya. Amboi minah ni nak cabar aku pulak.
"Ah! pergi dengan nadia. Nubhan x nak bawak. Nubhan nak pergi rumah IKA" sengaja menekan nama ika dihadapan Stacy.
Ibu dan abahnya semakin tidak dapat menahan ketawa mereka. Ada-ada sahaja si Nubhan ni.. Ika pula. Tunangan orang pula nak dijadikan alasan. Nadia juga tidak henti-henti ketawa. mahu saja dia berguling-guling ketawa di halaman rumah neneknya itu.
"sape tu?"stacy bertanya ingin tahu. tak pernah pula nubhan sebut nama Ika sebelum ini. 'Girlfriend' dia di kampung ke? stacy semakin ingin tahu. tiba-tiba dia berasa cemburu pula.. kenapa ni getus hati stacy? takkan aku cemburu kot.
"alah kak ika tunang abang faizal. ai bang.. tunang orang pun nak kebas ker" ujar nadia dalam tawanya. Dia cuba menenangkan hati rakannya. relax stacy x kemana abang aku tu. sekali dia dah suka dia akan setia punya !
"NADIAAAAA!!! " Nubhan semakin geram dengan adiknya terus mengejar adiknya.Nadia pula terus membuka langkah seribu. dia terus melompat naik keatas rumah neneknya. Kedengaran hilai tawa kedua beradik itu.
Stacy tersenyum. hatinya lega. dia mengikut langkah ibu, abah dan nenek Nadia naik ke rumah.
hari pertama di kampung. dia gembira
********************************************************************************************************
hari keempat di kampung Stacy,Nadia dan Nubhan mengambil keputusan untuk pergi ke dusun buah. Sudah lama Nubhan tidak menjejakkan kaki ke dusun tersebut. Ran yang dibuat oleh datuknya di atas pokok masih gagah diatas pokok tersebut. langsung tidak menunjukkan tanda-tanda rosak mahupun ingin roboh. pokok apa dia pun tidak tahu. Datuknya yang membinanya ketika dia masih kecil. Pondok di dusun buah nenknya juga masih tegak berdiri. Hurmm... segalanya masih sama seperti dulu bisik hatinya.Hatinya tidak sabar ingin memanjat pokok mengambil buah. fresh ni ! hatinya melonjak riang. Nadia dan Stacy pula seperti orang gila berlari -lari di dalam dusun itu. berbeza dengan dirinya, nadia langsung tidak pernah sampai ke dusun tersebut. Stacy apatah lagi. kampung pun tiada. Datuknya meninggal sebelum Nadia lahir. Dusun tersebut dia jaga oleh Pak Mail. oleh sebab itu nadia tidak pernah menjejakkan kakinya ke dusun buah datuk mereka itu.
********************************************************************************************************
"Stacy pun nak try panjat pokok rambutan jugak"pinta Stacy tiba-tiba. geram melihat Nubhan dan Nadia yang enak bersantai diatas pokok. Dah la duduk diatas pokok. Kulit buah pula dibaling ke bawah. Nubhan punya kerja. sengaja mengusik Stacy. dia suka melihat Stacy menarik muka. Kiut !
"hahahah.. wei mak cik.. reti ke panjat pokok ni"nadia mengusik stacy. suka melihat aksi gurau manja antara abangnya dan Stacy. Gedik betul abangnya itu mengusik Stacy. Dah baling kulit rambutan lepas tu gelak kuat-kuat pulak. Giler jahat perangai macam tu.
"ala Nadia kau pun abang kau yang tolong kau panjat tadi. kerek betul. padahal kau sama je dengan aku tak reti panjat pokok" ujar stacy. dia memang teringin nak panjat pokok rambutan tu. tapi tidak reti pula. nak suruh Nubhan tolong. malu la pula.
"Nak nubhan tolong ker?"nubhan sengaja menduga stacy sambil mengenyitkan matanya. mereka sudah mesra.tidak seperti dulu. kalau dulu masing-masing malu-malu. tapi kini kedua-duanya lebih tenang dan mesra.
"eh? x payah la. stacy gurau jer tadi"ujar stacy pantas. Gila ke nak suruh nubhan tolong dia panjat pokok. tak pasal kena gosip dengan orang kampung nanti.
"Assalamualaikum" tiba-tiba mereka didatangi suatu suara. Toi !
Nubhan dan Nadia terkejut. Bagaimana Toi tahu mereka disitu.Hati nubhan bergetar apabila melihat Toi memandang kearah stacy.Tajam renungannya. Toi tersenyum.Cantik juga budak ni getus hatinya. Nombor 4 boleh ni. hatinya berbisik nakal. Toi ni x cukup dengan 3 orang isteri nak ditambah lagi 1 pula.
Nubhan tidak senang duduk diatas pokok itu bergegas turun. tetapi dia silap percaturan. lagi 1 dahan hendak menjejak tanah dia hilang imbangan. dan "gedebuk!"
Nadia menjerit melihat abangnya jatuh. Lebih terkejut abangnya jatuh di atas stacy. macam cerita hindustan pula gelaknya didalam hati. Nadia mula mengatur langkah turun dengan berhati-hati. kalau silap langkah alamatnya dia akan jatuh seperti abangnya.
Di bawah pokok lain pula ceritanya...
"adoi.. sakitnya kepala stacy" stacy mengadu kesakitan. kepalanya terhantuk ke tanah manakala badannya berasa berat. Buah durian jatuh atas aku ke? fikirnya. Matanya masih terpejam. kepalanya masih sakit. tak kan buah durian berat sangat otaknya berfikir. Lantas dia membuka mata. NUBHAN !
Nubhan kaku sebaik matanya bertembung dengan mata milik Stacy. Stacy juga begitu. Namun Stacy cepat tersedar terus menolak tubuh Nubhan menyuruh Nubhan bingkas bangun. Nubhan yang baru tersedar akibat ditolak stacy pantas bangun.
Malunya. Nubhan dapat merasakan mukanya panas. begitu juga stacy. Nadia yang baru selamat turun dari pokok pantas mendapatkan rakannya. Sambil matanya menjeling nakal kearah abangnya.
Nubhan turut mendapatkan stacy. Risau juga apabila melihat Stacy yang masih memegang kepalanya. Kepala Stacy masih lagi pening akibat terhantuk tadi.
Toi yang masih berdiri melihat ketiga-tiga anak muda itu pantas mendapatkan Nubhan. tetapi Nubhan terus berlalu. tahu niat Toi yang tidak pernah cukup dengan 3 isteri itu. Mesti nak berkenalan dengan Stacy. jangan harap!
Mereka bertiga berlalu pulang meninggalkan toi yang terpinga-pinga ditinggalkan begitu saja.
"x apa. esok boleh jumpa lagi"hatinya berbisik nakal. Calon nombor empatnya. Toi tersenyum galak.

No comments: