Friday, December 18, 2009

Ada Cinta-Part 16

"haii.. boleh join" tiba-tiba Toi menyapa. dia pantas duduk di sebelah Stacy sebaik shaja Nubhan melihat kearahnya. Padan muka kau budak mentah. lain kali belajar dengan Abang Toi dulu macam mana nak 'tackle' perempuan. dia sengaja duduk rapat dengan Stacy untuk menyakitkan hati Nubhan.
"huh! buaya tua ni memang nak kena agaknya"nubhan mula panas pabila melihat Toi sengaja merapatkan dirinya dengan Stacy. nadia yang tidak jauh dari situ turut terkejut dengan kehadiran Toi. Masin mulut kau Stacy... nak kenal sangat dengan Toi.
Toi tersengih apabila melihat Nubhan yang mula berang melihatnya.
" Toi.. Abang Toi"toi memperkenalkan dirinya sebaik sahaja Stacy berdiri dan menjarakkan dirinya daripada Toi. Dia turut bangun sambil menghulurkan tangan tanda perkenalan.
Nubhan dan Nadia bergegas kearah stacy yang masih bingung dengan kehadiran Toi di situ. Apsal ngan mamat ni? tiba-tiba jer muncul. Toi? macam pernah dengar nama dia ni. ungkap stacy dalam hatinya.
"Stacy" balas stacy. namun dia tidak menyambut huluran tangan toi. sebaliknya dia berlalu mendapatkan Nubhan dan Nadia.
"oi kau nak apa ar? tak kacau orang tak boleh? anak bini kat rumah tu dah bagi makan ke belum? " ujar nubhan dengan nada yang tinggi. sungguh dia tidak suka dengan kehadiran toi disitu.
Toi sekadar tersenyum melihat Nubhan. Nubhan semakin berang melihat senyuman Toi yang sengaja menyakitkan hatinya. Kalau aku tumbuk bibir kau tu makin tebal jadinya! hati nubhan menjerit.
"relax la. abang nak berbual jer dengan dia. pantas mendapatkan stacy semula. tanpa dijemput dia terus duduk di antara Stacy dan Nada di atas titi tali air itu. Nubhan merengus marah. Rimas dengan kehadiran Toi yang sengaja merapatkan dirinya dengan stacy.
***************************************************************************************************
Stacy dan nadia mula rimas dengan Toi yang dari tadi bercerita tentang poligami. Nubhan yang duduk tidak jauh dari situ sekadar memerhati. Meluat mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Toi. Huh ! adil la sangat kau layan 3 orang bini kau tugetus hatinya. Matanya tidak lepas memandang Stacy. sesekali mata mereka bertembung.
"Nubhan ni bukan nak tolong jauhkan Toi. dia pulak yang jauhkan diri!". hati stacy menjerit geram.
"Stacy poligami itu sebenarnyaa.... aaaaa... adoiiii apa ni sakitlah" tiba-tiba Toi menjerit. Telinganya sakit dipulas dari belakang. Sebaik sahaja dia berdiri dan menoleh. "Alamak ..Lufya." isteri ketiganya datang mencarinya. Habislah kantoi. Nubhan yang terkejut dengan jeritan Toi tidak dapat menahan ketawanya.
" hahahaha.. dah tua pun kena tarik telinga" hati nubhan bersorak girang. dia pantas menuju kearah Toi dan isterinya.
"tarik telinga dia kak. ada ke patut cerita pasal poligami kat budak-budak yang baru habis STPM. buang tebiat ke apa" Nubhan sengaja mencurahkan minyak keatas api yang sedang marak. Padan muka kau Toi. tadi hero sangat. Nadia dan Stacy pula tidak henti-henti ketawa melihat gelagat nubhan yang sengaja mengundang kemarahan isteri Toi itu.
Toi menjeling Nubhan yang masih meracuni fikiran isterinya itu. Jaga kau. hati Toi geram degan Nubhan yang berdiri disamping Stacy dan Nadia.
" balik sekarang! isteri awak lagi 2 tengah menunggu dekat rumah tu.. anak-anak nak makan lagi"bebel Lufya. hatinya semakin terbakar sebaik mendengar kata-kata Nubhan. Dia meleraikan pegangan tangannya terhadap telingan Toi dan menuju ke motor Toi yang tersadai di tepi tali air. matanya merenung Toi tajam menyuruh toi pulang dengan segera.
Toi yang kelihatan takut-takut memulakan langkah mengikuti isterinya. namun langkahnya terhenti dihadapan Nubhan. Nubhan tersenyum bangga. padan muka !
"Poligami tu apa? dari mula jumpa sampai kena tarik dengan kak Lufya Toi tu asyik cakap pasal benda tu je"ujar stacy tiba-tiba. Kepalanya sudah pening mendengar celoteh Toi sejak tadi.
"Poligami tu macam lelaki boleh kahwin sampai 4 tapi dia kena la adil dengan semua isteri dia. lebih kurang macam tu la" Balas Nubhan. ingin mengolah panjang dia kurang arif.
stacy mengangguk faham. malas ingin bertanya lebih lanjut. nadia pula terus mengemas perkakas memancing mereka. masing-masing tiada 'mood' untuk meneruskan aktiviti memancing mereka itu. selesai berkemas mereka terus berjalan pulang ke rumah Nek Timah.

No comments: