Nadia yang sedia menunggu di meja makan bersama ibu dan abahnya hanya tersengih melihat abangnya yang seperti orang x betul tu. Ibu dan abahnya pelik melihat aksi dua beradik yang dari tadi asyik tersenyum.
"ha ni kenapa ni tersengih-sengih. x cukup zat ke?" Puan badariah memulakan bicara apabila melihat dua anaknya seperti menerawang ke tempat lain. Encik hasnan sekadar menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat anak-anaknya itu. Faham dengan ragam remaja. Dulu pun dia seperti itu apabila bercinta dengan isterinya.
" eh ibu ni.. kalau x cukup zat mana la boleh senyum. orang senyum sorang-sorang orang x betul macam adik tu" balas Nubhan sambil mengusik adiknya. Gembira hatinya dapat berkumpul dengan kelaurganya setelah lama merantau menimba ilmu.
"amboi.. sedap je mengata orang. abang an tu yang dari tadi senyum sorang-sorang. kata nadia pulak"balas nadia sambil memberi jelingan tajam kearah abangnya geram.
"berapa lama lagi kamu di aberdeen An?" Puan Badariah bertanya mematikan pertelingkahan antara dua beradik itu. Nadia dan Nubhan selagi tidak ditegur selagi itu akan bertelingkah. Dari kecil hingga besar tidak pernah berubah.
"ermm An lagi 2 tahun mak. lepas tu An balik Malaysia kerja kat sini. lagipun suasana kat malaysia lagi best. berkhidmat untuk negara"balas Nubhan bersemangat.
Berkhidmat untuk negara la sangat. Padahal hatinya telah terpaut pada gadis Malaysia. Mana mungkin dia melepaskan seraut wajah comel yang sering mendatangi mimpi malamnya itu.
"owh.. cayalah abang An! berkhidmat untuk malaysia.. ke nak berkhidmat untuk.. st..."Nadia mula mengusik abangnya. tahu isi hati abangnya terhadap rakan baiknya itu.
Nubhan menjulingkan mata mendengar usikan Nadia.berkhidmat untuk 'dia' pun apa salahnya.kecil tapak tangan, stadium bukit jalil nubhan serahkan. Akhirnya ketawa kedua-duanya pecah. Ibu dan abahnya sekadar tersenyum melihat. Kalau dah berjumpa riuh rendah rumahnya seperti pasar.
************************************************************************************
"Ted cepatla bagi bola tu. lambat la kau ni.. reti main ke x?" Stacy menjerit kearah abangnya yang masih lagi memijak bola.
pagi-pagi lagi abangnya Ted balik kerumah mereka. Terkejut juga stacy apabila melihat abang, Adel dan kakak iparnya berdiri didepan pintu. Hujung minggu yang penuh bermakna buat Stacy.
"sabar la..hish kau ni"balas ted tidak berpuas hati. Adiknya yang sorang ni suka sangat mengenakannya.
Puan agnes dan kakak ipar Stacy, Lucy hanya menjadi pemerhati.
"macam mana syarikat sekarang Lucy?"Puan agnes membuka bicara.
"ok jer mummy x ada masalah. Baru-baru i pun kita ada dapat kontrak besar, tu yang ted sibuk sikit tu. sekarang dah ok sikit. Ada masa boleh la balik sini mummy"balas Lucy tenang. Faham hati wanita dihadapannya yang merindui anaknya.
Ted hanya pulang sekali sekala sahaja. Selebihnya dia hanya akan menelefon dan bertanya khabar. itupun sekejap sahaja.
"bagus lah kalau macam tu. tak lama lagi stacy pun boleh bekerja dengan syarikat daddy tu"ujar Puan Agnes. Syarikat itu milik sumainya dan sekarang ia akan menjadi harta untuk anaknya. dia tidak mahu anaknya bergaduh kerana harta apabila dia tiada kelak. Segalnya perlu adil walaupun dia tahu Ted tidak mungkin mengabaikan adiknya itu.
"Ok juga tu mummy. Habis belajar nanti Stacy boleh terus masuk dalam syarikat daddy. Ted pun dah sediakan jawatan untuk Stacy" Lucy meyakinkan mummynya.
Sedang Stacy leka bermain dengan abang dan Adel, loceng rumahnya berbunyi.
"hallo auntie. Good morning" sapa nadia ramah. Dia terus menuju ke taman bunga Puan Agnes dan bersalaman dengan Puan Agnes dan Lucy.
Puan Agnes tersenyum melihat kehadiran Nadia. Tahu benar kedatangan nadia pasti kerana ingin mengajak anaknya keluar.
"woit ! terus jumpa mummy jer.. aku?" stacy menyapa rakannya.
"hahahah.. nak ikut x? aku nak pergi jalan-jalan cari pasal ni. nak kira keluasan KL. nak ikut?"
"hurmm macam best. nak carik pasal dekat mana?"tanya stacy kepada nadia.
Ted sekadar memerhati dua sahabat itu membuat perancanagn. Anak muda sekarang pantang ada kelepasan habis 1 KL di pusingnya.
"hye auntie"sapa Nubhan tersenyum. dia yang dari tadi menuggu adinya mengenalkan dirinya kepada keluarga stacy akhirnya bersuara. "hampeh punya adik lain aku suruh, lain dia buat."nubhan melepaskan rasa tidak puas hati sendirian.
Stacy yang mendengar sapaan Nubhan terkejut melihat jejaka itu tiba-tiba muncul. bila masa pulak mamat ni ikut Nadia? tadi tak nampak pun getus hati Stacy.
"hye Nubhan. auntie x perasan nubhan tadi"balas Puan Agnes mesra.Puan agnes lalau memperkenalkan anak sulungnya Ted kepada Nubhan dan mereka bersalaman.Ted senang dengan sikap Nubhan yang tenang dan mudah mesra itu. Lagupin dia tahu akan hubungan keluarganya dan kelaurga Nadia yang sudah akrab seja Stacy dan Nadia berkawan baik.
"oi nak ikut tak?"tanya Nadia lagi mengejutkan stacy yang leka memerhati abangnya berbaual mesra bersama Ted. "amboi Ted ni cepatnya mesra. Selalu kalau kalau aku bawak kawan lelaki marah jer" stacy bercakap sendirian. tanpa sedar Nadia mendengar kata-kata Stacy. Nadia tersenyum nakal. Mencari idea mengusik rakannya.
"erm kak nak ikut x!?" jerit nadia yang memulakan lawak asbestosnya sambil memegang tangan stacy persis adik memujuk kakaknya. Hatinya seperti mahu pecah apabila melihat reaksi Stacy dan Nubhan yang terkejut dengan jeritannya. Nadia ni dekat rumah orang pun boleh buat gempak lagi. Hatinya ketawa melihat muka Stacy dan Nubhan yang dah jatuh rahang dengan panggilannya terhadap stacy tadi.
Ted yang dari tadi leka bercerita dengan Nubhan turut terkejut. Malahan dia turut ketawa apabila Nadia memanggil adiknya kakak. Tahulah dia bahawa NUbhan menyimpan perasaan terhadap adiknya.
"woi agak-agak la nak panggil aku kakak pulak.kau yang lahir dulu macam mana pulak aku boleh jadi kakak?" tanya Stacy jujur. macam mana dia boleh jadi kakak kepada Nadia? otaknya ligat berfikir.
"apsal lak x boleh. cuba kau firkir kalau kau KAHWIN dengannnn....."nadia sengaja menguatkan perkataan kahwin supaya abangnya dengar tetapi tidak meneruskan kata-katanya.cukuplah apabila melihat abangnya dah buat muka cacing di hadapan Ted. kalau pecah lubang depan family Stacy.habislah Nadia sengaja mencari maut !
No comments:
Post a Comment