Tuesday, December 15, 2009

Ada Cinta-Part 1 Intro

Stacy bagaikan cacing kepanasan. Duduk salah, berdiri pun salah. Semuanya serba tidak kena. akhirnya dia mundar mandir di depan Nadia tanpa arah tujuan. Otaknya ligat memikirkan alasan yang bernas untuk digunakan supaya mummynya membenarkan dia menyertai pertandingan Skating yang akan di adakan minggu ini. Mummynya tidak pernah menyutujui stacy untuk bermain permainan tersebut. tetapi minat Stacy tetap terhadap skateboard walaupun sudah banyak kali ditegah daripada bermain. Lagu skaterboy terus berkumandang di skatepark tempat dia dan Nadia sering menghabiskan masa untuk bermain skateboard. Bukan mereka sahaja perempuan yang bermain skateboard. Ramai lagi yang main. Tetapi mummynya tetap tidak membenarkannya untuk bermain permainan kesayangannya itu. Mummynya lebih gemar dia menyertai kumpulan sorak di sekolahnya.

"Oi! duduklah.. pening kepala aku tengok kau ni.. kejap kiri kejap kanan.. ko tengah mandrem tempat ni ke apa?" marah Nadia yang sejak tadi hanya diam memerhati rakan baiknya.
"huh? erk.. suka hati akulah.. aku yang nak masuk pertandingan tu bukan mummy aku.. yang dia nak halang aku tu kenapa?" nada suara stacy masih lagi tinggi. Dia masih panas hati dengan jawapan mummynya yang melarangnya menyertai pertandingan skating semalam..
"hikhik.. kan aku da cakap ngan kau, mummy ko mesti tak kasi punya.. alolololo.. anak mak la kau ni.." nadia sengaja mengusik rakan baiknya tu..
"kau ni sengajakan sakitkan hati aku. Ala Nadia kau tolong la aku nad, kau suruh ibu kau bagi tau mummy aku game tu x bahaya pun macam yang mummy aku sangka. Pleaseee " pujuk stacy kepada nadia.
"Haa.. mula la tu nak libatkan aku dan keluargaku yang x bersalah.. hakhak.. hurmm.. xpe2 petang esok aku ajak ibu aku pegi umah kau k.. aku suruh mak aku bawak popia.. mana tau hati mak kau boleh lembut ngan popia jati mak aku yang sedap tu.. heheheh" ujar nadia kepada stacy memujuk rakannya..
wah!! coolio.... ko memang member aku yang paling beat la.. hakhak.. motif ko promote popia kau kat aku? hahahaha... xpe2 petang esok aku tolong mak kau buat popia ok"
Nadia hanya mampu tersenyum melihat rakannya yang kembali ceria. Stacy merupakan sahabat yang paling rapat dengannya. Mereka merupakan rakan sekolah sejak tingkatan 1, tambahan pula masing-masing mempunyai minat yang sama, iaitu bermain skateboard. Walaupun bayak kali tercedera kerana permainan tersebut, namun masing-masing masih tegar meneruskan minat bermain permainan kesayangan mereka walaupun tahun ni kedua-dua mereka akan menduduki peperiksaan STPM.
"weyh, hari jumaat depan abang aku balik Malaysia. Kau nak ikut tak aku pegi amik dia kat airport?" tiba-tiba Nadia bersuara memecah kesunyian yang melanda mereka.
"abang kau? kau ada abang ke? aku x pernah tau pulak kau ada abang. Hensem x? hikhik" Stacy tersenyum nakal.
"hurmm.. hensem ke tak ek abang aku tu? huh! gatal tol kau ni.. memang la kau x pernah nampak abang aku sebab dia belajar kat oversea. dia belajar kat Aberdeen. amik medic."balas nadia
" whoaa.. abang kau mesti clever boy kan.. heheheh.. jauhnya belajar. patutla kau x penah jumpa dia. amik medic. dia doktor la ek? kagum.. kagum.. hahahah"
"yep abang aku doktor. aku pulak.. ermm.. bisneswoman.. aku nak buka bisnes..
" BISNES POPIA! hahahahah" kedua dua mereka menjerit serentak.. sambil berdiri untuk beredar dari skatepark yang merupakan tempat permainan mereka.
"ehem cik adik, kalau nak gelak tu agak-agak la sikit. nasib baik aku x tergolek tau" tiba-tiba Stacy dan Nadia ditegur oleh seseorang.
"amboi.. suka hati kitorang la nak menjerit ke, nak tergolek ke. ni kan public place. si suka hati la" Nadia yang tadinya tenang, tiba-tiba meninggikan suara akibat ditegur.
Stacy yang berdiri di sebelah nadia turut terkejut apabila ditegur oleh lelaki tersebut. " eh nadia ni.. tadi cool jer.. sekarang ni dia pulak yang hangin daripada aku"
"ewah-ewah, sedap betul kau cakap ni public place. dah tau ni public place agak-agak la.. korang ni dah buat pencemaran bunyi dengan gelak korang tu tau," Ed masih tidak puas hati. pantang betul kalau perempuan melawan cakapnya. dia melihat Nadia dari atas hingga ke bawah. " ek eleh. da la rendah. kau nak aci redah jer tempat ni dengan suara kau" ed bermonolog.
Stacy yang dari tadi diam akhirnya bersuara apabila melihat pertengkaran kecil antara Ed dan Nadia semakin panas.
" ermm.. sori la bro.. kitorang x perasan pulak de orang kat court ni.. hehehe.. tu sesuka hati jer gelak" Stacy mengambil langkah selamat. lebih baik minta maaf daripada terus bergaduh. nanti tak pasal- pasal kena halau dari skatepark. haru jadinya.
Stacy terus menarik tangan Nadia berlalu dari skatepark yang berhampiran dengan Basketball court tempat Ed dan rakan-rakannya bermain.
"weyh apsal kau tarik aku? bagi la aku belasah mamat poyo tu dulu. suka hati jer sound aku."Nadia masih tidak berpuas hati. Dia tidak pernah ditegur sebelum ni di tempat awam.
" ala chill la, kita yang salah gelak macam langsuir kena sembelit" Stacy cuba menenangkan Nadia.
"erk? cam ne tu?" ujar Nadia kehairanan.tak pernah seumur hidup dia dengar langsuir kena sembelit. sumpah tak pernah. macam mana pulak hantu kena sembelit.
stacy ketawa melihat wajah rakan baiknya yang masih 'blur'.Kedua-dua mereka berlalu ke tempat parking mengambil skuter mereka untuk pulang ke rumah.
Jarak rumah Stacy dan Nadia tidaklah begitu jauh. mereka cuma berlainan taman. tetapi di satu kawasan yang sama.
*********************************************
"Hallieww.. hye mummy, buat apa tu?" stacy menegur mummynya sejurus sampai di rumahnya.Stacy terus menuju ke halaman rumah tempat mummynya selalu menghabiskan masa."hurm.. Mummy ni, x habis dengan bunga"ujar stacy sendirian sambil tersenyum. Walaupun mummynya melarangnya bermain skateboard, dia tidak pernah berdendam dengan mummynya. Bagi Stacy mummynya berbuat demikian kerana sayangkan dia. cuma dia yang degil tidak mahu mendengar nasihat.
"ha.. baru balik, ingatkan nak tidur kat sana tadi"Puan Agnes memerli stacy. Anak daranya yang seorang ni memang sukar dikawal. Ada sahaja perkara yang dilakukannya yang kadang-kadang menggusarkan hatinya. Stacy merupakan anak bongsunya. Anak yang nakal namun manja dan sentiasa menggembirakan hatinya. Anaknya yang sulung sudah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri. Dia hanya akan pulang apabila hujung minggu. Suaminya pula sudah lama meninggal. Tinggallah dia dan Stacy di banglo mewah milik suaminya. Perniagaan suaminya diuruskan oleh anaknya yang sulung.
"heheh mummy ni, x kan stacy nak tidur dekat sana pulak." stacy membalas lalu terus duduk di buaian yang ada di taman bunga mummynya itu.
" abang x balik mummy? lama tak dengar cerita dia. Rindu pulak dengan Adel"Stacy terus bersuara apabila melihat Puan Agnes leka dengan bunga-bunganya. Adel. Anak buah kesayangan Stacy. Abangnya jarang pulang sejak akhir-akhir ini. sejak Syarikat keluarga mereka mendapat tender besar dari syarikat antarabangsa, abangnya semakin sibuk. Namun abangnya tidak pernah lupa untuk bertanya khabar. walaupun sekadar menelefon. Hurmm.. abang banyak berkorban untuk family mereka.
"Stacy jom la masuk, dah nak malam dah ni" Puan Agnes membiarkan Soalan Stacy tanpa Jawapan. Bukan dia tidak rindu dengan anak dan cucunya. Malahan dia faham akan kesibukan anaknya yang perlu menguruskan Syarikat keluarga mereka.
Stacy akur dengan arahan mummynya terus mengikut ibunya masuk ke dalam rumah. Mereka beriringan masuk sambil bergelak ketawa. Bila bersama stacy Puan Agnes memang tidak pernah sunyi dengan gelak ketawa anak kesayangannya itu.

No comments: