Saturday, December 19, 2009

Ada Cinta-Part 17

"omak ingat sobolum kamu semuo balik kolumpo tu mak nak buek kenduri sikit"ujar Nek Timah. sudah lama dia bercadang ingin membuat kenduri arwah untuk suaminya tetapi apakan daya. dia sudah tua dan keseorangan. jadi hasratnya ditunda dahulu sementara menunggu ank cucunya pulang.
"urmm.. omak nak buek bilo?" encik hasnan bersetuju dengan cadangan emaknya itu. tidak sampai hati pula dia menghampakan hati emaknya itu.
"besok malam. Luso korang semuo nak balik dah."balas nek timah. hatinya girang mendengar persetujuan dari anaknya itu.
*******************************************************************************************************
Rumah Nek Timah dipenuhi oleh orang-orang kampung yang menghadiri kendurinya. Alhamdulillah tercapai juga niatnya ingin menjamu orang kampung dan membuat doa selamat untuk arwah suaminya.
sebaik shaja selesai membaca doa dan makan.penduduk kampung semua beransur pulang. Encik Hasnan dan Puan Badariah tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir pada malam itu.
Di dapur pula tinggal Nubhan, Stacy dan Nadia sahaja. Awal-awal lagi mereka ditugaskan untuk membasuh pinggan dan periuk yang digunakan semasa kenduri sebentar tadi.
sebaik sahaja menukar baju masing-masing turun ke dapur semula untuk menyelesaikan tugas mereka itu.
'Nadia!!!"jerit ibunya dari atas rumah. Nadia bingkas bangun meninggalkan abangnya bersama Stacy. dia bergegas naik ke atas. Puan badariah mengarahkan Nadia melipat tikar yang digunakan untuk dijadikan alas ketika makan tadi. kemudian menyapu ruang tamu rumah. Besok mereka semua akan berangkat pulang. jadi malam itu semua bertungkus lumus menyelesaikan tugas. kasihan pula nanti Nek Timah berkemas seorang diri.
Di dapur Nubhan dan Stacy leka mencuci pinggan sambil berbual mesra. Nubhan tidak melepaskan peluang untuk mengusik Stacy. sesekali air sabun di renjiskan kearah Stacy. stacy hanya ketawa dengan tindakan Nubhan. Nakal nubhan ni bisik hatinya.
"amboi..amboi sedapnya main main sabun ek?"tiba-tiba nadia menyapa. Dia yang dari tadi memerhatikan abang dan rakan baiknya itu bermain sabun akhirnya bersuara. kalau ada Eddie mesti best ni. Timbul rasa rindu dihatinya terhadap jejaka itu. apa khabar Eddie agaknya.
"hahahaha.mana ada menyabun. kitorang basuh pinggan ok"balas Nubhan menutup rasa malunya. kantoi pulak dengan nadia. Suka sangat main redah adiknya seorang itu. stacy pula hanya tersenyum memandang rakannya itu.
"ek eleh cover pulak. ingat orang tak nampak la tu"balas nadia.
"nah amik ni!" nubhan merenjis air sabun kearah Nadia lalu ketawa.
nadia mengelak dan terus menghampiri abangnya dan stacy. Stacy bingkas bangun menjauhkan dirinya daripada dua beradik itu. Karang x pasal-pasal jadi mangsa pula dia di tengah-tengah itu.
Namun nadia tiba-tiba terus mendekati stacy dan...
"nah ambik kau adik... hahahah" nubhan menyimbah air sabun kearah nadia. namun dia bukan menyimbah nadia seorang sahaja, dia turut menyimbah stacy. habis kedua-dua rakan baik itu disabun.
" AHMAD NUBHAN!!!!!!!!!!!"nadia dan stacy menjerit pantas mengejar nubhan yang sudah bersiap sedia untuk lari.
Nadia dan stacy terus mengejar nubhan yang sudah berlari ke halaman depan rumah.
"eh.. eh.. kena serang ni"ujar nubhan sebaik sahaja nadia dan stacy menghampirinya.
ketawa ketiga-tiganya pecah sebaik sahaja Nadia dan stacy berjaya menangkap Nubhan. Ibu fan abah Nadia sekadar menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah nakal ketiga-tiga anak remaja itu. ada-ada sahaja yang dilakukan Nubhan untuk mengusik Nadia dan Stacy.
********************************************************************************************************
"ok nek.. kitorang balik dulu"ujar nadia sedih. dia sedih ingin berpisah dengan neneknya. dia memeluk neneknya dan terus memasuki kereta. Nubhan pula mengambil alih tempat nadia bersalaman dengan neneknya.
"ha stacy. nanti jagan lupa datang rumah nenek lagi"ujar nek Timah sebaik tiba giliran stacy bersalaman dengannya. Nubhan tersenyum melihat neneknya. Stacy akan datang lagi nek. pasti datang hatinya menjerit yakin.

No comments: