Monday, December 28, 2009

Ada Cinta-Part 26

"Terima kasih sebab sudi jumpa Nubhan hari ini"ujar Nubhan sebaik sahaja Stacy datang menemuinya petang itu. Dia menghadiahkan sebuah senyuman untuk stacy, namun tiada balasan. dia mengeluh. hati gadis itu benar-benar terluka dengan sikapnya dahulu.
"Stacy datang ni pun sebab mummy cakap semua orang layak untuk dapat peluang kedua. layak untuk beri penjelasan dan layak untuk bersuara untuk memberitahu kebenaran. Walaupun stacy tak dapat peluang tu dulu. tapi tak apalah. Stacy bagi peluang untuk Nubhan jelaskan. Cakaplah stacy dengar"perli Stacy. dia langsung tidak memandang Nubhan. Hatinya berbelah bagi. Dia memaafkan lelaki itu. Namun sikap Nubhan itu sukar dilupakan.
Nubhan tersentak dengan kata-kata Stacy. hatinya sedikit terguris. Namun apakan daya. dia yang memulakannya dahulu. Oleh itu dia berazam untuk memperbetulkannya semula. Dia mahu memenangi hati Stacy semula. itu janjinya.
"Maafkan Nubhan sebab tak beri peluang untuk Stacy dulu. Nubhan betul-betul terkejut dengan apa yang Nubhan nampak. Lepas tu Adam pula cakap dia nak bertunang. Nubhan ingat dia nak bertunang dengan Stacy" Ujar nubhan tenang. Dia amat berharap stacy memahami dirinya.
"Hurmm.. senangnya Nubhan cakap. Kenapa tak tanya dulu? Kenapa nak terus tuduh stacy macam tu. Lagipun adam bukan sengaja nak pegang tangan stacy masa tu. Stacy pun terkejut bila tiba-tiba dia pegang tangan Stacy. Bila stacy cuba jelaskan dekat nubhan. nubhan terus pergi jer. ada nubhan tanya peraaan stacy macam mana waktu tu .. ada?!" Balas stacy geram. Segala isi hati dan kemarahannya dihamburkan kearah nubhan yang masih berdiri tegak dihadapannya.
"Ok nubhan salah.Nubhan sedar Nubhan ego sebab terus jatuhkan kesalahan ke atas Stacy tanpa mendengar kata-kata daripada mulut Stacy dulu. Tapi percayalah. Nubhan masih sayangkan stacy. terlalu sayangkan stacy. Kita balik ye."Pinta nubhan lembut. dia cuba memujuk. dia juga mengakui kesalahannya dulu.
"Sudahla Nubhan. senang jer mengungkapkan kata-kata sayang tu. tapi hakikatnya susah untuk di jaga. Hati stacy dah tawar untuk bercinta lagi"ujar stacy terus berlalu. kakinya pantas melangkah meninggalkan Nubhan. jika diikutkan hatinya dia ingin kembali pulang bersama Nubhan namun egonya menolak keras.
Nubhan memandang Stacy dengan hati yang hampa. Biarlah sejuk hati gadis itu dahulu. dia tidak mahu terus memaksa. Stacy perlukan ruang untuk memaafkan dirinya. Cincin yang dibelinya sebulan lalu terus digenggamnya.
********************************************************************************************************
hampir dua bulan sejak kejadian dia dan Nubhan bergaduh di Surfer's Paradise dulu Nubhan masih lagi mengejarnya memohon maaf. namun egonya tetap tidak mampu memaafkan lelaki itu. walaupun banyak kali juga abang dan mummynya menasihatinya agar memaafkan nubhan namun dia tetap berkeras.
"Assalamualaikum"tiba-tiba dia di sapa seseorang ketika dia duduk di halaman Masjid Gold Coast.
"Waalaikumsalam"balas Stacy. dia tersenyum memandang lelaki tua yang masih berdiri di hadapannya itu. Dia kenal dengan pak cik itu. Pak cik Ramli. orang malaysia yang sudah lama menetap di Gold Coast dan pemilik restoran makanan halal di Gold Coast.
"Anak ni macam ada masalah je pak cik tengok" pak cik ramli duduk di sebelah Stacy. Dia cuba menyelami hati gadis yang hampir sebaya dengan anaknya itu. Stacy sering juga ke restorannya. Stacy dan keluarganya sudah akrab memandangkan Stacy berseorangan di bumi asing itu. Mereka sudah seperti suatu keluarga sejak 2 tahun stacy menetap di Gold Coast.
"Pak Cik Ramli ni. sebenarnya hati stacy keliru."ujarnya. lantas dia menceritakan peristiwa dia bergaduh dengan Nubhan sehinggalah Nubhan datang mencarinya disini dan meminta maaf.
Pak cik Ramli hanya tersenyum . Dilema anak muda.
"Stacy tiada yang sempurna di atas muka bumi ini. Semua orang akan melakukan kesilapan. Semua orang juga layak untuk diberi kesempatan yang kedua untuk dirinya agar dia sedar akan kesilapan itu. Kesempatan kedua itu bergantung sama ada orang itu sedar atau tidak akan kesilapannya itu. Jika dia sedar akan kesilapannya itu, pasti dia akan cuba memperbaiki dirinya agar menjadi lebih baik di masa akan datang. Jika sebaliknya pula, orang itu hanyalah orang yang rugi kerana mensia-siakan peluang yang telah diberikan. Kata-kata maaf yang ikhlas sepatutnya kita terima dengan hati yang terbuka Stacy. Sedangkan nabi ampunkan umatnya. Stacy tahu tu kan. Pak cik pernah beri tahu tacy dahulu ketika Stacy mula-mula memeluk agama islam. islam tidak mengajar umatnya yntuk bermusuhan. Maafkanlah dia. Mungkin dia benar-benar berubah dan lebih menyayangi Stacy. Assalamualaikum."Pak cik Ramli terus berlalu. dia tersenyum.
Stacy menjawab salam pak cik Ramli. Dia agak terkesan hujah yang disampaikan oleh pak cik ramli dalam nada yang lembut itu. ia benar-benar menyentuh hatinya. semua orang layak mendapat peluang kedua. kata-kata itu juga yang sering diberitahu oleh mummynya kepadanya. Hatinya berbelah bagi. Nubhan. Masihkah lelaki itu menunggunya seperti 2 tahun lalu. Masihkah ada ruang untuknya di hati Nubhan selepas dia menghamburkan kemarahannya terhadap lelaki itu 2 minggu lepas. hatinya menjerit resah.
********************************************************************************************************
Petang itu seperti biasa Stacy pergi ke Surfer's Paradise. Tetapi kali ini dia bukan pergi untuk menikmati pemandangan seperti selalu, mahupun mahu menolak kata-kata maaf Nubhan. Hari ini dia pergi untuk menerima Nubhan kembali. Hatinya tidak mampu untuk terus melukakan hati lelaki itu mahupun hatinya. Hatinya tidak mampu untuk terus menolak Nubhan. Sungguh dia benar-benar menyayangi dan mencintai Nubhan.
lama juga Stacy melilau mencari-cari kelibat Nubhan namun tidak kelihatan. Akhirnya dia pulang. Mungkin Nubhan ada perkara yang harus diselesaikan pujuk hatinya.
*******************************************************************************************************
"Ha balik pun kau. ingatkan nak tido kat tepi pantai tu"Sapa amylea sebaik sahaja Stacy muncul di muka pintu rumah mereka. Amylea merupakan teman sepejabat Stacy. Dia bertugas menguruskan hal-hal syarikat Stacy di Australia jika Stacy terpaksa 'outstation'
"Assalamualaikum."Balas Stacy sambil tertawa melihat rakannya itu yang main terjah sahaja. Perangai Amylea tidak ubah seperti nadia yang suka main aci redah je.
"heheheheh waalaikumsalam"Amylea membalas sambil tersengih. sedar akan kesilapannya.
"Weyh ni ada bungkusan untuk kau. Mamat tu cakap dia nak balik malam ni. Dia kata kalau ada ruang di hati kau untuk dia. Dia suruh kau buka kotak ni and pakai"Ujar Amylea sambil menyerahkan sebuah kotak kecil kepada Stacy.
Stacy pantas mengambil bungkusan tersebut. siapa pula yang memberinya kotak itu hatinya berbisik sendiri.
"Tapi kan stacy kalau kau tak nak kat mamat tu kau jangan risau. Aku sedia menjadi pengganti. Hensem jugak balak kau tu ek. Rugi kalau lepaskan dia. Aku tengok dia macam betul-betul sayangkan kau. Aku tak tahu la apa masalah korang tapi mamat tu memang cinta gila la kat kau"Ujar Amylea lagi. sempat mengusik Stacy yang masih bingung dengan kotak yang baru diterimanya itu.
Tangan Stacy pantas membuka kotak itu tanpa menghiraukan gurauan Amylea. Rantai berbentuk hati yang telah tinggal setengah ditarik keluar dari kotak itu. Tertulis nama nubhan di hati yang tersebut. Itu rantai yang pernah dikalungkan oleh Nubhan kepadanya. Rantai itu jugalah yang telah ditanggalkan dan dipulangkan semula kepada Nubhan. Kini rantai tersebut bersamanya semula.
"Amy teman aku pergi airport. Dia cakap tak 'flight' dia pukul berapa? kita kena cepat. aku kena jumpa dia. dia perlu tahu perasaan aku."Stacy terus mendapatkan amylea. Air matanya tidak henti-henti jatuh sebaik sahaja melihat rantai tersebut. Nubhan masih mencintainya. Nubhan jujur meminta maaf darinya dulu. Tetapi kerana ego, hati lelaki itu telah dikecewakan. hatinya juga kecewa.
Mereka bergegas ke Lapangan Terbang Coolangatta . Dalam hati stacy berdoa agar Nubhan masih belum berlepas dan dia sempat untuk berjumpa dengan lelaki yang amat dicintainya itu.
"Sebaik sahaja sampai ke balai berlepas hatinya hampa apabila penerbangan ke Malaysia sudah berlepas. Dia terlambat beberapa minit sahaja. "Nantikan kepulangan Stacy, Stacy akan pulang. Stacy janji" Getus hatinya.

No comments: