Wednesday, December 30, 2009

Ada Cinta - Part 28

Hari minggu yang di tunggu-tunggu oleh Stacy telah tiba. Dia bakal bertunang hari ini. Tetapi siapa bakal bertunang dengannya dia tidak tahu. Namun dia tahu pilihan ibunya pasti yang terbaik untuk dirinya. Nadia yang setia di sebelahnya sejak tadi tidak berhenti-henti tersenyum. Entah apa yang digembirakannya dia pun tidak tahu. Stacy yang mengenakan sepersalinan baju kebaya moden berwarna ungu hanya duduk di atas katil sambil menunggu dengan penuh kesabaran sewaktu bakal ibu mertuanya masuk untuk menyarungkan cincin. Hatinya berdebar-debar. Takut juga penerimaannya nanti terhadap orang baru dalam hidupnya iu.
“Stacy.. relax la.. tak payah nak takut-takut. Cool k”nadia cuba menenangkan rakan baiknya itu. Pasti Stacy terkejut kalau dia tahu siapa bakal tunangnya itu.
Stacy sekadar tersenyum."kau cakap senang la Nadia, cuba kalau kau kat tempat aku" jerit hatinya. Dia sudah tidak mampu berfikir lagi. Dia berserah sahaja.
*************************************************************************************************************
“ Assalamualaikum”ujar seseorang tiba-tiba. Pintu bilik Stacy terkuak. Nubhan muncul bersama ibunya di sebalik pintu itu.
Stacy bingkas bangun. Kenapa nubhan pula yang muncul? Hatinya bertanya sendiri. Dia terus menoleh kearah Nadia. Permainan apa yang mereka mainkan ini.
“Abang ni tunang mana boleh datang la. Patutnya ibu je yang masuk. Kalau nak tengok Stacy pun tunggula dia keluar jap lagi”ujar nadia pantas. Sakit hatinya melihat abangnya boleh tersenyum melihat stacy yang masih kebingungan itu. Sabar je la dia dengan perangai abangnya itu.
“sekarang ni dah moden la dik”balas Nubhan sambil tersenyum. Matanya masih menatap Stacy yang ayu memakai kebaya moden ungu di hadapannya.
“Faham je la abang kamu ni Nadia.”ujar Puan Badariah pula.
Mummy stacy pula hanya melihat sahaja anaknya itu. Dia sengaja tidak mahu memberitahu stacy tentang rancangannya. Takut pula Stacy akan melarikan diri lagi. Lagipun Nubhan juga yang bersungguh-sungguh ingin berbuat demikian. Dia tidak mahu kehilangan Stacy lagi.
“Kenapa pula Nubhan bertunang dekat sini?” Stacy akhirnya bersuara. Dia masih bingung. Dia tahu Nubhan akan bertunang pada hari itu. Tetapi mengapa pula lelaki itu di rumahnya.
“Nubhan nak bertunang la ni sayang”Balas Nubhan sambil mengenyitkan matanya.
“nadia cakap Nubh nak bertunang dengan member dia kat UUM dulu. Stacy rasa dia tak ada kat sini”
“Ada la. Member Nadia tu ada kat depan nubhan.” Balas Nubhan sambil tersenyum sambil matanya merenung tepat kearah Stacy.
“ Ha ?? tak kan la....”Stacy tidak jadi meneruskan kata-katanya. Dia memandang kearah mummynya mengharapkan pengertian.
Nubhan terus mara kehadapan untuk menyarungkan cincin di jari Stacy.
“Oi abang. Ibu la yang sarung” ujar nadia pantas. Abangnya ini dah gila agaknya. Kalau nak sarungkan sangat cincin di jari Stacy tunggula masa nikah nanti jerit hatinya.
“ala dik. Kita tukar la sikit”balas Nubhan sambil memandang adiknya. Ibunya puyla pantas mengambil cincin dari tangan Nubhan. Nubhan menyerahkan cincin tersebut kepada ibunya.
“adat orang tua jangan di ubah-ubah nubhan. Kalau tak ikut adat nanti tak bermakna pula majlis ni” ujar Puan badaria lembut. Nubhan sekadar mengangguk.
“Stacy sudi ke terima anak ibu sebagai tunang stacy? “Tanya puan badariah sebelum menyarungkan cincin di jari manis stacy.
Nubhan, Nadia, Ted dan Puan Agnes mamandang ke rah stacy dengan pandangan yang penuh dengan seribu satu persoalan. Stacy tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Dia turut melemparkan senyuman manis buat Nubhan yang kelihatan gembira dengan keputusannya.
“Yes. Kalau macam tu lagi 2 minggu kita kahwin”Ujar nubhan sebaik sahaja cincin itu selamat disarungkan ke jemarii manis Stacy.
Puan Agnes dan Badariah hanya tertawa dengan gelagat Nubhan itu. Nadia dan Ted pula pantas mendapatkan Stacy mengucapkan tahniah selepas Mummy dan ibu nadia menghadiahkan ciuman didahinya.
“Amboi Nubh, agak-agak la. Tahun depan je la korang kahwin boleh?”usik Ted. Nadia di sebelahnya sudah mula ketawa.
“cantek sangat la tu abang Ted. Lagi 2 minggu Nadia dan Eddie dulu kahwin. Kan nad”ujar Eddie sebaik sahaja menjenguk masuk ke bilik Stacy. Wajah Nadia merona merah sebaik sahaja mendengar kata-kata Eddie. Entah bila Eddie muncul dia pun tidak tahu.
"wah! Korang pula yang dulu. Mana boleh”balas Nubhan sambil tertawa. Stacy turut tertawa melihat telatah orang-orang yang disayangi dihadapannya. Dia bersyukur kerana akhirnya dia bertunang dengan Nubhan. Lagi 2 minggu dia akan menjadi isteri Nubhan pula.
“lamanya dalam bilik ni. Jadi ke tidak bertunang”tiba-tiba Encik hasnan menjenguk pula ke dalam bilik. Hairan juga apabila tiada seorang yang keluar dari bilik Stacy sejak tadi.
“ Alhamdulillah dah selamat dah bang”balas Puan badariah sambil menunjukkan cincin yang tersemat di jari Stacy.
“boleh ke buat kenduri kahwin 2 minggu lagi?” Tanya abah Nubhan kepada Ted.
“Kita On je pak cik. Tak tahu pula tuan punya badan. Lagipun persiapan semua dah siap. Awal-awal lagi dah plan kan Nadia”Balas Ted. Sudah lama juga dia dan Nadia merancang majlis kahwin untuk Nubhan dan Stacy. Sejak Nubhan pulang dari Gold Coast dan meluahkan hasratnya itu kepadanya dan mummy
“Tapi Stacy nak pelamin 4 tingkatkan Stacy?” Eddie pula menyampuk . dia mula mengusik Stacy.
“Aah jemputan nak 50 ribu”sambung Nadia pula. Seronok pula melihat wajah Stacy yang tersipu-sipu malu itu. Jahat juga Eddie ni mengusik rakannya itu.
“Boleh ke nubh?” Tanya Ted pula. Sambil mengangkatkan sebelah keningnya.
Ibu bapa mereka pula sudah beransur keluar untuk berbincang dngan ahli keluarga yang lain. Persetujuan dan buah fikiran mereka harus diambil kira juga.
“amboi!. Terlebih sudah bajetku nanti. Nampaknya habis kenduri nanti tak payah la pegi honeymoon. Boleh?”Balas Nubhan tidak mahu kalah.
“hahahah.. kalau tak boleh pergi honeymoon tu nasib korang la” ujar nadia bersahaja.
Akhirnya ketawa mereka pecah. Macam-macam pula yang dirancang mereka. Kalau macam tu bankrap la.

No comments: