Tuesday, December 29, 2009

Ada Cinta - Part 27

Malaysia.. akhirnya dia pulang juga ucap hati stacy. 2 tahun dia meninggalkan Malaysia kerana membawa hatinya yang terluka dulu. Namun kini dia kembali untuk meraih kembali cinta yang telah dihulurkan oleh lelaki yang dicintainya, Nubhan. Cuma satu yang diharapkan, nubhan sudi menerimanya kembali selepas dia menolak cinta lelaki itu di Gold Coast dua minggu lalu.
“nad cuba teka aku kat mana sekarang ni?”Ujar stacy sebaik sahaja suara nadia kedengaran di hujung talian.
“kau pun dah jadi macam aku kan. Main redah jer. Bagi la salam dulu mak cik. Hahahah”balas nadia. Dia sengaja mengusik rakannya itu. Rindunya terhadap Stacy terubat juga selepas hampir 3 minggu stacy tidak menghubunginya. Dia tahu pasti kerana abangnya menjejaki rakannya itu di Gold coast.
“heheheh.. assalamualaikum. Kau sihat tak”
“waalaikumsalam. Aku sihat jer. Kau marah aku ek sebab abang aku pergi cari kau kat sana? 3 minggu kau tak telefon aku. Rindu tau”
“aku tak marah. Tapi aku bersyukur sebab dia minta maaf dengan aku dan mengakui kesilapan dia dulu. Dia masih cintakan aku. Tapi sekarang aku tak tau la”keluh stacy.
“abang aku jumpa kau kat sana. Dia tak bagi tau pun. Sejak dia balik dulu dia muram juga. Tapi sekarang macam dah lebih bersemangat. Dia dah ‘start’ kerja semula kat hospital.
Nubhan gembira sekarang. Sudah ada pengganti ke lelaki itu bisik hatinya.
“Stacy kau dengar tak aku cakap ni?”Tanya Nadia apabila tidak mendengar suara Stacy.
"ha? Aku dengar. Baguslah kalau dia dah gembira sekarang.” balas stacy perlahan.
Nadia hanya mendiamkan diri. Kasihan juga melihat hubungan abangnya dan Stacy berakhir begitu. Walaupun dia tahu abangnya benar-benar mencintai Stacy namun abangnya mengambil jalan untuk tidak terus mendesak Stacy.
“kau bertunang tak ajak pun kan. By the way, congrats. Akhirnya dengan Eddie jugak kau kan. Tak sangka hebat jugak penangan bola dia dulu.” Ujar Stacy cuba menukar topic. Dia belum bersedia untuk berbicara mengenai Nubhan
“Amboii... kau yang tak nak balik cakap aku tak jemput pulak. Tu la.. Bola dia tu betul-betul ke hati aku jatuhnya.. hahahahah” balas Nadia. Rindu untuk bergelak ketawa dengan sahabatnya itu. Stacy melayannya seperti dulu walaupun hubungan abangnya dan Stacy tidak seperti dulu.
Ketawa mereka pecah bersama.
************************************************************************************************************
Sebulan sudah dia pulang ke Malaysia. Sebulan juga dia mula bekerja di sayrikat keluarganya itu. Tentang Nubhan tidak langsung didengarnya. Dia masih mengumpul kekuatan untuk bersemuka dengan lelaki itu semula. Dia sedar ego mereka dahulu menyebabkan hubungan mereka menjadi begini. Tapi kini dia sedar. Nubhan juga sudah memohon maaf darinya. Namun sikapnya yang tidak mempedulikan lelaki itu dulu menyebabkan Nubhan pula yang membawa diri pulang ke Malaysia. Menjalani kehidupannya seperti biasa. Itu cerita Nadia kepadanya.
Hujung minggu itu Stacy berjalan-jalan di Mid Valley. Niat hatinya mahu keluar bersama Nadia, tetapi rakannya itu harus menemani Eddie untuk berjumpa dengan seseorang. Akhirnya dia berjalan di dalam Mid Valley itu berseorangan. Hendak pulang ke rumah tiada siapa pula yang berada di rumah pada waktu ini. Biasalah kalau sudah hujung minggu mummynya akan pergi mengikut abangnya. Bukan dia tidak mahu mengikut abangnya itu tetapi dia lebih senang bersendirian.
Dia berjalan dari satu kedai ke kedai lain. Tiada satu pun yang menarik hatinya. Sebaik sahaja melewati kedai Habib Jewels Stacy tiba-tiba dilanggar oleh seseorang. Dia berpaling. Nubhan! Bagaimana lelaki itu boleh berda disitu juga. Jantungnya berdebar. Bersediakah dia menemui lelaki itu setelah dia melukakan hati Nubhan yang jujur mengucapkan kata-kata maaf kepadanya dulu.
Nubhan turut terkejut . Dia tahu stacy sudah pulang dan bekerja dia Malaysia semula. Namun dia tidak menyangka mereka akan bertemu didalam masa terdekat itu. Di hadapan kedai yang sama ketika dia meninggalkan stacy dahulu. Dia kaku seketika.
“Err.. Stacy bila balik Malaysia. Nubhan tak tahu pun” ujar Nubhan apabila melihat Stacy seperti mahu melarikan diri daripadanya. Matanya tidak lepas daripada memandang Stacy. Rindu di hatinya semakin membuak-buak.
“sebulan juga Stacy kat Malaysia . Nubhan buat apa kat sini?”balas Stacy. Dia cuba menyelesakan dirinya. Walaupun hatinya gelisah dengan pertemuan yang tak diduga itu.
“ Owh. Nubhan saja jalan-jalan. Nak cari cincin untuk bertunang nanti.”balas Nubhan tenang. Matanya sempat menjeling sekilas kearah wajah Stacy ingin melihat riak gadis itu.
Nafas Stacy seakan terhenti. Nubhan akan bertunang. Siapalah gadis yang telah mencuri hati Nubhan selepasnya. Rintih hatinya.
“tahniah”balas stacy sepatah. Dia mula mengatur langkah untuk beredar
“jangan lupa datang tau. Majlis tu tak bermakna tanpa stacy”ujar Nubhan sebaik sahaja melihat stacy mula beredar.
Stacy sekadar mengangguk. Dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan Nubhan.
********************************************************************************************************
“mummy kenapa ramai sangat kat rumah kita ni?”ujar Stacy sebaik sahaja pulang dari Mid Valley. Kejadian bertemu dengan Nubhan sebentar tadi sedikit sebanyak mempengaruhi ‘mood’nya. Dia melihat mak cik dan pak ciknya semua datang ke rumahnya.
“Mummy dah dapat jodoh yang sesuai untuk Stacy. Stacy akan bertunang dahulu hujung minggu depan. Kemudian lagi 2 minggu kahwin. Macam mana okay tak rancangan mummy? Balas mummynya gembira. Nadia yang di sebelah mummynya hanya tersenyum penuh makna.
“ha ? cepatnya. Minggu depan tunang, then next 2 weeks kahwin. Mummy tak bagi tahu stacy pun rancangan mummy tu. Lagipun stacy tak kenal pun dengan bakal tunang stacy tu. Tak kan mummy nak stacy kahwin dengan orang yang stacy tak kenal. At least mummy kenalkan la dulu dengan Stacy.” Ujar stacy. Dia agak terkejut dengan rancangan mummynya itu yang tiba-tiba menjadi ‘matchmaker’ dan berita perkahwinannya yang akan berlangsung dalam masa 3 minggu lagi. Baru sebulan pulang ke Malaysia sudah macam-macam yang dirancang oleh mummynya.
“mummy yakin stacy suka. Nadia pun dah setuju.”balas mummynya sambil memandang nadia yang hampir mahu ketawa melihat muka bingung dan tertekan rakannya itu.
Stacy memandang nadia sekilas. Mahu sahaja dia mengejar rakannya yang panda-pandai membuat keputusan bagi pihaknya itu. Siaplah kau nadia. Eddie yang berdiri tidak jauh dari situ hanya mengangkat tangan menunjukkan tanda bagus. Huh! Dua-dua sama je marah hati stacy. Dia terus berlalu masuk ke bilik.
“wei kau marah ek? Jangan risau la pilihan mummy kau memang yang terbaik punya. Lagipun aku pun dah tengok calon suami kau tu”ujar nadia cuba menenangkan rakannya. Sempat dia mengenyitkan mata mengusik rakannya itu.
“banyak la kau punya terbaik. Kalau terbaik sangat kau je la yang kahwin dengan mamat tu. Entah sesapa tah korang pilih untuk jadi suami aku tu. Entah- entah boroi.”balas stacy geram.
“hoi.. kau gila ke aku nak kahwin dengan dia. Lagipun abang Eddie tu aku nak campak kat mana? Sayang weyh.. hahahah. Tapi kan kalau boroi ok jugak. Sesuai la dengan muka kau yang cute ni” nadia tidak mampu menahan ketawanya melihat muka tension rakannya itu. Sabarlah stacy.
“Stacy selalunya jodoh yang mak kita tentukan tu selalunya terbaik tau. Tak semestinya kita tak kenal, orang tu tak sesuai dengan kita. Mana tahu, orang tu nanti boleh sayang kau lebih lagi.”ujar nadia memujuk rakannya. Dia tersenyum .
“ Tak apalah. Aku terima je. Tak kan mummy aku nak jodohkan aku dengan orang yang tak elok pulakkan. Lagipun abang kau pun dah nak bertunang. Aku terjumpa dia tadi”stacy membalas kata-kata rakannya itu. Dia pasrah.
“kau jumpa dia? kat mana? Dengan siapa?”Tanya Nadia pantas. Terkejut juga apabila abangnya bertemu dengan Stacy.
“aah tadi. Dia sorang-sorang je tadi kat Mid Valley. Aku jumpa dia depa Habib Jewels”balas stacy tenang.
"Owh..Abang aku tu nak bertunang dengan member aku kat UUM dulu.”ujar nadia tiba-tiba.
“eh ?bukan member kau, member aku jugak? Yang mana satu ni?”Tanya Stacy apabila mendapat tahu bakal tunang nubhan merupakan orang yang dia kenal.
“ha? Err.. aku.. emm.. mummy kau panggil kau.. ciao” Nadia terus bangun dan meninggalkan Stacy yang maih terpinga-pinga. Matila kalau abangnya tahu dia sudah memberitahu bakal tunang abangnya itu.

No comments: