Tuesday, December 15, 2009

Ada Cinta-Part 3

Pagi selepas sarapan stacy terus menaiki skuter kesayangannya menuju ke sekolah St Andrew. Sekolah yang banyak menyimpan memori. sejak tingkatan 1 dia menimba ilmu di sana. Dia berharap STPM ini bakal mengubah nasib dirinya. dia bukan tidak pandai. tetapi dia banyak bermain ketika SPM dahulu. atas alasan itu mummynya tidak membenarkannya menyertai pertandingan skateboard yang akan diadakan dalam mas 2 minggu lagi. tapi dia akur. harapan mummynya tidak akan disia-siakan.
"good morning girls!.. hahahaha.. pagi-pagi rajin bukak buku. bagus-bagus. boleh join x?" stacy memasuki kelas 6 Vivtory dengan gaya ala-ala minag tengah jual karipap jer. Stacy memang pantang tengok rakan-rakan sekelasnya aman. Ada shaja yang akan di lakukan untuk mengganggu rakan-rakan sekelasnya. Nak menceriakan suasana katanya padahal dia sekadar membuat bising sahaja.Papejer la si stacy ni.
"weyh mak cik kalau kau nak join we all ok jer. asalkan ko tak buat onar macam selalu boleh?"aishah akhirnya berkata-kata setelah masing-masing ala-ala blur memandang stacy. macam tak pernah tengok jer gayanya.
"erk? aku selalu buat kacau ke? mana ada. kau ni aishah.. x baik tau fitnah aku. berdosa.. hikhik"stacy terus mengusik rakan-rakan sekelasnya. walaupun selalu mengganggu kententeraman kelas mereka. Tidak pernah sekalipun mereka marah dengan stacy. Kadang-kadang mereka turut terhibur dengan keletah Stacy dan rakan baiknya Nadia yang bersahaja. Mereka main-main juga. tetapi bila keluar result exam, result mereka la yang paling gempak. Itu yang membuat pelajar kelas 6 victory menghormati stacy dan nadia malahan turut belajar daripada mereka.
"banyak la kau mana ada. kalau x dengan suara kau dengan adik kau nadia tu, kelas ni da macam dilanda garuda. sunyi giler babe. hehehe"ika pula menyampuk.
"mana tak kena landa garuda senyapnya. dah budak 2 ekor tu memekak jer hari-hari" aliff pula bersuara.
"amboi budak-budak sakan pulak mengutuk aku"stacy berkata sendiri.Dia akhirnya duduk bersama rakan-rakan sekelasnya menunggu Nadia yang masih belum sampai. Nadia selagi loceng tak berbunyi selagi tu la tak sampai. suka sangat datang lambat.
*********************************************************************************************************

kringggggggggggggg!!!!
"wohooooooooooo!.. balik balik !!"riuh rendah suara pelajar St Andrew apabila kedengaran bunyi loceng yang satu ini. Asal tiba waktu balik semua macam kambing baru lepas kandang.
Nadia dan stacy beriringan ke parking motor mengambil skuter mereka.Gelak tawa tidak pernah lepas dari mulut mereka apabila bersama. ada sahaja cerita lawak yang dikongsikan. Kalau cerita tu tidak lawak pun mereka tetap gelak.
"heyya ladies." akim menegur Nadia dan Stacy. Akim pelajar tingkatan 6 victory juga. Sekelas dengan Nadia dan Stacy. Buaya tembaga yang tidak pernah kenal erti putus asa. Ada sahaja yang dilakukan untuk menarik perhatian gadis comel di hadapannya itu. Kalau dah buaya tembaga mana pernah nak give up!
Stacy gadis comel yang mula menarik perhatiannya sejak dia menjejakkan kaki ke St Andrew. Namun tidak pernah sekalipun gadis itu menerima pelawaannya untuk keluar bersama. tidak seperti gadis-gadis lain. Pantang dipelawa pasti mereka akan keluar dengannya. Tetapi Stacy, berbeza dengan gadis-gadis yang dikenalinya dulu. Stacy lebih comel dan lebih 'mahal' daripada mereka.
"hish kau ni. tak ada kerja lain ke apa? hari-hari aku kena tengok muka kau yang tersengih macam kerang busuk tu. Satu hari kalau x ganggu aku x boleh ke?" stacy mula panas dengan kehadiran akim yang mengganggu kegembiraanya dan nadia. mamat ni selagi aku tak tangan selagi tu la x nak back off!
"ala stacy aku tau kau pun rindu nak tengok muka aku kan? Nak pulak senyum aku yang menggoda ni. kau kan tau semua student perempuan kat St Andrew ni gila dengan aku. kau je yang jual mahal. bajet cun sangat la tu" Akim membalas kata-kata stacy dengan bongkak. Akim ni memang tidak sedar diri. selalu sangat perasan bagus. orang dah x nak tu blah je la.
"encik akim kalau dah rasa awak to "hot' sangat pegi la merembes kat tempat lain. dah tau aku ni jual mahal yang kau menggedik-gedik datang ni buat apa. and kalau kau dah tau ramai sangat student perempuan yang cair dengan kehangatan kau tu, kau pegi la tackle diorang. yang kau menyibuk ikut aku hari-hari ni buat apa?" stacy memerli akim yang masih tidak sedar akan kesilapannya berkata-kata. Stacy terus menarik Nadia berlalu dari situ. selagi x blah alamatnya terpaksa la mendengar kata-kata mamat hampeh tu. Macam mana la si Aishah tu boleh syok kat akim dia pun tidak tahu. Mungkin ada sisi normal Akim yang dia tidak nampak kot. Ah! biarlah.. yang dia tau akim di depannya ini mamat kasanova yang tak pernah tau erti malu. Sabar je la stacy..
"apsal ko tak declare jer ngan akim tu.. rupa ada, kaya plak tu. nanti syarikat kau dengan dia boleh la join venture.. hikhik" nadia yang hanya memerhati pertemuan panas antara Stacy dan akim mula mengusik stacy. Nadia ni memang mencari nahas. silap -silap kena lipat 14 dengan stacy.
"kau ni terencat akal ke apa? agak-agakla kau nak suruh aku couple dengan akim tu. x nak okay! meluat pulak aku dengar nama dia"stacy membalas lawak nadia yang langsung tak lawak tu.
"hehehe.. relax la.. aku gurau jer. petang ni dia main basketball dengan King Goerge High School. kau nak pergi x? jom la teman aku"
"penting sangat ke game tu? ke kau nak tengok akim tu main? kau dah syok pulak kat buaya tu?
"hahahaha. adoii la kau ni. kan game sekolah tu. kita kena support. buktikan St Andrew victory !"nadia mula mendapat semangat St Andrew. Tidak pernah dia seperti itu sebelum ini. Nak join game sekolah apatah lagi. Tapi disebabkan St Andrew akan bertanding di pertandingan akhir untuk perlawanan basketball itu dia terus bersemangat.
"kau demam ek? selalu aku ajak ada je alasan. Aku okay jer. petang ni kita pergi"ujar stacy bersetuju dengan cadangan Nadia. sekali sekala sokong perlawanan di sekolah apa salahnya.
******************************************************************************************************
"Mummy petang ni stacy nak pergi sekolah dengan nadia boleh kan?" sebaik duduk di meja makan stacy terus meminta keizinan daripada ibunya.
"nak buat apa kat sekolah tu?"
"Sekolah stacy ada game basketball petang ni. Final. so nak turun la support. Go.. Go St Andrew" Stacy membalas soalan ibunya sambil membuat gaya pasuklan sorak sekolahnya. kalau dia masuk confirm hancur pasukan sorak sekolahnya itu.
Puan Agnes menggeleng gelengkan kepalanya. Anaknya yang seorang ni tak pernah kering dengan idea untuk menceriakan hari-harinya.
"ok pergilah, tapi balik awal."
"yes! thanks mummy" stacy menghadiahkan sebuah ciuman di pipi mummynya.dia terus menyambung makan .
"esok mummy nak pegi rumah Ted. nak ikut?"mummy stacy tiba-tiba bersuara.Ted abang stacy yang sulung.Dialah yang menjaga syarikat daddynya sekarang. Tanpa abangnya syarikat itu pasti sudah ditutup.
"ermm ok jugak. stacy boleh jumpa Adel. rindu betul dengan dia. Nadia ikut sekali boleh?" Stacy terus sahaja bersetuju apabila dipelawa oleh ibunya. Rindunya pada kakak iparnya dan Adel tidak dapat dibendung lagi. lama mereka tidak berjumpa kerana kesibukan masing-masing
"Boleh. bawakla nadia tu. Macam belangkas. x boleh nak berpisah sekejap ke?"
Stacy sekadar tersenyum dengan soalan Puan Agnes.

No comments: