Thursday, December 24, 2009

Ada Cinta - Part 22

Seminggu berlalu. Seminggu juga Stacy mencuba untuk bercakap dengan Nubhan namun setiap kali dia cuba menelefon Nubhan tiada yang menjawab. Dia tahu Nubhan sengaja tidak menjawab panggilannya.
“Nubhan dengar lah penjelasan Stacy dahulu”rintihnya sedih. Nubhan sudah salah faham . Nadia yang cuba membantunya bercakap dengan Nubhan juga tidak mampu berbuat apa-apa. Nubhan tetap berkeras enggan bercakap mahupun berjumpa dengannya.
Adam sudah selamat bertunang. Namun kelibat rakan baiknya Nubhan masih tidak kelihatan. Dia juga tidak melihat Stacy hadir di majlis pertunangannya. Dia mahu mengenalkan Stacy dengan tunangnya sekalian mengucapkan terima kasih kepada Stacy kerana membantunya membuat persiapan.
************************************************************************************************************
Nubhan memulakan hari pertamanya di Hospital Serdang dengan perasaan kecewa. Dia kecewa kerana rakannya sudah selamat bertunang semalam. Walaupun dia tidak hadir namun dia tahu rakannya gembira. Patutlah Stacy belajar mengenai Islam, rupa-rupanya dia nak bertunang dengan Adam”hatinya berbisik. Tiada apa yang dilakukan pada hari pertama, hanya memeriksa pesakit dan berkenalan dengan doctor-doktor yang bertugas di hospital tersebut. Ramai juga doctor muda yang melaporkan diri pada hari tersebut.
“Abang An jumpa Nadia kat restoran malam karang k” Nubhan membaca mesej yang baru diterima daripada adiknya.
“K”balas Nubhan pendek. Sejak kejadian dia terserempak dengan Stacy dan Adam dia lebih banyak berdiam dan jarang bergurau dengan adiknya seperti selalu. Perubahan itu disedari oleh ibu dan abahnya. Namun kedua-duanya malas mengambil tahu. Biasalah kalau bercinta pasti ada pasang surutnya.
********************************************************************************************************
"Nubhan”panggil Stacy sebaik sahaja Nubhan sampai di restoran keluarganya.
Nubhan tidak jadi melangkah masuk ke dalam restoran. Sebaliknya dia mengatur langkah kearah Stacy.
“Apalagi yang Stacy nak? Tak puas lagi sakitkan hati Nubhan?”balas Nubhan berang. Tidak sangka adiknya berani membawa Stacy berjumpanya. Niat Nadia Cuma satu. Dia ingin abangnya mendengar sendiri penjelasan daripada mulut Stacy. Nadia sudah tahu cerita sebenar. Setiap kali dia cuba memberitahu abangnya, setiap kali itu juga abangnya mengelak. Malas ingin berbicara mengenai Stacy.
“Nubhan dengar dulu. Apa yang Nubhan nampak tu bukan macam apa yang NUbhan fikir. Nubhan dah salah faham. Sebenarnya Adam tu..”Stacy cuba menerangkan keadaan sebenar kepada Nubhan.
“sudahlah Stacy. Nubhan tak mahu dengar. Kita teruskan hidup kita masing-masing”balas Nubhan terus berlalu meninggalkan Stacy. Dia tidak sanggup menatap mata Stacy. Dia juga tidak mampu melawan hatinya setiap kali melihat wajah Stacy yang sedih itu. Hatinya luluh setiap kali menatap wajah itu.
Stacy hanya memandang langkah Nubhan yang meninggalkannya. Hatinya hancur kerana Nubhan enggan mendengar penjelasan daripadanya. Dia terus melangkah pergi tanpa enyedari sebuah kereta laju menuju kearahnya. Dia pasrah. Tiba-tiba satu bunyi dentuman kuat kedengaran.
“STACY!!!”jerit Nubhan sebaik sahaja menoleh kebelakang. Pantas dia berlari kearah Stacy yang sudah berlumuran darah di atas jalan raya.
“Apa abang dah buat ni?”ujar Nadia sebaik sahaja mendapatkan abangnya dan Stacy. Dia menangis. Maafkan abang aku Stacy bisik hatinya

No comments: