Monday, December 21, 2009

Ada Cinta-Part 19

Suasana sedih menyelubungi Nadia sekeluarga. Nubhan akan berangkat ke Aberdeen sebentar lagi. Stacy turut datang menghantarnya di KLIA. Dia menatap wajah gadis kesayangannya itu sepuas-puasnya sebelum berangkat. Ibu dan abahnya pula tenang sahaja. Ini bukan kali pertama anknya itu akan berjauhan darinya.
Pengumuman penerbangan lepas ke Aberdeen pun kedengaran. Nubhan pantas mendapatkan ibu dan abahnya untuk bersalaman. Nadia pula mengambil tempat ibu dan abahnya untuk bersalaman. Dia memeluk abangnya. kalau boleh dia mahu abangnya terus tinggal di Malaysia sahaja. Selepas Nadia tiba pula giliran Stacy untuk mengucapkan selamat tinggal. Tapi tak kan dia nak peluk Nubhan pulakkan ;)
" Tunggu kepulangan Nubhan"bisik nubhan sebaik Stacy menunduk untuk bersalaman dengannya. Hampir sahaja Stacy menitiskan air matanya. Baru sahaja 'declare' kekasihnya terpaksa berjauhan darinya. Ibu dan abahnya sekadar menjadi pemerhati.
"Stacy akan tunggu kepulangan Nubhan"janjinya di dalam hati. Tiada kata-kata mampu diungkapkan olehnya. Sedih ingin melepaskan kepergian Nubhan.
Nubhan berat hati untuk melepaskan pegangan tangannya terhadap Stacy selepas mendengar pengumuman terakhir penerbangan ke Aberdeen. namun dilepaskannya jua. Dia menuju kearah ibu dan abahnya dan memeluk mereka buat kali terakhir dan melangkah pergi. Sempat dia berpaling melihat wajah kesayangannya sebelum hilang dari pandangan Stacy, Nadia, ibu dan abahnya.
****************************************************************************
2 Bulan berlalu.....
"arghhhhh!!!!!!!!!! kita 4 flat"jerit kedua-dua sahabat itu kegembiraan. Sinar kegembiraan terpancar di wajah mereka berdua. keputusan STPM yang diumumkan di hujung bulan Februari itu benar-benar menggembirakan hati mereka. Tidak sia-sia usaha mereka selama ini.
"syukurlah!"jerit kedua-duanya lagi. Rakan-rakan sekelas mereka tidak henti-henti mengucapkan tahniah. Akim juga tidak melepaskan peluang mengucapkan tahnia kepada gadis yang pernah mencuri hatinya dulu.
"tahniah Stacy.. Nadia"ujar Akim dan Aishah serentak. masing-masing ketawa sebaik sahaja selesai mengucapkan tahniah. Gembira
"amboi sehati sejiwa betul. sampai wish pun nak sama-sama"usik Stacy/. Nadia yang disebalahnya mengangguk-anggukkan keplanya. Dia sempat menjeling nakal kearah Aishah untuk mengusik .
"hehehe.. mestila sehati sejiwa kan Aishah" balas akim bangga. Aishah kini bertakhta dihatinya. Kesal dahulu tidak sedar akan kehadiran aishah yang ternyata lebih manja daripada Stacy yang agak kasar sedikit itu. Stacy mencebikkan bibirnya kemudian tersenyum.
Aishah gadis yang lembut. berbanding nadia dan Stacy yang lebih lincah dan ganas. Akim perasan akan perbezaan itu. Oleh sebab itu sayangnya terhadap Aishah lebih daripada kasihnya terhadap stacy dahulu. Dia juga sudah memadamkan nama stacy dari hatinya. Yang ada kini hanyala Siti Aishah.
Pelajar-pelajar St Andrew masih lagi berkumpul di hadapan dewan tempat keputusan mereka diberi. Kebanyakannya tersenyum puas dengan usaha yang dilakukan mereka dahulu. Tidak sia-sia. Tidak kurang juga yang kecewa kerana bermain-maian suatu ketika dahulu.

"Eddie macam mana result?" nadia bersuara sebaik shaja mendengar suara Eddie di hujung talian. Tidak sempat Eddie bertanya Nadia sudah menyerangnya dengan soalan dahulu. Nadia ni memang tak pernah berubah. Main redah jer.
"hurm.. ok awak?"ujar Eddie perlahan.
"eh? tak kan tu jer? bagi la atau"balas nadia tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Eddie. Bahunya rasa seprti dicuit seseorang. Dia berpaling dan... EDDIE??.. Stacy yang dari tadi sudah perasan akan kehadiran Eddie menghamburkan ketawanya ke arah Nadia yang masih lagi terkejut dengan kehadiran kekasihnya itu.
"hampeh punya member bukan nak bagi tau"marah nadia dalam hati. Namun sebuah senyuman sempat dihadiahkan kepada Eddie.
"heh budak kecik orang pun 4 flat la"jerit Eddie sambil tangannya mendapatkan kedua -dua belah tangan Nadia dan mereka berpusing-pusing.Persisi orang menari ballet sahaja. Stacy tersenyum gembira melihat kebahagiaan dua orang rakannya itu.
"Kalau Nubhan ada mesti dia gembira dengan keputusan aku ni"hatinya berbisik. Dia rindu dengan lelaki itu. Sejak kepergiannya Disember lalu hanya YM sahaja menjadi penghubung mereka. Kadang kala Nubhan akan membuat 'video call'. Namun ia dapat mengubat rindu di hati masing-masing. Dapat melihat muka dan mendengar suara pun sudah cukup bagi kekasih yang terpaksa berjauhan itu.
********************************************************************************
"Nadia aku dapat UUM."ujar Stacy sebaik sahaja surat tawaran sambung belajar samapai ke tangannya. Dia gembira namun hatinya sedi kerana terpaka berjauhan daripada mummynya.
"ha? kau ni gaknya memang x boleh berpisah dengan aku kot. aku pun UUM gak"balas Nadia teruja.
"wah! best. hahahahah. memang x boleh nak berpisah dari kau. aku sayang kau. hahahaha"balas stacy sambil ketawa. dia gembira. secara tidak langsung dia tidaklah bersa kekok apabila berada di tempat baru itu nanti. Mereka mendapat universiti yang sama kerana bidang yang dipilih adalah sama. Masin-masing ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan. Stacy dan Nadia ingin meluaskan empayar keluarga mereka. Nadia dengan bisnes popia manakala Stacy dengan syarikat tekstil kepunyaan daddynya.
*******************************************************************************
"mummy stacy dapat UUM"ujar Stacy perlahan. Dia takut ibunya sedih kerana mereka akan berjauhan.
Puan Agnes tersenyum. Faham akan hati anak gadisnya yang risaukan dirinya yang akan tinggal berseorangan.
"tak apa la stacy. nanti kahwin pun mummy tinggal seorang kan?"balas Puan agnes sengaja mengusik anknya. Dia tidak mahu anaknya bersedih. Biarlah anknya melanjtkan pelajarannya. Dia tidak mahu menjadi penghalang.
"Mummy ni kesitu pula" balas Stacy manja. dia lantas merebahkan kepalanya ke pangkuan Puan Agnes. Mummynya mengusap-usap rambut anaknya itu.
Nubhan sudah diberitahu tentang keputusannya sebentar tadi. hampir sahaja Nubhan merajuk kerana sudah sebulan keputusan keluar barulah dia memberitahu. Buakn dia sengaja tetapi dia benar-benar terlupa kerana sibuk menyiapkan permohonan ke Universiti. Nasib baik rajuk Nubhan itu tidak berpanjangan. Jika tidak haru jadinya.
"Abang akan tinggal di rumah ni nanti Stacy" ujar Puan Agnes sebaik sahaja melihat Stacy mula termenung. Ingatkan buah hatinya la tu getus hatinya.
"ye ke? wahh.. orang nak pergi sambung belajar baru la nak duduk sini. apa la abang tu" balas Stacy tidak puas hati.
"Dia tak nak mummy tinggal seorang nanti bila kamu pergi belajar nanti"balas Puan Agnes.
"owh.. hehehe.. stacy tak marah pun". dia bingkas bangun. Mencium pipi mummynya dan naik kebilik. Malam ni dia sudah berjanji akan membuat 'video call' bersama nubhan.Esok nubhan akan menghadapi peperiksaan. jadi lama juga dia tidak akan dapat berhubung dengan kekasihnya itu.
"naik dulu mummy. ada meeting"ujar Stacy sambil tersengih nakal.
"meeting apa malam-malam ni?" balas Puan agnes mengusik anaknya.
"jangan lama-lama ye. nanti mengganggu belajar si Nubhan tu pula." Puan agnes mengingatkan anknya itu. Bimbang pula nanti nubhan berasa terganggu dengan anaknya itu . tambahan pula Nubhan akan menduduki peperiksaannya nanti.
"okay. Nubhan pun dah bagi tau tadi sekejap je. tak boleh lama-lama"balas Stacy jujur. Dia pantas memanjat tangga. Kalau terlambat karang satu hal lagi dia terpaksa memujuk Nubhan yang suka sangat merajuk-rajuk manja dengannya.

No comments: