Tuesday, December 22, 2009

Ada Cinta-Part 20

2 tahun berlalu...
Nubhan tersenyum gembira. hatinya melonjak-lonjak sebaik sahaja kakiknya melangkah keluar dari KLIA.Kepulangannya tiada siapa yang tahu. dia sengaja merahsiakannya untuk memberi kejutan kepada keluarganya. Hatinya juga meronta-ronta untuk bertemu dengan gadis kesayangannya, Stacy.
********************************************************************************
"Stacy.. appointment dengan 'client' pukul berapa?"tanya Adam kepada Stacy. Adam merupakan pengarah di salah satu cawangan syarikat keluarganya. Stacy pula penolong pengarah. Abangnya tidak mahu terus duduk selesa di sayrikat milik mereka. Dia mahu Stacy belajar dari bawah sepertinya sewaktu ketika dahulu.
"ermm .. pukul 2.30 petang encik Adam. Kita akan bertemu mereka di Hotel Vistana nanti" balas Stacy. Dia kini bukan lagi remaja nakal dan comel seperti dua tahun dahulu. Dia kini lebih matang dan cantik. Sejak bekerja dengan abangnya banyak yang dipelajarinya. Abangnya tidak mahu imej remaja nakal yang dimiliki stacy di bawa masuk ke dalam syarikat mereka. Stacy perlu lebih serius dan matang. Namun perangai nakal dan gila-gila Stacy masih tidak berubah. Kadang kala abangnya pening kepala untuk melayan karenah adinya itu. Jika Nadia bersama-sama merka keadaan akan bertambah kecoh. Akibatnya Ted akan menjadi mangsa gurauan dua sahabat itu.
Nadia pula kini sibuk dengan perniagaan popia ibu dan abahnya. Dia juga telah meluaskan perniagaannya dengan membuka beberapa cawangan restoran di sekitar KL. Popia segera keluaran syarikat Nadia dan keluarganya juga semakin mendapat sambutan.
walaupaun kedua-dua sahabat baik ini bekerja di tempat berasingan, masing-masing masih lagi meluangkan masa bersama-sama dan kadang kala ditemani oleh Eddie yang kini menjadi tunang Nadia. Mereka bertunang sebaik sahaja Nadia selesai belajar UUM manakala Eddie di UM. Pada mulanya Nadia menolak untuk bertunang kerana abangnya sendiri masih belum mempunyai ikatan apa-apa dengan Stacy. Tapi selepas berbincang dengan keluarganya da Eddie akhirnya Nadia bersetuju. Nubhan juga memberi sokongan kepada adiknya itu.
********************************************************************************

"Assalamualaikum"ujar Nubhan sambil tersenyum sebaik sahaja sampai di rumahnya tengah hari itu. nadia yang kebetulan berada di rumah bagaikan tidak percaya melihat abangnya sudah berada di hadapan rumah mereka. Dia bingkas bangun dan berlari memeluk abangnya. Rindu.
"Oi.. macam tak jumpa 88 tahun"ujar Nubhan sambil ketawa mengusik adiknya.
"huh.. orang rindu la.. Ni baru adik. kalau orang ituuu"nadia sengaja membahasakan Stacy sebagai orang itu sambil tersenyum nakal memandang abangnya.
"ha.. kalau orang ituuu .. haruslaaa. aaa.. pe ek? balas Nubhan nakal.
"amboi... agak-agak la bnag.. kahwin pun belum dah fikir bukan-bukan. ni kalau ibu dengar ni habis abang.. heheheh.. ibuuuuuuuu!!!!
"woi adik!.. adik yang fikir benda lain. abang an maksudkan benda lain"balas nubhan pantas. takut juga adiknya itu memberitahu yang bukan-bukan kepada ibunya nanti.
" haa.. habis tu abang fikir apa?"tanya nadia sengaja menduga abangnya. Bibirnya masih tidak lepas dari senyuman nakal yang sengaja dibuat untuk mengusik abangnya itu.
"er.. aaa.. eh ibu"pantas Nubhan mendapatkan ibunya. dia berlalu meninggalkan Nadia yang ketawa dengan reaksinya tadi. hampeh punya adik marah hatinya.
"ek eleh.. dia yang fikir benda lain cakap aku"ketawa nadia sendirian. Dia turut menghampiri ibunya.
"Nubhan. kenapa balik tak bagi tau. boleh ibu pergi amik dekat airport nanti."jar ibunya sebaik nubhan meleraikan pelukannya.
"hehehe.. saje jer mak. nak buat 'suprise'"balas nubhan sambil tersenyum. matanya meliar mencari kelibat abahnya.
"abah mana bu?"
"abah keluar jumpa orang. Nak uruskan pasal syarikat. Tak lama lagi abah nak buka satu lagi cawangan restoran. tapi di Ipoh. Di KL ni kita dah ada 2 cawangan restoran"jelas Puan badariah. hatinya senang melihat kepulangan Nubhan.
Nubhan mengangguk faham. Dia kurang arif tentang perniagaan. Ynag dia tahu keluarganya sudah membesarkan restoran dan membuka cawangan restoran baru di KL serta membuka bisnes sampingan iaitu menjual popia segera.

Nadia pantas menarik tangan abangnya sebaik sahaja ibunya berlalu ke dapur untuk menyiapkan air.
"bang An. Stacy tau ke abang balik ni? kalau dia tak tau biar Nadia call dia jap lagi"Ujar nadia pantas. Dia yalkin Stacy pasti gembira dengan kepulangan abangnya. Dia tahu selama 2 tahun ini abang dan rakan baiknya itu sekadar berhubung melalui internet sahaja. itu pun tidak selalu kerana masing-masing sibuk dengan pelajaran.
"eh.. x payah bagi tau.. abang nak buat 'suprise' dekat stacy tu nanti"balas nubhan sambil tersenyum. Tidak sabar rasanya ingin berjumpa dengan Stacy. kalau diikutka hatinya mahu sahaja dia teru ke rumah Stacy sebaik sahaja sampai di bumi Malaysia itu. Tapi ditahankan sahaja. Keluarganya diutamakan dahulu.
Nadia mengangguk faham. Dia bingkas bangun. dia harus kembali ke restoran semula. Banyak perkara harus diselesaikan.

No comments: