Saturday, December 26, 2009

Ada Cinta - Part 24

“Abang An.. ermm Stacy kasi ni”Ujar Nadia sambil menghulurkan rantai berbentuk hati. Dia teragak-agak untuk memberikan rantai tersebut kepada Nubhan. Dia tahu abangnya pasti kecewa. Namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Keputusan rakannya itu juga harus dihormati.
Nubhan memandang kearah rantai itu. Hatinya sayu. Salahnya juga kerana tidak mahu mendengar penjelasan daripada Stacy. Dia mengambil rantai tersebut daripada tangan Nadia.Stacy akan mengalung semula rantai itu janjinya. Dia harus meminta maaf daripada Stacy. Hati gadis itu harus dimenangi semula. Dia bingkas bangun.
“Abang. Tak payah la pergi cari dia. Dia tak ada kat KL lagi. Stacy dah pergi”ujar nadia sebaik sahaja abangnya berlalu ingin keluar. Nubhan mematikan langkahnya.Tidak mungkin stacy meninggalkannya. Hatinya merintih pilu.
*****************************************************************************************************
Stacy masih lagi duduk merenung laut di Surfer’s Paradise. Dia bersendirian di situ. Sebaik sahaja menyelesaikan tugasnya dia terus menghabiskan masanya di situ. Sudah dua tahun dia meninggalkan Malaysia. Namun dia tidak lupa bertanyakan khabar mummy dan abangnya. Nadia juga sering dihubunginya. Nadia ada juga memberitahunya pada mula-mula dia pergi dahulu Nubhan seperti orang hulang arah. Bukan niatnya untuk berbuat begitu. Namun hatinya yang luka perlukan masa untuk di ubati. Dia perlu bersendirian.
“So macam mana Stacy? Dapat tak kontrak untuk pasaran baju sejuk tu?” Tanya Ted sebaik sahaja Stacy menghubunginya.
“Sudah. Tekstil daripada bulu kambing biri-biri. Sesuai sangat untuk dijadikan ‘sweater’”balas Stacy.
“tak mahu pulang ke Malaysia lagi ke?”ujar ted tiba-tiba. Bukan tidak pernah memujuk adiknya itu. Tetapi adiknya sering memberi alasan untuk tidak pulang. Tahu hati adiknya itu masih terluka.
***********************************************************************************************************
"Abang nak pergi mana ni?”Tanya nadia sebaik sahaja melihat abangnya mengemas pakaiannya. Ibunya turut menolong abangnya berkemas.
“Abang nak pergi cari stacy dik.”Ujar nubhan sambil tersenyum. Ibunya juga tersenyum mendengar kata-kata nubhan. Terima kasih kepada Puan Agnes yang mahu member peluang kepada anaknya itu.
“Abang tahu ke dia kat mana”Tanya Nubhan. Tak kan abangnya tahu kot. Dia tidak pernah pula terlepas cakap rasanya.
“Ted bagi tahu abang tadi dan nadia tahu tak? Stacy dah memeluk agama Islam” ujarnya gembira. Dia berjanji dengan dirinya akan membawa stacy pulang. Itu janjinya kepada mummy stacy, ted dan ibu bapanya.
"Good luck abang!”balas nadia gembira. Dia turut berdoa agar abangnya Berjaya memujuk stacy pulang.

Nubhan tersenyum. hatinya gembira dengan berita yang disampaikan oleh Ted kepadanya 2 hari lepas. sebaik sahaja mendapat tahu berita mengenai stacy dia terus memohon cuti bagi menjejaki kekasihnya itu. bukan senang unutk meminta cuti daripada pihak hospital akhirnya dia memilih untuk bercuti tanpa gaji. demi stacy dia sanggup melakukan apa sahaja.dia perlu memujuk semula hati yang telah dilukainya itu.

No comments: