Thursday, December 17, 2009

Ada Cinta-Part 13

"nadia minggu depan ibu ingat kita semua balik kampung la"ujar ibu nadia ketika mereka sekeluarga sedang menonton TV di ruang tamu. Abah dan abangnya dari tadi menjadi pengritik terhadap cerita yang mereka tontoni itu sehinggakan ibunya naik rimas mendengarnya. Abah dan abangnya memang tidak boleh melihat cerekarama bersama. habis semua dikritiknya. Jika abangnya tiada, abahnya jarang mengkritik.
"haa... ok jugak tu. dah lama tak jumpa nenek."balas Nadia pantas. cuti panjang seperti ini memang harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. malahan ibunya pula yang memulakan cadangan itu. Jika sebelum ini masing-masing sibuk dengan pelajaran dan bisnes. tambahan pula abangnya sedang bercuti. pasti neneknya rindu dengan cucunya yang seorang itu.
"cantikla tu ibu. lagipun sekarang ni musim buah"ujar nubhan . topik perbualan ibu dan adiknya menarik minatnya. dia beralih tempat dan duduk di sebelah ibunya.
"eh abang An tau sekarang ni musim buah. panda-pandai jer" balas nadia. pelik. macam mana abangnya boleh tahu. Petang tadi Eddie juga ada memberitahunya dia ingin pulang ke kampung sebab musim buah. Nadia akur. Tak kan nak halang pula. mereka tiada apa-apa ikatan.
"ehem. eddie bagi tau"nubhan mengenyitkan mata kearah adiknya, mengusik. Ibunya tersenyum melihat telatah dua orang anaknya itu. nakal!
"siapa Eddie tu?" abahnya tiba-tiba bersuara. Encik Hasnan yang tadi menjadi pendengar kini mula tertarik apabila nama Eddie disebut.
Nadia dan Nubhan terkejut mendengar soalan dari abah mereka. Mereka saling berpandangan. Mati aku. kurang asam punya abang.hati nadia menjerit geram. Nubhan yang melihat wajah tosai adiknya hampir sahaja menaburkan ketawanya. Namun niatnya dimatikan.
"Eddie tu kawan nadia bah"balas nadia perlahan antara dengar dan tidak. dia takut untuk mengangkat wajahnya.
Encik hasnan tersenyum. Tiada niat untuk menghalang anak gadisnya itu berkawan. Nadia sudah besar. tahu membezakan baik dan buruk. Apa yang diinginkan hanyalah anaknya itu berjaya dalam pelajaran. dengan siapa dia ingin berkawan itu terserah. asalkan tidak menconteng arang ke muka keluarganya sudah.
"abah x kisah nadia nak berkawan dengan sesiapa pun .asalkan tahu jaga diri dan kelakuan"balas encik hasnan tenang. cuba menenangkan hati anaknya itu.
Nadia tersenyum. Abahnya memang sangat memahami dirinya. begitu juga ibunya. dia menarik nafas lega lalu memandang kearah Nubhan. Nubhan menjulingkan mata mengusik adiknya. Pantas nadia mendapat akal untuk mengenakan abangnya. Akal untuk membuatkan abangnya tersenyum gembira apabila di kampung nanti.
"ibu.. kalau ajak stacy boleh tak? dia tak pernah balik kampung. kampung pun tak ada. boleh la kita tunjuk cara hidup kampung kat dia"ujar Nadia sambil matanya memandang abangnya. Nadia tersenyum nakal. Padan muka kau! hati nadia menjerit puas.
Nubhan jatuh rahang sebaik nadia habis berkata-kata. Gila agaknya adiknya itu.macam mana la dia nak menghabiskan masa di kampung jika gadis kesayangannya itu ikut sekali. bukan tidak suka. masalahnya nanti jantungnya ini akan berdenyut secara tidak normal. Bakal doktor bila sudah angau, tiada ubatnya
Encik hasnan dan Puan badariah dapat menghidu rancangan nakal nadia itu mula tersenyum. Mula menjadi satu pasukan untuk mengenakan anak sulung mereka itu. Mereka tidak menghalang jika Nubhan dan Stacy ingin menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun mereka sedar kedua-duanya berlainan agama. namun mendengar penerimaan Mummy stacy terhadap anaknya itu, hati mereka lega. Agama bukan masalah. Puan Agnes tidak kisah jika Stacy ingin 'convert' menjadi muslim asalkan tidak membuang keluarga. Kedua-dua keluarga itu mengharapkan benda yang sama. itu hak stacy. Puan Agnes tidak pernah menghalang jika itu yang terbaik untuk anaknya. Penerimaan baik Puan Agnes disambut baik juga oleh Puan Badariah dan Encik Hasnan. mereka hanya merancang. Jika ada jodoh antara Nubhan dan Stacy kedua-dua pihak sudah memberi persetujuan.
"abah setuju sangat la tu. dia belum cuba lagi masakan kampung nenek kamu tu nadia"balas abahnya pantas.
"ibu pun setuju sangat tu. kejap lagi ibu telefon mummy stacy tanya boleh x stacy ikut"ibu nadia menyokong kata-kata suaminya.
Mata Nubhan terbeliak mendengar kata-kata ibu dan abahnya. Pakatan apa pula kali ini yang dilancarkan oleh ibu, abah dan adiknya itu. Nubhan resah sebaik melihat ibunya berlalu untuk menelefon Puan Agnes. Nak menghalang, dia pun suka jika stacy ikut mereka bercuti. kalau di halang alamat 2 minggu juga la dia tidak dapat menatap wajah gadis kesayangannya itu. Rindu !
**********************************************************************************************************
"stacy, ibu nadia ajak stacy bercuti di kampung mereka minggu hadapan. mahu ke?" puan agnes bertanya sekadar menguji anaknya. masakan anaknya menolak untuk bercuti di kampung. sedangkan itu yang sering dipinta oleh stacy apabila melihat rakan-rakan sekolahnya menghabiskan cuti mereka di kampung halaman masing-masing.
"erk? betul ke ni mummy?"stacy meminta kepastian mummynya. Nubhan ikut ke? hatinya berdetik.
"ya la.. nubhan pun ikut tau"ujar puan agnes mengusik anaknya. Ted disebelah ibunya ketawa besar sebaik melihat wajah stacy bertukar merah apabila nama nubhan disebut. mummy ni tau-tau jer jerit hatinya.
"amboi.. mestila stacy nak pergi. tapi bukan sebab nubhan ok.. tapi sebab stacy nak rasa macam mana duduk di kampung"balas stacy. geram melihat abangnya yang sakan mengetawakannya. abangnya pantang melihat dirinya begitu. pasti akan diketawakan. Lucy juga turut ketawa apabila melihat stacy mula menarik muka.
"kalau macam tu telefon la auntie yah tu mummy cakap stacy pergi. tapi nubhan x payah ikut"ujar ted yang masih lagi ketawa. suka hatinya melihat stacy yang seperti mahu membunuhnya itu.
"Tedd!! jaga kau"jerit Stacy. dia bingkas bangun mengejar abangnya itu. ted pula pantas melarikan dirinya.
**********************************************************************************************************
Stacy bersiap mengenakan jeans dan t-shirts. segala keperluan yang akan digunakannya sepanjang ber cuti di kampung Nadia sudah di siapkan. dia menanti kehadiran Nubhan yang akan mengambilnya di rumah dengan penuh kesabaran. Pagi-pagi lagi nadia sudah menelefonnya memberitahu Nubhan akan mengambilnya dirumah. Mereka akan bertolak ke kampung apabila semuanya sudah berkumpul.
"hye... dah ready?"sapa nubhan sebaik keluar dari kereta. Dia pantas membuka but kereta untuk menyimpan beg stacy. Puan Agnes pula muncul di muka pintu sebaik terdengar bunyi kereta di halaman rumahnya.
"dah nak bertolak ke?" Puan Agnes bertanya. Dia melihat Nubhan sudah menyimpan beg anaknya di dalam kereta.
"hye auntie.. dah nak bertolak dah ni. nak ambil ibu, abah dengan adik. lepas tu terus balik kampung" Nubhan membalas jujur.
Sepanjang Stacy di kampung Puan agnes akan tinggal di rumah anak lelakinya. Bukan apa. sekurangnya ada yang menemaninya sepanjang stacy pergi bercuti.
Nubhan bersalaman dengan Puan Agnes dan meminta diri. Mereka harus bertolak kerumahnya sekarang. Stacy menghampiri ibunya dan memeluk mummynya. Hatinya berat meninggalkan mummynya. Nasib baik ada abangnya jika tidak dia tidak akan pergi ke kampung nadia. walaupun mummmynya sihat namun hatinya risau jika terjadi perkara buruk sepanjang ketiadaannya nanti.

No comments: