Wednesday, December 16, 2009

Ada Cinta-Part 10

Nubhan tersenyum sendirian di atas buaian yang terletak di laman rumahnya. memang buaian itu sengaja diletakkan disitu untuk ahli kelurga mereka beristirehat di petang hari.Mindanya berputar teringatkan gelagat Stacy dan adiknya Nadia ketika mereka berempat pergi ke Berjaya Time Square untuk bermain permainan di taman tema yang ada didalamnya . Eddie turut mengikuti mereka. Paling tidak boleh dilupakan muka cuak Stacy ketika mereka semua teruja ingin menaiki Spinning Orbit. Stacy awal-awal lagi menarik diri daripada bermain permainan tersebut. Dia tidak memaksa malahan mengambil kesempatan untuk berdua dengan Stacy manakala Eddie dan Nadia pula memang dari awal lagi meminta untuk bermain permainan tersebut.Stacy masih malu-malu dengannya.
"urmm kenapa x nak main? penat-penat datang tak nak main pula"ujar nubhan memulakan bicara. Dia tidak mahu ada rasa janggal antara mereka. Dia cuba berbual mesra dengan Stacy walaupun gugup pada awalnya.
"erk.. Stacy memang takut naik spinning orbit ni. dulu dah pernah naik. pening sangat so sekarang ni memang stacy tak nak naik dah"balas Stacy jujur. Dia cuba bertenang sebaik mungkin.
"owh da pernah naik. dengan siapa boyfriend ek?"nubhan cuba serkap jarang. kalau dengan boyfriend melepas la kau nubhan.
"eh x de la.. dengan Nadia juga"balas stacy pantas. Bila masa pula aku ada boyfriend ni? hati Stacy berdetik.
Nubhan menarik nafas lega. Ada peluang,. dia tersenyum.
"emm nubhan.. eh abang An.. er.."Stacy keliru dengan panggilan yang sepatutnya dia gunakan untuk memanggil Nubhan. Abang An ke Nubhan ek?
"panggil Nubhan jer la.. nadia tu adik Nubhan so kena la panggil abang An. U ni err.. aa.. pe ek?"Nubhan cuba bergurau dengan stacy. berharap stacy menjawab teman wanita mungkin.
"stacy ni kawan la kan"stacy membalas pantas sambil tersenyum. senyuman yang membuat Nubhan terkedu sebentar. Ish minah ni nak goda aku la tu hikhik.. hati nubhan menjeri riang dengan senyuman yang dilemparkan oleh stacy tu.
*************************************************************
stacy masih lagi tidak dapat melelapkan matanya. pertemuan dia da nubhan petang tadi cukup indah baginya. Malahan mereka sempat bertukar nombor telefon. Nubhan juga sempat menggunakan handphone stacy untuk mengambil gambar mereka berdua. dia masih ingat akan kata-kata Nubhan. apabila Nubhan menelefonnya gambar mereka berdua akan kelaur di screen begitu juga sebaliknya. Gembiranya!
"oi.. x tidur lagi ke?"suara Ted mengejutkan stacy. Alamak Ted nampak ke aku senyum sorang-sorang tadi stacy berbisik sendiri. dia tersenyum menutup rasa malu yang melanda dirinya. kalau ketawa kang cakap kena rasuk pulak
"hehehe.. x mengantuk la Ted.. Adel dah tido ek?"balas stacy cuba berbasa basi. dia tidak nampak kelibat kakak iparnya mahupun Adel sejak dari pukul 10 tadi.
"stacy.. abang tengok stacy macam rapat jer dengan abang Nadia tu .. siapa nama dia tadi?"
alamak x dapat restu dari Ted ke ni? Cinta Terhalang ke? salah ke aku baru nak berkawan je dengan dia. jangan la macam tu ted rintih hati stacy.
"Nubhan"jawab stacy sepatah. Hatinya berdebar-debar menanti jawapan dari abangnya. Abangnya memang sentiasa mengambil serius apabila hubungannya melibatkan lelaki. Bukan menghalang tetapi langkah berjaga-jaga. Ted tak mahu adiknya kecewa.
"abang bukan apa. Tak menghalang pun. cuma nak ingatkan Nubhan tu lain daripada kita. Stacy fahamkan. Tapi andai ada jodoh antara kamu berdua kami x menghalang."balas ted tenang. faham perasaan adiknya. dia tiada niat untuk membuat adiknya sedih.
Stacy terkejut dengan penjelasan abangnya. sampai kesitu pula Ted dan mummy fikir. hurmm susahnya kalau dalam hati ada sesuatu rasa keluhnya.
"abang tak menghalang kalau suatu hari nanti stacy berkawawin dengan dia. Cuma abang harap jangan tinggalkan kami"Ted terus berkata-kata apabila melihat tiada reaksi daripada stacy.
"ted kenapa cakap macam tu. Stacy cuma ada Ted dengan mummy je dalam dunia ni. tak mungkin la stacy tinggalkan mummy dan Ted"balas stacy. dia lantas meluru kearah abangnya dan mereka berpelukan. Stacy bersyukur apabila keluarganya memahami perasaannya . walaupun dia tidak pernah terfikir lagi untuk berkahwin. dia masih muda. lagipun dia baru shaja mengenali nubhan. jadi tak mungkin sepantas itu dia kan menerima nubhan dalam hidupnya walaupun hatinya merindui jejaka itu.
Ted meleraikan pelukan dan mencium dahi adiknya dan berlalu menuju ke biliknya. dia sempat menjulingkan mata mengusik adiknya. Stacy sekadar ketawa melihat telatah abangnya.
****************************************************************
"tak guna! apa yang istimewanya mamat tu berbanding dirinya" akim melempiaskan amarahnya. sejak matanya terlihat ketawa mesra antara Nubhan dan Stacy di Berjaya Time Square tadi, dia menjadi tidak senang duduk.
Aril sekadar memerhati rakan baiknya itu. Dia semakin tidak faham dengan sikap rakannya. Dalam ramai-ramai gadis kenapa Stacy juga yang dikejarnya. Aril akui stacy memang cantik Tapi kalau dah hampir 88 kali kena reject dengan perempuan yang sama tak kan x ada rasa malu langsung. lebih baik berundur dan menerima pada yang sudi. Aishah!

No comments: