Wednesday, December 16, 2009

Ada Cinta-Part 11

Nadia bersiap-siap untuk pergi ke skatepark. Dia sudah berjanji dengan Eddie dan Stacy untuk berjumpa dengan mereka disana. dia bersiap memakai topi keledar dan menghidupkan enjin skuter kesayangannya bersedia untuk pergi.
"woo.... jap.. jap.. abang an ikut boleh. nak main basketball gak? pinta nubhan yang tiba-tiba melompat di depan skuter Nadia. Nasib baik Nadia pantas menekan brek. Jika tidak di hospital la jawabnya abangnya itu.
Nubhan tersengih melihat muka adiknya yang pucat akibat terkejut dengan aksi terjunannya tadi. Nubhan kalau join lompat jauh kat sekolah dulu 'confirm' juara. Nadia melihat abangnya yang memakai t-shirts dan short bersama sneakers Nikenya. gaya seperti orang mahu bermain basketball seperti yang dikatakan oleh abangnya tadi.
"nak buat apa ikut, stacy bukan ada pun kat sana"Nadia menguji abangnya.Nak pegi main basketball atau nak ber'dating' dengan Stacy sebenarnya. Nadia tahu kedua-dua mereka sudah bertukar-tukar nombor telefon. Namun dia tidak pasti sama ada abangnya sudah menelefon Stacy atau belum.
"ha? dia x ikut ker?" tiba-tiba nubhan menjerit. Terkejut dengan jawapan Nadia. melepas la nak jumpa Stacy hari ni. Dia sudah rindu untuk menatap wajah comel itu.
Nadia yang melihat abangnya yang dah menarik muka terus ketawa. Adoi.. abangnya sudah parah!
"woi.. suka hati jer tipu abang kan? dosa tau"ujar nubhan sambil tersenyum bahagia. Akhirnya dapat juga meluangkan masa dengan gadis kesayangannya itu.
**********************************************************************************************************
Stacy yang leka meluncur bersama-sama teman-temannya sementara menunggu ketibaan Nadia. Eddie pula sampai sahaja di court terus warm up dan bermain bersama Akim, Aril dan rakan mereka yang lain. Akim sekadar memandang Stacy yang asyik bermain tanpa menegurnya yang dari tadi memandang ke arah Stacy. "aku ni invisible ke apa"getus hati akim. Dia tidak akan berputus asa. Tidak sekali!
Nadia dan Nubhan berjalan ke arah skatepark seusai menyimpan skuter di tempat yang disediakan.mata Nadia meliar mencari kelibat Stacy. Nubhan pula hanya berlagak tenang. dia menuju ke gelanggang absketball. namun hatinya ingin berjumpa dengan Stacy dahulu. Dimanakah dikau gadisku bisik hatinya.
"Stacy !"jerit nadia. Nubhan terus melihat kearah yang dijeritkan oleh nadia itu.Stacy yang terkejut mendengar jeritan Nadia turut berpaling. Dia terus hilang imbangan sebaik melihat Nubhan turut berada di sebelah nadia.
"aaaa!.. adoi.. sakitnya"stacy menjerit sebaik badannya enak menjunam keatas jalan raya. Huh nubhan ni kalau nak pandang pun agak-agak la. kan dah jatuh. sakit pulak tu keluh stacy di dalam hati.
"ermm baik punya landing. atas jalan.. 'confirm' calar tangan tu"ujar Eddie sebaik mendengar jeritan Stacy. Dia bergegas keluar dari gelanggang mendapatkan Stacy yang masih terduduk di atas jalan raya diikuti oleh Akim dan Aril.
Nubhan bergegas mengangkat stacy yang terduduk akibat terjatuh tadi. Nadia pula terkejut dengan tindakan abangnya.
"eh nubh.. Stacy injured kat tangan la.. X payah la sampai angkat-angkat macam ni. kaki stacy okay jer ni" Stacy pantas bersuara sebaik Nubhan mendukungnya. malu pula dilihat oleh pengunjung-pengunjung skatepark itu.
Nadia dan Eddie tidak dapat menahan ketawa melihat reaksi muka Nubhan yang tercengang apabila mendengar kata-kata stacy.Nubhan pantas menurunkan Stacy dan berlagak seperti tiada apa-apa berlaku.
Akim merenung Nubhan dengan renungan yang tajam sekali. Geram dengan tindakan Nubhan yang mendukung Stacy. Bertambah geram apabila Stacy jatuh akibat melihat Nubhan sahaja. Tiada sebab lain !
**********************************************************************************************************
"sakit ker?"nubhan bersuara sebaik mereka berdua duduk di bawah pokok tempat Nadia, Eddie dan Stacy sering belajar bersama.
"macam mana boleh jatuh tadi?"nubhan terus meluahkan rasa risaunya. siapa tidak risau apabila melihat orang yang disayangi jatuh. Nasib baik la tak teruk.
"hurm stacy jatuh sebab nubhan la !" mahu sahaja stacy meluahkannya. namun kata-kata itu hanya tersekat dan tidak terluah olehnya. yang keluar dari mulut stacy ialah dia kehilangan imbangan. alasan yang sering digunakan apabila sudah terjatuh dari papan luncurnya itu. Alasan wajib!
"lain kali imbang badan tu betul-betul"ujar nubhan . x sanggup melihat gadis kesayangannya itu cedera. tangannya pantas meletakkan handyplus di luka stacy. Dia melihat wajah Stacy yang berkerut apabila dia melekapkan benda tersebut. Timbul rasa simpati di hatinya.
"sudah-sudah la tu. luka sikit tapi rawat macam dia kena potong tangan pulak"akim tiba-tiba muncul. hatinya panas melihat aksi Nubhan dan stacy.
beza antara Akim dan Nubhan. Nubhan lebih 'cool' dan 'softspoken"manakala Akim pula jenis sentiasa panas baran dan bongkak. walaupun akim ceria dan sering membuat lawak. tetapi perangainya yang dua itu membuatkan stacy menyampah dengannya.
"ada masalah ke? kitorang tak kacau kau. so x payah la nak menyibuk"nubhan membalas tenang. Tidak guna bergaduh dengan budak mentah seperti akim tu. Bengangnya x kemana. Malahan muka akim yang sengaja dibengiskan itu pun tidak sedikit pun menakutkan Nubhan.
Akim berang dengan jawapan tenang yang diberikan Nubhan. dia lantas mencabar Nubhan. Dua lawan dua. Tidak guna bertumbuk. Dia tahu abang Nadia itu handal bersilat. Silap hari bulan dia pula yang terlipat dikerjakan Nubhan. Lebih baik bermain basketball. dia handdal dalam permainan itu. Akim tersenyum bangga.
Nubhan tersenyum dan menerima pelawaan Akim. Akim tidak tahu sejarahnya. We'll see. Best man win katanya. Nubhan hanya mengikut rentak Akim yang sedang panas hatinya.
*********************************************************************************************************
Akim terduduk. dia kalah. kapten St Andrew tewas di tangan Nubhan. Akim dan Aril ketinggalan banyak mata di belakang Nubhan dan Eddie.
"ehem.. dik. abang nubhan tu kapten bola keranjang di universitinya kat aberdeen. Sah-sah la dia lagi banyak pengalaman dalam permainan ni."vince menjelaskan kepada akim yang bingung dengan kekalahan teruknya keatas Nubhan dan Eddie. Eddie yang mendengar kata-kata Vince pula kagum dengan permainan Nubhan sebentar tadi. Tidak pernah dia melihat orang bermain sepantas Nubhan.
Stacy dan Nadia pula tersenyum melihat reaksi akim yang seperti orang hilang arah. Akim bingkas bangun. dia terus berlalu dari situ. Dia malu. tambahan pula apabila teringat kata-katanya terhadap Nubhan sebelum permainan bermula tadi.
"Best Man WIN!"

No comments: