Friday, January 1, 2010

Seadanya Aku - Part 1

“kau serius ke nak serang ni Stacy? Aku takut la”ujar Nadia sebaik sahaja Stacy dan kumpulannya tiba di khemah pihak lawan mereka. Kumpulan mereka yang dianggotai oleh Stacy, Nadia, Aishah, Amylea, Ika dan Farah menuju kearah tapak perkhemahan kumpulan lelaki yang menyerang mereka semalam. Entah apa yang tidak kena tiba-tiba mereka diserang. Pantang sungguh Stacy apabila diserang tanpa sebab. Oleh sebab itu apabila ketua pelatih mereka membenarkan mereka keluar ke pekan tadi dia mengambil kesempatan untuk membeli beberapa alatan sebagai senjata membalas dendam. Belon dan warna air. Dia akan menyerang kumpulan musuhnya itu dengan menggunakan alatan tersebut.

Perkhemahan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibantu kelab kembara kebangsaan ini melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di serata Malaysia. Mereka adalah antara yang terpilih untuk menyertai ekpedisi ekstrem ini kerana cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Tambahan pula,melalui ekpedisi ini para pelajar dapat didedahkan kepada persekitaran di hutan,selain menanam sikap cintai flora dan fauna.

“Syhh.. nanti dorang dengar. Kalau kau takut kenapa ikut tadi?”balas Stacy. Langkahnya cukup berjaga-jaga. Bimbang juga pihak musuh akan menyedari kehadiran mereka. Rakan-rakannya yang lain sudah mengambil tempat masing-masing. Semuanya sudah bersedia dan menunggu arahan sahaja.

“Kau jangan main-main. Aku sayang dengan kau sebab tu aku ikut kau. Kau betul ke nak serang ni. Diorang tu student RMC tau. Setiap pergerakan musuh dorang pasti dah mahir”ujar nadia dalam keadaan bimbang. Dia tidak bersetuju dengan rancangan rakan baiknya itu yang sengaja menempah maut. Semalam,tempat perkhemahan mereka tiba-tiba diserang oleh sekumpulan pelajar RMC tanpa diketahui sebabnya. Ini menyebabkan mereka dimarahi teruk oleh Jeneral Ramli. Sudahlah disuruh membersihkan kawasan perkhemahan dan ter’miss’ makan malam kerana didenda,ditambah pula kekotoran yang dialami daripada serangan lumpur. Ini menyebabkan stacy bertambah marah dan nekad membalas serangan.

“Hehehehe. Aku peduli apa. Siapa suruh carik pasal dulu. Aku pantang betul dengan orang yang carik pasal dengan aku dulu. Lagipun aku tak kacau diorang pun.” Balas Stacy. Matanya meliar memerhati keadaan sekeliling. Hairan rasanya. Tiba-tiba persekitaran kawasan perkhemahan lelaki itu menjadi lengang dan hanya tinggal beberapa orang sahaja yang asyik berbual. Hatinya sudah berdengup kencang dan dapat merasakan bahawa bukan kumpulan mereka sahaja yang berada di situ.

Stacy memberikan isyarat kepada rakannya supaya berhati-hati melakukan pergerakan agar rancangan mereka tidak disedari dan mereka akan mudah mematahkan serangan pihak lawan. Ika dan Amylea yang sememangnya tidak setuju dengan rancangan ini hanya mengangguk faham kerana mereka dapat rasakan sebentar lagi sesuatu yang dahsyat akan berlaku.

“Ehem. Assalamualaikum cik adik. Nak serang kubu musuh ke?” ujar seseorang dari arah belakang Stacy dan Nadia. Mereka terus berpaling.

“Aku dah cakap. Matila kita macam ni.”bisik Nadia perlahan. Mereka berpaling. Matanya masih merenung kedua-dua orang lelaki yang berdiri tegak dihadapannya. Stacy pula masih kaku disebelahnya. Namun renungan mata Stacy terhadap salah seorang lelaki dihadapan mereka cukup tajam.

“wa.. waalikumsalam” Balas Stacy dan Nadia serentak. Kedua-duanya gugup. Macam mana pula mereka boleh ada kat belakang mereka berdua? Otak stacy ligat berfikir.

“korang nak serang khemah yang mana satu?”ujar Tengku Nubhan. Matanya masih lagi merenung Stacy. Dia tersenyum. Sengaja menyakitkan hati gadis dihadapannya itu. Comel juga. Kenapa dia tidak perasan semasa menyimbah mereka dengan lumpur semalam bisik hatinya.

“ha?”Stacy lantas tersedar. Dia memandang Nadia di sebelahnya yang sudah pucat lesi kerana ketakutan ditambah lagi dengan kesejukan hutan tempat mereka mengadakan perkhemahan.

“Serang!!” jerit Stacy tiba-tiba. Sepantas kilat tangannya melempar belon berisi air pelbagai warna ke muka Nubhan. Belon berisi air berwarna merah itu selamat terhempas di muka Nubhan. Itu merupakan belon air yang paling besar sekali dan sememangnya khas untuk Nubhan. Kemudian dia terus berlari mendapatkan rakan-rakannya yang lain. Dia terlupa tentang Nadia yang bersamanya tadi.

Tengku Nubhan pantas menjerit menyuruh ahli kumpulannya memberi serangan balas. Dia yang agak terkejut dengan tindakan drastic Stacy yang membaling belon air ke mukanya pantas bertindak. Dia dan kumpulannya menyerang dengan menggunakan tepung dan air. Rasakan. Jadi cekodok la korang malam ni ketawa Nubhan didalam hati. Matanya meliar mencari Stacy. Serangan balas harus diberi kepada gadis itu. Dan serangan itu haruslah daripada dirinya sendiri.

Pertempuran berlaku antara kumpulan Stacy dan Nubhan. Riuh rendah keadaan hutan di malam yang hening itu. Tiba-tiba..

“Woi!. Kalau korang nak member korang selamat. Letakkan belon-belon tu” teriak tengku Nubhan. Baju dan mukanya habis basah dengan belon yang berisi air pelbagai warna itu. Di sebelahnya rakan baikmerangkap sepupunya, tengku Riz memegang leher Nadia sambil tangannya pula memegang baldi berisi tepung dan air. Memang jadi cekodok la aku lepas ni getus hati Nadia.

“Dan kalau kamu semua tak nak kena rendam dalam air terjun malam-malam buta ini lebih baik beransur ke khemah masing-masing.”Ujar satu suara. Jeneral Ramli. Pelatih mereka yang bertindak sebagai ketua dalam ekspidisi di hutan tersebut. Habislah. Masing-masing berpaling kearah Jeneral Ramli yang tegak berdiri tidak jauh daripada kawasan pertempuran mereka. Akhirnya mereka beransur ke khemah mereka berhati-hati tanpa mengeluarkan suara . Riz pula melepaskan pegangannya ke atas nadia. “Saya minta maaf” bisiknya perlahan. Nadia sekadar mengangguk.

“semua boleh masuk khemah kecuali awak berdua!” jeritnya sambil jarinya ditunjukkan kearah Tengku Nubhan dan Stacy. Kedua-duanya berhenti melangkah dan berpaling.

“Aduh.. awak buta ke apa?”Jerit tengku Nubhan tiba-tiba. Tangannya pantas menggosok-gosok kepalanya yang berlaga dengan kepala Stacy tadi. Entah bila mereka beriringan dia pun tidak tahu.

“Awak tu yang buta. Yang awak pergi jalan sebelah saya tu buat apa?” balas Stacy. Pantas menolak tubuh Nubhan agar jauh darinya. Tengku Nubhan membalas dengan menolak tubuh Stacy semula. Perempuan ni memang nak kena ajar ni marah hatinya.

“Sudah! Cepat sini” jeneral Ramli semakin hilang sabar dengan perangai mereka. Semalam perang lumpur, hari ini pula perang belon air. Tak pasal-pasal dia juga terkena dengan serangan bertubi-tubi daripada sekumpulan pelajar perempuan sebentar tadi.

Tengku Nubhan dan Stacy melangkah pantas kearah Jeneral Ramli. Masing-masing tunduk. Tidak berani mengangkat muka. Gerun juga melihat renungan mata ketua mereka itu.

Dari dalam khemah pasukan lelaki sepasang mata merenung tajam kearah Nubhan. Dia tersenyum puas apabila melihat Nubhan didenda. Gadis itu juga. Mereka memang pantas dihukum. Sesiapa sahaja yang rapat dengan Nubhan adalah musuhnya. Hatinya tertawa senang.

No comments: