Tuesday, January 5, 2010

Seadanya Aku - Part 6

Lusa merupakan hari terakhir mereka di hutan. Esok masing-masing akan kembali ke sekolah mereka semula. Oleh yang demikian malam itu setiap kumpulan berkumpul dihadapan unggun api. Masing-masing menikmati hari-hari terakhir mereka di situ. Ada yang bertukar-tukar nombor telefon dan emel. Tengku Nubhan hanya memerhati ke arah rakan-rakannya yang sibuk bertukar-tukar alamat emel dan nombor telefon. Sesekali pandangannya dialihkan kearah Stacy yang duduk tidak jauh daripada tempatnya.

“Ehem.. tuanku tak nak mintak nombor telefon tuan puteri di sana ke?” usik Tengku Riz yang tiba-tiba sahaja menepuk belakangnya. Tengku Akim terus berpaling. Perbualan antara Riz dan Nubhan menarik perhatiannya. Pantas dia menghampiri dua orang pemuda yang duduk tidak jauh daripadanya.

“ha? Banyak la kau. Tak de maknanya aku nak amik nombor telefon dia. buang masa je” balas Nubhan. Akim yang duduk di sebelahnya mencebik. Buang masa konon. Cakap je la kau takut bonda tau bisik hatinya.

“kita ‘bet’ sape dapat nombor Stacy tu, orang yang kalah kena basuh baju kat asrama nanti. Amacam? Ada berani?” cabar Tengku Riz. Dia tahu Tengku Nubhan pantang dicabar. Tengku Akim disebelah mula tersenyum. Ini peluangnya untuk mendekati Stacy. Dia akan menjadikan Stacy senjata untuk menjatuhkan abang tirinya itu.

“Aku ‘join’. Riz?” Ujar Tengku Akim tiba-tiba. Dia tersenyum sinis kearah abangnya.

Nubhan mula tercabar. Bukan tidak tahu perangai adiknya yang suka bertukar-tukar teman wanita. Cuma dia tidak mungkin akan melepaskan Tengku Sharmila. Jodohnya dengan gadis itu sudah ditentukan oleh bondanya. Akim juga tidak membantah malahan bersetuju kerana status mereka sama. Kedua-duanya berketurunan raja. Tambahan pula Akim memang menyayangi Mila walaupun mereka berjauhan.

Tengku Riz memandang tengku Nubhan. Dia tahu Nubhan tak kan melepaskan Stacy ebgitu sahaja kepada Akim. Dia mengangkat keningnya sambil tersenyum. Mencabar Nubhan lagi.

“Ok aku ‘join’” ujar Tengku Nubhan malas. Dia tahu kalau Stacy mengetahui tentang pertaruhan mereka itu, pasti gadis itu melenting, dan yang paling teruk gadis itu pasti tidak akan mempedulikannya selepas ini. Dia mengeluh. Berharap stacy tidak tahu akan pertaruhan mereka itu.

********************************************************************************************************** “Malam esok kita akan adakan malam kebudayaan. So malam ni sesiapa yang nak menunjukkan bakat boleh la. Nak nyanyi, menari, nak berlakon ke.. apa-apa pun boleh.” Ujar Jeneral Ramli. Ia merupakan tradisi setiap kali ekspidisi. Malam kebudayaan sering diadakan sehari sebelum peserta-peserta pulang.

“Yeay!!! Best.. best..” sorakan para peserta kedengaran. Masing-masing mula merancang untuk mengadakan persembahan pada malam ini.

“Nubh kau nak nyanyi tak malam esok? Peluang ni” Ujar Tengku Riz sebaik sahaja Jeneral Ramli berlalu. Dia pantas memberi gitar kapoknya sambil tersenyum.

“Hurmm... aku memang nak nyanyi. Untuk....” Nubhan tersenyum sambil melirikkan matanya kearah Stacy yang sedang berbincang dengan rakan-rakannya.

Riz turut memandang kearah Stacy. Dia tersenyum. Matanya terus melirik kearah Nadia pula. Pergaduhan antara Nubhan dan Stacy telah merapatkan hubungan mereka. Dia sudah mendapatkan alamat emel nadia dan berjanji akan sentiasa berhubung. Nadia juga begitu.

“Bang, nak join tak malam esok? Akim nak join la. Nak nyanyi I’m Yours~. Untuk budak tu” ujar Tengku Akim sambil menunjukkan kearah Stacy. Dia sengaja menyakitkan hati abangnya. Malahan itu strateginya untuk merapatkan dirinya dengan gadis itu.

Tengku Nubhan dan Tengku Riz berpandangan. Nubhan mula geram dengan perangai adik tirinya yang tidak sudah-sudah mengganggunya. Ada sahaja yang membuatkan Akim tidak berpuas hati dengannya.

“Aku join. Suka hati kau la nak nyanyi untuk sesiapa. Aku tak kisah. Jangan sampai Mila tahu sudahlah. Aku takut jugak nanti tah apa yang dia akan buat kat Stacy tu. Dia tak bersalah. Kau kena ingat jugak bonda tentu tak suka kita rapat dengan dia. nak pulak kau.”ujar Nubhan selamba.

Akim mengetapkan giginya geram. Pantang perihal bondanya dikaitkan. Dia terus berlalu meninggalkan Nubhan dan Riz.

********************************************************************************************************* “Okay. Selamat datang ke malam Kebudayaan Kem Kembara!” ujar Jeneral Ramli. wajahnya tidak lagi bengis seperti selalu. Peserta-peserta kem bersorak sebaik sahaja mendengar kata-kata aluan daripada Jeneral ramli. Masing-masing berkumpul dihadapan unggun api sementara pserta yang bertugas menyediakan makanan pula sibuk membakar ikan dan ayam untuk disajikan pada malam itu.

“malam terakhir sebelum kita pulang ke sekolah semula. Jadikan mala mini malam yang penuh bermakna ok. Jadikan kenangan untuk kita semua” uajrnya lagi. para peserta bertepuk tangan. Mereka akan menjadikan malam itu malam yang penuh bermakna untuk mereka. Mereka sudah mempunyai ramai kawan baru dan pengalam baru sepanjang perkhemahan mereka itu.

“So guys are you ready?” ujar Cik Gen pula. Para peserta semakin giat bersorak . masing-masing melepaskan geram mereka pada malam itu dengan bergembira. Terutamanya Nubhan, Riz dan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM hujung tahun nanti.

“Yeah! We’re ready!”ujar mereka. Seorang demi seorang peserta mengambil tempat melakukan persembahan. Tidak kurang juga yang berlakon. Masing-masing tertawa dengan telatah rakan-rakan mereka. Stacy terlibat dengan penulisan skrip sahaja. Manakala Nadia pula membawakan watak utama. Lakonan daripada kumpulan Stacy dan Nadia antara yang mendapat sorakan dan tepukan gemuruh peserta kem.

“Okay sekarang giliran Tengku Akim. Silakan” ujar Cik Gen. Peserta-peserta mula bersorak, cuma kumpulan Stacy dan Nadia sahaja yang bersahaja. tidak faham dengan gelagat peserta-peserta perempuan yang seperti sudah hilang akal menjerit-jerit kearah Akim. Akim tersenyum bangga.

"Akim nyanyikan lagu ni khas untuk Stacy” Ujarnya dengan nada yang romantic. Dia tersenyum sambil menjeling ke arah Nubhan yang tidak senang duduk. Nubhan merenungnya tajam. Peserta perempuan mula mengeluh dan berbisik-bisik mengutuk. Akim yang nak nyanyi untuk Stacy, Stacy pula yang di kutuk. Nadia dan Amylea mengeluh.

Akim memulakan nyanyiannya. Sambil matanya dilirikkan kearah Stacy cuba menggoda. Stacy yang terkejut dengan kata-kata Akim tadi terus berlalu. Manakala Akim yang mula bangun dari tempat duduknya terus menghentikan nyanyiannya. Dia tercabar. Para peserta terkejut dengan tindakan Stacy yang terus berlalu terutamanya peserta-peserta perempuan yang menaruh hati terhadap Akim. Nadia dan Amylea pula sekadar tersenyum. Tahu Stacy memang tidak menggemari sikap Akim yang bongkak itu.

“erk? Okay.. okay ladies tenang semua. Maybe Stacy lapar kot.” Cik gen cuba meredakan keadaan. Stacy yang menyedari akan keadaan it terus datang semula sambil membawa pinggan berisi makanan. Dia duduk tanpa rasa bersalah. Nasib baik Cik Gen ‘cover’ bisik hatinya. Tengku Nubhan dan Tengku Riz hampir sahaja tertawa dengan gelagat selamba Stacy. Nubhan mula sedar Stacy tidak menyukai adik tirinya itu. Cayalah Stacy!

Akim menyanyikan lagu I’m Yours semula untuk Stacy. Stacy hanya tersenyum. Di dalam hatinya menyumpah-nyumpah tindakan Akim itu. Peserta-peserta perempuan pula tidak sudah-sudah menjeling kearah Stacy yang tidak menunjukkan riak apa-apa sepanjang persembahan Akim sehinggalah peserta lain pula mengambil tempat Akim.

“Peserta terakhir.. Nubhan” Ujar Cik Gen. Peserta dari sekolah RMC memberi sorakan kepada wakil tingkatan 5 daripada sekolah mereka itu. Nubhan mencapai gitar milik Tengku Riz.

“terimalah.. MORE THAN WORDS.” Tengku Nubhan mula memetik gitar.

Saying I love you
Is not the words I want to hear from you
It's not that I want you
Not to say, but if you only knew
How easy it would be to show me how you feel
More than words is all you have to do to make it real
Then you wouldn't have to say that you love me
Cos I'd already know

Nubhan melirikkan matanya kearah Stacy. Stacy yang sedar akan panahan mata Nubhan terkedu. jantungnya berdegup kencang.


What would you do if my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you

More than words

Now I've tried to talk to you and make you understand
All you have to do is close your eyes
And just reach out your hands and touch me
Hold me close don't ever let me go
More than words is all I ever needed you to show
Then you wouldn't have to say that you love me
Cos I'd already know

Stacy semakin tidak senang duduk. Dia mula menyedari Nubhan menyanyikan lagu tersebut untuknya. Jantungnya berdegup kencang. Nadia dan Amylea pula sekadar tersenyum. Mereka turut menyanyikan lagu tersebut bersama-sama peserta lain. Tiba-tiba boleh 'sing-along' plak diorang ni bisik hatinya.

What would you do if my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you

Nubhan mengenyitkan matanya kearah Stacy. Dia tersenyum. Wajah Stacy merona merah. Stacy bingkas bangun ingin beredar. Lapar?

************************************************************************************************************** “Nak nombor telefon boleh? Kalau tak boleh bagi emel pun tak pe” ujar Nubhan tiba-tiba sebaik sahaja para peserta mula beransur untuk makan. Dia terus duduk di sebelah Stacy. Nadia dan Amylea yang duduk di hadapan Stacy sedang makan terkejut dengan tindakan Nubhan yang tiba-tiba. Hampir sahaja dia tergelak apabila melihat muka Stacy yang terkejut diterjah musuhnya itu. Mereka bingkas bangun berlalu menuju ke khemah mereka. Memberi ruang untuk Nubhan.

“Ha?? .. eh korang nak pegi mana?” Stacy terkejut. Apa pasal pulak mamat ni? Gila ke apa nak nombor aku? Hatinya menjerit geram. Bertambah geram apabila melihat rakannya meninggalkannya bersama Nubhan.

“kitorang nak kemas beg. Esok pagi-pagi dah nak balik.” Balas Amylea terus berlalu. Sempat dia mengenyitkan matanya kepada Nubhan. Nubhan tersenyum. ‘sporting’ jugak member Stacy ni.

“Macam mana? Boleh tak nak nombor? Jangan la kedekut sangat” ujar Tengku Nubhan lagi.Dia kurang mahir dalam meng'ayat' wanita. Dia masih lagi memandang Stacy yang esperti tidak menyedari kehadirannya. Dia tahu Stacy sengaja.

“You don’t even say hi to me.” Ujar Stacy setelah lama berdiam. Geram apabila diterjah begitu sahaja. Dah la cakap aku kedekut!

“oh.. erk! Hi. So can I have your number?” Tengku Nubhan cuba berdiplomasi. Tidak guna berkeras dengan gadis itu. Pasti gadis itu akan melawannya semula. Dia cuba bertenang.

“Nak buat apa?” tanya Stacy. ragu-ragu dengan permintaan Nubhan. Mungkin mereka sudah berdamai, namun permintaan Nubhan yang tiba-tiba itu membuat hatinya diselebungi dengan seribu satu pertanyaan.

“Saja. Mana tau kucing kat rumah saya nak telefon awak. Tak pun kambing kat rumah nenek saya. Diorang memang suka nak berkenalan dengan awak” balas Tengku Nubhan. Banyak tanya pula. Bagi je la. Marah hatinya.

Stacy mula geram. Dia terus bangun meninggalkan Tengku Nubhan sendirian. Tak guna melayan lelaki yang cacat otak tu. Dia menuju ke arah sungai. Hendak masuk ke khemah tidak tahu pula apa yang hendak di lakukan. Bajunya sudah siap di kemas. Akhirnya dia berdiri di atas batu menghadap arah sungai.

Nubhan terkejut apabila ditinggalkan begitu sahaja oleh Stacy. Kasar sangat ke bahasa aku tadi? Tu la orang mintak tak nak bagi. Bisik hatinya. Tengku Riz yang duduk bersama Nadia di tepi unggun api hanya ketawa. Dia sudah mula rapat dengan Nadia. Seusai mengemas beg, Nadia dan Amylea terus menyertai Tengku Riz yang duduk dihadapan unggun api bersama rakan-rakan mereka yang lain. Tengku Akim pula mengawasi gerak geri abangnya. Siang tadi dia sudah meminta nombor Stacy, tapi tidak berjaya.

“Stacy!! tunggu. Okay saya salah.” Jerit Nubhan pantas mengejar Stacy. dia melompat dari satu batu ke batu lain untuk menuju kearah Stacy yang berdiri menghadap sungai. Kakinya mula melangkah kearah tempat Stacy berdiri. Namun dia tersalah langkah. Batu itu licin dan dia kehilangan imbangan. Dia cuba mencapai apa sahaja yang hampir dengannya.

“Nubhan!! Jangan tarik stacy.. Aaaa!!...”jerit Stacy. akhirnya kedua-duanya jatuh kedalam sungai.

“Stacy!” panggil Nubhan sebaik sahaj timbul dipermukaan. Dia menyelam kembali mencari stacy.

“Ha! Saya ingat awak dah lemas tadi” ujar Tengku Nubhan sebaik sahaja timbul di permukaan air. Stacy disebelahnya masih termengah-mengah. Air sungai yang sejuk itu menyesakkan dadanya.

“Gila ke apa tarik orang masuk sungai malam-malam ni?” marah Stacy. matanya merenung Nubhan tajam. Hatinya geram.

“Nubhan minta maaf. Hilang imbangan tadi. Tak tau nak berpaut kat mana tadi. Tau-tau dah pegang tangan awak. Saya minta maaf.” Balas Nubhan terus berlalu. Kecil hati dengan Stacy yang tidak memahami keadaanya sebentar tadi.

Stacy tercengang dengan jawapan Nubhan. Hatinya dipagut rasa bersalah. Dia menghampiri Nubhan.

“Ermm.. saya minta maaf sebab marah awak tadi. Tak apalah. Benda nak jadi.” Ujarnya perlahan. tengku Nubhan menganggukkan kepalanya.

“Sini saya tolong awak naik” Nubhan menghulurkan tangannya. Stacy menyambut huluran tangan Nubhan. Mata mereka bertentangan.

No comments: