Thursday, January 14, 2010

Seadanya Aku - Part 14

“So hari ni plan nak apa?” Sultan Adlin membuang pandangan keluar hotel. Pemandangan kota Kuala Lumpur menjadi santapan matanya. Ibu kota itu membangun dengan pesat. Dia memandang kearah Tengku Nubhan yang sedang leka bermain PSP. Tengku Nubhan mengalihkan pandangannya. Menatap mata ayahandanya. Dia tersenyum.

“Hari ni tak ada ke mana. Lagipun baru sampai so tak plan apa-apa pun.” Balas Tengku Nubhan jujur. Dia bangun menghampiri ayahandanya

“Kalau ada apa-apa urusan baik segera dilaksanakan. Ayah tak mahu nanti bila dah sambung belajar kamu hilang focus.” Ujar Sultan Adlin penuh makna. Tengku Nubhan berpaling memandang Sultan Adlin. Apa maksud ayahandanya itu? Otaknya ligat berfikir. Akhirnya dia tersenyum.

“Nubhan akan jumpa dia juga ayah. Sebelum kita balik ke Inderapura.” Tengku Nubhan tersenyum. Ayahandanya merestui jika dia menjalinkan hubungan dengan gadis itu. hatinya bersorak girang. Ada rasa cinta dihatinya.

*********************************************************************************************************** Tengku Riz bingkas bangun sebaik sahaja mendapat panggilan telefon daripada Kuala Lumpur. Tengku Nubhan akan berjumpa dengan Stacy hari ini. Dating ke? Dia mundar mandir. Patutla kau nak balik lambat. Lain kali bagi la tahu dulu, boleh aku join. Argghh! Hati Tengku Riz menjerit geram. sepupunya itu suka membuat rancangan tanpa pengetahuannya.

2.00 P.M Kuala Lumpur

Berjaya Time Square.

“Mana Stacy ni? Janji nak jumpa pukul 2.00. Hurmm. Tak nak jumpa aku ke?” Tengku Nubhan mula ragu-ragu. Semalam semasa dia mengajak Stacy keluar macam-macam alasan yang diberikan oleh gadis itu. Namun akhirnya gadis itu bersetuju juga setelah didesak beberapa kali.

Stacy masih berdiri kaku disebelah papanya yang berkeras mahu mengikutnya. Kadang kala dia kurang faham dengan perangai papanya itu. matanya difokuskan kearah Tengku Nubhan yang keresahan menantinya. Nak pergi ke tak? Dia mula berbelah bagi. Dilirikkan matanya kearah Papanya yang teruja. Apsal la papa aku ni? Dia merengus geram.

“Pa, hantar Stacy sampai sini k. Bye” Stacy mula melangkah pergi. Berharap papanya melepaskannya. Sikap Encik Mizal yang control freak secara tiba-tiba itu merimaskannya. Entah bila masa jadi control freak dia pun tidak tahu.

“No, no, no. Biar papa jumpa dulu.”Tangan Stacy pantas dicapainya. Geli hatinya melihat muka anaknya yang mula mencuka.

“Argghh.. papa ni. Balik nanti Stacy bagi tau mama.” Stacy pantas berjalan menuju kearah Nubhan. Sentap dengan sikap papanya itu.

Encik Mizal tersengih. Dia menurut langkah anaknya itu. sekali sekala mengusik anaknya itu. tambahan pula isterinya turut memberi sokongan kepadanya.

Tengku Nubhan tersenyum kearah Stacy ytang menghampirinya. Namun senyumannya bertukar sebaik sahaja melihat seorang lelaki mengekori Stacy. wajah Stacy yang agak muram itu dipandangnya. Kenapa pulak lelaki ni ikut Stacy? dia berjalan menghampiri lelaki itu.

Apsal pula Nubhan macam marah ni? Tak kan la. Stacy menoleh sebaik sahaja Nubhan berjalan menuju kearah seseorang di belakangnya. Papa!

“Hoi! Kau kenapa ikut-ikut dia?” Tengku Nubhan pantas memegang kolar baju Encik Mizal. Matanya merenung tajam kearah Encik Mizal yang memandang Stacy dengan seribu satu persoalan. Beberapa pasang mata memandang kearah mereka berbisik-bisik sesama sendiri.

“Nak.. pak cik ni” Encik Mizal mula bersuara untuk menjelaskan keadaan sebenar.

“Ahh!! Kau cakap kenapa kau ikut dia? cakap cepat!” tengku Nubhan mula berang.

“Anak ni siapa kepada dia nak tanya macam tu kat pak cik?” Encik Mizal mula meyoal. Ingin tahu juga itukah Nubhan yang menghubungi anaknya tempoh hari. Pemuda itu bersikap mengambil berat dan protective.

“Pak cik nak tau siapa saya? Saya ni boy...” Tengku Nubhan tidak menghabiskan kata-katanya apabila Stacy menghampirinya dan...

“Awak, dia papa saya la” bisik Stacy. dia memandang Tengku Nubhan yang terkejut bagaikan terkena kejutan elektrik. Tangan Nubhan pantas melepaskan pegangannya terhadap Encik Mizal. Dia tersenyum serba salah. Kepalanya yang tidak gatal digarunya. Stacy yang berdiri di sebelahnya dipandang. Gadis itu seperti mahu ketawa. Habislah!

Encik Mizal membetulkan bajunya. Mukanya di seriuskan. Dia melangkah keluar. Sengaja ingin melihat tindak balas Tengku Nubhan.

Tengku Nubhan memerhati langkah Encik Mizal yang mula menapak keluar dari Berjaya Time Square. Wajah Stacy di jeling sekilas. Akhirnya dia mengejar Encik Mizal yang mula menghampiri pintu keluar. Rasa bersalah menyelubunginya.Stacy yang berdiri tidak jauh darinya turut mengikut langkahnya.

“Er.. pak cik.. Saya minta maaf pak cik. Saya tak tahu. Saya main terjah je tadi” Tengku Nubhan menundukkan kepalanya. Segan pula menatap wajah Encik Mizal. Stacy yang mendengar kata-kata Tengku Nubhan terkejut. Aik? Ok pulak mamat ni. Selalu kerek je. Hatinya berdetik.

“Tak apalah. Tak sangka pula awak menjaga anak pak cik sampai macam tu sekali.” Balas Encik Mizal tenang. Dia tersenyum kearah Tengku Nubhan. senang melihat sikap pemuda itu yang mengakui kesalahannya.

Stacy menarik nafas lega. Begitu juga Tengku Nubhan.

“Tak adalah pak cik. Saya nampak Stacy macam terganggu je bila pak cik ikut dia tadi. Sebab tu saya ingat pak cik cuba nak ganggu dia.” dia berjalan menghampiri Encik Mizal. Mereka bersalaman. Stacy turut menghampiri papanya itu.

“Dia tak kasi pak cik ikut. Tu yang muka macam platypus tu” ketawa Encik mizal pecah bersama Tengku Nubhan. Platypus? Apada papa ni. Memalukan betul. Stacy menjeling Nubhan geram. ketawa Nubhan mati di situ. Encik Mizal akhirnya meminta diri untuk pulang meninggalkan Stacy dan Nubhan berdua di situ. Pandai-pandai la settle sendiri Nubhan bisik hatinya.

"Ermm.. nak pegi mana dulu ni” Tengku Nubhan memulakan bicara. Wajah Stacy ditatapnya. Masih marah.

“nak pegi carik habitat yang sesuai untuk platypus. Jom!” Stacy ketawa.

Tengku Nubhan menurut Stacy yang sudah kembali ceria. Tanpa dia sedari gelagatnya diperhatikan seseorang yang mengekorinya sejak dia menjejakkan kakinya ke Berjaya Time Square. Perihal Tengku Nubhan akan di laporkan. Gadis yang bersama Tengku Nubhan tu juga akan dilaporkan kepada permaisurinya. Gadis itu perlu dijauhkan dari putera raja itu. Jika perlu ia harus dihapuskan! Panglima Aris tersenyum sendiri.

No comments: