Wednesday, January 27, 2010

Seadanya Aku- Part 19

Hampir sebulan Tengku Nubhan dan Tengku RIz menetap di Stanford. Sepanjang tempoh sebulan itu jugalah YM menjadi alat unutk Tengku Nubhan berhubung dengan gadis kesayangannya, Stacy. Hampir setiap hari mereka ber’chatting’. Perbezaan masa bukanlah masalah bagi mereka. Setiap malam Tengku Nubhan tidak pernah sunyi dengan gelak tawa. Ada sahaja yang menjadi topic perbualan mereka yang mencuit hatinya. Jika rindu unutk menatap wajah gadis itu pasti dia akan menghubungi gadis itu melalui ‘video call’. Hari-harinya dilalui dengan indah sekali meskipun berjauhan.

**************************************************************************************************************

“Oi.. bila nak tido ha? Online jer keje kau. Kalau sultan tahu. Murka baginda nanti.. hahahahah” Tengku Riz melangkah masuk ke dalam bilik Tengku NUbhan. Apartmen yang didiami mereka merupakan apartmen yang dibeli oleh Sultan Adlin untuk Tengu Dafi ketika sepupunya itu belajar di Stanford University. Kata ayahandanya sesiapan sahaja dalam kelangan ahli keluarganya yang melanjutkan pelajaran ke Stanford boleh mendiami rumah tersebut.

“Amboi sedap kau mengata aku. Confirm kau pun sama kan tadi? Tapi sebab cik adik kau tu dah tido kau kacau aku pulak.” Tengku Nubhan memerli Tengku Riz yang tersengih memandangnya.

“Ye la dah pukul berapa dah ni. Masa kita tak sama ngan diorang bro. kau kena faham tu. Kalau rindu sangat pun, kesian la kat Stacy tu. Kena mengadap skrin laptop dia lama-lama. Lebam mata dia tu nanti. Tak comel dah” Tengku RIz ketawa sebaik sahaja sebiji bantal melayang mengenai kepalanya. Tahu pula marah. Tapi berchatting tak ingat dunia.

“Banyak la kau. Nak ajak aku keluar la tu. Kejap.” Akhirnya Tengku Nubhan beralah.

************************************************************************************

“Bonda, minggu depan sekolah bermula. Bonda masih lagi tak buat apa-apa. Sebenarnya, apa rancangan bonda?” Tengku Akim duduk disisi bondanta. Sejak Tengku NUbhan berangkat ke Stanford, tidak pernah sekalipun dia melihat bondanya melaksanakan rancangan yang di susunnya. Entah apa rancangan bondanya dia pun tidak tahu. Tapi yang pasti bondanya akan menghapuskan Sultan Adlin.

“Sabar sayang. Belum masanya lagi. Selagi dia belum membuat wasiat yang baru, bonda tidak akan bertindak.” Permaisuri Tiara menatap wajah puteranya itu.

“Hurmm.. kalau tunggu dia buat wasiat entah bila bonda. Baik bonda tanya terus. Tak pun bonda upah jer orang untuk ubah wasiat tu. Lepas dah tukar, bonda hapuskan dia.” Ujar Tengku Akim. Kata-kata yang keluar dari mulut pemuda berumur 17 tahun itu benar-benar membuat hati Permaisuri Tiara kembang. Bangga dengan puteranya itu.

“Jangan gopoh Akim. Biar bonda uruskan. Apa yang penting, bonda akan pastikan putera bonda yang satu ini akan duduk di atas takhta Inderapura. Itu janji bonda” Balas Permaisuri Tiara lembut.

Tengku Akim tersenyum puas. Janji bondanya akan sentiasa tersemat difikirannya. Hatinya kini penuh dendam terhadap Sultan Adlin dan juga Tengku Nubhan. Dia bangkit dari duduknya dan melangkah keluar. Tanpa dia sedari ada mata memerhatinya.

**************************************************************************************************

“Aku tak sangka Permaisuri sanggup buat rancangan untuk hapuskan sultan, Toi. Tak kan la masih berdendam dengan kematian suaminya dulu. Tak kanla dia tak sedar yang suami dia bersalah. Dia patut bersyukur sebab sultan sanggup terima dia sebagai isteri dan menjaga puteranya itu denganbaik. Memang dasar perempuan tak kenang budi!” Panglima Fazley meluahkan rasa tidak puas hatinya. Hatinya benar-benar tebakar sebaik sahaja mendengar ketidaksetiaan Permaisurinya itu terhadap baginda sultan. Tidak mungkin dia akan mengadu kepada Panglima Aris yang ternyata rapat dengan Permaisuri Tiara.

“Kau pasti ke dengan apa yang kau dengar. Nanti jadi fitnah pula. Dia tu permaisuri. Kau tahu kan apa akibatnya kalau Permaisuri tahu tentang cerita ni. Aku bukan tak nak percaya. Tapi ye la. Sultan tu suami dia. Tak kan la sanggup nak buat macam tu.” Panglima TOi cuba membuat satu andaian lain. Dia tidak mahu serkap jarang dan terus percaya sahaja.

“Aku pun tak boleh nak paksa kau percaya. Tapi aku nasihatkan hati-hati. Kita kena pastikan keselamtan Sultan Adlin. Itu pesan Tengku Nubhan sebelum dia berangkat dahulu.” Panglima Fazley memberi kata putus

“Tu kau jangan risau. Kalau pasal tu aku akan pastikan Sultan Adlin selalu dalam keadaan selamat. Mandat yang diberi tak kan aku mungkiri. Hahahah. Bermadah pula. Berbakat jugak aku ni kan?” Panglima Toi memandang Panglima Fazley yang terpinga-pinga dengan kata-katanya sebentar tadi. Akhirnya ketawa mereka pecah bersama.

*******************************************************************************************************

“Aahhhh rindunya!” Stacy terus memnghempas dirinya keatas sofa.

“Rindu!” Jeritan Encik MIzal memranjatkan Stacy.

“Ohh kucing kau putus!!” Stacy tergolek jatuh dari sofa. Dia bingkas bangun berdiri mengahadap papanya dengan muka yang sengaja dimasamkan. Puan Sarimah menggelangkan kepalanya. Ada shaja yang hendak digaduhkan oleh dua beranak itu.

“Amboi.. melatah pulak sekarang. Apa lagi apek tu buat kat stacy?” Encik MIzal mebuat riak serius.

APEK?? Papa suda lebey ni. Hatinya mula geram dengan papanya yang sengaja menyakitkan hatinya.

“Pa apek tu ada nama. Nama dia Nubhan. Kalau tak reti, stacy ajar cara eja dia. N.U.B.H.A.N. Nubhan.” Sbalas Stacy sambil tersenyum. Manis hingga papanya mencebik.

“Ala. Siap eja. Padahal panggil budak tu apek jugak tadi.” Encik Mizal membuat muka seposen.

“Ha? Mana ada. Tak pernah tau. Pap jer yang panggil dia macam tu. Kan ma” Stacy memandang mamanya yangsudah duduk disisi papanya.

“Ye ke?” Puan Sarimah menadang Stacy dengan seribu satu persoalan.

“Mama..” Stacy mula merasakan kekalahan dipihaknya. Mamanya sudah bersekongkol dengan papanya pula. Sabar stacy sabar.

“mana ada stacy panggil dia apek” Stacy mempertahankan dirinya.

“Ha tu. Kan panggil Nubhan apek tu. Nanti papa bagi tau dia” Encik MIzal mula mengugut pula

“Eh pa. contoh la” Stacy kalut memberikan alasan kepada papanya. Takut juga papanya memberitahu Nubhan. Sejak akhir-akhir ini NUbhan agak rapat dengan papanya. Sudah bayak kali juga dia mendengar papanya berbual dengan NUbhan melalui YMnya yang sentiasa online.

“Tau takut. Hahahahah !” Encik Mizal tertawa. Kemenangan dipihaknya.

Stacy terus bangkit dari sofa. Geram melihat papanya yang tidak ubah seperti budak-budak. Namun dia bersyukur walupun sering dibuli oleh papanya itu, dia tidak pernah dikongkong malahan papanya sentiasa memberi semangat kepadanya. Gurauan-gurauan itulah yang merapatkan lagi hubungannnya dengan papa.

No comments: