Friday, January 22, 2010

Seadanya Aku- Part 18

“Dah siap packing nubh?” Sultan Adlin melangkah masuk ke bilik Tengku Nubhan. Sejak kepulangan anaknya dari Kuala Lumpur semalam anaknya itu kelihatan gembira dan ceria. Telefon bimbit juga tidak renggang dari tangannya. Pasti ada sesuatu yang menceriakan hari anaknya itu. Namun kegembiraan itu terhenti seketika apabila Tengku Lufya mula merengek-rengek ingin mengikut anaknya itu. Entah apa yang merasuk ke dalam fikiran Tengku Lufya dia pun tidak tahu. Tengku Nubhan bukannya pergi bercuti .

“Semuanya dah siap yah. Tinggal nak fly jer. Hahahah” Tengku NUbhan cuba menceriakan hatinya. Bukan tidak biasa berjauhan dengan ayahandanya itu. Cuma kali ini lebih jauh. Pasti dia akan jarang dapat pulang ke Inderapura.

“Sampai sana nanti focus kepada belajar. Ayah tak mahu kamu leka pula. Ayah tau kamu masih muda. Tapi Nubhan kena ingat akan tanggungjawab yang akan Nubhan pikul suatu hari nanti.” Sultan Adlin duduk di sisi anaknya itu.

“Nubhan tau yah. Ayah jangan risau. Tak mungkin la Nubhan nak hampakan ayah.” Tengku Nubhan memberi keyakinan kepada ayahandanya.

Ruangan kamar Tengku Nubhan menjadi sepi. Masing-masing melayan fikiran. Bukan tidak biasa berjauhan. Namun kali ini perasaan itu berbeza. Entah mengapa agak berat hati Tengku Nubhan untuk meninggalkan ayahandanya kali ini.

************************************************************************************************************

“Bonda. Budak manja tu nak pergi Stanford dah. Apa rancangan bonda?” Tengku Akim duduk di hadapan Permaisuri Tiara. Dia tahu bondanya tidak akn berdiam diri. Peluang sudah terbuka luas. Tengku Nubhan akan berjauhan daripada mereka semua. Panglima Aris pula sudah menyatakan taat setianya kepada bonda. Panglima Aris akan menggunakan pengaruhnya unutk menjatuhkan Sultan Adlin. Namun rancangan harus diatur dengan sebaik mungkin tanpa ada cacat cela yang akan memusnahkan harapan mereka kelak.

“Jangan terburu-buru Akim. Bonda tak mahu peluang itu hilang sebab sikap terburu-buru. Semuanya telah dirancang. Akim jangan risau” Permaisuri Tiara tersenyum sendiri. Memang dia tidak salah mendidik Akim. Anaknya itu tidak pernah membantah.

“Akim Cuma nak bonda dapat apa yang bonda idakan selama ini.” Ujar Tengku Akim. Riak mukanya bertukar menjadi agak sombong. Keyakinan yang tinggi yang sentiasa dalam dirinya kadang-kala merunsingkan bondanya. Kadang kala Tengku Akim akanbertindak melulu tanpa berfikir akan baik buruknya. Perkara itulah yang merunsingkan Permaisuri Tiara. Anaknya itu agak sukar dikawal dan ditafsir.

“Bonda tahu Akim tak akan hampakan bonda. Tapi tungglah. Akim focus kepada pelajaran dahulu. Lagipun Nubhan akan berjauhan dengan ayahandanya itu dalam jangka masa yang lama. Cuma akan pulang beberapa kali sahaja dalam setahun. Bonda akan jalankan rancangan bonda sepanjang ketiadaan dia. Bonda perlu pastikan Panglima Aris mendapat sokongan yang kuat dahulu. Kemudian barulah kita bertindak.kebanyakan tentera sudah berpaling tadah. Seperti yang bonda kata, dengan wang kita boleh buat apa sahaja. Kita boleh beli orang untuk mengikut telunjuk kita” Permaisuri Tiara berkata dengan penuh yakin. Perasaan dendam mula merasuknya.

************************************************************************************************************

“Take care kiddo” Sultan Adlin memeluk anak terunanya itu. Dia tertawa kecil. Sudah lama tidak memanggil puteranya itu ‘kiddo”. Tengku Akim mencebik. Menyampah pula melihat kemesraan anak beranak itu. Begitu juga Permaisuri Tiara yang memaniskan mukanya sejak tadi. Kalau diikutkan hatinya tidak ingin dia menghantar anak tirinya itu.

“Kiddo?? Hahahaha. Dah lama tak dengar. Rindu pula” Tengku Nubhan memeluk ayahandanya itu. Tengku Riz yang berdiri tidak jauh dari situ turut tertawa. Kiddo?? Tak sesuai betul bila usia dah meningkat. Ibu bapa Tengku RIz turut menghantar anaknya itu di Lapangan Terbang Inderapura.

“Belajar rajin lil prince” Bonda Tengku Riz pula bersuara. Tengku Linda berdiri di antara anaknya dan Tengku Nubhan. Lil Prince? Huh! Geli aku. Tengku AKim mula rimas.

“Amboi mama. Panggil NubhanLil Prince. Little ke?? Cam galaj dah tu” Tengku Riz menggiat sepupunya itu. Suasana suram bertukar ceria. Memang itu yang diharapkan oleh Tengku Riz dan Tengku NUbhan. Mereka tidak mahu pemergian mereka disusuli dengan air mata.

“Don’t tell me you’re jealous. Hahahahah” Tengku Nubhan mula mengusik Tengku Riz pula. Sultan Adlin tersenyum melihat telatah dua anak muda yang memang tidak sunyi dengan gelak tawa.

“Well cous. I bet he’s jealous.” Tengku Dafi mula menyertai Tengku Nubhan mengenakan Tengku RIz.

“Wey.. tak adil. Aku jer yang kena. I’m not jealous okay. Somehow I think he’s spoil by my mum.” Tengku RIz membela dirinya.

“Spoil? You mum? Baik kau fikir balik. Kalau mama kau manjakan aku dah lama aku sihat macam kau jugak. Kan ecah?” Tengku NUbhan berpaling memandang Aishah yang sepi sejak tadi. Mungkin moodnya terganggu. Masakan tidak seawall pagi sudah dijerkah oleh Tengku Akim. Entah di mana silapnya dia pun tidak pasti. Sejak Aisyah datang ke sitana tidak pernah sekali pun adik tirinya itu cuba berbaik dengan gadis itu. Ada sahaja silap Aisyah yang akan ditegurnya walaupun baginya itu perkara kecil.

“Ha?? Aah. Nubhan kecik jer. Riz macam err..” Aisyah memandang Tengku Riz yang mula geram. Tak pasal-pasal jadi bahan pula.

“Amboi.. kau tak padan dengan ketot!” Tengku Akim tiba-tiba bersuara. Renungan tajam dihadiahkan untuk Aisyah.

“Ketot? Wey hantu galah mulut tu jaga!”Aisyah mula geram. Selamba badak panggil aku ketot. Mamat ni memang dah lama hidup agaknya. Permaisuri Tiara agak trkejut apabila Aisyah menggelarkan puteranya hantu galah.

“Wah! Sedap kau panggil aku hantu galah. Tu la aku suruh makan calci-yum 3 lori sehari kau tak nak. Kalau kau makan lagi cepat kau tinggi.” Tengku Akim tidak mahu mengalah. Dia mula mara menghampiri Aisyah. Tengku Mila hanya memerhati. Tidak faham mengapa Akim begitu anti dengan Aisyah. Dia tidak menyalahkan Aisyah kerana Akim yang memulakannya.

“Yang kau panggil aku ketot kenapa? Suka hati la kalau aku tak nak makan. Kau sibuk kenapa?” Aisyah mula panas.

“Suka hati aku nak panggi kau ketot!” Akim merenung AIsyah. Dia kini berdiri betul-betul dihadapan Aisyah.

“Kau ni kenapa? Back-off!” Aisyah mula geram.

“Apsal? Kau takut aku cium kau?” Tengku Akim tersenyum sinis.

“Buat kalau berani!” Aisyah mencabar.

“Chupp!” Tengku AKim tersenyum banga. Memang pantang apabila dicabar terutamanya perempuan. Tengku Mila terkesima. Aisyah terkejut. Gila mamat ni. Hatinya semakin panas. Tengku Daf, Tengku NUbhan dan Tengku Riz turut terkejut. Ibu bapa mereka apatah lagi. Tengku Akim memang melampau! Sultan Adlin mengetap gigi geram. Permaisuri Tiara pula tersenyum sinis.

"Kau!” sebuah tumbukan hinggap di muka Tengku AKim. Sepakan tepat mengenai perutnya juga.

“Arrghh!” Lapangan Terbang itu sunyi seketika. Nasib baik adegan ciuman tadi tidak disedari sesiapa. Jeritan AIsyah dan AKim sebentar tadi benar-benar mengejutkan.

“Adik aku tu black belt tae kwan do. Dia tak bagi tau ke? By the way, you deserve it bro.” Tengku Dafi menolak tubuh Tengku AKim jatuh ke lantai. Geram juga melihat adiknya diperlakukan sebegitu oleh AKim. Panglima Aris pantas membantu Tengku AKim unutk bangkit.

“Sudahla. Kitorang nak bertolak ni. AKim behave. Jangan nak buat benda yang tak patut. Especially yang tadi tu” Tengku Nubhan merenung adik tirinya itu tajam. Kemudian berlalu unutk bersalaman dengan keluarganya yang lain. Diikuti Tengku RIz.

“Take care” Pesanan dari mama Tengku RIz yang terakhir sebelum mereka melangkah pergi.

No comments: