Monday, January 18, 2010

Seadanya Aku- Part 17

Awal pagi lagi Tengku Nubhan sudah memandu Toyota Caldinanya keluar. Sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada ayahandanya dia terus menempah tiket penerbangan ke Kuala Lumpur. Stacy perlu tahu tentang isi hatinya. Minggu hadapan dia akan terbang ke Stanford bersama Tengku Riz. Hatinya meronta-ronta inginmengetahui siapa sebenarnya yang bertakhta di hati gadis itu. Berita yang disampaikan oleh Akim benar-benar merunsingkannya. Keretanya dipandu lebih laju. Hatinya tidak sabar untuk bertemu dengan gadis comel itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama Tengku Riz terpapar di skrin telefon.

“kau kat mana? “ tanpa salam Tengku Riz terus menrjah Tengku Nubhan dengan soalan.

“Dalam kereta on the way ke airport. Kenapa?” Dia mula memerlahankan pemanduannya.

“Aku pun nak pegi KL jugak” Ujar Tengku RIz. Nada suaranya perlahan sekali.

“Hahahaha. Cakap la nak ikut. Kau drive datang airport. Aku tempah tiket.”Balas Tengku Nubhan selamba.

“Apsal kau nak tempah tiket?”Tengku Riz mula pelik. Nubhan ni tak tau atau lupa? Otaknya ligat berfikir.

“Apsal lak?”Tengku Nubhan mula pelik. Salah ke tempah tiket pergi KL? Tadi cakap nak ikut.

“Nubhan kan lagi senang kalau kita naik private jet bapak kau je. Lagi cepat sampai. Tak payah tunggu-tunggu” Tengku Riz mengeluh. Sejak bila pula sepupunya itu jadi seorang yang tidak alert.

“Ha?? Alamak! Betul la. Kan lagi senang kalau macam tu. Kau telefon pilot tu yer. Uruskan. Aku nak cancel tiket”Tengku Nubhan terus memutuskan talian.

************************************************************************************************************

“kau janji dengan Nadia dekat mana? Tak kan nak follow jugak?” Tengku Nubhan memandang Tengku RIz.

“Hurmmm. Ayahanda kau suruh ikut kau” balas Tengku RIz selamba. Sengaja menguji putera raja itu. Ternyata usikannya menjadi. Riak wajah Tengku Nubhan berubah. Tengku Riz tersenyum.

“La. Apsal lak dengan ayah aku ni?”

“hahahaha. Aku gurau je la. Tak kuasa aku nak ikut kau”

“Tadi masa kau keluar ada sesiapa tahu kau pergi mana?

“Tak ada. Tapi Panglima Aris ada Tanya. Tapi aku cakap aku nak keluar je.” Balas Tengku Riz jujur. Dia tahu pasti sepupunya itu tidak mahu sesiapa mengetahui akan pemergian mereka ke KL.

Tengku Nubhan senyap. Hatinya ragu-ragu dengan Panglima Aris yang sentiasa mengawasinya sejak akhir-akhir ini. Pantang dia hilang pasti lelaki itu mencarinya. Alasannya kerana diarahkan oleh ayahandanya. Akhirnya dia melelapkan matanya. Perjalanan ke KL bukannya lama tetapi dia tidak mahu terus memikirkan tentang perangai pelik Panglima Aris.

********************************************************************************************************** “Waa!! Kagum..kagum” Ujar Stacy tiba-tiba. Nadia yang duduk di sebelahnya terus berpaling. Apa benda yang kagum sangat tu? Dia memandang ke arah yang di pandang oleh Stacy. INDERAPURA AIR. Private jet ni. Nadia turut terpegun.

“Giler la. Orang kaya je boleh ada private jet cam tu.” Balas Nadia.

“Eh?? Itu bukan.. err NUBHAN?” Stacy berpaling memandang Nadia. Dia mula mengesyaki sesuatu. Dia yakin pandangannya tidak salah.

Nadia mula kaget. Tidak menyangka pula jet peribadi itu milik putera raja tersebut. Apsal la Riz tak roger-roger aku dulu cakap naik private jet. Aduhh!

“Aaaa??? Erk. Bukan la. Giler kea pa Nubhan nak naik jet macam tu.” Nadia cepat-cepat memberi alas an. Riak mukanya lebih yakin.

“Aku tau tu. Tapi tadi tu memang dia. Tak kan la aku tak kenal” Balas Stacy bersungguh-sungguh.

Nadia mula menggelabah mencari alasan yang lebih kukuh. Stacy yang menanti jawapan darinya mula dipandang. Apa aku nak jawab ni?

“Hey girls!” Sapa Tengku Nubhan mesra. Tengku Riz disebelahnya tersenyum memandang Nadia.

Nadia menarik nafas lega. Nasib baik la diorang ni cepat masuk. Penat aku nak cover keluh hatinya.

“Korang datang naik apa? Ada ke patut Stacy cakap korang datang naik benda tu” Nadia menunjukkan private jet milik Inderapura. Tengku Riz dan Tengku Nubhan terpempan. Automatic Tengku Nubhan berpaling memandang Stacy yang menanti jawapan daripadanya.

“Hahahahaha. Gila nak naik benda tu? Tak mampu nak beli” Ujar Tengku Riz spontan.

“Kan.. setakat basuh tayar dia mampu kot” Tambah Tengku NUbhan pula. Agak gugup apabila terpaksa menipu begitu.

Akhirnya Stacy mengangguk. Walaupun tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Dia dapat merasakan ada rahsia yang tidak diketahunya mengenai pemuda yang bernama Nubhan itu.

“Kita berpecah kat sini. Aku nak pergi Taman Tasik Titiwangsa dengan Nadia.” Akhirnya Tengku Riz bersuara. Dia memandang Tengku NUbhan yang masih berkira-kira tentang destinasi yang ingin ditujui.

“Okayla. Nanti aku telefon kau” Dia terus menarik tangan Stacy menuju kearah teksi yang setia menunggu penumpang.

*************************************************************************************************************** “Macam mana awak tau pasal tempat ni?” Stacy memandang Nubhan yang duduk tidak jauh darinya. Rooftop Wisma Lily menjadi tempat pertemuan mereka kali ini. Jika sebelum ini dia memilih tempat yang agak sesak dengan orang kini Nubhan memilih tempat yang hanya menempatkan dirinya dan NUbhan. Berdua. Sebuah meja terletak tidak jauh dari situ. Entah apa fugsinya dia tidak tahu. Mungkin rooftop tersebut memang selalu didatangi remaja yang ingin mencari ilham atau menenangkan jiwa.

“Owhh. Saya tahu dari kawan” Balas Nubhan selamba. Sudah lama dia melepak disitu. Sejak dia mengetahui tempat itu yang boleh dilihat daripada pejabat Inderapura Shipping Company. Dia bingkas bangun menghampiri Stacy yang asyik menikmati pemandangan Kuala Lumpur.

“Saya nak tanya awak sesuatu.” Tengku Nubhan melihat terus ke mata Stacy. Mata redup itu benar-benar mengetuk hatinya.

“Apa?” Stacy menjawab sepatah. Tidak betah apabila direnung oleh Nubhan. Pemuda itu benar-benar menjerat hatinya.

“Akim cakap Stacy dah ada..” Tengku NUbhan tidak meneruskan kata-katanya. Ada rasa kecewa di hatinya.

Stacy tersenyum . cemburukah lelaki itu? Pantas dia menarik muka Nubhan supaya menatapnya. Lelaki itu perlu tahu kebenarannya.

“Nubh. Nombor Akim pun Stacy tak ada macam mana Stacy nak bagi tau dia? Lagipun Stacy tak pernah pun bercakap dengan dia. Jangan dengar cakap orang.” Balas Stacy tenang.

Tengku Nubhan mengeluh. Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Stacy. Sepatutnya dia mnedengar dari Stacy. Bukannya daripada orang lain.

“Maafkan NUbhan.” Tengku Nubhan memandang Stacy. Senyuman manis Stacy menenangkan hatinya. Tangannya pantas mengeluarkan sebentuk cincin silver yang sama dengan cincin yang dipakainya. Dia meraih tangan Stacy dan disarungkan di jari manis milik gadis itu. Mata menreka bertembung.

“Janji jangan tanggalkan.”UJar Tengku Nubhan lembut. Romantic.

“Kita tunang ke ni?” tanya Stacy bingung. Dia mula gabra. Habislah kalau papa tau. Tangannya mula menarik cincin itu namun dihalang oleh Tengku Nubhan.

“Cincin ni supaya Stacy terus ingatkan Nubhan. Kita.er.. couple?”

“Ha?? Tapi tahun depan Stacy exam. Tak kan la nak bercinta pula” Ujar Stacy jujur. Dia benar-benar bingung.

“Hurmm. Nubhan janji tak kacau Stacy study. Lagipun minggu depan NUbhan nak bertolak ke Stanford. NUbhan cuma tak nak kehilangan Stacy” Tengku Nubhan membalas pantas.

Stacy terkesima. Betulkah apa yang didengarnya itu? Jujurkah lelaki itu menyayanginya.

“Bagi Nubhan peluang untuk menyayangi Stacy.” Ujar Tengku NUbhan seolah-olah mendengar kata-kata hati Stacy. Akhirnya gadis itu mengangguk dan tersenyum. Tengku Nubhan menarik nafas lega.

“Thank you my dear, and for that. Sudikah kiranya tuan puteri menjamu selera dengan beta?” Tengku NUbhan cuba bermadah hingga menyebabkan Stacy tertawa.

“Well for sure. But where’s our lunch?” Stacy melayan karenah Tengku Nubhan. Tangannya digenggam erat oleh Nubhan. Dia menurut langkah Tengku Nubhan yang memimpinnya kearah alas yang tersedia makanan. McD!

“Sweetnya. Macam piknik pula. Stacy ingat kita nak makan kat meja tu” Ujar Stacy menunjukkan kerah meja yang tidak jauh daripada mereka. Tengku Nubhan tersenyum.

“Stacy suka tak konsep ni? Kalu tak suka Nubhan angkat semua ni letak atas meja.” Tengku Nubhan cuba berdiplomasi. Bimbang juga ideanya untuk makan secara santai tidak diterima gadis itu.

“Hurmm.. stacy lagi suka santai macam ni” Bals Stacy jujur. Pantas menarik Nubhan untuk duduk disebelahnya.

Mereka menikmati McD yang dihantar melaui Mc delivery. Terima kasih kepada Riz yang sudi membantunya meng’order’ makanan tersebut. Stacy benar-benar teruja dengan temu janjinya bersama NUbhan. Cukup indah!

No comments: