Monday, January 4, 2010

Seadanya Aku - Part 5

“Ok.. tengok peta. Berapa jauh lagi?” ujar Tengku Nubhan tiba-tiba . Sejak tadi lagi dia sudah mengajar Stacy membaca peta. Seronok pula melihat Stacy yang teruja bertanya itu dan ini kepadanya. Dia juga dengan senang hati mengajar gadis itu.

“Ok bos. Ha! Jauhnya..” Jerit Stacy. Mukanya mencuka. Tadi Nubhan cakap dekat dah bisik hatinya.

“Ha? Terbalik la mak cik. Huh!” balas Tengku Nubhan. Hampir saja dia tergelak melihat muka Stacy yang mencuka itu. Sendiri salah nak marah orang pulak getus hatinya.

“Owh.. sori. Tak perasan. Stacy cakap lagi sekali la. Ha! Dekatnya” ujar Stacy sambil membetulkan petanya yang terbalik tadi. Senyuman terukir dibibirnya.

“Jom. Gerak!” jerit Tengku Nubhan teruja. Dia beriringan berjalan bersama Stacy menuju ke tempat kumpulan mereka berkumpul.

********************************************************************************************************* “Jeneral. Dah jauh kita jalan ni. Tapi jejak diorang kita tak nampak pun” ujar Tengku Riz. Dia sudah penat berjalan tanpa arah didalan hutan itu. Karang mereka pula yang sesat.

“Hurmmm.. memang dah jauh kita jalan. Tapi kita kena carik mereka juga. Mereka tanggungjawab saya. Terutamanya sepupu kamu tu. Nanti tak pasal-pasal saya kena saman pula.” Balas Jeneral Ramli. Bukan dia tidak tahu status Nubhan, Akim dan Riz itu. Cuma dia tidak mahu terlalu mengikut protokol. Jika terlalu formal tidak bermaknalah perkhemahan mereka itu. Tambahan pula mereka juga tidak kisah dilayan seperti itu, kecuali Tengku Akim yang agak cerewet dan bongkak. Ada sahaja yang tidak kena, mujurla ada abangnya Tengku Nubhan yang menegur perangainya yang mengada-ngada itu.

“Betul juga tu. Tapi Jeneral kalau kita berjalan tanpa arah macam ni nanti kita pula yang sesat. Apa kata Jeneral cuba tanya Cik Gen mana tahu diorang berdua tu dah balik ke tapak rehat kita tu” ujar Tengku Riz lagi. dia tahu Tengku Nubhan tidak mungkin berdiam diri apabila sudah tersesat. Pasti sepupunya itu akan cuba mencari jalan untuk pulang juga. Tambahan pula tengku Nubhan sudah biasa meredah hutan dan lasak orangnya. Maka hutan bukanlah masalah yang besar. Namun jika berita Tengku itu sesat sampai ke telinga bonda tirinya alamat malapetaka jadinya.

“Ok. Saya cuba sekarang. Lagipun betul juga apa awak cakap tu. Kita dah jauh berjalan, tapi jejak diorang pun kita tak jumpa” balas Jeneral Ramli. Dia lantas mengambil ‘walkie talkie’nya.

Tengku Akim pula sekadar memerhati. Tersenyum melihat wajah bimbang sepupunya itu. Pasti takut berita itu sampai ke telinga bondanya.

********************************************************************************************************* “Nadia!!!!!!!” jerit Stacy sebaik sahaja sampai ke tapak rehat kumpulan ekspidisi mereka. Cik Gen yang sedang bercakap dengan Jeneral Ramli melalui ‘walkie talkie’ terus berpaling sebaik sahaja mendengar suara orang menjerit di belakangnya.

Nadia terus meluru mendapatkan sahabatnya itu. Diikuti Marsha, Amylea, Farah, ika dan Aishah. Mereka berpelukan. Tengku Nubhan pula pantas mendapatkan rakan-rakannya. Dia mencari-cari Akim dan Riz.

“Woi mak cik orang suruh pegi carik kayu. Bukan buat kayu” ujar marsha sebaik sahaja meleraikan pelukannya.

“hehehehe.. kayu tak de kena la buat dulu.” Balas Stacy sambil tersengih-sengih.

Cik Gen terus mendapatkan Stacy dan Tengku Nubhan. Tangan mereka ditarik ke satu tempat yang agak jauh dari rakan-rakan mereka. Mukanya mencuka. Marah.

“Korang pegi mana ha? Semua orang risau tau tak? Orang suruh cari kayu bukan kira keluasan hutan” perli Cik Gen. Dia sudah memaklumkan kepada Jeneral Ramli mengenai kepulangan dua pelajar yang sering membuat kecoh sepanjang perkhemahan mereka itu. Sejak hari pertama lagi mereka sering sahaja mencipta kekecohan.

“Relax la Cik Gen. Kitorang memang pegi cari kayu. Tapi entah macam mana kitorang leka dan tau-tau kitorang dah jauh daripada tempat ni. Lepas tu mak cik ketot ni terbalik pulak baca peta so automatic kitorang bertambah jauh dari tempat ni. Nasib baik la ada hero yang hensem ni. Ha! Dapatla kitorang sampai ke sini dengan selamatnya. So terima kasih la untuk diri saya sendiri” terang Tengku Nubhan sambil tersenyum bangga. Stacy di sebelahnya pula sentap kerana digelar ketot! Kecik sangat ke dia berbanding Nubhan? Memang la Nubhan tinggi, tapi dia tak la pendek sangat kalau bergandingan dengan Nubhan ! jerit hatinya.

“banyak la u punya relax. Cuba bayangkan kalau..” Cik Gen tidak menghabiskan kata-katanya sebaik sahaja melihat jelingan Nubhan memberi amaran agar berdiam diri lantas pantas sahaja memotong kata-kata Cik Gen.

“Dah la.. yang penting kitorang selamat” Ujar Nubhan pantas. Nafasnya hampir terhenti sebaik sahaja Cik Gen ingin menyebut mengenai bonda tirinya. Dia tidak mahu gadis itu tahu mengenai latar belakangnya. Cukuplah Stacy tahu dia sebagai pengawal Akim. Dia tidak mahu mendekati wanita dengan status dirinya sebagai putera raja seperti yang sering dilakukan adiknya. Dia akui ramai wanita mendekatinya kerana dia merupakan pewaris takhta Inderapura. Namun dia ingin mencari wanita yang betul-betul ikhlas dan setia untuk dijadikan permaisuri Inderapura dan permaisuri dihatinya.

“Bayangkan apa Cik Gen?” tanya Stacy. Dia menyedari isyarat Nubhan terhadap wanita dihadapannya itu. Apa rahsia mereka?

“Bayangkan kitorang makan ikan bakar malam ni? Kalau korang sesat lagi sekarang ni alamatnya tak merasalah ikan bakar” ujar Cik Gen sambil tersenyum.

“Wah! Ikan bakar. Sodap tu. Jom makan! Acik dah lapar dah ni. Hehehehe” Nubhan memegang perutnya sambil tersenyum. Dia menuju kearah tempat makan. Namun dihalang oleh Cik Gen.

“Tunggu Jeneral dulu. Mana tahu dia nak kasi ‘nasihat’” Cik Gen mengenyitkan matanya. Jeneral pasti akan memberi kata dua mengenai kehilangan dua orang pelajar itu. Sekadar peringatan supaya jangan terlalu leka.

Nubhan dan Stacy mengeluh serentak. Ketawa Cik Gen pecah sebaik sahaja melihat muka hampa mereka.

********************************************************************************************************* “Nubh! Kau pegi mana ha? Buat orang risau je” marah Tengku Riz sebaik sahaja tiba di kawasan rehat kumpulan ekspidisi mereka. Mahu sahaja ditempeleng sepupunya itu.Tengku Akim turut serta menyertai Tengku Riz.

“Aah bang, kau pergi mana? Sesuka hati kau je nak jalan-jalan dalam hutan ni” tambah Tengku Akim. Panas hatinya melihat abang tirinya pulang tanpa ada sedikit kecederaan pun.

“dah.. dah jangan risau, aku ok je ni kan. Sesat jap sebab salah baca peta” ujar Nubhan tenang.

“Akim, kau jangan bagi tau bonda tau. Nanti bonda risau pula” ujar Nubhan lagi.

Tengku Akim mencebik. Tak ada maknyanya bondanya itu akan risau. Gembira lagi adalah. Masakan tidak jika abangnya itu hilang berkemungkinan besar dia yang akan mewarisi takhta ayahanda tirinya itu.

“Macam mana pulak baca peta pun terbalik? Bukan kau pakar ke? Setakat baca peta memang kerja senang kan? Tengku Riz hairan dengan jawapan daripada Tengku Nubhan. Tidak mungkin sepupunya itu membaca peta terbalik.

“Bukan aku yang pegang peta. Tapi budak tu” Tengku Nubhan menunjukkan kearah Stacy yang sedang berbual dengan rakan-rakannya. Tengku Akim memandang kearah yang ditunjukkan kearah budak yang ditunjukkan olah abangnya itu. Balik-balik budak tu marah hatinya.

“apsal kau bagi dia? bukan selalunya kau yang akan pegang map ke? Senang-senang pula kau suruh dia baca 'map'. Ada apa-apa ke” Tengku Riz tersenyum mengusik. Tengku Nubhan sekadar tersenyum. Jantungnya berdegup kencang sebaik sahaja mendengar kata-kata Riz. Ada cintakah dihatinya?

No comments: