Monday, January 18, 2010

Seadanya Aku- Part 15

“hurmm.. cuti ni awak buat apa?” Ujar Stacy sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di kerusi. Berjaya Time Square semakin dipenuhi oleh warga kota. Cuti sekolah. Ramai yang menagmbil peluang untuk berjalan-jalan bersama keluarga.

“Cuti sekejap je. Lepas tu sambung belajar balik” balas Nubhan sambil mulutnya mengunyah gula-gula kapas yang dibelinya tadi. Matanya pula di arahkan kepada orang ramai yang berlegar-legar di situ.

“Wah!. Guna result trial. Sambung belajar kat mana? Nak amik course apa?” Stacy mula berpaling menghadap Nubhan. Teruja dengan berita yang disampaikan oleh Nubhan. Baru habis SPM dah dapat offer pergi belajar.

“hurmm. Nubhan ingat nak lepak dengan Stacy lama sikit. Tapi..” Ujar Nubhan. Antara degar dan tidak. Wajah Stacy di sebelahnya dijeling. Dia dengar ke tak aku cakap?

“Haa? Ulang.” Stacy tersenyum nakal. Kalau nak cakap tu biar la jelas bisik hatinya. Tu pun nak cover

“Aaa.. err.. Nubhan sambung belajar kat Stanford University. Amik engineering” balas Nubhan pantas. Hatinya mengeluh apabila merasakan Stacy tidak mendengar kata-katanya tadi.

Stacy mengeluh dia bingkas bangun. Susah sangatkah untuk berterus terang. Dia Cuma mahu Nubhan jujur dengannya. Kalau nak luangkan lebih masa bersamanya dia tidak kisah. Tambahan pula dia senang sepanjang bersama pemuda itu. Nubhan tidak pernah cuba menyakitkan hatinya. Cuma kadang-kadang sifat pembulinya itu yang memang tidak boleh dielakan lagi.

Nubhan terkejut. Kecil hatikah gadis itu. Dia pantas mengejar Stacy yang semakin jauh meninggalkannya. Sebaik sahaja mendapatkan gadis itu Nubhan melemparkan senyuman namun dibalas dengan jelingan.

“Kalau boleh Nubhan nak lepak lama lagi kat KL dengan Stacy tapi tak boleh NUbhan kena balik. Lepas tu kena sambung belajar. Stacy study rajin-rajin tau next year. Lepas tu apply university yang sama dengan Nubhan. Okay?” nubhan cuba memujuk. Tidak betah apabila melihat gadis comel itu hanya berdiam diri sahaja.

Stacy tersenyum manis. Senang mendengar kata-kata Nubhan.tapi boleh ke aku masuk university Stamford tu? Hurmm

“Okay jom main nak? Stacy nak cuba DNA Mixxer tu. Jom!” Pantas tangan Nubhan ditarik.

Nubhan menggeleng-gelengkan kepalanya. Sifat keanak-anakkan Stacy benar-benar mencuit hatinya. Dia menurut langkah Stacy yang teruja untuk bermain itu.

Lepas satu permainan, mereka mencuba pula permainan lain. Bermula dengan DNA Mixxer kemudia mereka mencuba pula Ooort’s Express. Selepas itu Space Attack pula dan diakhiri dengan permainan Dizzy Izzy. Sebaik sahaja turu dari prmainan itu Stacy terus menuju ke tandas. Kepalanya mula pening selepas di pusing-pusing dan diterbalikkan oleh permainan-permainan di situ. Nubhan pula terus duduk cuba meredakan sakit kepalanya.

“Jom makan.” Ujar Stacy sebaik sahaja duduk di sebelah Nubhan. Tangannya mengambil air mineral yang dihulurkan oleh Nubhan. Sebelum ini jika pergi ke Berjaya Time Square dia tidak pernah bermain permainan sebanyak itu. Dia hanya mencuba satu dua permainan sahaja. Ini semua angkara NUbhan yang memaksanya sebentar tadi. Bukan sekali sahaja mereka mencuba permainan itu malahan hampir 3 kali bagi setiap permainan. Walaupun sudah menolak namun tetap dipaksa oleh pemuda itu. Mahu sahaja di sekeh kepala pemuda yang degil itu. Tidak pernah mahu mengalah!

**********************************************************************************************************

“Hai Mila.”Sapa Dafi sebaik sahaja melihat kelibat gadis kecil molek itu di taman. Gadis itu berseorangan. Tengku Dafi menghampiri Tengku Sharmila. Matanya melilau mencari Tengku Akim yang selalunya tidak pernah renggang daripada Tengku Sharmila. Dia tersenyum akhirnya.

Tengku Sharmila pantas berpaling apabila mendengar namanya dipanggil. Dafi! Apa dia buat kat sini. Hatinya berbisik sendiri. Pemuda itu tidak pernah berputus asa untuk menghampirinya. Bukan dia tidak mahu tetapi sejak awal lagi Permaisuri Tiara telah menjodohkannya dengan Tengku Akim walaupun hatinya tidak pasti tentang itu. Sayangkah dia pada Akim? Apa yang pasti dia lebih menyenangi Tengku Dafi yang berpawatakkan seperti Tengku Nubhan yang bersifat humble.

Mereka berpandangan. Ada rasa debar di dada Tengku Dafi. Rasa kadihnya terhadap gadis itu tidak pernah luntur. Tapi apakan daya, Permaisuri Tiara sudah mendahuluinya menjodohkan Tengku Akim dengan gadis yang mencuri hatinya itu.

“ermm.. so Dafi buat apa sekarang? Dah habis belajar kan?” Tengku Sharmila cuba berbasa-basi. Gugup apabila bertentangan mata dengan jejaka itu.

“Dah.. sekrang Dafi kerja dengan papa. Kat shipping company Inderapura.” Tengku Dafi cuba merepatkan dirinya kearah Tengku Sharmila. Tetapi….

“Sayang!! Kat sini you rupanya. Puas Akim cari tau. Rindu” Tengku AKim pantas memeluk pinggang Tengku Sharmila. Sengaja menyakitkan hati sepupunya itu. Mila miliknya!

Tengku Sharmila cuba melepaskan dirinya namun pelukan Tengku Akim bertambah erat. Dia tidak selesa diperlakukan sebegitu terutamanya di hadapan Tengku Dafi. Entah apalah yang bermain di fikiran pemuda itu apabila melihat dirinya selamba di peluk oleh Akim.

Tengku dafi mengalihkan pendangannya. Tidak sanggup melihat kemesraan pasangan itu. Dia tahu Tengku Akim sengaja menyakitkan hatinya. Kalau diikutkan hatinya sudah lama di tumbuk muka poyo pemuda di hadapannya. Umur baru nak masuk form 5 tapi gelagat macam orang dah kahwin getus hatinya. Mila pun satu melayan. Hatinya merengus geram.

“Tahun depan nak exam kan? Belajar rajin-rajin. Jangan nak asyik bercinta jer!” Ujar Tengku Dafi keras. Dia terus berlalu dari taman itu. Semakin lama dia di situ semakin panas hatinya.

Tengku Akim tersenyum sinis. Tidak kisah pun dengan perlian Tengku Dafi. Dia memandang ke arah Tengku Sharmila yang serba salah di hadapannya. Bukan dia tidak tahu kisah Tengku Dafi yang menyintai puteri hatinya itu.

************************************************************************************************************

“NUBHAN!!!” Aisyah mula menaiki tangga menuju ke bilik abang sepupunya itu. Jika tidak kerana arahan Sultan Adlin tidak ingin dia memanggil pemuda yang gemar membulinya itu. Sebaik sahaja ke tangga terakhir dia terus bertemvbung dengan Tengku Akim. Sepupunya yang seorang itu memang anti dengan dirinya. Pantang bertembung ada sahaja yang tak kena.

“Kau!!. Pagi-pagi kalau tak memekak tak boleh? Bingit tau tak telinga aku.” Tengku AKim mula memarahi gadis kecil molek dihadapannya itu. Sesekali dijelingnya muka gugup gadis itu. Comel juga.

“Eh.. suka hati aku la. Yang kau nak sibuk ni kenapa? Memang elok pun aku menjerit. Senang sikit nak bangun. Ni confirm tak bangun sembahyang subuh ni” Balas Aisyah. Dia yang tadinya terkejut dengan tempikan Tengku AKim mula melawan. Kau jangan ingat aku kecik aku tak berani lawan jerit hatinya.

“Amboi sedapnya bahasa. Kau tau kau cakap dengan siapa? Kau sekarang ni tengah cakap dengan Sultan..|”

“Hahahahaha.. sultan?? Kau biar betul kim. Fikir balik.” Pantas sahaja Aisyah ketawa sehinga membuatkan Tengku Akim tersentak. Mereka mula merenung antara satu sama lain.

“Apa? Apa yang salah memang betul pe? Tak lama lagi. Bila aku dah cukup umur” Tengku Akim berkata bongkak.

Aisyah terkesima. Ada hati jugak tu. Kalau kau jadi raja alamatnya lingkup la Inderapura ni bisik hatinya.

“Perangai tu ubah dulu. Baru la kau ada kelayakan nak jadi sultan macam abang kau tu. Cool and selamba. Satu lagi abang kau tu lebih tahu macam mana nak kawal diri dia tak macam kau yang cakap tak guna otak!” Aisyah terus berlalu meninggalkan Tengku Akim yang terpinga-pinga.

“Aku cakap tak pakai otak?? Arghh.. kau tu yang cacat otak!” jerit hatinya geram. Dia terus turun menuju ke ruangan makan istana.

No comments: