Monday, January 18, 2010

Seadanya Aku- Part 16

“Hoi! Kau tak de keje nak buat ke? Dari tadi asyik main PSP tu je. Kau tu perempuan pegi la buat kerja yang lebih berfaedah” Tengku Akim mula merapati Aisyah yang sedang leka menghadap PSPnya. Aisyah menjeling ke arah Tengku AKim sekilas. Mamat ni memanjang tak puas hati dengan aku ni kenapa? Dia bingkas bangun menhampiri Akim.

“Boleh aku tau apa masalah kau? Sejak aku datang ada je yang tak kena. Apa kata kau suruh si Mila tu yang buat kerja. At least kau tau nanti dah kahwin dia boleh buat kerja. Aku ni suka hati la. Belum ada yang punya ok!” Aisyah melepaskan geramnya. Mahu sahaja di tempeleng muka Tengku Akim itu.

“Ha?? Berani kau melawan cakap aku. Mila tu lain. Tak payah buat kerja. Sebab nanti dia akan jadi permaisuri” Ujar Tengku Akim bangga.

Aisyah mencebik. Mamat ni selalu terlebih confident. Pantang kena tegur sebab kesalahan sendiri mesti nak melenting. Macam mana la Mila boleh tahan dengan dia ni?

“Suka hati kau la. Malas nak layan. Kalau aku layan, aku pulak yang tak betul” Aisyah terus berlalu meniggalkan Tengku Akim yang terpinga-pinga. Minah ni selalu sangat blah terus macam tu je. Tengku Akim terus melangkah menuju ke court tenis tempat Tengku Nubhan, Tengku Riz dan Tengku Dafi melepak. Ketiga-tiga pemuda itu ada mengajaknya tadi, namun dia tidak mengendahkannya. Tidak suka untuk bergaul dengan mereka. Tetapi akhirnya dia terpaksa akur apabila mula bosan ditinggalkan berseorangan.

***********************************************************************************************************

“Wei.. tak adil aku sorang je.” Tengku Nubhan mula kepenatan apabila dibuli oleh Tengku Dafi dan Tengku Riz. Mereka sejak tadi lagi mengenakan Tengku Nubhan yang terpaksa bermain berseorangan.

Tengku Dafi dan Tengku Riz menghamburkan tawa. Padan muka selalu kau buli orang, hari ni kau pulak mangsanya. Mereka memukul bola tenis hingga memaksa Tengku Nubhan berlari ke kiri dan kanan tanpa henti.

“Boleh join?” Sapa Tengku Akim sebaik sahaja melangkah masuk ke court tenis. Tangannya mengenggam raket tenisnya. Dia memandang ke arah Tengku Nubhan meminta kebenaran. Tengku Dafi dan Tengku Riz berpandangan sesama sendiri.

“Ok je, kau nak team dengan siapa?” Akhirnya Tengku NUbhan bersuara apabila melihat kedua-dua sepupunya hanya berdiam diri.

“Aku team up dengan Riz la. Ok?” Tengku Akim memandang Tengku Riz. Tengku Dafi terus beredar ke arah Tengku Nubhan manakala Tengku Riz mengangguk bersetuju.

Permainan bermula. Masing-masing mula berentap. Tengku NUbhan yang letih pada mulanya kembali bersemangat. Court tenis kembali riuh dengan jeritan mereka berempat sehingga menarik perhatian Aisyah yang berlegar-legar di kawasan itu. Pantas kakinya melangkah menuju ke court tenis.

**************************************************************************************************************

“Go Dafi!! Go Nubhan!!” Aisyah mula bersorak sebaik sahaja melihat persaingan sengit antara dua kumpulan pemuda itu. Dia begitu teruja. Tambahan pula apabila melihat muka sentap Tengku Akim yang memang tidak menyenangi kehadirannya di situ. Baguslah lagi cerah pelaung Dafi dan NUbhan untuk menang. Aisyah bersorak lagi. Kali ini semakin kuat.

Permaisuri Tiara yang baru pulang dari membeli belah turut menuju ke court tenis sebaik sahaja mendengar suara riuh rendah. Tengku Mila dan Tengku Lufya menurutnya dari belakang.

Aisyah terus terdiam sebaik sahaja melihat kedatangan Permaisuri Tiara yang memeberi jelingan tajam kearahnya. Begitu juga Tengku LUfya. Tak sesuai langsung dengan Tengku Nubhan yang simple itu bisik hatinya. Matanya melirik pula kearah Tengku Sharmila yang membalas senyumnya. Baiknya tengku Mila tak sesuai langsung dengan Budak Berlagak tu! Hurmm.. sian betul. Ada pasangan tapi tak sesuai getus hatinya. Eh aisyah. Apsal lak kau yang tentukan sesuai ke tak? Dia berfikir sendiri akhirnya dia tersenyum.

Sebaik sahaja melihat kelibat Tengku Lufya terus sahaja permainan Tengku Nubhan menjadi perlahan. Gadis yang cuba rapat dengannya itu betul-betul menghilangkan moodnya. Tengku Akim yang mula menyedari perubahan sikap Tengku NUbhanterus mendapat idea untuk mengenakan abang tirinya itu.

“Semalam Stacy telefon Akim. Dia cakap dia dah berpunya sekarang ni” Jerit Tengku Akim sengaja supaya Tengku LUfya juga mendengarnya. Tengku Dafi dan Tengku RIz tersentak. Apa yang cuba di lakukan oleh Tengku Akim?

Tengku Lufya menjeling kearah Tengku Nubhan yang sudah berubah riak mukanya. Apa hubungan gadis bernama Stacy dengan NUbhan? Dia pernah mendengar Permaisuri Tiara menyebut nama itu. Namun menurut wanita itu, gadis itu Cuma gadis biasa yang tidak sesuai dengan Tengku NUbhan. Hatinya mula berdetik. Tengku Nubhan mempunyai hubungan dengan gadis itu.

“Dia tak bagi tau kau ke Nubh?” AKim membalas pukulan Tengku NUbhan yang dirasakan semakin deras. Bola yang dihantar oleh Tengku NUbhan semakin laju.

Tengku NUbhan semakin geram dengan gelagat adik tirinya yang menyakitkan hatinya itu. Dia tahu Tengku Akim sengaja menyebut nama Stacy di hadapan bonda dan Tengku Lufya yang kemudiannya akan menrengek-rengek meminta penjelasan darinya. Tengku Lufya akan mula bermanja-manja dengannya unutk meraih kasih sayangnya yang dirasakan hanya layak untuk gadis bernama Stacy sahaja. Gadis yang mula bertakhta di hatinya.

“Aku dah tengok dah muka teman lelaki dia tu. Budak tu lagi…. Aduh!” Kata-kata Tengku Akim terhenti. Tengku Akim memegang mukanya yang perit akibat terkena pukulan bola tenis yang deras daripada Tengku Nubhan. Bola itu memang sengaja dihalakan kerah muka adiknya itu. Dia berharap agar hidung adik tirinya itu patah. Mulut tak ada insurans! Tengku NUbhan terus berlalu meninggalkan Tengku Akim yang mula berdarah hidungnya akibat hentaman bola tenis yang deras tepat di batang hidungnya. Hatinya menjerit geram. Permaisuri Tiara pantas mendapatkan anaknya itu. Matanya menjeling Tengku Nubhan tajam. Tengku Dafi dan Tengku Riz membantu tengku Akim untuk bangun begitu juga dengan Aisyah yang pantas mendapatkan first aid untuk mengubati pendarahan di hidung Tengku Akim.

Aisyah pantas berlari mendapatkan Tengku Akim selepas mengambil first aid. Risau juga apabila melihat darah yang begitu bayak. Timbul rasa simpati dihatinya. Sebaik sahaja duduk di sisi Tengku AKim dia mula meneglap darah yang keluar sejak tadi. Tengku Akim pula tidak sudah-sudah menjerit kesakitan

“Padan muka kau. Mulut tak ada insurans. Memang patut pun kau kena bola tu tadi” UJar Aisyah selamba. Permaisuri Tiara yang berdir tidak jauh darinya menjegilkan matanya. Aisyah tunduk.

“Ahh!! Suka hati aku la. Aduh! Perlahan sikit tak boleh?” Tengku Akim mula menengking. Tengku Lufya pula hanya berdiri tidak jauh dari situ. Sakit hatinya mendengar kat-kata Akim. Tindakan drastic Nubhan sebentar tadi mengesahkan lagi andaiannya bahawa Nubhan mempunyai hubungan dengan gadis bernama Stacy itu.

Tengku Akim semakin kuat menjert. Aisyah memang sengaja menekan-nekan hidungnya yang sedia sakit itu. Pantang dia mneinggikan suara pasti Aisyah akan menyakitkannya lagi. Tengku Sharmila yang duduk disisi Akim mula mengeluh. Tengku Dafi menatap wajah Mila. Gadis itu menyayangi Akim. Pasti dia cemburu melihat AIsyah dan Akim walaupun mereka tidak bermesra getus hati Tengku Dafi.

“Sudahla.. biar saya yang buat” Tengku sharmila terus mengambil kapas dan ais dari tangan Aisyah. Dia terus melakukan perkara yang sama yang dilakukan oleh Aisyah sebentar tadi. Aisyah bingkas bangun apabila ditolak oleh Mila secara tiba-tiba. Dia berkecil hati. Niatnya hanya ingin menolong tetapi mulut Akim ynag bising itu menyebabkan dia bertindak menyakiti pemuda itu lagi.

Aisyah terus berlau meninggalkan Akim yang diubati oleh Mila. Tengku Dafi menurut langkah adiknya itu begitu juga Tengku Riz. Setelah melihat semuanya beredar Permaisuri mengarahkan supaya Tengku Akim di bawa ke sayap kanan Istana dimana terletaknya biliknya dan Akim. Tindakan Tengku Akim sebentar tadi memang diluar kawalannya. Dia tidak pernah mengarahkan anaknya itu menyebut nama Stacy dihadapan Tengku Lufya. Baginya belum masanya lagi untk Tengku Lufya mengenali gadis tersebut. Otaknya mula ligat berfikir bagaimana untuk memastikan Tengku Lufya turut mengikut jejak anak tirinya belajar ke Stanford. Tengku Nubhan akan memulakan pengajiannya dalam masa 2 minggu lagi manakala Tengku Lufya perlu menunggu keputusannya dahulu. Namun dia sudah mengarahkan Tengku LUfya untuk memohon university yang sama dengan anak tirinya itu. Mereka tidak boleh berjauhan! Selagi gadis bernama Stacy itu belum menunjukkan wajahnya ataupun mempunyai hubungan dengan Tengku Nubhan dia akan memastikan Tengku NUbhan berada di dalam kawalannya. Jika sebaliknya berlaku, dia akan mula bertindak!

No comments: