Wednesday, January 13, 2010

Seadanya Aku - Part 13

“Tengku Nubhan. Sini!” jerit Panglima Aris sebaik sahaja melihat kelibat Tengku Nubhan yang baru sahaja tiba di dewan. Sebelum tiba di RMC, Sultan Adlin sudah menghubungi anaknya itu supaya menunggu mereka di dewan.

Tengku Nubhan tersenyum sebaik sahaja melihat kelibat Panglima Aris. Orang kepercayaan ayahandanya itu memang akan selalu mengiringi kemana sahaja Sultan Adlin pergi. Kadang kala tengku Nubhan agak ragu-ragu juga Panglima Aris, namun perasaan itu cepat-cepat dibuangnya jauh. Jika ayahandanya mempercayai orangnya itu dia juga harus yakin.

Panglima Aris mendapatkan Tengku Nubhan. Beg-beg milik Tengku Nubhan diangkatnya manakala Tengku Nubhan pula mendapatkan ayahandanya, Sultan Adlin. Mereka berpelukan. Panglima Aris pula memandang dan mencebik. Entah mengapa dia membenci sultannya itu. Mungkin kerana dia menyanjung wanita yang merupakan permaisuri Inderapura. Dia akui kadang kala wujud rasa kasihnya terhadap wanita itu. Namun dia sedar akan perbezaan antara mereka walaupun baginya ia bukanlah factor yang penting. Ah! Tidak mungkin wanita itu akan membalas cintanya jerit hatinya. Tetapi bagi membuktikan kesetiaannya, dia sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan wanita kesayangannya itu.

************************************************************************************************************** “So.. macam mana exam?” Sultan Adlin memulakan perbualannya. Dia tersenyum kearah anaknya itu. Mata Tengku Nubhan saling tidak tumpah bondanya. Dia rindu akan arwah isterinya. Tengku Nubhan tersenyum kearah ayahandanya. Tidak tahu apakah yang difikirkan oleh ayahandanya.

“Exam ok yah. Biasa la ada susah. Ada senang. Tapi ayah jangan risau sebab nubh dah buat yang the best!” Ujar Tengku Nubhan yakin. Dia membuang pandangan ke luar tingkap. Kereta mereka melalui Queen Victoria Girls School. Lantas dia tersenyum tanpa menyedari gelagatnya itu dilihat oleh ayahandanya. Iphone di tangannya mula dimain-mainkan.

“Dah jumpa dia?” Sultan Adlin tersenyum. Faham aka nisi hati anaknya itu. dia tidak mungkin menghalangnya. Apa yang diinginkan ialah kebahagian anknya itu.

“Ha? Aaa. Erm.. belum. Sekarang ni kan cuti. So tak tahu la mana nak cari” balas Tengku Nubhan. Suaranya perlahan. Segan pula ditegur sebegitu.

“Kenapa nak cari pula? Bukan boleh telefon? Tengku Riz bagi tahu Nubh pernah telefon dia dulu.” Sultan Adlin tersenyum nakal. Mula mengusik anaknya itu. Sejak ananknya masuk ke asrama dia akui dia jarang dapat bergurau dengan anaknya itu. Tambahan pula tugasnya sebagai ketua negara bukanlah tugas yang mudah. Dia juga perlu menguruskan syarikat perkapalan milik negara mereka.

Tengku Nubhan memandang ayahandanya tidak percaya. Masakan ayahandanya boleh mengetahui tentang itu. Siaplah kau Riz. Berani kau pecahkan rahsia!. Mukanya mula merah menahan geram dan malu. Sultan Adlin mula ketawa melihat perubahan wajah anaknya itu.

“Tak apalah Nubh. Ayah tak kisah pun dengan siapa kamu nak berkawan atau apa sahaja. Asalkan kamu tak mencemarkan nama keluarga sudah. Itu yang penting. Yang selebihnya kamu tahulah jaga sendiri. Kamu sudah besar tahu beza mana baik dan buruk.”

"Terima kasih yah. Nubhan tahu tu. Tak mungkin Nubhan buat macam tu kat ayah.” Ujar Tengku Nubhan tenang. Dia tidak akan sesekali mengkhianati kepercayaan ayahandanya terhadapnya.

“Tapi bonda.. ermm”Tengku Nubhan tunduk. Tidak berani menatap mata ayahandanya. Takut hati Sultan Adlin akan terguris.

“Tak payah risau. Ini hidup Nubhan. Biar Nubhan tentukan. Ayah tak nak orang lain yang tentukan hidup Nubhan. Biar Nubhan tentukan sendiri. Belajar berdikari. Ayah tahu bonda kamu tu akan masuk campur. Tapi atasinya dengan baik.” Sultan Adlin memandang anaknya itu. mengharap anaknya itu mengerti. Dia tidak mahu Tengku Nubhan berkeras atau melawan isterinya. Dia mahu anaknya itu menyelesaikannya sebagai orang dewasa. Tengku Nubhan berbeza dengan Tengku Akim yang selalu menurut bondanya itu. Anaknya itu mewarisi sikap arwah isterinya. Tidak pernah memandang harta benda atau darjat malahan anknya itu lebih lembut hati berbanding Akim yang gemar membantah. Cuma satu sikap yang kurang tentang anaknya itu, Nubhan gemar membuli. Mangsa bulinya ketika kecil adalah Tengku Riz dan Tengku Dafi yang merupakan sepupunya Tengku Nubhan. Cuma Dafi lebih tua 6 tahun daripada Nubhan dan Riz. Kini mangsa buli anaknya ialah gadis yang mula menarik perhatian Tengku Nubhan. Menurut cerita anak buahnya Tengku Riz, Stacy bukan jenis yang mudah mengalah. Gadis itu akan mencabar Nubhan semula. Dia tersenyum. Buku bertemu ruas. Memang sepadan.

************************************************************************************************************ “Hey. Kau tak check ke enjin kapal yang rosak tu?” Tengku Nubhan tersenyum. Sengaja mengusik Tengku Dafi yang tidak menyedari kehadirannya.

“Amboi. Cantiknya bahasa.” Balas Tengku Dafi berang. Dia terus berpaling. Geram apabila ditegur sebegitu. Sudah la tadi dimarahi. Tiba-tiba ditegur sedemikian rupa. Hari ini merupakan hari malang buatnya.

Tengku Nubhan tertawa sebaik sahaja melihat wajah sentap Tengku Dafi. Dia menghampiri Tengku Dafi yang memandangnya geram.

“Kau ni Nubhan, memang nak kena agaknya. Hormat aku sebagai abang ok. ” Tegur Tengku dafi. Dia menghampiri Tengku Nubhan yang agak tersentak dengan kata-katanya. Akhirnya dia tersenyum. Pasti Tengku Nubhan terkejut dengan tegurannya.

“Maaf.” Ujar Tengku Nubhan sepatah. Dia menundukkan kepalanya persis anak kecil yang melakukan kesalahan. Namun sebaik sahaja melihat senyuman Tengku Dafi, dia tahu sepupunya itu hanya bergurau.

“Maaf diterima” pantas dia menolak Tengku Nubhan jatuh ke laut. Nasiblah siapa suruh berdiri kat tepi jeti. Tengku Dafi tertawa. Sudah agak lama dia ingin melakukannya memandangkan dia sering menjadi mangsa buli Tengku Nubhan. Tengku Nubhan terus terjatuh ke dalam laut.

“Woi! Kau ni memang nak kena agaknya!” Tengku Nubhan menghampiri papan jeti. Mencuba untuk naik namun tidak berjaya. Akhirnya Tengku Dafi menghulurkan tangannya untuk membantu. Namun lain pula jadinya. Tengku Dafi turut ditarik masuk ke dalam laut. Ketawa kedua-duanya pecah.

Seorang gadis menghampiri mereka. Memerhati dan akhirnya tersenyum. Tengku Nubhan semakin kacak. Sudah agak lama tidak bertemu dengan sepupunya itu.

“Aishah! Jangan la pandang Nubhan macam tu, malulah” Jerit Tengku Nubhan mengusik. Dia tertawa sebaik sahaja melihat wajah Aishah yang merona merah. Tengku Dafi turut tertawa.

“Mana ada. Jangan nak perasan. Ayahanda panggil abang dengan Nubhan naik. Sekarang!” Aishah membulatkan matanya.

Tengku Dafi tertawa melihat telatah adiknya itu. Aishah. Adik angkatnya yang diambil oleh orang tuanya dari rumah anak yatim. Ibu bapa Aishah meninggal akibat kemalangan jalan raya. Kemalangan yang turut mengorbankan nyawa bonda Tengku Nubhan. Oleh sebab itu, bondanya berasa bertanggungjawab memelihara Aishah. Selepas mendapat dorongan daripada ayahanda Tengku Nubhan sendiri. Agak mustahil bagi Sultan Adlin untuk menjaga Aishah, kerana ketika itu Tengku Nubhan masih kecil.

“Baiklah adinda. Demi adinda, kanda naik sekarang juga!” ujar Tengku Nubhan. Mula mengusik sepupunya itu. Dia tertawa lagi. Aishah menjegilkan matanya geram. Tengku Nubhan tidak pernah berubah. Suka mengusik sehinggakan kadang kala timbul rasa kasihnya terhadap pemuda itu. namun cepat-cepat di jauhkan perasaan itu.

*********************************************************************************************************** “Macam mana bisnes?” Sultan Adlin menghampiri Tengku Sabri. Adiknya itu merupakan orang yang sangat dipercayainya. Segala urusan syarikat diuruskan oleh adiknya itu. dia cuma memantau sahaja menandangkan tugas sebagai ketua negara tergalas di bahunya.

“Ok je bang. Cawangan baru di Perth sudah dibuka. Syarikat itu nanti saya harap Tengku Nubhan atau Tengku Riz dapat uruskan sebab tak lama lagi Dafi akan terajui syarikat kita di London. Mungkin terlalu awal, tetapi pendedahan awal perlu diberikan. Saya tak mampu nak uruskan semunya sendiri” Balas Tengku Sabri jujur. Sedar akan tanggungjawabnya menguruskan syarikat milik keluarga mereka itu.

“Baiklah kalau macam tu. Cuma abang rasa jangan lepaskan syarikat tersebut pada Dafi terlalu awal. Biar dia tahu tentang selok belok syarikat dan kapal dahulu. Dia engineer. Biar dia selidik tentang kapal kemudian barulah cawangan tu di serahkan kepadanya.” Sultan Adlin memandang adiknya.

Tengku Sabri mengangguk faham. Anaknya itu baru sahaja habis belajar dan baru sahaja pulang ke Malaysia. Jadi tidak mungkin dia akan menyerahkan tanggungjawab sebagai pengurus kepada anaknya itu tanpa pengalaman yang cukup.

“Hari minggu ni kita akan adakan perjumpaan keluarga. Abang harap Sabri dapat datang. Bukan selalu dapat berkumpul. Lagipun Nubhan dan Riz tengah bercuti.” Pelawa Sultan Adlin.

“baiklah bang. Insyaallah saya akan datang.” Balas Tengku Sabri. Mereka beriringan turun ke lobi syarikat.

"Apa dah jadi ni?” Sultan Adlin terkejut melihat keadaan anaknya yang basah kuyup begitu juga dengan Tengku Sabri yang turut terkejut melihat Tengku Dafi. Aishah yang setia berdiri di belakang abangnya berjalan menghampiri ayahnya sambil tersenyum nakal. peluang untuk mengenakan kedua-dua pemuda itu.

“Diorang terjun dalam laut pa. Diorang nak tolak Aishah. Tapi anak papa ni kan terer. So sempat elak. Tu yang menjunam dalam laut tu. Sorry yer. I’m a big girl now. So kalau nak buli-buli sori naik Ferrari la”Ujar Aishah. Sengaja membuat muka kerek di hadapan kedua-dua pemuda itu. Tengku Nubhan dan Tengky Dafi melongo. Mereka berpandangan. Tidak mahu kalah.

“Big girl la sangat. Setakat besar ni tak payah la. Sekali nubhan jentik melayang-layang ke antartik. Kalau aishah nak pilih tempat pun boleh. Cakap je. Sekarang jugak Nubhan jentik sampai sana” Tengku Nubhan mula menghampiri Aishah yang mula menyorok di belakang papanya itu.

“Pa, anak papa tu bukan terer tapi terrorist”Sambut Tengku Dafi pula. Muka adiknya yang cuak akibat takut dijentik Nubhan dipandang. Kelakar. Tau pulak takut. Tadi cakap hebat sangat.

Tengku Sabri dan Sultan Adlin hanya tertawa melihat telatah tiga anak muda di hadapan mereka itu. ada sahaja yang ingin dilakukan unutk menyakat Aishah.

No comments: