Wednesday, January 6, 2010

Seadanya Aku - Part 7

“Nubhan!..”Jerit Nadia. Dia pantas mengejar Nubhan yang sedang mengangkat beg menuju kearah sebuah limosin. Giler besar kereta budak ni. Getus hatinya. Dia menjeling kearah kereta tersebut sebaik sahaja berdiri dihadapan Nubhan. Nubhan tersenyum mengerti.

“Kenapa? Ni kereta Tengku Riz. Aku tump..”

“Tengku. Dah siap nak bertolak? Beg semua saya dah masukkan. Tengku Akim juga dah masuk ke dalam kereta. Ha! Itu Tengku Riz.” Ujar pemandunya Pak Salleh. Nubhan yang terhenti kata-katanya tadi hampir tersedak. Dia menjeling ke arah Nadia yang seperti mahu membahamnya.

“Kau Tengku jugak. Apsal kau tipu!” Nadia menolak tubuh Nubhan geram. Stacy tidak mengetahui perihal itu.

“Cik! Jangan” ujar Pak Salleh, cuba menarik Nadia yang mula ingin menempeleng kepala Nubhan.

“Hei! Kenapa dengan awak ni? Dah gila ke?” ujar satu suara. Tengku Riz menghentikan langkahnya. Terkejut. Begitu juga Nubhan yang terus berpaling mencari suara yang dikenalinya itu. Bonda !

“Awak sedar tak awak nak tempeleng kepala siapa tu? Itu anak saya. Bakal pewaris..”

“Bonda. Sudahla. Dia tak tahu pun. Ni pun dia baru je tahu. Sebab tu la dia buat macam tu” Ujar Nubhan pantas memotong kata-kata bondanya. Akim yang melihat dari tingkap sekadar tersenyum. Gemar melihat perbalahan itu.

Permaisuri Tiara mendengus geram. Tidak gemar kata-katanya dipotong oleh anak tirinya itu. Semakin hari dendamnya terhadap anak tirinya itu semakin mendalam.

“tak.. tak pe la. Saya nak jumpa dia.. erk.. tengku sebenarnya. Tapi kalau tak boleh tak apa la” Nadia gugup setelah dijerkah. Dia berpaling untuk beredar. Matanya merah menahan tangis.

“Bonda, Nubhan jumpa dia sekejap” pantas Nubhan menarik tangan Nadia ke satu sudut yang lebih jauh dari penglihatan bondanya. Tengku Riz turut menuju kearah Nubhan dan Nadia.

Permaisuri Tiara menjeling geram. Sakit hati dengan tindakan anak tirinya yang membela gadis miskin itu. Dia terus menuju ke arah limosinnya.

************************************************************************************************************

“Lepas la!” jerit Nadia. Matanya merenung RIz dan Nubhan geram.

“Apa plan korang sebenarnya? Nak kutuk kitorang ha? Dan awak Riz. Kenapa awak tak bagi tahu yang Nubhan ni Tengku jugak macam awak?”

“Nad, awak dah salah faham. Semua ni bukan yang macam awak sangka.” Tengku Riz mula menenangkan Nadia. Dia tahu tujuan Nubhan merahsiakan statusnya.

Nadia terdiam. Dia akur apabila Nubhan dan Riz memintanya bertenang dan mendengar penjelasan mereka. Akhirnya dia faham.

“Stacy bagi ni” nadia menghulurkan sekeping kertas kepada Nubhan. Dia mula faham akan tindakan Tengku Nubhan yang merahsiakan statusnya sebagai anak raja. Dia tidak mahu peserta-peserta kem mereka berkawan dengannya kerana harta. Dia tahu Stacy tidak begitu. Stacy ikhlas berkawan tanpa mengira status seseorang.

“Stacy mana? Kenapa tak bagi sendiri?” Nubhan mengambil kertas dari tangan Nadia. Dia tersenyum.

“Dia demam panas sejak malam tadi lagi. aku rasa sebab dia jatuh dalam sungai malam tadi kot. Giler sejuk la tu. Mama dia amik pagi tadi. Mayber terus pergi klinik” Ujar Nadia panjang lebar. Kasihan juga apabila melihat muka Stacy yang demam pagi tadi. Rakannya itu tidak larat untuk bangun. Pantas sahaja dia meminta kebenaran daripada Jeneral Ramli supaya melepaskan Stacy pulang awal.

“Teruk ke?” Tengku Nubhan mula risau. Hatinya mula terasa sesuatu. Pantang sahaja perihal gadis itu disebut, hatinya akan melonjak-lonjak untuk mengetahuinya. Tengku Riz tersenyum.

“Maybe demam panas je. Nanti balik ni aku nak pegi tengok dia dulu. Nak pesan apa-apa ke?” balas Nadia. Kertas yang mengandungi alam emel dan nombor telefon Stacy bertukar tangan. Tidak sia-sia memujuk Stacy supaya memberi alamat emel dan nombor telefon tersebut kepada Nubhan. Akhirnya mereka akan berhubung juga. Dia tahu Stacy mula menyukai pemuda dihadapannya itu. Pujukan Nubhan semalam untuk meminta nombor tesebut juga membuatkan Nadia lebih bersemangat untuk terus memujuk Stacy. Hasilnya, dia berjaya.

Tengku Nubhan dan Tengku Riz mengangguk faham. Mereka meminta diri untuk beransur dahulu. Tengku Nubhan pasti bondanya pasti bengang dengan tindakannya tadi. Baguslah tu. Permaisuri Tiara dan Tengku Akim bengang. Dia suka. Hatinya tertawa sendiri. Gembira untuk berjumpa dengan ayahandanya.

Mereka menuju kearah limosin yang sudah sedia menanti sejak tadi. Kertas yang diberi oleh Nadia sebentar tadi pantas dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Dia memandang Tengku Riz sambil tersenyum.

“Balik asrama nanti jangan lupa yer” nubhan menggosok rambut Tengku Riz sehingga kusut. Dia tertawa girang.

Tengku Riz terlopong. Teringat janjinya dahulu. Dia kalah dalam pertaruhan itu. Dia menggaru-garu kepalanya. Habislah, dia terpaksa membasuh baju Nubhan sehingga tamat SPM nanti. Namun dia kembali tersenyum. Akim! Apa yang penting? Kerjasama. Akim pasti berang apabila mengetahui abangnya menang dalam pertaruhan tersebut.

Sebaik sahaja masuk kedalam limo, Tengku Nubhan dan tengku Riz desambut dingin oleh Permaisuri Tiara. Tengku Riz senyap sahaja apabila matanya bertentangan dengan sepasang mata milik mak cik tirinya itu. Gerun.

Limosin mewah mula meninggalkan tapak perkhemahan menuju ke KLIA. Mereka semua akan pulang ke Inderapura dahulu unutk menghabiskan cuti yang berbaki 3 hari. Kemudian Tengku Nubhan dan Tengku Riz akan kembali focus menelaah pelajaran, manakala Tengku Akim akan menyambung pengajian Tingkatan empatnya yang berbaki setengah tahu lagi. Nubhan tua setahun daripada adik tirinya itu. Akim sebaya dengan gadis yang mula mencuri hatinya, Stacy.

********************************************************************************************************** “Ayahanda. Nubhan dah balik ni” jerit Nubhan sebaik sahaja memasuki perkarangan istana. Tengku Akim mencebik. Macam budak-budak marah Akim dalam hatinya.

“Nubhan. Baru sampai?” tanya Sultan Adlin. Dia lantas memeluk anaknya itu. Erat. Akim merenung tajam. Hubungan ayah tirinya dengan Tengku Nubhan cukup akrab. Bukan mudah untuknya dan bonda meracuni fikiran Sultan Adlin untuk membenci Tengku Nubhan kerana ayahandanya bersikap terbuka dengan anak kesayangannya itu.

“Akim? Tak mahu peluk ayah?” sultan Adlin berpaling kearah tengku Akim yang masih lagi berdiri kaku.

“Aa? Yer.. yer.. nak datang la ni.bagi abang dulu. Dia kan anak ayah” Ujar Akim selamba. Riak wajah Sultan Adlin berubah. Dia tidak pernah sekalipun membanding-bandingkan Tengku Nubhan dengan anak tirinya itu.

Tengku Nubhan menjeling adik tirinya yang lantang berbicara itu. Kalau diturutkan hatinya sudah lama ditampar muka Tengku Akim. Tapi dia tahu bonda permaisuri pasti akan membela Akim manakala ayahnya pula akan cuba mempertahankannya. Dia tahu, bonda dan ayahandanya pasti akan bergaduh apabila timbul pergaduhan antara dia dan Akim.

Tengku Akim membalas jelingan abang tirinya itu. Abangnya lebih tinggi darinya tambahan pula Tengku Nubhan lebih handal dalam ilmu mempertahankan diri. Maka agak mustahil baginya untuk beradu tenaga dengan abang tirinya itu. Namun dia dan Nubhan mempunyai persamaan apabila kedua-duanya handal bermain pedang. Mereka sudah dilatih menggunakan pedang sejak kecil.

“Akim cakap apa ni? Ayah tak pernah membezakan kasih sayang ayah” Ujar Sultan Adlin lembut. Dia memeluk anak tirinya itu. Anak tiri yang dijaganya sejak dia berkahwin dengan sepupunya Tengku Tiara selepas kematian isterinya.

“tak ada apalah. Akaim merepek je. Penat sangat kot. Akim minta diri dulu ayahanda” Akim terus beredar meninggalkan Tengku Nubhan dan Sultan Adlin.

Kedua-duanya berpandangan. Pelik dengan sikap Tengku Akim yang tiba-tiba berubah itu. Nubhan mengeluh. Pasti ayahandanya runsing dengan perubahan sikap adik tirinya itu.

No comments: