Saturday, January 2, 2010

Seadanya Aku - Part 3

“okay. Hari ini kita akan adakan aktiviti memanjat gunung. So, lepas ‘breakfast’ semuanya berkemas. Sila bawa alatan yang bersesuaian untuk aktiviti ini. Kamu semua akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.”Ujar Jeneral Ramli memberi arahan. Matanya memandang dua orang pesertanya yang bertugas menyiapkan sarapan.

“Nak berperang lagi?”Tanya Jeneral Ramli sebaik sahaja dia berdiri dihadapan Stacy dan Nubhan.

Mereka pantas menggelengkan kepala. Gila ke apa nak berperang lagi. Cukuplah dua kali didenda. Stacy sudah penat.

Selesai menyiapkan alatan untuk aktiviti memanjat gunung. Semua peserta berkumpul dihadapan Jeneral Ramli. Masing-masing berdebar menunggu pembahagian kumpulan oelh Jeneral Ramli. Mereka pasti ahli kumpulan mereka pasti merangkumi pelajar-pelajar dari sekolah lain. Kumpulan pertama diketuai oleh Tengku Riz dan Nadia. Sepupu kepada Tengku Nubhan itu tersenyum sebaik sahaja mendapat tahu dia sekumpulan dengan rakan musuh sepupunya itu.Jeneral Ramli teru membahagikan pelajar kedalam kumpulan sehinggalah ke kumpulan terakhir.

“Untuk kumpulan terakhir. Semua yang belum disebutkan nama sila berdiri di sebelah kanan saya. Ketua kamu Nubhan dan Stacy”Ujarnya tersenyum. Pandai-pandailah korang bekerjasama bisik hatinya. Dia tersenyum sendiri. Stacy dan Tengku Nubhan pula masih lagi terkedu dengan pembahagian kumpulan itu. Jeneral sengaja mengenakan mereka.Stacy menoleh kearah Nubhan yang tersenyum melihatnya. Huh! Benci aku! Jerit hatinya.

********************************************************************************************************

Hampir 3 jam mereka meredah hutan memanjat gunung. banyak juga benda yang dipelajari. setiap kumpulan diminta untuk mengkaji tentang flora dan fauna. setiap kumpulan melakukan kerja secara bekerjasama bagi mendapatkan hasil kajian yang baik. berbeza pula dengan kumpulan yang diketuai oleh Stacy dan Tengku Nubhan. mereka bukan bekerjasama dengan ahli kumpulan sebaliknya mereka bersaing sesama sendiri sehingga ahli kumpulan mereka pula yang pening kepala melayan karenah mereka.

"Woi.. korang ni boleh x jangan 'selfish'? ni kan kerja kumpulan, so buat la sesama. ni tidak asyik gaduh je. maybe korang dua lagi pandai tapi pendapat orang lain dengar la jugak!" akhirnya Faisal bersuara. penat melihat pergaduhan antara Stacy dan Nubhan. mereka seperti kanak-kanak sahaja. Nubhan sebagai ketua kumpulan sepatutnya lebih matang. tambahan pula Nubhan tua setahun daripada Stacy. sepatutnya beralah dengan yang lebih muda. ini lain pula jadinya. Stacy pun satu. sebagai adik kena la hormat yang lebih tua. walaupun stacy menghormatinya tapi layanan stacy terhadap Nubhan berbeza pula. entah bila nak berdamai dia pun tidak tahu. Dia mengeluh.

TengkuNubhan dan Stacy terkedu apabila di tegur oleh faisal. mereka memandang sesama sendiri.siapa yang sepatutnya dipersalahakan? mereka tidak tahu, walaupun masing-masing sedar akan kesalahan mereka tadi.

"Okay.. sori..sori.. kita buat sama-sama.nah amik ni. kau buat 'note', aku dengan faisal buat kajian. yang lain pun sama. then kita bagi pendapat masing-masing." ujar Stacy beralah, dia menghulurkan buku nota kearah Lufya. dia terus bergerak meninggalkan Nubhan menuju kearah faisal. Faisal tercengang.

Tengku Nubhan membuntangkan matanya. terkejut dengan arahan Stacy. Wah! kemain slamber je dia bagi arahan. dah la assistant jer. hampeh! marah Tengku Nubhan sendiri. dia menjeling Stacy. tunggu la apa aku nak buat nanti. dia berlalu mengikut ahli kumpulannya yang sudah berjalan mengikut Stacy dan kumpulan-kumpulan lain.

************************************************************************************************************ “okay semua berhenti rehat” jerit Jeneral Ramli sebaik sahaja mereka tiba di kawasan air terjun. Pelatih-pelatih lain turut mengarahkan kumpulan-kumpulan pelajat berhenti.

“Kita akan makan tengah hari di sini. Jadi ada sesiapa yang nak tolong carikan kayu api?” ujar Cik Gen selaku pelatih. Dia merupakan pelatih yang mendapat perhatian palajar-pelajar lelaki kerana sikapnya yang lebih ‘cool’ dan rapat dengan pelajar.

Tidak seorang pun yang sanggup. Masing-masing keletihan dan tidak sanggup lagi berjalan. Stacy mengambil tempat duduk di sebelah Nadia. Geram melihat rakannya yang sudah mula rapat dengan musuh mereka itu. Tengku Nubhan pula duduk diatas batu tidak jauh dari mereka. Matanya memerhatikan Stacy.

Tengku Akim merenung kearah abangnya geram. Dia benci melihat abangnya mendapat kumpulan bersama gadis yang sudah mula menarik perhatian abangnya itu. Dia tahu sudah timbul rasa kasih abangnya terhadap gadis itu. Dia akan membuat Stacy jatuh cinta kepadanya walaupun hakikatnya dia juga seperti bondanya yang mementingkan darjat. Tidak mungkin dia meninggalkan kaksuh hatinya, Tengku Sharmila demi gadis biasa seperti Stacy. Mila lebih elegan dan manja berbanding Stacy yang kelihatan kasar dan comot itu. Namun demi dendamnya terhadap abang tirinya itu. Apa sahaja dia sanggup lakuakn.

“Stacy. Nubhan!. Kamu berdua pergi cari kayu api di sebelah sana. Amylea dan Aliff cari kayu di sebelah barat. Ingat jagan pergi jauh sangat. Kamu tidak biasa dengan hutan ini. Walaupun dah banyak kali sertai ekspidisi tapi jangan suka sangat.” Ujar Jeneral Ramli member arahan. Dia tahu tiada masalah bagi Aliff dan Amylea untuk bekerjasama. Tetapi bagi dua orang pelatihnya yang tidak sehaluan itu pasti agak rumit. Pengajaran buat mereka supaya lebih bertolak ansur.

Stacy terkejut dengan arahan itu. Dia memandang Nubhan yang sejak tadi memerhatinya. Geram melihat reaksi Nubhan yang tersenyum mendenagr arahan jeneral mereka itu. Kalau diikutkan hati sudah lama diterajangnya lelaki itu. Tali pinggang hitam tae-kwan-donya memang sangat berguna untuk lelaki seperti Nubhan yang bersifat pembuli itu. Huh! Benci.

Keempat-empat pelajar bingkas bangun dan menuju kearah hutan yang ditunjukkan oleh jeneral mereka itu. Senyuman jeneralnya itu menambahkan lagi rasa sakit hati Stacy. Jeneral Ramli memang sengaja ! jerit hatinya. Dia menurut langkah Nubhan yang berjalan dihadapannya

*********************************************************************************************************** “Stacy awak islam tapi apsal nama awak Stacy?” Tanya tengku Nubhan apabila melihat Stacy langsung tidak mempedulikannya. Focus betul minah ni carik kayu. Macam dalam pertandingan pulak getus hati Tengku Nubhan. Langkahnya dicepatkan supaya rapat dengan Stacy. Namun dia tersilap langkah terus terlanggar Stacy yang masih duduk mengumpul kayu.

“Woi.. awak ingat saya bola ke nak sepak-sepak macam tu?” jerit Stacy bingkas bangun. Mahu sahaja disepak lelaki yang tersengih-sengih dihadapannya itu.

“Oppss.. sorry, awak tu comel sangat sampai saya tak perasan pulak awak kat depan saya.” Balas Tengku Nubhan.

“Emm.. pasal nama saya tu, mama saya orang Irish. So Atuk saya belah sana yang letak nama Stacy ni. Salah ke?” ujar Stacy. lebih baik jawab soalan mamat ni. Kang tah apa pula yang dibuatnya marah stacy dalam hati.

“owhh.. tak salah saja Tanya. Dah banyak kayu kita dapat. So jom balik makan !” jerit Tengku Nubhan bersemangat. Pantas melangkah menuju ke tempat mereka berehat tadi diikuti oleh Stacy sambil kedua-duanya memikul kayu.

“Apsal kayu saya lagi banyak daripada awak? Macam tak adil je” ujar tengku Nubhan lantas berpaling merenung Stacy. Stacy yang sudah mula ketawa di belakangnya berhenti.

“Ehem. Sebagai lelaki yang gagah perkasa dan boleh dikatakan tampan la jugak, awak kena angkat lebih” balas Stacy sambil menghadiahkan senyuman paling manis sekali untuk Nubhan.

“Eh awak jangan senyum macam tu dengan saya. Kita dalam hutan ni. Buatnya saya tak dapat kawal diri saya nanti. Haa.. macam mana?” Tengku Nubhan mula membuat muka nakalnya sengaja menakut-nakutkan Stacy.

“ha! Jangan nak menggatal. Kalau saya sepak awak kang free jer sampai ke Aizerbaijan. Lagipun awak buat muka macam tu dah macam 'vampire' tengah dahaga darah pulak saya tengok”

“Ohh.. i’m Edward Cullen by the way” balas Tengku Nubhan sambil mengenyitkan matanya. Ketawanya pecah. alang-alang Stacy cakap dia Vampire, jadi vampire 'handsome' la

“hurmm i’m Bella Swan then” ujar Stacy. sambil melangkah mendahului Nubhan.

“Amboi ada hati jugak tu nak ‘couple’ dengan saya ek?" Nubhan mengenyitkan matanya

“Jangan nak perasan okay. Lagipun Edward tu lagi hensem daripada awak!. awak maybe sesuai jadi James yang jahat tu” Stacy membalas menyedari keterlanjurannya berbicara. Dia ketawa dan terus berlalu meninggalkan Tengku Nubhan yang masih ketawa.

"Ha? James yang jahat tu? ok kalau saya Harry Potter macam mana? jerit Nubhan sambil ketawa

"Saya jadi Lord Voldemort!" jerit Stacy. dia ketawa. apa-apa je la Nubhan ni

"Apsal dia nak jadi musuh pulak?" Nubhan menggaru-garu kepalanya pelik. Akhirnya dia tersenyum.

************************************************************************************************************** “Nubhan, betul ke jalan kita ni?” Tanya Stacy tiba-tiba. Sudah agak jauh juga mereka berjalan. Tangannya masih lagi memegang kompas dan peta. Memang dia yang memegangnya sejak tadi kerana tidak mempercayai Nubhan

“Ha? Bukan awak ke yang pegang peta cik Stacy. Patutnya saya yang tanya macam tu kat awak. Awak biar betul Stacy, awak reti tengok peta ke tak sebenarnya?”

“erk? Saya tak berapa nak tau pulak. Kalau kompas ni saya tau la”

“Wei.. awak gila ke? Bak sini peta tu” jerit Tengku Nubhan pantas merampas peta daripada tangan Stacy. Dia meneliti peta yang dibaca Stacy sejak tadi. Terbalik !

“Kita dah jauh kedalam hutan ni. Adoii apsal la aku bagi dia pegang peta ni tadi” keluh Tengku Nubhan sendiri. Matanya merenung Stacy tidak puas hati. Stacy membalas pandangan Nubhan dengan muka yang kasihan. Takut juga dimarahi.

“Dah sekarang ikut saya. Lantas dia menarik tangan gadis yang masih kebingungan itu tanpa menyedari kawasan sekitarnya berlumpur. Dan......aaaaaaaa! Kedua-dua mereka tersungkur di dalam lopak lumpur tersebut. Stacy jatuh betul-betul di atas Tengku nubhan yang tidak sedarkan diri.

“nubh.....nubh....”panggil Stacy beberapa kali. “Alamak! pengsan ke?. Berat sangat ke aku ni? ”stacy bermonolog sendiri. Dia tersenyum sendirian. Terasa lucu pula kedengarannya. Dia terus menggerak-gerakkan tubuh tengku Nubhan.

No comments: