Sunday, January 3, 2010

Seadanya Aku - Part 4

“Nubhan bangun la. Jangan la biar saya sendiri. Sorang-sorang macam ni. Hari pun dah nak gelap ni. Saya takut tau tak!” ujar Stacy. dia masih lagi cuba membangunkan Nubhan yang masih tidak menyedarkan dirinya. Mungkin kepalanya kuat terhentak tadi. Nasib baik tiada kecederaan serius.

“Hurmm.. tak boleh jadi ni. Macam mana ni Stacy. fikir Stacy. tenangkan fikiran. Fikir!” otaknya ligat berputar sambil memberi kata-kata semangat untuk diri sendiri. “Aha!. Idea.. hehehehehe” dia tersenyum nakal. Agak-agak kalau CPR dia bangun tak ek? Hatinya bertanya sendiri. Pantas dia memegang muka Nubhan bersedia. Bibirnya semakin rapat ke bibir Tengku Nubhan. Kemudiann...

“ehh .. tak boleh.. tak boleh.. kang dia ingat aku nak amik kesempatan pulak. Bukan boleh pakai otak dia ni. Kang abis satu kem dia citer aku cabul dia.” ujarnya sendiri. Dia kembali duduk disebelah Nubhan sambil memikirkan cara lain untuk menyedarkan pemuda itu. Hari semakin gelap.

**********************************************************************************************************

Di kawasan berehat Jeneral Ramli semakin risau apabila kelibat Stacy dan Nubhan masih lagi tidak kelihatan apatah lagi apabila melihat Amylea dan Aliff sudah selamat tiba di kawasan mereka berhenti rehat. Hatinya kuat berkata dua orang anak buahnya itu sesat didalam hutan. Walaupun dia tahu Nubhan merupakan pelajar RMC dan sudah dilatih dengan cara hidup yang lasak, namun bagaimana pula dengan gadis yang bersama Nubhan itu. Betahkah mereka bersama untuk jangka masa yang lama. Mereka bukannya sehaluan. Pantang berjumpa pasti bergaduh. Risau juga hatinya jika Nubhan meninggalkan gadis itu sendirian.

“Okay macam ni. Saya dan beberapa oaring pelajar dari RMC akan cuba mencari NUbhan dan Stacy di dalam hutan. Saya rasa mereka berdua sudah tersesat. Jadi yang lain-lain sila tunggu disini bersama pelatih-pelatih yang lain. Jangan tinggalkan tempat ni sebab mana tahu mungkin mereka pulang ke sini nanti.” Ujarnya kepada pelajar-pelajar. Beberapa orang pelajar RMC mula melangkah kearahnya termasuk Akim. Ingin juga Akim melihat keadaan abang tirinya yang sesat itu. Kalau terus sesat pun dia tidak kisah. Lebih senang kerjanya dan bonda.

“Gen kalau mereka berdua balik ke sini ‘roger’ saya ok” arahnya kepada pelatih yang bertugas bersamanya ketika itu.

“Okie dokie bosh!” balas Gen. Sempat lagi bergurau dalam keadaan genting seperti itu.

“Jom gerak sekarang” ujarnya pantas berlalu masuk kedalam hutan melalui jalan yang sama yang diikuti oleh Nubhan dan Stacy sebelum mereka sesat tadi.

*********************************************************************************************************** “Okay ni jalan terakhir nampaknya. Nasib la kalau sakit.” Ujar Stacy sendirian. Dia sudah bersedia.

“Pang!”

“Ouchh. Giler ke apa? Kepala saya tengah pening ni. Apa awak buat tadi?” jerit Tengku Nubhan sebaik sahaja pipinya selamat ditampar oleh Stacy.

Stacy yang teruja melihat Nubhan sedar terus meluru memeluk Nubhan. Hampir sahaja dia menangis. Takut juga ditinggalkan keseorangan di saat matahari semakin tenggelam.

“Ehh.. apa ni? Kalau JAIS ada ni kita kahwin free tau. Saya tak kisah. Saya lagi suka” ujar Tengku Nubhan sambil tersenyum mengusik. Tangannya masih lagi memegang kepalanya yang masih lagi pening. Pipinya digosok-gosok. Hebat juga penangan gadis itu. Sampai tersedar dibuatnya.

Stacy yang baru tersedar terus menolak tubuh Nubhan kasar. Mukanya merona merah. “tu la kau Stacy. excited terlebih. Kan dah kena” hatinya merengus geram.

“Awak ada buat apa-apa masa saya tak sedar tadi?” tanya Tengku Nubhan. Matanya sengaja dikecilkan. Dia merenung mata Stacy.

“Kalau apa-apa terjadi kat saya lepas ni, awak kena bertanggungjawab” ujar Nubhan lagi. Tengku Nubhan mula mengenakan Stacy. Merepek betul mamat ni kat tengah-tengah hutan ni. stacy berbisik sendiri.

“Awak ni kalau tak merepek tak boleh ke? Ke otak dah senget sebelah sebab terhantuk tadi? Tak pun otak sebelah dah hilang sebab kena tampar tadi?” balas Stacy geram dituduh mencabul pula. Sedangkan dari tadi dia mencuba menyedarkan lelaki itu. Tak mengenang budi! Kalau dia tahu begini balasan lelaki itu sudah lama dibiarkan sahaja Nubhan tidak sedar diri.

Tengku Nubhan sekadar tersenyum melihat jelingan Stacy. Makin comel pula bila marah. Kalau bondanya masih hidup pasti bondanya suka dengan perwatakan Stacy. ayahandanya pula pasti tidak melarang. Tetapi sayang kini dia hanya mempunyai bonda tiri yang mementingkan diri dan status serta ayahandanya yang sengaja menyibukkan dirinya dengan urusan Negara. Mungkin untuk mengurangkan kerinduaan terhadap bondanya itu. Tanpa sedar tengku Nubhan mengeluh.

“Kenapa mengeluh? Jangan risau la saya akan bertanggungjawab” ujar stacy tiba-tiba. Eh? Apa aku cakap ni? Nak bertanggungjawab apa kebendanya. Nubhan bukan perempuan. Lagipun aku tak buat apa-apa. Getus hatinya. Otaknya juga sudah keliru dengan kata-kata Nubhan sebentar tadi.

tengku Nubhan menghamburkan ketawanya. Muka gadis yang ‘innocent’ dihadapannya benar-benar mencuit hatinya. Stacy semakin tidak puas hati. Semakin lama dia bersama Nubhan semakin parah hatinya itu.

“sebab kepala awak tak betul. Biar saya yang pegang peta dan kompas. Bak sini” ujar stacy.

“Eh? Nanti kita sesat lagi. Lagi satu kepala saya pening bukan tak betul.” Balas Nubhan geram. Statusnya sebagai pelajar RMC diragui oleh gadis yang menyebabkan mereka sesat itu.

“hehehehe.. sorry. Fine. Tapi biar la saya yang pegang. Boring la tak ada benda nak ditengok”

“Hurmm. Boleh pulak macam tu. Ok. Tapi saya yang tentukan kat mana nak jalan. Awak ‘follow’ jer. Kalau saya mintak peta sila la bagi. Faham?” ujar Tengku Nubhan bertolak ansur. Dia tahu Stacy tidak akan mudah mengalah dengannya.

“Yes! Let’s go that way.” Jerit Stacy sambil menunjukkan ke satu arah.

“The other way!” balas Tengku Nubhan. Risau pula dia melihat Stacy yang sesuka hati menentukan arah.

“Ohh.. Let’s go to the other way..” jeritnya semula sambil tersenyum memandang Nubhan.

************************************************************************************************************** Jeneral Ramli dan beberapa orang pelajar RMC masih lagi giat menjalankan operasi mencari Nubhan dan Stacy. Akim yang sedari tadi sekadar menjadi pemerhati sesekali tersenyum melihat usaha rakan-rakannya yang terjerit-jerit memanggil nama abangnya dan Stacy.

“Akim.. kau tak risau ke? Abang kau hilang? Dari tadi aku tengok kau senyum je” Tengku Riz mula merapati sepupunya itu. Bukan dia tidak tahu tentang hubungan dingin antara kedua-dua orang sepupunya itu. Berbanding Tengku Akim, dia lebih rapat dengan Tengku Nubhan yang membesar bersama-sama dengannya. Dia juga merupakan orang kepercayaan Nubhan dan dia tidak mungkin mengkhianatinya.

“Risau la. Kalau bonda tahu, mesti dia marah” balas Tengku Akim sambil menunjukkan riak muka risau yang sengaja dibuat-buatnya. Di dalam hatinya dia ketawa senang dengan berita kehilangan abang tirinya itu.

“tak payah bagi tahu bonda. Nanti teruk Nubhan kena marah. Kita cari je. Jom” Tengku Riz pantas menarik tangan Tengku Akim bersama-samanya. Walaupun tidak sebulu masih ada lagi perasaan kasih kepada abangnya itu bisik hatinya .

No comments: