Saturday, January 9, 2010

Seadanya Aku- Part 10

Tengku Nubhan mundar mandir di dalam biliknya. Esok dia akan pulang semula ke sekolahnya. Namun dia masih belum berpeluang untuk bercakap dengan Stacy. Sejak semalam dia mencuba menelefon gadis itu namun tidak berjaya. Hampir sahaja dia berputus asa. Awalnya dia menganggap Stacy enggan bercakap dengannya, namun selepas menerima mesej daripada gadis iu yang menyatakan bahawa dia sibuk menguruskan sesuatu, dia akur. Semester kedua persekolahan akan bermula, pasti banyak perkara yang perlu diuruskan. Tambahan pula semester kedua akan menjadikan semester paling mencabar buat pelajar yang akan menduduki peperiksaan terutamanya pelajar tingkatan 5 sepertinya. Berbanding adik tirinya, Tengku Akim, Nadia dan Stacy yang berada di tingkatan empat. Mereka tidak merasakan tekanan yang dialami olehnya dan Tengku Riz.
Sebagaimana yang telah dipersetujui oleh bonda dan ayahandanya, Tengku Nubhan akan dihantar melanjutkan pelajaran ke Stamford University sebaik sahaja tamat menghadapi peperiksaan SPM. Walaupun ini bukan merupakan keputusan yang dibuat olehnya,namun dia akur dengan amanat yang tergalas dibahunya sebagai calon utama pewaris takhta kerajaan. Salah seorang yang memainkan peranan penting dalam mengatur hidupnya,sudah pasti bonda Tiara yang beriya-iya menyuruh Tengku Nubhan segera berangkat ke luar negara sebaik tamat persekolahan. Hal ini secara tidak langsung amat merungsingkan pemikiran Nubhan jika keberangkalian Stacy akan menjadi hak milk orang lain.
“Stacy?? Benarkah cinta?”Tengku Nubhan tiba-tiba meledakkan tawa. Lucu pula apabila hati dan perasaan sudah merasakan sesuatu. Sesuatu??? Rindu,sayang,suka.. namun dia masih dalam penafian. Tidak mungkin seorang Tengku sepertinya akan terpikat hanya dengan seorang gadis biasa yang baginya sangat comel. Disebalik wajah putih yang ‘innocent’ gadis itu,ada sesuatu yang istimewa yang membuatkan dia tidak betah duduk diam sekiranya bertemu. Pasti ada saja usikan untuk Stacy.
Perkenalan dan peperangan mereka selama seminggu sepanjang di kem perkhemahan terbayang dimatanya. Indah. Stacy bukan gadis yang seperti biasa dikenalinya. Gadis itu berbeza. Tegas namun ada sifat nakal yang mencuit hatinya itu. Stacy tidak mudah mengalah.
“Oi. Baru seminggu kau kenal dengan budak kecik tu kau dah tak betul.” Tegur Tengku Riz. Dia tersenyum melihat sepupunya yang sedang angau itu. Tak sangka perkenalan singkat dengan gadis bernama Stacy itu telah mengetuk pintu hati Tengku Nubhan.
“Mana ada. Lagipun aku baru je kenal dengan dia. Kenal pun tak sangat. Macam mana boleh jatuh cinta?” Balas Tengku Nubhan sambil tersenyum. Segan pula apabila ditegur oleh sepupunya sebegitu.
“Love at the first sight. Kau percaya? Aku percaya” Tengku Riz menggiat lagi.
“Memang la kau percaya kalau dah tiap-tiap hari kau bergayut dengan si Nadia tu” Ujar Tengku Nubhan selamba. Tengku Riz ketawa. Memang hampir setiap hari dia akan menghubungi gadis itu.
“Dah banyak kali aku telefon dia, tapi sampai sekarang aku tak dapat cakap dengan dia lagi. Mula-mula, mama dia cakap, lepas tu papa dia. Tadi pulak aku ‘call’ tak dapat. Hurmmm.. susahnya nak cakap dengan si Stacy tu” Nubhan mengeluh. Suara gadis itu masih belum didengarinya sejak pulang dari perkhemahan. Rindu.
“Aik? Betul ke tu telefon dia? Entah-entah tu phone parents dia tak?” Tengku Riz mula serkap jarang.
“Tak la. Tu memang phone dia. Dia mesej tadi. Dia sibuk uruskan hal sekolah.semester kedua kan nak mula dah”. Balas Tengku Nubhan. Dia menuju ke biliknya. Banyak lagi barang yang perlu disiapkan sebelum pulang ke RMC esok. Tengku Riz menurut langkahnya. Mereka beriringan ke bilik Tengku Nubhan.
Tengku Akim yang berada tidakjauh dari situ semakin geram dengan abang tirinya itu. Nubhan berjaya mendapatkan nombor Stacy! Ini bermakna dia kalah dalam pertaruhan mereka. Hatinya menjerit geram.
************************************************************************************************************
“Welcome back dude! Hahahahaha” pelajar-pelajar RMC mula berkumpul di dalam dewan sebelum masuk ke asrama mereka. Riuh rendah suasana dewan dengan suara dan ketawa pelajar-pelajar. Namun suasana tiba-tiba menjadi sepi sebaik sahaja Tengku Nubhan melangkah masuk ke dalam dewan. Sebagai seorang ketua pelajar,beliau amat dihormati dalam kalangan pelajar junior dan rakan seperjuangan. Karisma yang dimiliki selain sikap prihatin dalam soal agama juga merupakan faktor beliau terpilih dan mendapat undian tertinggi ketika pencalonan ‘headboy’ diadakan pada pertengahan semester tahun lepas. Sekarang rutinnya pasti akan bertambah apabila terpaksa turut serta dalam pemilihan bakal ‘headboy’ seterusnya di samping kesibukan menyiapkan diri untuk menduduki SPM tidak lama lagi.
Rata-rata pelajar menumpukan perhatian kepada Tengku Nubhan apabila arahan ‘command’ diberi oleh seorang pelajar yang bertanggungjawab. Mereka berbaris dan senyap menunggu arahan. Sememangnya pelajar-pelajar RMC telah dilatih seperti itu. Etika dan disiplin merupakan perkara utama di RMC. Ini menjadikan para pelajar lebih matang dan bertanggungjawab.
Selesai sahaja ucapan ringkas daripada beberapa orang guru,Tengku Nubhan pantas memainkan peranan sebagai ketua pelajar dan turut memberikan teguran atas sikap segelintir pelajar yang membuat endah tidak endah sebaik ‘command’ dilaungkan. Dia akui,walaupun berstatus pelajar RMC tidak semestinya dalam kalangan mereka dapat mengikuti rentak kehidupan ala-ala tentera yang sememangnya mempunyai peraturan ketat yang harus dipatuhi.
“The safe ship in the storm is a leadership”ini adalah antara kata-kata pujangga yang dipetik dari Henry Stamford dan menjadi slogan para pelajar RMC. Semangat ini telah lama diterapkan bermula sejak mereka menjejakkan kaki di sekolah itu lagi. Tidak hairanlah jika setiap teguran yang diberi oleh Tengku Nubhan akan disambut baik oleh para pelajar.
***********************************************************************************************************
“Stacy!!!!!!!!!!” Nadia pantas mendapatkan rakan baiknya itu. Sejak pulang dari perkhemahan tempoh hari dia hanya sempat menemui Stacy ketika gadis itu dimasukkan ke wad. Amylea turut mendapatkan dua orang rakan baiknya itu. Mereka berpelukan.
“Amacam prince charming kau tu?” Nadia dan Amylea tersenyum nakal.
“urmm.. tak sempat pun nak cakap dengan dia. Aku sempat mesej je. Tu pun sebab nak cakap aku ‘busy’ tak boleh nak jawab ‘call’ dia.” Ujar Stacy. Tangannya sibuk mengeluarkan baju daripada beg untuk dimasukkan ke dalam locker.
Nadia dan Amylea tercengang. Tak kan la susah sangat nak cakap dengan Tengku Nubhan fikir mereka. Mereka kembali merenung Stacy yang seperti tidak kisah tentang putera raja yang sudah menggilai dirinya itu.” Adakah Stacy memang tidak tahu lagi tentang asal usul Tengku Nubhan yang berdarah raja? “detik hati Nadia. Bagaimana jika Stacy tahu tentang sikap Permaisuri Tiara pula? Nadia tidak mampu membayangkannya. Seram.
“Tak kan la kau busy giler sampai nak jawab phone call pun tak boleh?” Amylea pelik. Sesibuk mana pun, dia tidak pernah membiarkan telefonnya tidak berjawab.
“Aku keluar hari tu beli barang lepas tu tak bawak phone. Lupa. Masa tu la dia call. Masa aku nak call balik, mama aku suruh ‘packing’ kau tau la mama aku tu macam mana. Selagi tak ‘settle’ selagi tu la dia tak kan duduk diam. So kesimpulannya aku memang sibuk dan hanya mesej je cakap aku busy.” Stacy menjawab tenang. Wajah rakannya dipandang satu per satu.
“Kenapa korang cakap Nubhan tu ‘prince charming’ aku? Aku kenal dia pun tidak. Lagipun dia tu pembuli!” Stacy mula duduk menghadap rakan-rakannya yang berada di atas katilnya itu. Teman-teman sebilik yang lain sudah keluar ke dewan untuk melapor diri dan minum petang.
“ha?? Er.. tak ada la. Dia macam ada ‘crush’ dengan kau je. Macam dah jatuh chenta” Nadia dan Amylea ketawa.
“lagipun kalau kau tak kenal dia. Kenapa kau bagi nombor kau kat dia? “Amylea mula mengusik.
“Dah dia minta. Aku bagi la. Lagipun korang pun tukar-tukar nombor jugak kan?” Wajah Stacy merona merah. Segan
“Hurmm.. kalau macam tu, kenapa bila adik dia Tengku Akim minta kau tak bagi?” Nadia pula mengusik
“Huh? Akim tu. Er.. dia.. ermm. Entah la. Aku tak suka la dengan sikap dia tu. Sombong giler. Perangai dia tu semacam je”. Balas Stacy gugup. Akim dan Nubhan dua individu berbeza yang mula dikaitkan dengan dirinya sejak pulang dari perkhemahan tempoh hari oleh rakan-rakannya. Perlbagai andaian tentang hubungannya dengan dua lelaki itu didengarinya. Namun sejujurnya dia lebih menyenangi Nubhan berbanding Tengku Akim walaupun Nubhan bersikap pembuli.
“Eh. Tadi kau cakap Akim tu adik Nubhan? Bukan dia orang kanan Akim ke?”Stacy merenung Nadia.
“Ha? Aku ada cakap macam tu ke? Bukan la. Maksud aku Nubhan tu dah anggap Akim macam adik dia. Ye la, Nubhan kan jaga Akim. So diorang rapat macam adik beradik la. Tu maksud aku” Balas Nadia. Dia gugup. Teringat perjanjiannya dengan Tengku Nubhan dan Tengku Riz untuk tidak memberitahu Stacy perihal itu.
“Owhh.. tapi kan masa aku kena denda hari tu ada sorang lelaki datang. Dia panglima kepada Akim. Tapi aku rasa dia panggil Nubhan tengku jugak”. Stacy mula mengesyaki sesuatu. Sejak pertemuannya dengan lelaki yang bernama Panglima Aris itu dia merasakan Nubhan ada kaitan dengan Tengku Akim. Bukan sekadar orang kanan. Tetapi lebih daripada itu.
Nadia dan Amylea berpandangan. Mereka diam tidak memberi respon. Biarlah Stacy mengetahuinya daripada mulut Tengku Nubhan sendiri.
Selesai mengemas mereka terus menuju ke dewan makan untuk melaporkan diri dan minum petang.

No comments: