Friday, January 8, 2010

Seadanya Aku- Part 9

“Stacy!!...”Nadia menjerit sebaik sahaja dia memasuki wad yang didiami Stacy. Jururawat yang bertugas pantas menjeling ke arah Nadia. Bimbang pula gadis itu akan terus membuat bising dan mengganggu pesakit-pesakit lain. Nadia tersenyum dia mengangkat tangan tanda meminta maaf.
Stacy tersenyum melihat rakannya itu. Nadia merupakan rakannya yang paling riuh sekali. Ada sahaja perkara yang akan dilakukan untuk menceriakan suasana.
“Amacam babe dah ok dah? Nubhan risau gila kau masuk hospital tau”Ujar Nadia sebaik sahaja duduk di kerusi di sebelah katil Stacy. Dia tersenyum .
“Aku okay. Mamat tu risau kat aku ke? Ye ye je risau. Entah-entah suka. Mamat tu bukan boleh percaya” Ujar Stacy selamba. Ada sesuatu rasa di hatinya setiap kali nama Nubhan disebut. Dia tidak pasti apakah maknanya itu. Dia tidak tahu.
“Ye la. Masa aku bagi tau tu dia macam curious sangat nak tahu kenapa kau masuk hospital. Kira concern la tu. Oh.. nombor kau aku dah bagi kat dia. Dia carik kau masa last day hari tu. Tapi kau dah masuk hospital dulu. Tapi aku rasa nasib baik juga kau tak ada” Nadia teringat Bonda Tengku Nubhan yang sombong itu. Jika Stacy yang diherdik hari itu dia tidak tahu apa perasaan Stacy hari itu. Pasti rakannya itu terkejut tahap dewa. Masakan tidak Tengku Nubhan hanya memperkenalkan dirinya sebagai orang kanan kepada Tengku Akim sedangkan hakikatnya Tengku Nubhan merupakan putera raja.
“Thanks tolong sampaikan. Kenapa kau cakap last day tu aku tak ada pun tak pe. Kau tak suka aku jumpa dia ek? Ke kau dah tersuka pulak kat dia?” Stacy mula serkap jarang.
“Eh. Kau jangan la cakap macam tu. Kalau kau ada tapi kau sakit tak guna jugak. Aku lagi suka kalau kau ada. Tapi dah kau sakit tak kan nak tunggu jugak. Lagipun tak ada maknanya aku nak ‘tackle’ si Nubhan tu.”Balas Nadia selamba. Dia sudah ada Tengku Riz, walaupun belum ke tahap yang lebih serius. Mereka mahu berkawan sahaja dulu. Tambahan pula mereka masih belajar dan Tengku Riz akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.
“Hahahaha. Aku tau kenapa kau tak nak ‘tackle’ Nubhan.”Stacy mula tersenyum nakal. Akhirnya ketawa mereka pecah, namun pantas menutup mulut apabila ditegur oleh jururawat yang bertugas.
************************************************************************************************************
“Hurm.. nak telefon ke tak ni?”Nubhan mundar mandir taman istana. Tangannya masih menggenggam Iphone miliknya. Dia berkira-kira sama ada hendak menelefon Stacy ataupun tidak. Sejak mendapat nombor dan alamat emel gadis itu tidak pernah sekalipun dia cuba menghubungi gadis yang sudah mula mengetuk hatinya itu. Dia tahu belum masanya lagi untuk bercinta atau memikirkan tentangnya. Namun seraut wajah itu seringkali hadir dalam ingatannya. Dia mengeluh.
“Oit. Dari tadi pegang phone dengan tengok laptop. Kau kenapa? Rindu ke?”. Tengku Riz mula mengusik. Dia tahu sepupunya itu ingin menghubungi Stacy namun ragu-ragu.
Tengku Nubhan tidak memberi apa-apa reaksi. Sekadar memerhati sepupunya itu. Dia tahu Tengku Riz sudah mula berhubung dengan Nadia. Mereka sudah mula berkawan. Tambahan pula hubungan mereka memang bermula dengan baik berbeza dengan dirinya yang mula membuli Stacy sejak awal perkenalan mereka.
“Kau dah telefon dia ke?”Tanya tengku Riz apabila melihat tiada respon daripada Tengku Nubhan .
Tengku Nubhan sekadar menggelangkan kepalanya. Tangannya masih lagi bermain-main dengan Iphonenya.

*************************************************************************************************************
Sebaik sahaja selesai makan malam, Tengku Nubhan terus beredar ke biliknya untuk mengemas pakaiannya untuk pulang ke sekolah semula. Selesai mengemas matanya melirik kearah telefon bimbitnya. Tangannya pantas men’dial’ nombor Stacy. Hatinya berdebar.
“Hello” ujar satu suara dihujung talian. Jantung Nubhan berdegup kencang.
*************************************************************************************************************
“Heaven!” Stacy pantas melompat ke atas sofa. Sesak otaknya berlama di hospital. Akhirnya dia dibenarkan pulang selepas suhu badannya turun.
Stacy mengangkat kepalanya sebaik sahaja mendengar deringan telefon bimbitnya. Dia memandang ke arah papanya Encik Mizal yang turut memandangnya. Dia melompat bangun dari pembaringannya sebaik sahaja mendengar suara mamanya bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Dia memandang mamanya. Serius. Siapa pula yang menelefonnya. Daripada pendengarannya suara yang memanggil itu adalah lelaki. Siapa?
“Assalamualaikum. Nak cakap dengan siapa? Awak ni siapa?”Ujar Puan Sarimah lembut. Matanya memandang kearah suaminya.
“Nubhan? Nak cakap dengan Stacy?!” Puan Sarimah pelik. Tidak pernah mendengar nama itu sebelum ini. Encik Mizal bingkas bangun mendahului anaknya yang mula mahu merebut telefon daripada tangan isterinya itu. Telefon bertukar tangan. Stacy melongo. Habislah !
“Kenapa telefon anak pak cik malam-malam ni? Tak boleh tunggu siang? “ Encik Mizal memulakan bicara dengan sengaja dikeraskan suaranya. Stacy yang setia berdiri di hadapannya sudah menarik muka 14. Adoi papa ni. Encik Mizal hampir ketawa melihat wajah mencuka anaknya itu, namun ditahan. Mukanya sengaja diseriuskan. Nubhan pun satu kalau nak telefon tu ‘roger’ la awal-awal jerit hati Stacy.
“ha? Err.. pak cik saya.. er.”Nubhan tersentak apabila ditanya sebegitu. Apa aku nak jawab ni? Bisik hatinya. Kepalanya yang tidak gatal digarunya.
Encik Mizal tersenyum apabila mendengar suara Tengku Nubhan yang tergagap-gagap itu. Wajah anaknya yang mencuka dihadapannya pula dipandang. Ada sesuatukah antara mereka?
“Pak cik cuma nak pesan. Lain kali kalau nak telefon anak pak cik telefon la pada waktu yang sesuai” Encik Mizal menjeling Stacy. Stacy mencebik. Geram. Waktu sesuai? Baru pukul 8.30 bisik Stacy pada mamanya tidak puas hati. Puan Sarimah hanya ketawa. Suaminya itu suka menyakat anak tunggal mereka itu.
Nubhan dihujung talian memandang Tengku Riz yang setia menemaninya dari tadi. Matanya dilirik kearah jam pula. Baru pukul 8.30 malam. Tak sesuai ke telefon masa ni fikirnya.
“Bukan apa, Stacy baru balik dari hospital, dia penat lagi. Pak cik harap kamu faham. Kamu nak cakap dengan dia ke?” Encik Mizal tersenyum mengusik. Wajah Stacy merona kemerahan. Papanya mengenakannya pula.
“owhh.. kalau macam tu tak apa la pakcik. Mungkin Stacy nak berehat. Nanti saya telefon semula. Kirim salam kat Stacy yer pakcik. Assalamualaikum” Tengku Nubhan menarik nafas lega. Fikirnya bapa Stacy tidak membenarkan Stacy berkawan dengannya.
“waalaikumsalam” Dia mematikan telefon dan memberikannya kepada Stacy yang tercengang. Stacy merenung papanya. Pelik.
“Dia cakap apa?” Tanya Stacy. Tak kan Nubhan telefon sebab nak cakap dengan papa jer bisiknya sendiri.
“Dia kirim salam” Balas Encik Mizal selamba. Matanya kembali focus kepada televisyen dihadapannya. Isterinya, Puan Sarimah tersenyum.
“Tu je ke papa?” Stacy bertambah pelik.
“Ye la. Dia tak cakap nak masuk meminang pulak kat papa tadi. Kenapa dah plan ke? ” Matanya diarahkan kepada anaknya itu. Sengaja menukar riak mukanya kepada lebih serius.
"Ha?? Apa papa merepek ni? Terlebih suda papa ni. Mama.” Stacy memandang mamanya dengan muka kasihan meminta pengertian mamanya.
Puan Sarimah pula mengangkatkan keningnya tanda menyokong suaminya. Sekali sekala mengenakan anaknya itu.
Stacy merengus. Papa dan mamanya memang sengaja hendak mengenakannya. Dia bingkas bangun.
“Stacy dah ngantuk . nak tidur dulu la. “ stacy menggosok matanya. Lebih baik lari daripada terus terusan menjadi bahan usikankedua orang tuanya itu. Hatinya sedikit kecewa kerana tidak dapat bercakap dengan Nubhan. Tak apalah lagipun lain kali boleh cakap juga pujuk hatinya

No comments: