Thursday, January 7, 2010

Seadanya Aku - Part 8

"kau dah tengok handphone kau?" Ujar Tengku Riz sebaik sahaja mendapatkan Tengku Nubhan yang sedang duduk di taman istana. Dayang istana segera membawa minuman untuk Tengku Riz yang baru sahaja tiba itu.
"kenapa pulak ngan handphone aku? rosak ke? aku tengok ok je" Tengku Nubhan membelek-belek handphonenya. Pelik dengan soalan Tengku Riz yang tiba-tiba itu.
"kau bukak la gallery" Tengku Riz tersenyum nakal.
"apasal kau ni?" Tengku Nubhan semakin pelik dengan gelagat Tengku Riz. Pantas dia membuka gallery di handphonenya. dia tersenyum. Lebar.
"macam mana.. erk? macam mana kau dapat gambar dia? 'candid' tapi cute. masa aku nyanyi tu ek?" Tengku Nubhan semakin teruja sebaik sahaja mengetahui isi kandung handphonennya itu. Tengku Riz memang tidak pernah mengampakannya.
"ehem.. sebagai kawan kau yang paling baik. mestilah aku dapatkan yang terbaik untuk kau" Tengku Riz tersenyum bangga.
"Ni ikhlas ke tak ni?"
"Sebagai balasan, aku tak payah cuci baju kau macam yang kita 'deal' hari tu. ok x?" Tengku Riz tersenyum.
"aku dah agak dah. mana boleh macam tu"
"kalau tak boleh... " tengku Riz bingkas bangun dan merampas handphone daripada tangan Tengku Nubhan. Dia terus berlari meninggalkan tengku Nubhan yang tersentak.
"Woi!! Riz jangan! arghhh" Nubhan bingkas bangun mengejar Tengku Riz. Habislah kalau Riz padam gambar tu. rindu la aku macam ni jerit hati Nubhan geram.
Tengku Riz semakin giat ketawa. lariannya semakin laju. hingglah tiba-tiba..
"Aduh! apa ni berlari-lari dalam istana? kau ingat ni bapak kau punya?!" Jerit Permaisuri Tiara lantang. matanya dicerlungkan kearah Tengku Riz yang masih lagi terduduk di hadapannya. Tengku Nubhan yang mengejar Tengku Riz sebentar tadi terus menghentikan lariannya sebaik sahaja mendengar jeritan bonda tirinya itu. Habislah kalau Bonda nampak!
Permaisuri Tiara merenung Tengku Nubhan tajam. Semakin hari dendamnya terhadap anak tirinya itu semakin dalam. Dia ingin meneruskan perjalanannya namun terhenti sebaik sahaja dia terpijak sesuatu. Telefon bimbit Tengku Nubhan!.
"Siapa perempuan murah ni?" Permaisuri Tiara mara kearah tengku Nubhan yang kaku di tempatnya. Mata Nubhan merenung gambar Stacy yang tertera di skrin 'handphone'nya. hatinya panas sebaik sahaja mendengar kata-kata bondanya itu.
"Bonda tidak suka! Jodoh kamu sudah bonda tentukan dengan Tengku Lufya. jadi jangan nak mengada-ngada hendak mencari perempauan murahan macam ni." Ujar Permaisuri Tiara bongkak.
"Bonda tak ada hak nak tentukan siapa pasangan saya"Balas tengku Nubhan geram. Dia merampas kembali telefon bimbitnya. dia berpaling untuk pergi, namun..
"kenapa ni?" Sultan Adlin bertanya. Dia mendengar riuh rendah di perkarangan istana.
"tak ada apa kanda. Dinda cuma menasihatkan anak kita ni. dinda mahu dia belajr dahulu, kemudian barulah bercinta. dinda tidak mahu dia hanyut dam mengabaikan pelajarannya" Ujar Permaisuri Tiara lembut. matanya melirik kearah Tengku Nubhan yang seperti ingin menyatakan sesuatu kepada ayahandanya. dia membuntangkan matanya mengancam.
"Sudahla dinda. kanda tahu Nubhan tidak mungkin akan mengabaikan pelajarannya itu. Nubhan, ayah tak mahu kamu leka, beri tumpuan kepada SPM kamu dahulu. Kemudian ketika kamu berjaya menyambung belajar nanti jika kamu ingin bercinta dengan sesiapa pun ayah tidak kisah. Asalkan wanita itu baik dan mencintai kamu juga"
"Tapi kanda.."Permaisuri Tiara cuba membantah.
"Sudahla.. biarkan dia tentukan hidup dia. kita tak perlu ikut campur" Sultan Adlin pantas menarik tangan isterinya lembut. mereka beriringan masuk ke istana.
Hati Nubhan melonjak-lonjak kegembiraan sebaik sahaja mendengar kata-kata ayahandanya. Dia menang!
Di sebalik jendela, Teengku Akim mengetap bibirnya geram. Tengku Nubhan sudah melampau kerana meninggikan suara kepada bondanya.
************************************************************************************************************
"Tengku macam mana, hari ni nak berlatih lawan pedang atau menunggang kuda?" Panglima Aris memandang kearaha Tengku Nubhan yang masih berkira-kira apa uang ingin dilakuakn pada hari itu.
Tengku Nubhan senyap. Sejak Permaisuri Tiara menggelarkan Stacy perempuan murahan 'mood'nya terus hilang. dia merengus. dia memandang kearah Panglima Aris sekilas.
"Bawakkan kuda ke sini. saya nak bersiar-siar. tolong panggilkan Tengku Riz ke sini juga"Tengku Nubhan memberi arahan dan terus berlalu. malas berlama-lama dia hadapan Panglima Aris. sesekali dia merasakan Panglima Aris merupakan pengawalnya yang paling setia, namun kadang kala merupakan musuhnya. Oleh itu, dia lebih gemar memberi kepercayaannya kepada Tengku Riz dan Panglima Fazley yang merupakan penolong kepada Panglima Aris.
Panglima Aris terus beredar sebaik sahaja mendengar arahan daripada Tengku Nubhan. Tengku Akim yang berada tidak jauh dari situ mengeluh. dia tidak berpeluang untuk beradu tenaga dengan Nubhan hari ini. Kehandalannya bermain pedang diakui oleh Panglima Aris. Akim lebih cekap dan tangkas berbanding Nubhan dalam hal itu. Dia berlalu akhirnya.
***********************************************************************************************************
"Nubh, aku minta maaf pasal tadi. Tak pasal-pasal je bonda kau tau pasal Stacy. Aku tak berniat pun nak buat macam tu. Aku bergurau je tadi" ujar Tengku Riz. Dia berasa amat bersalah dan kesal dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Jika bukan kerana dia melarikan telefon bimbit Nubhan, pasti Permaisuri Tiara tidak mengetahui tentang perkara itu.
"Sudahla Riz. Benda nak jadi. Nasib baik dia tak tahu apa-apa pasal Stacy. Tapi aku risau jugak., mesti bonda fikir aku ada hubungan dengan dia. walaupun aku rasa aku dah mula sayang kat dia" Balas Nubhan. Dia tahu bonda tirinya itu tidak akan berdiam selagi tidak mengetahui apa status Stacy dalam dirinya. Ayahandanya mungkin tidak kisah, namun sikap bonda tirinya yang suka berdendam itu memang amat digeruninya. Permaisuri Tiara sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamatnya.

No comments: