Friday, January 1, 2010

Seadanya Aku - Part 2

“ni semua awak punya pasal la ni. Kalau awak tak serang khemah kitorang kita tak kena denda berjaga malam ni. Huh!” ujar Tengku Nubhan tiba-tiba. Hatinya geram apabila diarah berjaga malam itu oleh Jeneral Ramli. Kalau bondanya tahu pasti teruk dia dimarahi. Apatah lagi apabila mengetahui dia bergaul dengan Stacy yang merupakan orang kebanyakan. Walaupun dia tidak kisah dengan semua itu, namun bondanya cukup menjaga status keluarganya itu.

“halloo. Salah saya pulak. Awak yang ‘start’ dulu semalam. Kalau awak tak baling lumpur semalam, saya tak akan serang kumpulan awak tu” balas Stacy geram. Dia pula yang dipersalahkan. Matanya sudah berat. Sudahla penat semalam tidak hilang lagi. Malam ini terpaksa pula berjaga . Malam semakin hening. Akhirnya Stacy rebah di bahu Nubhan. Matanya tidak dapat bertahan lagi.

Tengku Nubhan agak tersentak pada awalnya namun membiarkan sahaja. Timbul pula rasa simpati dihatinya terhadap gadis itu. Perkenalan mereka bermula dengan pertempuran yang dimulakan oleh dirinya sendiri. Dia masih tidak tahu nama gadis tersebut.

“Tengku” bisik seseorang tiba-tiba. Dia memegang bahu Nubhan cuba mengejutkannya.

Nubhan terus membuka matanya. Dia terus berpaling kearah Stacy yang masih lagi terlentok dibahunya. Dia mengalihkan Stacy keatas tikar alas mereka duduk perlahan dan bingkas bangun menarik orang yang mengejutkannya tadi.

“Syhhh.. jangan panggil tengku boleh tak?” ujar Nubhan sambil mukanya sengaja diseriuskan.

“er... tapi tengku.. “

“syhhh.. kau tak faham ke apa? Kenapa kau datang ni?”balas Tengku Nubhan pantas. Matanya masih lagi memerhati Stacy. Risau juga kalau gadis itu terbangun dan mendengar perbualan mereka.

“Bonda permaisuri yang suruh saya datang kesini untuk memeriksa keadaan raja muda berdua. Er.. mana Tengku akim?”Tanya lelaki itu pula

“hurmm bonda ni. Dah macam dalam istana pula. Setiap pergerakan aku memang nak kena laporkan ke? Akim ada kat dalam khemah. Masih tidur agaknya.

Lelaki yang mengejutkan Nubhan sebentar tadi melihat kearah khemah yang ditunjukkan oleh Nubhan. Matanya memerhati pula Stacy yang masih nyenyak tidurnya beralaskan tikar diluar khemah. Apa pula yang dilakukan oleh Tengku Nubhan bersama gadis itu. Sewaktu dia mengejutkan tengku Nubhan, gadis itu tidur dibahu Tengku Nubhan. Mereka kelihatan akrab.

“ehem.. kau tengok apa tu. Kitorang kena denda berjaga malam tadi. Sebab tu la dia tertidur kat bahu aku”jelas tengku Nubhan. Dia dapat memerhatikan pandangan tajam Panglima Aris terhadap Stacy. Panglima Aris merupakan orang kepercayaan bondanya. Setiap gerak geri dia dan adiknya akan dilaporkan kepada bonda.

Panglima Aris hanya menganggukkan kepalanya. Perkara tersebut harus dilaporkan kepada Permaisuri Tiara. Pasti permaisurinya tidak gemar akan perkhabarannya itu. Dia tersenyum sendiri. Sultan Adlin tidak pernah kisah dengan siapa anaknya ingin berkawan. Berbeza pula dengan sikap permaisuri yang lebih bersikap mengawal perhubungan anak-anaknya.

“Panglima Aris!” jerit Tengku Akim. Dia tersenyum melihat orang kepercayaan bondanya ada di situ. Pasti bondanya yang menghantarnya. Nampaknya perkhabaran tentang kelakuan abangnya akan sampai ke telinga bondanya sebentar lagi. Tidak sia-sia dia menghantar mesej kepada Panglima Aris malam tadi. Dia memang boleh diharap.

“Tengku Akim” dia pantas mendapatkan Akim. Nubhan sekadar memerhati. Adik tirinya itu memang manja dengan panglima yang juga merupakan pengawal mereka. Agak-agak la sampai berkhemah pun nak kena berkawal juga. Baik aku berkhemah depan istana je. Tak payah susah-susah nak meredah hutan. Tak ‘adventure’ langsung rungut Nubhan didalam hati.

“hurmm korang kalau nak ‘feeling-feeling’ Hindustan berpeluk dalam hutan dipersilakan. Tapi tak payah la nak formal sangat panggil Tengku. Nanti kalau orang tau macam mana? Aku nak kehidupan yang normal selama seminggu ni dan kau Panglima Aris boleh la balik. Tak payah nak jaga kitorang dalam hutan ni. At least for this whole one week, please disappear. Kitorang tak perlukan kau. Boleh?” ujar Tengku Nubhan. Meluat pula dengan aksi Akim yang seperti sudah 10 tahun tidak berjumpa dengan penjaga mereka itu. Sejak dulu lagi dia tidak sebulu dengan anak tiri ayahandanya itu. Entah dimana silapnya,Tengku Akim seperti berdendam dengannya. Bonda Akim pula melayannya dengan baik. Dia tidak tahu sama ada bonda tirinya itu ikhlas ataupun tidak. Namun sudah memadai baginya apabila melihat ayahandanya gembira.

“ehmmm.. sakitnya tengkuk aku” Stacy bangkit dari tidurnya dan mengeliat. Dia melihat ke sekitarnya. Mana pula budak tu? Namanya pun aku tak tahu. Tapi berjaga sama-sama. Hehehehe. Hatinya tertawa sendiri. Dia bingkas bangun. Rakan-rakannya yang lain masih lagi tidur di dalam khemah. Stacy menuju kearah anak sungai berhampiran tempat mereka berkhemah. Namun langkahnya terhenti sebaik sahaja terdengar suara di sebalik semak berhampiran sungai.

“maafkan saya Tengku nubhan tapi ini adalah arahan daripada permaisuri Tiara,darjat seorang raja tidak boleh disamakan dengan orang kebanyakan”kata panglima tersebut tegas. Stacy kaku di situ sebaik mendengar bait-bait percakapan tersebut. Walaupun masih samar-samar di penglihatannya kerana terpaksa bangun seawal 4.00pagi,dia mengenali suara itu. Tapi siapakah yang mengiringi kelibat dua pemuda itu? Setahunya hanya seramai 6 orang tenaga pelatih yang terlibat dalam ekspedisi ini. Mereka adalah antara yang bertanggungjawab membimbing peserta dalam mengetahui selok-belok hutan dalam aktiviti ‘jungle trekking’ dan ‘mount climbing’.

“Oh,ya!sebentar tadi dia juga ada mendengar panggilan yang diberikan oleh lelaki tersebut kepada musuhnya itu serta seorang pemuda yang kelihatannya sebaya dengan dirinya. TENGKU?????” bisik Stacy perlahan. Dia cuba merapatkan dirinya kearah 3 orang lelaki dihadapannya itu. Namun kakinya tersilap langkah. Dia terjatuh.

“ Ouchh.. sakitnya!” Stacy mengaduh kesakitan sambil tangannya menutup mulut. Bimbang pula didengari oleh lelaki-lelaki tersebut.

Sebaik sahaja mendengar jeritan dari sebalik semak. Panglima Aris melangkah pantas. Matanya merenung tajam kearah Stacy yang masih lagi terduduk. Tengku Akim dan Tengku Nubhan menurut langkah penjaga mereka itu. Hampir sahaja terkeluar biji mata Nubhan sebaik sahaja melihat Stacy yang menjerit tadi. Sudah tahukah gadis itu tentang status dirinya? Tengku Nubhan mengorak langkah kearah Stacy untuk membantunya berdiri. Namun pantas ditepis oleh Panglima Aris.

“Apa kau buat kat sini?” herdik Panglima Aris. Matanya merenung tajam kearah Stacy yang masih lagi kaku memandangnya.Tengku Akim pantas menyelit. Cuba menenangkan penjaganya itu.

“Sudahla tu Panglima. Mungkin dia nak lalu je kat sini. By the way kenalkan saya Tengku Afiq Hakim. Panggil Akim je” Ujar Akim sambil tersenyum. Cuba menggoda Stacy

“Dan yang ni pula.. Teng..”Akim tidak meneruskan kata-katanya apbila merasa kakinya seperti dipijak. Dia menoleh kearah Tengku Nubhan yang menjeling kepadanya. Dia mendengus.

“Saya Nubhan. Orang Kanan Tengku Akim.”tangannya dihulurkan sebagai tanda perkenalan. Namun Stacy hanya menyambut huluran tangan Akim. Akim tersenyum bangga, lantas mencium tangan Stacy persis putera raja melayan puteri. Stacy pantas menarik tangannya. Tidak selesa diperlakukan begitu. Matanya masih lagi memerhati Akim. Tidak sangka seorang putera raja akan menyertai perkhemahan mereka bersama pengawalnya yang sakit otak!

“oh ya, yang ni pula Panglima Aris. Ketua pengawal istana Kerajaan Inderapura dan merupakan pengawal saya. Sama seperti Nubhan” Ujar Akim lagi. Stacy sekadar mengangguk. Malas mengambil tahu tentang perihal anak raja itu. Sikap Akim yang agak riak itu juga kurang disenangi Stacy.

“Awak! Cepat tolong saya buat ‘breakfast’. Karang kalau Jeneral bangun habis kita di semburnya”Ujar stacy. dia terus berlalu dari situ. Hairan juga melihat wajah Panglima Aris yang seperti ingin menerkamnya sebaik sahaja dia menjerit kearah Nubhan tadi. Siapa sebenarnya Nubhan? Raja Muda juga ke seperti Akim? Ahh! Kalau Raja Muda perangai dia mesti macam Akim yang lebih bersopan dengannya. Nubhan pula lebih banyak membuli.

“Cepatla!” jerit Stacy lagi. Kakinya sudah diatur untuk menuju ke sungai semula.Tengku Nubhan sekadar tersenyum. Panglima Aris dan Akim hanya memerhati.

“Aku akan rampas dia daripada kau Nubhan, apa saja milik kau akan jadi milik aku!” jerit Akim dalam hatinya. Matanya memandang kearah penjaganya yang sentiasa menyokong tindakannya. Panglima Aris akan membantunya.

“Okay Panglima. Kau boleh balik sekarang. Kirim salam dengan ayahanda dan bonda. Jangan datang sini lagi dan.. jangan bagi tahu bonda tentang Stacy tadi. Bonda juga tidak perlu tahu tentang kejadian tadi. Faham ?” Ujar Tengku Nubhan. Dia tahu jika bonda tirinya tahu dia menjadi suruhan kepada gadis biasa seperti Stacy maknanya bonda tirinya itu akan membuat apa sahaja untuk membalas dendam kepada Stacy.

Panglima Aris mengangguk faham. Hatinya senang melihat tengku Nubhan mula risau tentang gadis itu. Ia boleh dijadikan senjata untuk menjatuhkan tengku Nubhan suatu hari nanti.

No comments: