Monday, January 11, 2010

Seadanya Aku - Part 12

Sebulan berlalu. Tengku Nubhan duduk tenang di mejanya. Kertas kajang di atas mejanya direnung. Ini merupakan masanya untuk dia berjuang selepas bertungkus lumus belajar sejak tingkatan empat. Hari ini semuanya akan diluahkan di kertas di hadapannya itu. Tengku Riz yang duduk tidak jauh daripadanya dipandang. Mereka sama-sama berjuang untuk peperiksaan ini. Dia berdoa agar mereka akan lulus dengan cemerlang. Masing-masing sudah di arahkan oleh orang tua mereka untuk menyambung belajar di Stanford University. Tambahan pula mereka memang sudah dipanggil untuk mengikuti kursus belajar disana kerana mendapat keputusan trial yang cemerlang. Sebaik sahaja tamat SPM dia akan bercuti dan akan menyambung pelajarannya di Stanford. Mesej ucapan semoga berjaya daripada Stacy yang diterimanya malam tadi membuat dia bertambah bersemangat untuk menduduki peperiksaan. Gadis itu tidak melupakannya. Dia tersenyum.

“Baiklah pelajar, kertas akan diedar sekarang. Anda diminta untuk tidak membuka kertas soalan sehingga diberitahu” Ujar ketua pengawas peperiksaan. Suaranya bergema di dewan peperiksaan yang sememangnya sunyi sepi sejak pelajar memasukinya tadi. Pelbagai perasaan menghantui mereka sebaik sahaja memasuki dewan tersebut. Namun mereka semua tetap tenang. Tidak mahu terlalu takut sehingga mengganggu konsentrasi dan mood mereka.

“Pelajar diminta untuk memeriksa kertas peperiksaan sekarang. Pastikan kertas ini.....” kata-kata ketua pengawas bergema lagi. Para pelajar mula membuka kertas soalan mereka memastikan tiada kesalahan dan mereka mendapat kertas yan betul.

“Pelajar boleh mula menjawab sekarang. Semoga berjaya” Ketua pengawas meletakkan mic sebaik sahaja selesai memberi arahan. Pengawas-pengawas peperiksaan mula melakukan tugas mereka memeriksa kad pengenalan dan slip peperiksaan pelajar.

**********************************************************************************

“WOOHOOO!!!!!! MERDEKA!!” pelajar-pelajar tingkatan 5 RMC bersorak girang sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan. 3 minggu berperang dengan pelbagai subjek akhirnya mereka bebas. Cuti 3 bulan selepas SPM pasti akan diisi dengan pelbagai aktiviti setelah hampir berbulan-bulan mereka mengabdikan diri kepada buku.

“Nubhan, ayahanda kau jemput kau bila? Ayahanda dan bonda aku dah sampai. Lepas ni aku balik asrama ambil beg terus chow. Aku jumpa kau dekat Inderapura nanti k ”Ujar Tengku Riz. Dia mengemas alat tulis dan slip peperiksaannya. Semuanya dicampakkan sahaja kedalam beg. Hatinya lega sebaik sahaja peperiksaan tamat. Pelbagai rancangan sudah diatur sepanjang cuti ini sebelum berangkat ke Stamford untuk belajar. Tak sabarnya nak balik! Jerit hatinya.

“Kejap lagi sampai kot. Ayahanda aku je yang datang. Bonda dan Tengku Akim ada hal. Aku ‘stay’ KL dulu kot. Aku nak jumpa.. er..”Tengku Nubhan tidak jadi meneruskan kata-katanya. Tengku Riz tersenyum. Dia mula ingin ketawa sebaik sahaja melihat muka Tengku Nubhan mula merona merah. Blushing la pulak cousin aku ni.

“Wey ko salah faham, aku cakap aku nak jumpa dengan Tengku Dafi. Aku dengar dia dah mula kerja dekat Syarikat Inderapurai’s Shipping Company. Syarikat milik Inderapura. Syarikat keluarga kita” Ujar Tengku Nubhan lagi. Wajah Tengku Riz yang sedang ketawa dipandangnya.

“Ohh. Aku ingat kau nak jumpa ermm.. sape nama dia ek? Aaa” Tengku Riz mula mengusik. Dia tersengih-sengih melihat Tengku Nubhan.

“Kalau jumpa pun aku tak kisah. Rezeki. Lagi pun tak lama lagi nak pegi Stamford. Belajar lagi.”Tengku Nubhan mengeluh. Dia rasa dikongkong pula. Semuanya diuruskan oleh ayahandanya. Bonda tirinya pula memberi sokongan. Semakin jauh dia dari ayahandanya itu semakin Permaisuri Tiara gembira.

“Betul jugak tu. Dafi jadi engineer ke kat syarikat tu? Kenapa uncle tak suruh dia jadi pengurus terus. Lagipun syarikat tu banyak cawangan. Apa salahnya kasi Dafi handle satu.”Tengku Riz pelik. Syarikat keluarga sendiri tapi berkira pula.

“Uncle nak Dafi mula dari bawah. Kalau terus nak senang, baik Dafi tak payah pergi belajar jauh-jauh. Lahir je suruh uncle masukkan dia kat syarikat tu. At least kalau dia kerja dari bawah dia tahu susah senangnya. Aku rasa bila kita dah habis belajar nanti, belum tentu kita dapat handle salah satu syarikat tu. Mesti kita akan mula dari bawah macam Dafi juga.”Jelas Tengku Nubhan. Dia juga sudah bercadang untuk bekerja di syarikat milik keluarga mereka itu sebaik sahaja tamat pengajian. Dia tidak merancang untuk memegang takhta Inderapura walaupun dia tahu potensi untuknya duduk di situ tinggi.

Tengku Riz mengangguk faham. Ada betul juga tindakan Tengku Sabri menyuruh anaknya bermula dari bawah dan tidak terus merasa kesenangan. Tengku Dafi. Sudah agak lama tidak mendengar perkhabaran pemuda itu.

“Okay la. Aku nak balik dorm dulu. Kau nak tunggu sini ke? Tak nak tolong aku angkat beg?” Tengku Riz membuat muka seposen. Berharap Tengku Nubhan akan menolongnya. Tengku Nubhan tersenyum. Dia mengelengkan kepalanya. Nak buli aku la tu desis hatinya.

“Tak pe la. Aku nak tunggu parents kau datang kat sini. Kau cakap diorang dah sampai kan? So biar aku jadi penunggu yang setia kat sini. Mana tau uncle ngan auntie tak jumpa pulak dewan kita ni”Balas Tengku Nubhan. Ketawanya pecah sebaik sahaja Tengku Riz berpaling geram.

*******************************************************************************

“Ok Nubh. Kami gerak dulu. Betul tak nak tumpang ni?” Ujar Tengku Hajar. Dia tersenyum melihat anak buahnya itu.

“It’s okay auntie. Lagipun ayahanda Nubhan pun kejap lagi sampai. Kitorang bercadang nak jumpa Uncle Sabri” Tengku Nubhan menolak pelawaan Tengku Hajar sopan. Tengku Adnan yang duduk di sebelah auntienya itu di pandang. Mereka berbalas senyuman. Pak ciknya itu agak pendiam orangnya.

“Kalau macam tu kami pergi dulu. Nanti terlepas ‘flight’ pula. Kita jumpa di inderapura nanti ”Akhirnya Tengku Adnan bersuara. Tengku Riz mengangguk. Mereka melambaikan tangan kearah Tengku Nubhan.

********************************************************************************

“Akim. Siapa perempuan yang bernama Stacy tu? Sudah lama ke abang kamu tu berkenalan dengan dia?” Permaisuri Tiara bersuara memecah kesunyian dewan makan. Tengku Sharmila yang turut menyertai makan malam bersama Tengku Akim dan Permaisuri Tiara hanya diam. Tiada niat untuk menyampuk. Tambahan pula dia tidak faham akan perbualan dua beranak itu.

“Stacy tu budak KL bonda. Entah apa keturunannya Akim tak tahu. Pakaian pun sememeh jer. Tak macam Mila” Dia melirikkan matanya kearah kekasihnya. Tengku Sharmila tersipu-sipu. Permaisuri Tiara tersenyum bangga. Memang dia tidak salah menjodohkan Akim dan Mila. Walaupun kedua-duanya masih belajar. Namun itu tidak menghalangnya untuk menjodohkan anaknya itu dengan Tengku Sharmila. Bapa Tengku Sharmila iaitu Tengku Roslan mempunyai empayar perniagaannya sendiri. Itu membuatkan Permaisuri Tiara bertambah gembira dengan jodoh yang dipilihnya.

“Nubhan suka pada dia?”Tanya Permaisuri Tiara lagi. matanya dilirikkan kearah Tengku Shamila yang mengangkat kepalanya sebaik sahaja mendengar kata-kata Permaisuri Tiara. Tengku Nubhan suka pada gadis lain? Habis tu kak lufya? Hatinya bertanya sendiri.

“Agaknya la bonda. Baik bonda lakukan sesuatu untuk jauhkan budak miskin tu daripada Nubhan”. Ujar Tengku Akim bongkak. Wajah Tengku Sharmila yang masih bingung dipandangnya. Dia tersenyum. Mila comel ucap hatinya.

“Mila tak perlu risau. Auntie akan pastikan Tengku Lufya bersama Tengku Nubhan juga.”Permaisuri Tiara tersenyum. Hatinya sakit mendengar kata-kata Tengku Akim. Budak itu harus dihapuskan jika Tengku Nubhan masih berdegil. Dia tahu tengku Nubhan tidak pernah menyukai Tengku Lufya.

Kak Lufya mesti tak suka kalau dengar cerita ni. Bukan dia tidak kenal dengan kakaknya yang gemar melenting apabila apa yang diinginkan tidak tercapai. Untuk memastikan impiannya tercapai, Tengku Lufya sanggup memohon university yang sama dengan Tengku Nubhan. Cuma kakaknya itu bernasib baik kerana Tengku Nubhan tidak mengetahui perihal itu. Jika Tengku Nubhan tahu dia pasti Nubhan akan menukar ke university lain. Mila mengeluh. Pelik dengan perangai kakaknya itu. Demi lelaki itu, kakaknya sanggup melakukan apa sahaja. Dia tahu sepanjang cuti ini pasti Tengku Lufya akan menjadi tetamu setia istana itu.

“Bonda, Akim nak minta diri dulu. Jom Mila” Akim bangun dan menarik tangan Tengku Sharmila lembut. Permaisuri Tiara bangga melihat anaknya yang bijak memainkan peranan sebagai seorang lelaki. Berbeza dengan Tengku Nubhan yang sentiasa menolak untuk berjumpa dengan Tengku Lufya yang merupakan kakak kepada Tengku Sharmila. Bukan niatnya untuk menjodohkan anaknya dengan adik beradik itu, cuma kebetulan Tengku Lufya menggilai anak tirinya itu manakala Tengku Akim dan Tengku Sharmila pula memang sudah dirancang sejak awal sebelum dia mengetahui tentang Tengku Lufya.

Tengku Lufya. Gadis itu mempunyai sikap yang saling tudak tumpah sepertinya. Gadis itu bijak bergaya. Cukup anggun. Tambahan pula gadis itu rapat dengannya. Dia dapat merasakan sikap Tengku Lufya sama sepertinya. Gadis itu lebih suka jika dijodohkan dengan orang yang sedarjat dengannya. Permaisuri Tiara akan memastikan orang itu Tengku Nubhan bagi memudahkan misinya tercapai. Takhta Inderapura harus jatuh ketangannya. Takhta yang sepatutnya milik suaminya, Tengku Jasmi. Namun semuanya musnah apabila suaminya itu ditangkap kerana cuba menjual Inderapura kepada negara lain. Tindakan Tengku Jasmi diketahui oleh Sultan Adlin dan Tengku Sabri. Suaminya dipenjarakan sebaik sahaja dibuktikan bersalah dan membunuh diri semasa dalam tahanan kerajaan Inderapura dan ketika itu dia sedang sarat mengandungkan Tengku Akim. Kematian suaminya membuatkan dia menyimpan dendam kepada keluarga Sultan Adlin yang ditabalkan menjadi Sultan Inderapura selepas kematian suaminya. Dendamnya dibalas secara senyap apabila dia berjaya membunuh Tengku Shafi dengan merancang suatu kemalangan. Kemalangan yang bertujuan untuk membunuh keturunan Sultan Adlin. Namun Tengku Nubhan terselamat dalam kemalangan itu manakala bondanya Tengku Shafi terbunuh. Kematian Tengku Shafi memberi impak besar kepada Sultan Adlin. Di saat itulah dia memainkan peranannya dengan membuat baik menjaga Tengku Nubhan. Sungguh dia bernasib baik kerana masih diterima walaupun arwah suaminya pernah membelot negara. Kepercayaan itu digunakan sebaik mungkin olehnya dengan memikat Sultan Adlin yang amat memerlukan seseorang untuk menjaga pewaris takhta Inderapura. Perkahwinannya dengan Sultan Adlin memudahkan lagi dirinya untuk mencapai impiannya. Takhta Inderapura harus kembali kepada anaknya Tengku Afiq Hakim!

No comments: