Monday, February 1, 2010

Seadanya Aku - Part 20

“Nubh.. congrats awak dapat straight A !” sebaik sahaja Tengku Nubhan menerima panggilan video daripada Stacy. Wajah girang gadis kesayangannya itu telah membuatkan hatinya berbunga ceria. Berita itu memang sudah diketahui apabila pihak sekolah memaklumkan kepada ayahandanya. Ucapan tahniah yang pertama di terima daripada ayahandanya. Dia tidak menyangka pula Stacy akan mengetahui keputusannya juga. Gadis itu memang mengambil berat terhadapnya.

“Thanks. Mana awak tau?” Tengku Nubhan masih lagi tersenyum. Matanya menatap skrin laptopnya. Ahh.. senyuman gadis itu manis sekali. Kadang kala menyebabkan dia tidak dapat tidur malam kerana merindui seraut wajah dan senyuman milik Stacy.

“Ohh.. tadi Akim telefon bagi tahu. Terkejut juga masa dia call tadi. Rupa-rupanya nak bagi tahu pasal result awak. Tahniah!” ujar Stacy ceria. Tanpa menyedari riak muka Tengku Nubhan yang mula berubah sebaik sahaja nama Akim disebut.

Tengku Nubhan mula bengang. Apa yang dirancang oleh Tengku Akim sebenarnya. Sejak akhir-akhir ini sering sahaja nama Akim meniti di bibir gadis kesayangnnya itu. Hatinya kuat menyatakan bahawa Tengku Akim mempunyai agenda tersendiri dan cuba merapati Stacy. Namun dia tidak tahu apakah sebenarnya permainan yang cuba dimainkan oleh adik tirinya itu. Jika Tengku Akim sudah memulakan percaturan dengannya, dia tidak teragak-agak untuk meneruskannya. Dia akan bermain juga dan akan pastikan permainan yang cuba dicipta oleh Tengku Akim dikawal olehnya.

“Awak! Okay ke tak ni? Tak kan la dah dapat straight A, Stacy cakap pun tak nak layan.” Intonasi suara Stacy mula berubah. Mukanya mula muram. Apa salahnya sehinggakan Nubhan berdiam? Hatinya berdetik.

“Ha? Ohh. Saya okay. Tak kan la saya tak nak layan awak.” Tengku Nubhan cuba tersenyum walaupun hatinya mula diselubungi api cemburu.

“Ye ke? Tapi muka awak tu, macam lain je. Saya ada salah cakap ke?” Stacy masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Tengku Nubhan.

“ Tak adalah.” Balas Tengku Nubhan ringkas. Moodnya hilang sebaik sahaja mendengar nama Akim disebut dan tanpa menyedari ia mengguris hati Stacy.

“Nubh..”

“Urmm..” Tengku Nubhan mengalihkan pandangannya. Sebaik sahaja berpaling menatap skrin laptopnya, talian video call telah diputuskan. Tangannya mula ligat menghubungi Stacy semula. Sedar akan kesalahannya. Tidak sepatutnya dia terlalu melayan perasaan cemburunya sehingga menyakiti hati Stacy. Namun usahanya sia-sia apabila Stacy terus menutup talian yahoo mesenggernya. Pasti dia merajuk detik hatinya. Jari jemarinya pantas menaip emel meminta maaf. Sememangnya dia tidak bermaksud untuk menyakiti hati Stacy.

“Ahh… Stacy maafkan Nubhan. Tak sepatutnya Nubhan marah hanya kerana budak mentah itu.” Hatinya berbisik sendiri. Huh! Akim apa rancangan kau sebenarnya. Apa yang kau cuba lakukan sebenarnya.

***********************************************************************************

“Huh! Tiba-tiba jer tak de mood. Ingat aku ni tunggul agaknya. Bila perlu layan. Bila tak ada mood biar je.” Stacy meluahkan rasa amarahnya. Laptopnya ditutup. Sakit hatinya masih tidak hilang. Dibiarkan sahaja panggilan video daripada Nubhan tidak berjawab. Biar dia tahu sakitnya hati tidak dilayan terumanya orang yang disayangi. Tapi masih sayangkah Nubhan padanya? Sudah agak lama dia di negara orang. Pasti lebih ramai wanita yang lebih cantik darinya. Hatinya mula gusar. Akhirnya dia baring di katil tanpa menyedari tindak tanduknya diperhati Puan Sarimah dari luar.

“Boleh mama masuk?” Puan Sarimah berdiri di pintu bilik puteri kesayangnnya itu. Faham akan masalah remaja yang melanda anaknya itu. Pasti ada rasa cemburu di hati pemuda yang bertakhta di hati anaknya itu sebaik sahaja nama Akim disebut.

“Hurm. Mama. Masukla.” Balas Stacy malas. Sakit hatiya masih dipendam. Memang dia amat memerlukan seorang teman untuk meluahkannya. Dia bangkit dari pembaringannya dan duduk di bersila diatas katil. Air matanya disapu. Bimbang dilihat oleh mamanya.

“Anak mama ok ke ni?” Pantas Puan Sarimah mendapatkan anaknya itu sebaik sahaja mendengar perubahan suara Stacy. Hati anaknya benar-benar terusik. Dia memeluk bahu anaknya. Stacy memeluk mamanya erat. Dia menangis. Pertama kali dia menangis hanya kerana cinta. Cintakah dia pada Nubhan? Benarkah apa yang mereka lalui dan rasa ini benar-benar cinta? Dia tidak tahu.

“Sayang.. Stacy okay tak ni? Ada masalah dengan Nubhan?” Puan Sarimah cuba menenangkan anaknya itu. Pertama kali melihat anaknya begitu.

“Stacy ada buat salah dengan dia ke mama? Stacy ada salah cakap ke? Apa yang Stacy dah buat sampai dia tak nak layan Stacy tadi? Ke dia dah ada perempuan lain?” satu demi satu persoalan diluahkan oleh Stacy. Hatinya benar-benar sakit.

“Sayang. Kena tahu lelaki ni kadang kala cemburu terutamanya bila kita sebut nama lelaki lain. Ha. Dalam kes Stacy dengan Nubhan ni mesti la Nubhan jeles. Dah la jauh, tiba-tiba ada pulak lelaki lain asyik telefon Stacy. Mesti la dia rasa kedudukan dia tergugat.” Jelas Puan Sarimah. Air mata dipipi anaknya diusap.

“Ala kalau nak jeles pun agak-agak la. Akim je pun. Tak de makna Stacy nak kat Akim tu. Diorang tu macam langit dengan bumi. Stacy lagi suka Nubhan. Stacy sayang dia” Jelas Stacy. Suranya semakin mengecil apabila menyebut perkataan sayang. Puan Sarimah tersenyum.

“Siapa Akim tu dengan dia? Kawan? Lawan?”

“Akim tu Tengku ma. Anak raja. Nubhan pula pengawal dia. Macam pengiring la. So kenapa perlu cemburu?” Stacy masih lagi tidak mahu mengalah.

“Ha. Diorang tak ada pertalian pun. Mesti la Nubhan cemburu. Stacy tak payah la nak keraskan hati sangat. Kalau lama sangat merajuk mama takut melepas je.” Puan Sarimah turun daripada katil dan berlalu keluar meninggalkan Stacy terpinga-pinga.

“Aku juga yang salah ke?” Stacy memandang langkah mamanya dengan pandangan kosong.

*************************************************************************************

“Hurm. Apa pulak aku nak buat lepas ni? Confirm Nubhan jeles tahap dewa. Padan muka kau. Biar jiwa kacau. Study kau lingkup. Baru puas hati aku!” Tengku Akim duduk di balkoni biliknya. Puas hatinya kerana berjaya mendapatkan nombor telefon Stacy. Sejak minggu lepas dia sudah mula berhubung dengan gadis kesayangan abang tirinya itu. Tujuan utamanya hanyalah untuk merapatkan dirinya dengan Stacy dan meraih kepercayaan gadis itu.

Tengku Akim masih berdiri di balkoninya. Sebaik sahaja berbual selesai dengan Tengku Mila dia membuang pandangannya ke court tenis di halaman istana. Fikirannya melayang terkenangkan bagaimana gigihnya Aishah menolongnya tempoh hari. Bola tenis Nubhan benar-benar deras. Terasa patah tulang hidungnya. Mujurlah tidak apa-apa. Sejak hari itu dendamnya terhadap abang tirinya semakin menggunung.

Aishah. Kacau dia la. Senyuman nakal terukir dibibirnya manakala jarinya pantas menekan nombor telefon Aishah.

*************************************************************************************

“Kak apply university mana?” Tengku Mila menyapa kakaknya yang leka memohon kemasukan ke universiti melalui internet. Dia duduk di atas sofa dihadapan kakaknya.

“Kau ni tak betul ke apa? Mestilah apply U yang sama dengan Tengku Nubhan. Putera kesayangan akak tu. Hehehehe” Tengku Lufya berhenti menaip. Dia mendapatkan adiknya.

“Mila, kau rasa Tengku Nubhan mesti tunggu akak kat sana kan. Mesti dia rindu nak jumpa dengan akak. Ye la, dah berbulan juga kitorang tak jumpa. Berhubung langsung tak. Sibuk sangat agaknya dengan pelajaran sampai tak sempat nak telefon ke sini.” Ujar Tengku Lufya.

“Akak ni confident je dia rindu dengan akak. Entah-entah tak. Ye la dia dah berbulan kat sana. Kalau tak pernah call tu maksudnya dah ada perempuan lain la kot. Dia dah tak ingat kat kau. Ye la Stanford tu mesti ramai perempuan cantik. Nak pulak dekat U tu.” Balas Tengku Sharmila selamba.

“Kau ni!” pantas tangan Tengku Lufya mencubit badan Tengku Mila yang kecil itu. Tengku Mila mengaduh sakit. Tangannya pantas mendapatkan telefon bimbitnya yang berdering. Namun dia terlambat. Kakaknya lebih pantas menjawabnya.

Pandangan mata Tengku Lufya memanah tepat ke anak mata Tengku Mila. Sebaik sahaja menjawab panggilan, dia benar-benar terkejut dengan suara pemanggil itu. Apa hubungan mereka. Dia memberi telefon tersebut kepada Mila semula. Mila menyambut. Telefon bertukar tangan. Tengku Mila masih bingung dengan pandangan Tengku Lufya. Kenapa ni?

“Tengku Dafi” Ujar Tengku Lufya ringkas sebaik sahaja melihat Tengku Mila masih memandangnya. Tengku Mila terkedu. Dafi!

No comments: