Saturday, February 6, 2010

Seadanya Aku - Part 22

Hampir setahun Tengku Nubhan dan Tengku Riz menuntut ilmu di Stanford. Selama setahun itu juga mereka terpaksa bertahan dengan perangai Tengku Lufya yang kadang kala menyesakkan fikiran mereka. Terutamanya Tengku Nubhan yang terpaksa menemani Tengku Lufya kemana sahaja. Segala kelakuan Tengku Lufya terpaksa dilayan oleh Tengku Nubhan. Ugutan Tengku Lufya benar-benar mencabarnya. Kalau diikutkan hati sudah lama dibiarkan sahaja Tengku Lufya namun apabila Stacy menjadi taruhan dalam perhubungannya dan Lufya dia terpaksa beralah. Dia tahu bonda tirinya tidak mungkin berdiam diri jika Tengku Lufya mula mengadu tentang Stacy.
“Nubh, petang ni u teman I pegi birthday party Alice okay.” Tengku Lufya memeluk Tengku Nubhan selamba. Tengku Riz yang duduk di sebelah Tengku Nubhan terkejut dengan tindakan spontan Tengku LUfya. Dah gila agaknya perempuan ni jerit hatinya.
“Lufya!” Tengku NUbhan bingkas bangun. Berang dengan tindakan Tengku Lufya yang selamba memeluknya.
“Kenapa sayang? U tak selesa ke? Ala….” Tengku LUfya mula merapatkan dirinya kepada Tengku Nubhan.
“Listen. Kalau u buat macam tu lagi jangan harap I akan layan u lagi and jangan mimpi nak rapat dengan Nubhan !.” Tengku Nubhan terus berlalu dari situ meninggalkan Tengku Lufya yang terkejut dengan jerkahan Tengku NUbhan. Tengku Riz tersengih. Padan muka kau. Gedik la lagi.
*********************************************************************************************************
“Auntie!!!!!!!!!!!!” Sebaik sahaja mendengar talian disambut oleh penerima dia terus menjerit.
“Erk?? Maaf cik nak cakap dengan siapa?” Tanya Mak Jah selaku ketua dayang istana yang menyambut panggilan. Terkejut apabila sapaan salamnya disambut dengan jeritan. Hysteria ke apa? Geram juga apabila diherdik secara tiba-tiba.
“Hey aku ni Tengku Lufya. Cik apa pulak? Tengku !” sempat lagi Tengku Lufya membetulkan panggilan namanya. Tiada perkataan maaf keluar dari mulutnya.
“Maaf Tengku. Tengku Lufya nak cakap dengan siapa? Permaisuri Tiara ke?” Mak Jah akhirnya beralah. Tidak guna bertengkar dengan gadis yang ego itu.
“Hey orang tua ni! Tak kan la aku nak cakap dengan kau, mestilah aku nak cakap dengan BAKAL MAK MERTUA aku tu!” herdik Tengku Lufya tanpa belas kasihan. Terkejut Mak Jah dengan suaranya yang sentiasa tinggi itu. Belum apa-apa dah mengaku mak mertua. Tak ada makna Nubhan nak isteri macam kau ngomelnya dalam hati.
“Siapa yang telefon Mak Jah?” Permaisuri Tiara muncul dari belakang. Pelik apabila melihat ketua dayangnya itu masih bercakap di telefon.
“Owh, Tengku Lufya. Dia mahu bercakap dengan Permaisuri.” Balas Mak Jah pantas. Bimbang pula dimarahi. Cukuplah diherdik oleh Tengku Lufya sebentar tadi.
“Hurm. Beri pada saya. Awak pergi sambung kerja.” Balas Permaisuri Tiara tegas.
“Baik permaisuri” Mak Jah menunduk dan terus beredar ke dapur untuk memeriksa santapan tengah hari.
“Auntie………. Nubhan tu..” Tengku Lufya mula merengek seperti anak kecil.
“Luf.. behave yourself. Tak payah nak merengek macam budak kecik. Auntie tak suka.” Permaisuri Tiara berkata tegas. Meluat pula apabila mendengar intonasi suara Tengku Lufya. Sesekali matanya menjeling ke arah suaminya Sultan Adlin yang tidak jauh daripadanya.
“Ha? Sorry auntie , tapi anak auntie tu betul-betul melampau.” Tengku Lufya terkedu apabila ditegur.
“Apa yang dia buat? Auntie suruh Lufya kawal dia dan buat dia lupakan budak mentah tu. Tak kan tu pun susah?” Permaisuri Tiara mula meniggikan suaranya. Geram apabila arahannya tidak dijalankan dengan sempurna.
Sultan Adlin berdehem. Topic yang dibincangkan oleh isterinya agak menarik perhatiannya. Dia menjeling ke arah isterinya sekilas. Permaisuri Tiara pantas tersenyum mengingatkan keterlanjurannya berbicara. Jika suaminya itu tahu akan rancangannya bermakna semua impiannya musnah.
“Auntie??” Tengku Lufya mula pelik apabila tidak mendengar sebarang suara di hujung talian.
“Ah ye.. sekejap. Nanti auntie call Lufya balik. Auntie ada hal sikit.” Tanpa mendengar jawapan daripadaTengku Lufya Permaisuri Tiara terus meletakkan telefonnya. Dia melangkah ke arah suaminya sambil tersenyum mengoda.
“Sayang yang dah lunch? Kalau belum jom I temankan.” Permaisuri Tiara menarik tangan Sultan Adlin yang sudah meletakkan buku bacaanya. Dia menurut langkah isterinya. Tanpa menyedari Permaisuri Tiara telah mengarahkan Panglima Aris untuk memasukkan ubat tidur di dalam makanan tengah hari Sultan Adlin.
“Aku perlu bertindak segera sebelum Tengku Nubhan pulang hujung bulan ini” Bisik hatinya. Senyumannya masih terukir dibibir untuk suaminya. Hujung bulan ini dia perlu mencari alas an yang kukuh bagi meyakinkan Tengku Nubhan bahawa ayahandanya ke oversea. Secara tidak langsung Tengku Nubhan tidak menyedari kehilangan ayahandanya. Puteranya Tengku Akim pula perlu memainkan peranan dengan menghuru harakan hubungan anak tirinya itu dengan Stacy. Dia akan memastikan kehidupan dua beranak itu kucar kacir. Tambahan pula dia mendapat berita bahwa Stacy gadis pujaan anak tirinya itu juga Berjaya melanjutkan pelajaran ke Stanford Univercity dengan menggunakan result trial seperti Tengku Nubhan. Dia akan melaksanakan rancangan baru bersama Tengku Lufya untuk menjarakkan anak tirinya itu daripada Stacy. Tangannya terus menggenggam tangan Sultan Adlin.
“Sudah semua boleh keluar dari dapur.” Arahan daripada Panglima Aris yang secara tiba-tiba menggemparkan pekerja-pekerja. Dayang-dayang yang sedang menyediakan santapan turut tersentak dengan arahan tersebut.
“Tapi tuan kami….” Salah seorang dayang mula bersuara. Bimbang pula apabila terlewat menyediakan makanan tengah hari mereka akn dimarahi.
“SUDAH! Ini arahan tuanku” Balasnya tegas. Akhirnya semua pekerja yang bekerja di dapur beredar keluar membiarkan Panglima Aris dan 2 orang anggotanya memeriksa dapur seperti yang diberitahunya.
“Aril, Qhaud periksa dapur ni. Pastikan tiada sesiapa yang berada di sini. Arahan permaisuri harus dijalankan sekarang.”
“Baik tuan. Ini benda yang tuan minta” Ujar Qhaud sambil menyerahkan ubat tidur yang dipesan oleh Panglima Aris kepadanya. Manakala Aril pula mula memeriksa kawasan dapur. Habuan yang diterima dengan melaksanakan perintah permaisuri bukan sedikit. Jadi tidak mungkinlah mereka melepaskan peluang itu, walaupun ia bermakna mengkhianati negara. Wang telah mengaburi mata dan kesetiaan mereka.
Selesai sahaja tugas Panglima Aris, Aril dan Qhaud terus beredar dan mengarahkan dayang menyediakan makan tengah hari untuk Tuanku dan permaisuri yang sudah sedia menunggu dimeja. Panglima Aris memberi isyarat kepada Permaisuri Tiara bahawa tugasnya sudah terlaksana. Senyuman puas terukir dibibirnya.
Sebaik sahaja selesai makan tengah hari Sultan Adlin terus bangkit menuju ke bilik bacaannya. Namun kepalanya mula sakit. Pandangannya menjadi kabur. Apa yang dilihatnya cuma senyuman sinis isterinya. Dia kemudiannya rebah tidak sedarkan diri.
“Tuanku! Permaisuri saya call ambulans kemudian Tengku Nubhan ya?” Mak Jah pantas meluru kearah telefon namun langkahnya dimatikan oleh Aril yang tiba-tiba muncul dihadapannya.
“Hey ketepilah!” Mak Jah mula berang. Di saat-saat cemas dia tidak punya masa untuk melayan karenah anak muda itu.,
“It’s okay Mak Jah. Biar Aril settle kan.” Ujar Aril sinis. Dia menutup pintu ruang makan dan menguncinya dari luar. Dia melangkah menuju kearah telefon namun melepasinya dan terus keluar sambil bersiul gembira. Qhaud yang menyertainya turut bernyanyi gembira. Tugas pertama sudah selesai.

No comments: